BUNYItroli beg bergegar di laluan KLIA. Sebaik sahaja keluarnya Huna berpakaianbaju-T labuh, bertudung dari pintu buka automatik, dia melihat ramai orangsedang menunggu dengan papan tanda nama. Huna berjalan perlahan sambil mencarinamanya di himpunan tanda nama tadi. Huna berhenti seketika apabila terlihatpapan tanda dengan tulisan, ‘Budak Kepala Epal’. Dari sudut tinggi dan potonganbadan, Huna sudah tahu siapa di sebalik papan tanda tersebut. Huna mulaberjalan laju dengan riak manja, menghiraukan abangnya.
Abangnya, Luthfi yang seakan sudahtahu reaksi adiknya, berjalan ketam ke arah Huna dengan menutup mukanya engansejambak bunga plastik, menghalang laluan Huna dengan bunga di tangan.
“Nah, tahniah adik abang!”
“Maaf? Encik ni siapa?” tanya Hunaberpura-pura tidak kenal.
Luthfi yang sangat sensitif, sedardengan loya buruk Huna, menjawab dengan nada baku, “Oh, saya pelakon terkenaldi negara ni. Nama saya Luthfi Dil.” Luthfi mencapai tangan Huna untukbersalam, namun disambut Huna dengan jelingan sahaja. Luthfi menunduk sedikituntuk setara dengan kepala adiknya kemudian dia sambung, “ Kamu ni manusia ke...buah-buahan, sebab muka macam epal busuk je?” bergurau Luthfi dengan gelak kejikepada Huna.
“Maaf, saya nak cepat, tak ada masasaya nak layan Encik Tak Sopan ni,” ujar Huna kemudian melangkah laju melepasiLuthfi.
Luthfi mengunci kepala Huna dandigosok- gosok dengan buku lima, “Alolo. Yelah.Adik abang ni. Jom!” kata Luthfi kepada Huna, mengajaknya ke kereta.
Huna dengan tudung serabai, mengukirsenyum manis melihat abangnya berlalu dengan nada ceria lantas mengekorinya dantempik, “ Tolonglah tolak troli ni!!!”