Home Novel Cinta BAHTERA SELUAS LAUTAN
BAHTERA SELUAS LAUTAN
Shion
9/1/2018 02:08:05
8,546
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 5

Bab5: Tembok Maluri dan Cahaya

 

Empat hari sebelumnya,

“CAHAYA!”panggilBakau Cahaya yang sedang ralit membaca buku dalam kedai kayu Bakau. Cahaya yangayu jelita, berkaca mata bulat, mengenakan baju putih perak dan kain kecilmenutup kepalanya, tersedar dan menyahut panggilan Bakau.

            “Ya…Bakau. Kenapa?”

            “Engkauini, Cahaya. Datang saja ke kedai kayu aku ini, asyik membaca buku yang entahdari mana kau dapat. Baik kau tak payah ke mari.” ujar Bakau geram.

            “Bakau...Benarkan aku baca sekejap saja. Aku baru saja dapat buku ini,” jawab Cahayatidak mengalih wajahnya daripada buku di paha.

            “Adakahkau terima buku itu dari Hang Siul lagi di tembok?”

            “Laks…mana! Laksamana, Bakau! Dia seorang pembesar di pulau ini,” gertak Cahayakepada Bakau. “Iya. Aku jumpa Laksamana kelmarin sebelum dia berangkat kelaut...” bisu Cahaya sejenak, teringatkan sesuatu. Lalu dia menoleh ke arahbayang-bayang tiang yang boleh menentukan waktu jam di luar. Bayang tiang samapanjangnya dengan tiang, menjelaskan tiba waktu tengah hari. Cahaya gelabahbangun dari kerusi, berlari keluar dari kedai. Teriak dia kepada Bakau, “Bakau!Aku pulang dulu. Ada hal sikit.”

            “Nakpergi ke temboklah tu.” Bakau melihat Cahaya berlalu kelam-kabut dari kedainya.Dia menggeleng tanpa kata.

            SebenarnyaCahaya ingin berjumpa dengan Laksamana di tembok. Dia teringat yang Laksamanabakal pulang dari laut. Laksamana Hang Siul ialah anak kepada Laksamana Hang Goramyang telah meninggal dua puluh empat purnama lalu. Hang Siul ialah satu-satunyapewaris Hang Goram dan telah mengganti jawatan ayahandanya di usia muda. Namun,dia bukanlah yang termuda kerana Syahbandar Dinar muda tiga puluh enam purnama darinya.Di Pulau Luangan, laksamana sahaja yang dibenarkan keluar dari istana dankeluar dari tembok Maluri.

            TembokMaluri…

            Tembokyang memisahkan rakyat dalam daerah-daerah di pulau Luangan dengan laut. Rakyatyang tinggal di dalam tembok digelar ‘Orang Tembok’. Manakala, rakyat yangtinggal di luar tembok digelar ‘Orang Laut’.

            TembokMaluri juga menghalang hubungan rakyat tembok dan laut. Tembok ini mempunyaitujuh penjuru di setiap tujuh daerah setiap satu. Dan hanya satu laluansempadan antara orang tembok dan orang laut yang dikawal ketat oleh pengawaliaitu di Hafa yang dekat sahaja dari sempadan istana. Kuul Kerakyatan, Kod 7:Dilarang untuk orang tembok keluar darinya, dan dilarang orang laut masukdarinya. Namun, Laksamana sahaja yang dibenarkan kerana dia ketua angkatan lautdan ketua urusan di laut.   

            Persoalannya,mengapa perlunya Tembok Maluri?

 

CAHAYAsudahtiba di pintu pagar tembok. Tercungap-cungap dia di situ selepas berlari dipanas terik mentari yang menyerang Pulau Luangan. Dia mencari-cari LaksamanaHang Siul tak keruan. Namun, tiada siapa yang dilihatnya selain penjaga pagartembok.

            Tanpadia sedar, kain hitam menutup matanya dari belakang. Pada mulanya dia risau,entah-entah ada penculik. Bila dengarnya suara garau yang tidak asing lagiolehnya, terus dia senyum tak semena.

            “Lamakanda tunggu, Cahaya.”

