Home Novel Cinta BAHTERA SELUAS LAUTAN
BAHTERA SELUAS LAUTAN
Shion
9/1/2018 02:08:05
8,543
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

Bab4: Kepetangan Bendahara

PENGAWALmenghantarPutera ke dalam kamar beradunya. Menitis air mata kesedihan baginda selepasmelihat sahabat karibnya mati dipancung tanpa keadilan. Baginda menjerit marahkeseorangan.

            “Arghhh!!!”

            “Aduh,bingit telinga patik, tengku!”

            Bagindatersentak mendengar suara dalam kamarnya. Ditoleh ke kanan, terlihat TemenggungDaeng Asaad sedang duduk di atas katil. Bagaimana baginda tidak perasan dariawal tadi? Baginda mengusap air matanya lalu menitah. “Mengapa temenggungberada dalam kamar beta?”

            Temenggungmendekati baginda dan melutut, “Ampun tengku, patik tahu tengku akan dihantarke sini selepas menggangu upacara hukuman. Patik tidak mahu tengku keseoranganmenanggung derita kematian Yabang.”

            Bagindamerenung mata temenggung kerana meraguinya. Namun, kolam air mata bagindasemakin banyak terkumpul. Baginda lantas mendakap temenggung erat, menangisteresak-esak. Menangis baginda di bahu temenggung yang hanya membiar.

            “Apasalah beta, temenggung…? Tiada siapa yang berpihak pada beta. Bagaimana betamahu memerintah negara Pulau Luangan?”

            “Sabartengku. Tengku harus tahu bahawa patik menyebelahi tengku. Tengku harus percayapada patik.” Temenggung menenangkan Putera geneng itu. Sehingga tertidur bagindapenat. Temenggung mengankat baginda ke katil dan menyelimuti baginda denganselimut. Luka di bahu baginda semakin pulih dilihatnya. Terungkap dalamhatinya,

            “TuankuLuang… Patik akan menjalankan amanah tuanku untuk menjaga anakanda tuanku yakniPutera Telang. Biarpun ancaman yang menggunung bakal mendatang, putera genengyang masih perlukan kasih tuanku akan patik jaga bagai menatang minyak yangpenuh.” Temenggung mengusap dahi Putera Telang geneng. Kemudian dia bergerak kepintu. Dia bersandar di pintu masuk kamar baginda lalu meniup api pelita.Temenggung Daeng Asaad tidur duduk bersandar pintu.

*****

BENDAHARAmemasukikamar tabib selepas usai hukuman pancung Yabang. Tabib Ali yang sedangmenyelenggara herba-herba serta ubat-ubatan dalam laci, menoleh ke belakang danmenggigil dia tiba-tiba. Tembikar air yang dipegangnya jatuh langsung berkecaidi lantai. Merecik air tersebut ke muka bendahara yang berada di hadapannya.

            “Dasartolol!” Bendahara Tun Kaja menampar pipi tabib Ali sehingga berdesing ketelinganya.

            “Maafkanpatik, bendahara. Patik tidak sengaja,” rayu Tabib Ali kepada bendahara. PipiTabib Ali merah pekat dan bibirnya sedikit luka.

            “Cis,dasar lemah!” Tun Kaja mengelap air yang merecik ke bajunya lalu berkata, “Heh!”dengusnya perlahan. “Oh, Tabib Ali. Aku sebenarnya mahu mengucapkan rasa puashati dengan kerja kau. Kau berjaya memenuhi harapan aku.”

            “Syukurlahbendahara berpuas hati dengan kerja patik…”

            “Namunbegitu, engkau seorang saja yang tahu perkara sebenar tentang upas itu. Danengkau saja yang tahu aku cuba menjatuhkan raja.” Perlahan Tun Kaja ucap dengantenung tajam ke mata Tabib Ali.

            “Apamaksud bendahara? Patik tak faham.”

            “Kauharus mati Tabib Ali!”

            TergamamTabib Ali mendengar kata-kata bendahara. Mukanya mulai pucat. Peluh ketakutanterhasil di dahinya tanpa dia mahu. Kakinya seperti nak lumpuh dan tidakbertenaga. Dia mula gusar akan apa yang akan bendahara lakukan kepadanya.

            “Oh,takut juga Tabib Ali rupanya. Tak sangka… hamba yang membunuh raja gentarakanku. Hahaha…”

            “Bendahara…Ampunkan patik. Patik tidak akan pecah tembelang tentang ini. Lepaskanlah patikkali ini. Patik mohon, bendahara.” Tabib Ali memeluk kaki kiri bendaharamelutut. Terlihat air mata ketakutannya di pipi dengan suara merayu.

