Home Novel Cinta Nada Pujangga Si Bisu
Nada Pujangga Si Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
26,594
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

BUNYI troli beg bergegar di laluan KLIA. Sebaik sahaja keluar, Huna yang berpakaian baju-T labuh dan bertudung dari pintu buka automatik, melihat ramai orang sedang menunggu dengan papan tanda nama. Huna berjalan perlahan sambil mencari namanya di himpunan tanda nama tadi. Dia berhenti seketika apabila terlihat papan tanda dengan tulisan, ‘Budak Kepala Epal’. Dari sudut tinggi dan potongan badan, Huna sudah tahu siapa di sebalik papan tanda tersebut. Huna mula berjalan laju dengan riak manja, menghiraukan abangnya.

Abangnya, Luthfi, yang seakan sudah tahu reaksi adiknya, berjalan ketam ke arah Huna sambil menutup mukanya dengan sejambak bunga plastik, menghalang laluan Huna dengan bunga di tangan.

“Nah, tahniah adik abang!”

“Maaf? Encik ni siapa?” tanya Huna, berpura-pura tidak kenal.

Luthfi yang sangat sensitif dan sedar dengan loya buruk Huna, menjawab dengan nada baku,

“Oh, saya pelakon terkenal di negara ni. Nama saya Luthfi Dil.”

Luthfi mencapai tangan Huna untuk bersalam, namun disambut Huna dengan jelingan sahaja. Luthfi menunduk sedikit untuk setara dengan kepala adiknya kemudian dia sambung,

“Kamu ni manusia ke... buah-buahan, sebab muka macam epal busuk je?”

Bergurau Luthfi dengan gelak keji kepada Huna.

“Maaf, saya nak cepat, tak ada masa saya nak layan Encik Tak Sopan ni,” ujar Huna kemudian melangkah laju melepasi Luthfi.

Luthfi mengunci kepala Huna dan digosok-gosok dengan buku lima.

“Alolo. Yelah. Adik abang ni. Jom!” kata Luthfi kepada Huna, mengajaknya ke kereta.

Huna dengan tudung serabai, mengukir senyum manis melihat abangnya berlalu dengan nada ceria, lantas mengekorinya dan tempik,

“Tolonglah tolak troli ni!!!”

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.