Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
20,242
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

            LUTHFImencari Huna dari atas pokok getah tersebut, tapi tak kelihatan. Walaupun Magusyang masih terhidu-hidu tidak tentu hala, haluannya menuju ke satu pokok getahdekat dengan semak. Luthfi memerhati pokok tersebut secara fokus dan akhirnya,menjumpai Huna yang sedang menutup telinga dengan tangan. Magus semakin hampirdengan Huna. Masa semakin suntuk. Adam dan Luthfi melompat turun dari pokok,lalu Luthfi menyuruh Adam,

            “Dam, kau pergi ambil apa-apasenjata dalam pondok cepat!”

            Adam segera berlari ke pondokselepas mendengar kata-kata Luthfi. Luthfi melihat adiknya menggenggam erattubuhnya walhal Magus sudah di belakang. Luthfi berlari ke arah Huna yangketakutan selepas menyedari Magus sedang merenung matanya tajam.

            “Tolong!!!” jeritan Huna menggeselhati Luthfi yang masih berlari menunggu nasib sama ada sempat atau tidak untukdia menghalang Magus daripada mencederakan Huna.

            Air mata Luthfi menitis ke tanahsaat dia melompat dan cuba menghalang Magus yang terbuka luas mulutnya sehinggaterlihat gigi taringnya.

            “Arghhhhhh!!!”

            Darah berlumuran keluar dari lengan kiriLuthfi yang masih lagi melekat di gigi Magus. Luthfi cuba menarik lengannyadari mulut Magus, namun semakin ditarik semakin kuat jeritannya.

            “Abang! Abang!” panggil Huna yangcuba mendekati, Luthfi malah menolak kerana bimbang Huna bakal diserang.

            Bayang-bayang seseorang secara lajumenghampiri Magus.

            “Lepas! Lepas!” tengking Adam sambilmemukul Magus dengan pisau menoreh tumpul yang diambilnya dari pondok.

            Magus meraung kesakitan lalu berlarijauh ke dalam semak.

            Belum sempat ditanya oleh Adamkeadaan Luthfi, Luthfi cepat menunjukkan ibu jari kepadanya memberi isyarat diabaik-baik sahaja. “ Kau okay Huna?”tanya Adam tercungap-cungap kepenatan.

             Huna yang basah mukanya dengan air mata, tidakpeka dengan pertanyaan Adam, terus mendekati abangnya, “Abang! Darah bang,” ucapHuna dengan tangisan. “Maafkan Huna bang, kalau Huna tak menyorok kat sini,mesti tak jadi macam ni.”

            Luthfi mencapai tangan Huna laluberkata, “Aa...abang... dah jumpa Huna... lagi... Hahaha.”

            “Ya, abang dah jumpa Huna dah,” esakHuna sambil menangis selepas melihat abangnya yang masih dalam mood permainan sorok-sorok.

            “Abang, janganlah buat lawaksekarang. Huna sayangkan abang.” Sebak Huna mendakap Luthfi, “Huna tak adasesiapa dah.”

            Mendengar luahan Huna, Luthfi lalumemujuk, “Jangan risaulah. Huna akan sentiasa ada abang.”

            Tidak lama kemudian, Pak Long danorang kampung tiba. Mengangkat Luthfi ke dalam kereta untuk membawanya keklinik terdekat. Keadaan Luthfi stabil tapi parut gigitan kekal di lengannya.

            Kubu rahsia mereka menjadi sejarahselepas kejadian itu. Ayah Julia mula mengupah orang untuk menjaga kebuntersebut. Pak Long dan Mak Long juga melarang mereka dari terus bermain disana. Lagipun Abang Luthfi dan yang lain selain Julia akan masuk sekolah menengahdah. Jadi tak elok lelaki perempuan main bersama di tempat yang sunyi itu,nasihat Pak Long melarang mereka daripada terus pergi bermain di sana.

            “Luthfi kan dah besar. Adam, Melin,Ika semua dah besar. Jangan main lagi ya dekat sana. Bahaya.” Pesan Pak Long didalam bilik sakit di klinik sambil melihat Luthfi terbaring berbalut tanganbersama yang lain.

            Itulah kali terakhir mereka bermaindi ladang getah dengan tragedi pahit yang tak dapat dilupakan.

            “Itu masa silam Magus. Sekarang aku dah berubah. Kau tunggu.” Desis hati Hunayakin setelah melihat lembaga Magus yang semakin besar saiznya di sebalik semak.      

            Belum sempat Huna mengeluarkan senjatadari dalam poketnya, Magus melangkah keluar laju dari semak dan mengejarnyadengan salakan yang memecahkan suasana sunyi di ladang.

            “Cis!” rungut Huna dalam hatinyakerana strategi yang telah dia rancang gagal. Mata jengkelnya terbentuk sambilhatinya menutur, “Abang lah ni. Bising betul.” Huna mengayun kakinya berlari kearah Luthfi untuk menyelamatkan diri dari Magus. Dalam detik yang sama, fikirannyasecara pantas membantu meluahkan idea, “ Jarak melintang lima meter (jarak Hunadan Magus/semak). Jarak mendatar sepuluh meter (ke arah Luthfi). Anggarankelajuan Magus satu saat semeter. Anggaran kelajuan aku satu perpuluhan limasemeter. Jadi jarak Magus akan semakin dekat dengan aku pada kiraan saat yangkelima.

            Niat hati Luthfi ingin memasukiladang getah tersebut. Namun, dia teringat janjinya dengan Huna sebelum Huna masukke dalam ladang. Melihat perubahan gaya Huna berlari yang seperti pelari pecutprofessional, Luthfi mula tersenyum dan melipat kedua belah tangannya di dadasambil memerhati apa yang bakal Huna lakukan.

            Fikiran Huna masih lagi membisik,“Batang pokok mana yang sesuai? Itu? Itu? Sana?” Bola mata Huna liar bergerakke kanan dan kiri mencari pokok yang sesuai. Dalam masa yang sama, kiraan saatdalam fikirannya sudah tiga saat. Bola mata Huna mula fokus ke satu batangpokok getah dan hatinya melantak, “Ah, pokok ni je lah!”

            “Owh... Hah!” Luthfi yang memerhati,ternganga melihat tindakan Huna selepas itu.

            Kiraan saat keempat, Huna melompatdan memeluk batang pokok dengan tangan kirinya. Badannya terangkat terbang dantujahan inersia membolehkan Huna berpusing U melilit pokok tersebut melawanarah jam.

            Magus yang masih berlari, semakinhampir dengan Huna dekat pokok getah tersebut.

            Huna membawa kaki kanannya kebelakang dan menghayun kuat kakinya tepat di perut Magus yang baru sahaja tibadi depan pokok getah pada kiraan saat yang kelima.

            Detik yang sama, hatinya mengungkap,“ Maaf Magus. Ini untuk kebaikan kau juga.”

            Magus yang jatuh terpelanting cubabangun terhenjut- henjut dan menyalak perlahan kerana sakit. Namun, Magusberjaya bangun dan berlari dengan kelajuan sederhana .

            Huna memasukkan tangannya ke dalampoket dan mengeluarkan batang lastik dan peluru tidur berwarna merah pelepahbulunya. “Selamat malam, Magus.” Tutur benak Huna lantas melepaskan tali lastikdengan peluru tidur meluru ke arah Magus.

            Peluru tidur yang mempunyai jarumsepanjang 2 inci menusuk badan Magus menyebabkannya terbaringnya tidur di atastanah laterit ladang getah.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.