            “Licikjuga kau Tabib Ali. Rahsia sebegini tidak akan kau jaga…” pantas disampuk TabibAli.

            “Patikakan buat apa saja yang bendahara arahkan. Tolong jangan bunuh patik…”

            Bendaharapandang wajah Tabib Ali, lalu mengukir senyum licik, “Baiklah, kerana kau sudimenjadi hamba abdiku. Aku lepaskan kau.”

            “Terimakasih bendahara.”

            “Tapi,aku perlukan bukti yang menunjukkan kau akan setia dengan aku.”

            “Apasaja bendahara, patik akan lakukan.” Tabib Ali dengan senyum syukur cubamenaruh kepercayaan bendahara.

            “Baiklah.Sekarang kau cium kausku selama 10 saat. Baru aku percaya akan kau.”

            WajahTabib kembali muram. “Kaus? Bendahara?”

            “Ya.Cium sekarang!”

            TabibAli tersentak lalu menghela dia nafas perlahan. Keningnya cengkung tidak rela.Teragak-agak dia menundukkan mukanya ke kaus Bendahara Tun Kaja. Tersentuhbibirnya ke kaus Tun Kaja yang langsung ketawa. Air matanya menitis ke lantai.Bendahara mengira angka perlahan,

            “Satu…Dua… Tiga… Empat… Lima…” masih tercium kaus Tun Kaja oleh Tabib Ali.

            “Enam…Tujuh… Lapan…Aish!” Bendahara menghayun kakinya yang dicium Tabib Ali.Tercampak Tabib Ali jauh. Namun, bendahara malah menengking,

            “Barulapan angka, engkau sudah lari. Dasar penipu.”

            TabibAli kalut bangun dan terus memegang kaki bendahara, lantas mencium.

            “Bodoh!Selamat tinggal Tabib Ali.” Pisau milik Tabib di atas meja diambil bendaharadan ditusuk menembusi belakang badan Tabib Ali yang menunduk.

            Berkumpuldarah Tabib Ali di baju yang kemudiannya jatuh melimpah ke lantai. Tersembamwajahnya di atas lopak darahnya sendiri bercampur air mata.

            Bendaharamemanggil dua orang pengikutnya yang lama tunggu di luar kamar masuk. Merekamemasukkan jasad Tabib Ali ke dalam guni dan dicuci darah yang mulai keras dilantai. Mati Tabib Ali tanpa dikesan sesiapa, ditikam Tun Kaja yang zalim.Bendahara tenang pulang ke kamarnya seperti tiada apa yang berlaku. Kau zalimTun Kaja- Tabib Ali.

 

KEKAUbagindadari tidur. Baginda bermimpi akan Yabang. Dalam mimpinya, baginda yang memegangpisau pancung yang kemudian memotong kepala Yabang. Menjerit baginda di ataskatil. Lalu baginda menoleh ke kanan, melihat Temenggung Daeng Asaad sedangminum teh panas.

            “Mimpiburuk?” tanya Daeng Asaad kepada Putera Telang. “Mari minum bersama patik.”

            Bagindabangun dari katil berlari ke arah Daeng Asaad. Lantas dipeluk Daeng Asaadketakutan. “Yabang mati kerana beta kah? Adakah beta bersalah kerana tidakdapat menyelamatkannya, temenggung?”

            Temenggungmembuka pelukan si geneng dan ujarnya, “Tengku tidak bersalah. Sudah! Lupakansegalanya. Sekarang tengku duduk, minum teh bersama patik.”

           “Baiklah.”Baginda duduk seraya mencapai cawan the di atas meja.

            Temenggungmengukir senyum melihat Putera Telang yang mula tenang. Lalu dia bersuara,“Ampun tengku. Patik ada berita untuk tengku.”

            “Apakahberita itu, temenggung?”

            “Hariini akan diadakan musyawarah di anjung istana. Tengku perlu berada di sanakerana ia membicarakan perbatalan tengku untuk menjadi raja.”

            “Adakahbeta bakal menjadi raja Pulau Luangan selepas ini?” teruja baginda mengungkappersoalan kepada Daeng Asaad.

            TemenggungDaeng Asaad merendahkan pandangan ke bawah dan menarik nafas panjang serayamenjawab, “Tidak semudah itu, tengku.”

            Kecewabaginda mendengarnya. Terdengar dengusan dari hidung mancungnya.

            “KuulPemerintahan, Kod 3: Pertabalan Tengku Mahkota perlulah dijalankan selepas selesainyaupacara mencemar duli ke seluruh daerah Pulau Luangan.”