            Cahayadengan mata ditutup mengungkap, “Kain buruk tepi perigi, budak-budak kesatbelanga, hari ini saya ke mari, tunggu tuan berbunga-bunga.”

            Kaindilepaskan. Cahaya berpusing ke belakang seraya menarik senyumnya lebih dekatke telinga. “Apa khabar, Laksamana?”

            HangSiul geleng, dengan mata bulat tepat ke mata Cahaya. “Bukan Laksamana, tapi…kakanda Siul.”

            Tersipu-sipuCahaya menunduk ke bawah. Terlihat olehnya bakul yang dijinjing Hang Siul ditangan kanannya. Lalu bertanya, “Adakah kakanda Siul membawa buku baharu hariini untuk patik?”

            “Oh,ya! Ini buku-buku kanda dapat dari Lanun Bata. Dia beri pada kanda sebelum diaberlayar tadi. Nah!” Hulur Hang Siul bakul buku kepada Cahaya.

            “Terimakasih… kan...kakanda Siul.” Gagap Cahaya ucap.

            “Baiklah,kanda minta maaf kerana kanda terpaksa pulang ke istana sekarang. Jangan lupadua hari akan datang. Kanda akan tunggu Cahaya di sini.”

            “Baiklah.”

            “Janganlupa kanda ya. Duhai Adinda Cahaya!” ucap Laksamana sambil melambai dari ataskuda kepada Cahaya.

            Cahayamembalas dengan lambaian perlahan dan senyuman. Hatinya masih terumbang-ambingdengan perasaan bersalah terhadap Hang Siul. Dia masih ragu dengan cintanyapada Hang Siul. Baginya, Hang Siul sudah seperti rakan yang selalu membantunyadalam menimba ilmu dunia. Adakah aku mempermainkan hatinya? -Cahaya.

 

CAHAYAmasukke dalam kamarnya. Dalam kamarnya penuh dengan buku-buku lama dan helaian kertasdi atas meja dan rak. Tergantung semua bahagian-bahagian Kuul di dindingkamarnya. Dia meletakkan bakul buku yang diberikan oleh Hang Siul di atas meja.

            “Cahaya!Mari makan di dapur.”

            “Baikayah,” sahut Cahaya dalam kamarnya.

            AyahCahaya merupakan tabib terkenal di sempadan istana. Ramai yang datang berubatdi rumahnya. Begitu juga Cahaya. Bapak borek, anak pun rintik. Namun, Cahayasangat gian membaca. Setiap waktu lapangnya, terlekat di tangannya sebuah buku.Memang lihai Cahaya ini- Tabib Bula; ayah kepada Cahaya. Cahaya arif tentangKuul. Namun, dia sering tertanya-tanya akan Kuul. Segala perkara yang tertulisdalam Kuul terlalu aneh baginya. Pabila dia bertanya kepada Laksamana, selaludielak.

            IbuCahaya sudah lama meninggal kerana sakit teruk. Hanya dia dan ayahnya saja yangtinggal dalam keluarganya. Teman baiknya pula, Bakau. Selalu dia pergi melawatkedai kayu Bakau yang yatim itu. Pernah dia berangan untuk mempunyai sebuahbahtera yang luas buatan Bakau supaya dapat dia belayar bebas di lautan biru.Namun, Kuul membataskan segalanya. Teringin di benak hatinya untuk menghadapRaja Luang yang menggubal Kuul. Bilalah dapat aku menghadap Raja Luang?-Cahaya.

 

Dua hari kemudian,

JATUHCahayake bumi selepas dilanggar Putera Telang yang tidak berbaju depan kedai Bakau.Buku dalam bakulnya tercampak keluar, berselerak di tanah. Ditenung mata PuteraTelang tajam tanpa dia tahu asal usul pelanggar tersebut. Mengerling Cahaya kepadaPutera Telang yang berlari pergi darinya.

            Cahayayang kecewa akan Laksamana Hang Siul yang tidak mengotakan janji untuk berjumpadi tembok, ditambah lagi dengan nasib buruk dilanggar jatuh buat kali kedua.Hang Siul yang pertama kali memungkiri janjinya merisaukan Cahaya. Penat diamenunggu Hang Siul di tembok, namun batang hidung pun tidak terlihat olehnya.Apa yang berlaku sebenarnya, Laksamana Hang Siul? –Cahaya.

