Home Novel Cinta BAHTERA SELUAS LAUTAN
BAHTERA SELUAS LAUTAN
Shion
9/1/2018 02:08:05
8,547
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Bab2: Geneng Putera

PURNAMAterangmenerangi malam. Api obor menyinari istana membenarkan mata melihat jelas.Putera Telang masih termenung mengingatkan wajah gadis jelita yang bagindalihat malam tadi. Baginda timpuh sebelah dengan kaki kirinya menongkat diserabik.

            “Mengapaaku tidak dapat melupakan gadis itu. Semakin ku cuba melupa, semakin kuat akudihenyak dengan wajahnya.”

            Bagindabangun dan memeriksa keadaan sekeliling. Tiada orang di mana-mana. Bagindamenjengket bergerak melepasi anjung dan pintu gerbang untuk ke lubang rahsiatatkala malam suntuk. Merangkaknya keluar dari istana. Lega lubuk rasa bagindawalaupun sudah berkali-kali baginda melakukannya. Namun, tidak baginda sedarakan Tun Kaja yang mengintai di sebalik daun pintu melihatnya senyap melanggarperaturan istana. Tun Kaja mengukir senyum liciknya sehingga tersentuh misai kemata.

            “Ikutdia, sekarang!” Tun Kaja mengarah perisik untuk mengekori Putera Telang.

 

PUTERATelangberjalan keseorangan di jalan berpasir. Biarpun sendiri, hatinya desis tenang, “Daripadaaku terseksa dengan rasa aneh itu, baik aku berjalan menikmati udara malambersaksikan purnama seindah permata.”

            Namunbaginda tak celik dengan Helang.

            Aangg…Aangg…

Gema di langit menembus gegendang telinga baginda.Didongak ke langit tapi hanya bintang yang kelihatan. Suasana sunyi malam tanpasesiapa yang menemani menerbangkan darah Putera Telang. Baginda mempercepatkanlangkahnya ke tempat berbumbung. Kausnya tercabut tidak sengaja kerana terlalukalut. Ketika baginda cuba mengambil kausnya, Helang putih sebesar manusiamencengkam bahu baginda. Rabak baju Putera Telang berjalur tiga. Kuku Helangmencebis kulit bahu baginda yang lantasnya menempik. Terduduk baginda ke bumimenghadap menahan pedih diserang Helang.

            Melodirancak dialun dalam kekacauan. Seperti satu alunan menghalau. Seruling!Seruling kayu ditiup. Pemuda berbaju pahlawan tidak berlengan bermain serulingmenakutkan Helang. Helang memahami pantas seperti telah dilatih langsungterbang jauh.

            “Tuanhamba tidak apa-apa?”

            PuteraTelang meraung sakit. Badan baginda yang mudah lemah, menghitamkan penglihatanbaginda. Baginda pitam tersembam di atas pasir halus bumi.

            “Alamak!Tuan hamba?” dipanggil berulang kali sambil digerak tubuh baginda. “Helang ini.Menjaga pulau ataupun mengancam pun masih tak dapat dibezakan.”

            Melihatluka yang agak teruk di bahu Putera Telang, pemuda tersebut mendepang tanganbaginda dan memberi pengendongan balik ke rumahnya. Sangkanya, saudara yang diabantu dari orang berada. Buktinya, bajunya penuh berlengan, berbutang danseluarnya juga tidak senteng seperti rakyat lain. Dia mengendahkan syaknya danterus dibawa ke rumah kedainya.

 

PUDARbagindalihat setelah sedar dari pengsan. Baginda agak mamai dan dalam detik samabaginda terdengar ketukan-ketukan dekat dengannya. Baginda berjalan menuju kearah datangnya ketukan itu. Dengan mamai baginda terkontang-kanting mendekatipemuda yang sedang bertukang. Terjerat kaki baginda di kaki meja. Bagindaterbang mendarat di bahu pemuda tersebut yang sambut lalu bisik mamai,

            “Lapar…”Baginda longlai mula lelap berbantal bahu pemuda tukang kayu.

            Pemudakemudiannya mendepang baginda ke kerusi kayu depan meja makan. Dihidang nasilemak dan air masak. Putera Telang masih mamai terus disimbah air masak sejukke muka baginda.

            “Makanlah…”ujar pemuda yang duduk tentang baginda.

            Bagindasegar menghela nafas. “Nasi!” jerit baginda bersyukur. Baginda cuba mencapai nasilemak untuk dimakan, namun luka dibahunya mencubit-cubit pedih. Bagindaberpaling ke wajah pemuda. Biasanya di istana, semua perkara akan dibantu olehorang istana dan dayang. Ini kali pertama Putera Telang makan di luar. Bagindajuga selalu bergantung pada Yabang dan orang istana dalam kerja-kerja seharian.Maka, baginda masih tidak matang dalam kehidupan. Bab santapan pun masih lagiperlu diajar. Memang tepat dengan gelarannya: geneng.

            “Mengapatuan hamba merenung hamba begitu?”