            “Kodapa yang direka ayahanda ini?! Menyusahkan beta saja.”

            “Tidaktengku. Kod 3 ini dituju kepada tengku sebenarnya. Tengku masih nihil fasalKuul. Bagaimana tengku mahu memerintah negara tanpa asas fasal Kuul? SetiapKuul yang digubal oleh Raja Luang adalah merujuk kepada setiap tujuh daerah dalamPulau Luangan. Makanya, Raja Luang merangka Kod 3 ini supaya tengku faham akanKuul secara mendalam selepas menjelajahi daerah Pulau Luangan.”

            “BisakahTemenggung menemani beta bersama?”

            “Tidaktengku. Namun, wakil patik akan mengiringi tengku. Dalam perjelajahan tersebut,tengku bakal ditemani seorang tabib dan seorang pengawal. Wajah putera PulauLuangan masih belum dikenali rakyat. Tapi wajah tengku sebagai rakyat biasamungkin pernah dilihat semua. Tengku harus menyamar selama penjelajahan. Itusyarat-syarat Kuul.”

            PuteraTelang yang dilarang keluar istana sebagai Putera Pulau Luangan sejak 120purnama dahulu, sedar akan dirinya masih belum dikenali sebagai putera olehrakyat. Meskipun, baginda pernah menyelinap keluar, baginda hanya dikenalisebagai rakyat biasa.

            “Dunggg!!!”

            Bunyigong dipalu memberitahu ijtimak akan dimulakan. Putera Telang memakai pakaianistana untuk hadir ke ijtimak. Temenggung menemani baginda berjalan ke anjungistana.

           

TIBANYAbagindadi anjung istana. Terlihat baginda akan Bendahara Tun Kaja sedang bersemayam disinggahsana. Temenggung yang masuk terlebih dahulu, sudah pun bersila dikedudukannya sebelah Laksamana Hang Siul. Syahbandar Dinar yang paling mudaduduk bertentangan dengan Temenggung. Dayang-dayang istana berbaris di laluanbaginda. Terdapat juga dayang yang mengipas bendahara di singgahsana. Bagindamenghentikan langkah di depan bendahara. Cegat berdiri.

            “Baiklah,sepertinya Putera Telang tahu akan Kuul Pemerintahan…” tak sempat diucap,baginda mencelah,

            “Betatahu Kod 3 tersebut. Makanya, ringkaskan sahaja ijtimak ini. Bakal beta patuhpada Kuul itu.”

            Bendaharamendengar tenang dan mengukir senyum, “Hebat. Tak sangka pula tengku sudah ariffasal Kuul.”

            PuteraTelang menjeling jengkel kepada Bendahara Tun Kaja.

            “Baiklah.Pengawal! Bawa masuk tabib dan pengawal yang terpilih ke anjung,” arah Tun Kajadalam anjung kepada pengawal istana.

            Lalupengawal membuka pintu gerbang anjung. Terlihat seorang gadis dan pemuda dipintu. Mereka berjalan masuk ke dalam anjung dan menyembah,

            “Ampunbendahara, sembah patik harap diampun.”

            “Baiklahtengku. Inilah tabib dan pengawal yang akan mengekori tengku dalam upacaramencemar duli.”

            PuteraTelang menoleh ke arah mereka dan hatinya terucap, “Bakau?”

            Bakaumerenung wajah Putera Telang seakan tidak percaya. “Telang? Kau putera PulauLuangan?” hatinya menutur.

            PuteraTelang lantas menoleh ke gadis tabib laju. Dalam detik yang sama mereka salingmemandang. Mata mereka bertemu. Hati baginda berdegup pantas, “gadis cantikyang aku igaukan ialah seorang tabib?”

            “Tengku,kenalkan Pengawal Bakau dan Tabib Cahaya. Mereka akan menemani tengku dalamupacara ini.” Bendahara memperkenalkan.

            “SiButa Tongkat ialah seorang putera? Tak mungkin.” Cahaya desis dalam hati.

            Cahayamerenung lama mata Putera Telang. Hati Putera Telang mula runsing dan kucardengan andaian prasangka.

            Kedua-duanyapernah baginda berjumpa. Adakah ini satu muslihat bendahara? Tapi, tak mungkinbendahara tahu yang aku pernah berjumpa mereka. Adakah bendahara menghantarperisik pabila aku menyelinap keluar istana? Apa muslihat kau bendahara? Apalagi kepetangan yang kau rancang? Aku harus berjaga-jaga.- Putera Telang. 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.