 

Keesokan harinya,

BERITAkemangkatanRaja Luang hebah di negara Pulau Luangan dari utusan istana. Raja dikatakanmangkat diracun oleh hamba suruhannya sendiri. Namun, istana tidak dapatdimasuki. Semua rakyat berkabung di luar istana selama sehari.

            “Ayah,bagaimana Raja Luang boleh mangkat?” tanya Cahaya kepada ayahnya.

            “Setahuayah. Upas telah diletakkan dalam santapan di raja.”

          “Jikaupaslah puncanya, bukankah ia masih mampu diubati, ayah?”

            “Ayahpun kurang pasti dengan fakta ini, Cahaya. Tabib di istana itu, anak murid ayahjuga.”

            Tuk..tuk

            Pinturumah Tabib Bula diketuk ketika Cahaya dan Tabib Bula sedang duduk sarapan dipagi buta. Melihat ayahnya seperti ingin bergerak bangun, terus ditahan, “Tidakmengapa ayah. Biar Cahaya yang buka pintunya.” Cahaya berjalan ke arah pintudan cegat di hadapannya. Ditarik pintu kayu rumahnya dan berdiri seorang pengutusistana membawa skrol di raja.

            “Perutusandi raja, Negara Pulau Luangan untuk keluarga Bula Julali dan anaknya, CahayaBula.”

          Cahayaterkesima mendengarnya. “Perutusan? Untuk aku dan ayah? Tak mungkin?”

            “Dengankuasa pemangku raja Luangan yakni Tuanku Bendahara Tun Kaja Sala Kijangan,memerintahkan Bula Julali untuk menjadi tabib di raja mulai esok. Dan anaknya,Cahaya Bula dikehendaki hadir ke istana pada esok hari. Sekian utusan di raja NegaraPulau Luangan.”

            Cahayamenoleh ke arah ayahnya seimbas dengan wajah tak mengerti. Dia berpaling semulake pengutus tersebut, “Adakah ini benar?”

            “Hambahanya menjalankan amanah. Terima kasih. Mohon hamba untuk beredar.” Berlaluutusan tersebut dari pandangan.

            “Ayah!Bagaimana perkara ini boleh berlaku?”

            “Ayahpun tidak tahu, Cahaya. Yang pasti. Kita harus waspada Cahaya.”

            “Jadi,ayah akan pergi?”

            TabibBula angguk kepada anaknya dengan senyum tenang. Cahaya yang risau dan pelikdengan peristiwa mengejut tersebut mula tenang melihat wajah ayahnya.

 

Di gerbang istana,

BAKAUsedangmenunggu pintu istana dibuka. Ditemani olehnya dua orang pengawal istana disisi pintu gerbang. Cahaya yang baru tiba terkejut melihat Bakau turut beradadi istana.

            “Bakau?”tegur Cahaya dari belakang Bakau yang menunggu.

            Bakaumenoleh ke arah suara tersebut. Terpandang wajah Cahaya yang terpana. “Cahaya?Kenapa kau ke mari?”

            “Engkauitu yang kenapa datang ke istana? Adakah kau tahu aku dikehendaki hadir keistana hari ini?”

            “Oh,tidak Cahaya. Aku juga dipanggil untuk hadir ke istana hari ini…” ayatnyaterhenti dek bukaan pintu gerbang istana.

            Seorangdayang istana mendekati mereka berdua dan berkata, “Jemput masuk ke istana,saudara Bakau Tmua dan saudari Cahaya Bula. Pembesar-pembesar dan perpatihistana sedang menunggu di anjung istana.”

            Merekakemudiannya menuju ke anjung diiring dayang. Berjumpa mereka Bendahara Tun Kajadan Putera Telang yang sedang berbicara di anjung istana. Cahaya memandangwajah Putera Telang seperti ingin memastikan sesuatu.

            “SiButa Tongkat? Putera Pulau Luangan? Tak mungkin.”

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.