            “Hmm…tangan hamba tidak tersuap ke mulut. Terasa pedih di bahu hamba. Tolong…”

            “Maafkanhamba. Hamba tak dapat membantu.”

            PuteraTelang mengeluh, “ Bagaimana boleh hamba santap nasi lemak ini tanpa tanganuntuk menyuap?”

            “Mungkintuan hamba tidak perlukan tangan, tapi… mulut?” sindir pemuda tersebut.Menunduk sedih Putera Telang lalu berpantun,

            “Mataair dikongkong telaga,

Mengharap bebas bantuan timba,

Badan longlai tiada tenaga,

Mengharap belas kasih dari tuanhamba.”

Putera yang geneng keanak-anakan memujuk pemuda tadimembantunya. Pemuda tersebut tenung kasihan kepada Putera Telang yang lapar.Dia balas,

            “Tigasuap sahaja. Manfaatkannya.”

            Pemudatersebut mengenggam penuh nasi lemak di tapak tangan seraya menyumbat ke dalammulut Putera yang terbuka luas. Pemuda tersebut gelak lucu melihat Puteradengan mulut kembung.

            “Siapakahgerangan tuan hamba?” tanya pemuda sambil menghulur nasi.

            “Hamba…ooo…Telang…ooo…” dengan mulut penuh baginda jawab.

            “Telang?Heh, harapkan pagar, pagar makan padi. Harap saja nama Telang (seerti belang),Telang makan tak menjadi.” Perlahan dia sinis. Dia perkenal diri, “Nama hambaBakau.”

            Tersemburnasi ke muka Bakau. Putera anggap lucu dengan nama ‘Bakau’ yang mengingatkanbaginda dengan pokok bakau. Nama yang sangat lucu baginya. Bakau terdiamsebentar. Badannya kotor dan basah dengan nasi lemak bercampur air liur Putera.Putera senyum muka tidak bersalah. Bersedia untuk ditengking,

            Arghhhhh!!!

 

TANGANBakauterlipat di perutnya sambil dia memerhati Putera Telang membersihkan meja makanyang kotor disepahkan. Habis bersih sehingga dia puas hati baginda buat. PuteraTelang berdiri bendul tak keruan.

            “Kemari engkau!”

            “Engkau?Tuan hamba tidak boleh begitu.”

            “Tidakmengapa. Berapa purnama sudah kamu hidup?”

            “Duaratus enam belas purnama…”

            “Eh,sama saja dengan aku. Maka, kita bolehlah guna ‘aku engkau’ sebagai ganti diri.Faham tidak, geneng?”

            “Geneng?Aku tidak sebegitu?” mudah Putera masuk dengan ganti diri ‘aku engkau’.

            Bakaumenolak kepala Putera Telang perlahan bercanda. Bakau masih tidak tahu asalusul Putera Telang yang merupakan anak raja negara Pulau Luangan. Dia malah mengajakbaginda duduk bersamanya di tangga untuk berkelana. Mereka duduk dalam kedaikayu, betul-betul depan kedai tersebut. Menghayati suasana girang dan ceriarakyat yang ramah di kawasan kejiranan kedai. Selama dua hari Putera Telangtidur akibat kecederaannya. Sekarang Bakau tanya,

            “Mengapakau keluar suntuk dua hari lepas? Kau ada keluarga?”

            Puteraterkesiap, “Dua hari? Habislah aku,” gusar Putera. “Orang istana pasti sedarakan kehilanganku,” tutur nalurinya. Putera terus bangun dan kalut mengungkap,“Bakau, aku rasa aku kena pulang sekarang juga. Pasti ramai yang sedang mencariaku. Aku pergi dahulu.”

            Bakauyang tidak semena melihat Putera Telang berlari keluar dari kedai kayutersebut. Gagap Bakau mengungkap ayat-ayat yang tidak tersusun kalimahnya.

            Puteramenyarung kausnya dan menghayun laju kakinya. Sekali lagi, baginda melanggargadis yang sama yang kebetulan mahu ke kedai kayu. Gadis tersebut ialah gadisyang sama, dengan kain kecil diikat di kepala membawa bakul berisi buku.

            Berteraburbuku-buku dan gadis tersebut jatuh melintang. Dia bangun dan mengagah Puterayang menoleh ke belakang sekejap dan sambung berlari.

            “Cahaya?”Bakau perasan. “Kau tak apa-apa, Cahaya?”

            “Akutak apa-apa.” Bangun Cahaya menepuk tangan melepas debu tanah. “Kurang adabbetul orang sekarang. Tempoh hari, aku juga jatuh dilanggar. Geram benar akujadinya, Bakau!”

            “Diasedang tergesa-gesa itu. Biarlah. Tengoklah, dengan tidak berbaju menampakkanpembalut luka di bahu dia berlalu. Lupakanlah.”

            Cahayayang bengang menjeling Bakau yang langsung mengalah. Cahaya memerhati PuteraTelang dari belakang berlari. Dia yakin jodoh untuk dia bertemu denganpelanggar itu pasti. Nantilah aku balas. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas,Si Buta Tongkat.-Cahaya.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.