Home Novel Cinta UNTUK YANG TERAKHIR
UNTUK YANG TERAKHIR
NOR RAFIDAH JAMIL
25/9/2016 23:46:06
10,832
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 4

Kring! Kring! Bunyi jam locengmilik Raisya tidak berhenti berdering sejak tadi. Dia merasa sedikit tidak terganggu akan bunyi bising yang menjamah halwa telinganya. Tiada tanda-tanda langsung mahu bangun dari tidur. Bantal busuk di sebelah dicapai lalu menekup telinganya dengan bantal.

“YA ALLAH…Raisya,bangun.Tidur lagi ke?!” Syikin menjerit ditelinga Raisya. Baru aje keluar dari toilet, Raisya masih terbongkang tidur.Astagfirullahalzim…apa nak jadilah dengan budak ni.Lantas dia mengucap panjang.

Raisya cepat-cepat menarik gebar yang terlurut di kaki ke paras bahu. Ingin menyambung tidurnya semula.Suara nyaring Syikin menganggu lena tidurnya pagi itu.

“Aduih macamane aku nak kejutkan dia ni. Tidur mati ke?” Syikin sudah kehilangan akal. Raisya memang tidur mati.Datanglah bunyi bom atom sekalipun, belum tentu dia dengar.Masak sungguh dengan perangai Raisya yang satu itu.Hampir lima sem mereka berkawan rapat.Perangai masing-masing sudah hadam.Dengan Raisya saja dia boleh masuk air.Raisya gila-gila sikit orangnya.Apatah lagi, dia juga sekepala dengan gadis itu. Mereka jurusan dari kos yang sama iaitu bidang IT. Bertuah badanlah katakan, sehingga masuk penggal ketiga, dia masih sebilik dengan Raisya.

“Eh, Raisya..Raisya Sufi!” Jeritnya memanggil nama penuh Raisya. Digoncang-goncangnya tubuh gadis itu. Tidur mati ke budak ni?

Raisya terpisat-pisat membuka mata. Bunyi jam loceng yang melalak tadi ditutup. Melebar sengih Syikin. Taktik itu menjadi juga.

“Aku kat mana ni?” Soal Raisya sambil ditonyoh-tonyoh matanya. Rasa baru semalam dia berada di rumah ayahnya.

“Eh Raisya! Kau buat lawak ke babe? Cuti sem dah abis Cik Raisya oi. Baik kau pergi mandi. Kita ada kelas pukul 10 pagi ni. Karang terlambat pulak nak ke dewan kuliah” Arah Syikin sambil menarik-narik tubuh Raisya.

“Yalah…aku bangunlah ni” Beritahu Raisya malas-malas. Mujurlah aritu dia tengah ABC. ALLAH bagi cuti. Hehehe…

“Mana Mira dengan Lin?” Soal Raisya pelik. Kelibat pun tak nampak pagi-pagi itu. Takkanlah merayap lagi kot.

“Diorang awal-awal pagi lagi dah keluar. Ada kelas katanya” Jawab Syikin bagi pihak mereka. Mira dan Azlin sama kos dalam bidang business.

“Okey!” Jawab Raisya berserta sengihan sebelum melangkah ke bilik mandi.

Mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi sebaik saja masuk ke dewan kuliah. Masing-masing tersengih sesama sendiri. Beberapa pelajar lain sudah pun memenuh ruang dewan kuliah itu. Mata Hani tertancap pula pada Hazrul yang sedang berjalan ke arahnya ketika itu.

“Awalnya sampai arini, aku ingatkan tak datang teruih tadi” Perli Hazrul selamba lalu mengambil tempat disebelah mereka berdua. Kepalanya digeleng-geleng, janji semalam mahu tiba awal ke kelas.

“Kau perli ya” Raisya tersengih Dia pun terlupa ada berjanji dengan Hazrul. Itulah, banyak makan semut barangkali. Nasib baik Hazrul ini memang agak penyabar orangnya.Pandangan ditala ke depan.

“Hurm nasib baik Prof Salina masuk lambat arini, Han. Kalau tidak, aku pun tak tahulah. Sendiri mahu ingat ya kalau dia bertempik, boleh meletop alamatnya dewan ni” Sambung Hazrul tidak henti-henti membebel mengalahkan perempuan.

Syikin yang duduk disebelah Raisya hanya memasang telinga. Mulut Hazrul boleh tahan cabulnya juga. Suka cakap main lepas. Yang peliknya, macam manalah dia dan Raisya boleh tahan dengan karenah Hazrul sampai sekarang. Pelik, pelik. Bisingnya mengalahkan burung murai aje.

Raisya menarik nafas lega sedalam-dalamnya. Prof Salina memang tegas sikit orangnya. Dia sendiri sudah maklum akan hal itu sejak orang tua itu mengajar subjek Indexsemester lepas. Dan untuk semester ini, dia dikehendaki mengajar subjek Programming pula. Hurm, dua kali jugalah kena hadap mukanya selama dua sem berturut-turut.

“Oh ye ke? Kau tahu ke kenapa dia masuk lambat?” Soal Raisya.

“Entahlah Raisya. Kejap lagi masuklah tu. Yang kau sibuk bertanya ni, kau rindu dengan ‘mak tiri’ kau tu ke?” Sembur Hazrul.

“Hesy…tak sayang mulut betul dia ni” Wiwi yang menyepi tadi mencelah tiba-tiba.

“Lepas tu dia failedkan kau subjek ni. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Kau nak?” Raisya menakutkan-nakutkan Hazrul. Apalah Hazrul ni, depan bukan takut. Belakang wanita itu siap mengutuk kaw-kaw lagi. Kalaulah dinding boleh bercakap dan mendengar, sudah pastilah kata-kata Hazrul mengutuknya sampai ke telinga Prof Salina.

“Eh, jaga sikit mulut kau tu, Raisya. Mulut tak bertapis! Seram mak aih…minta jauhlah benda-benda macam tu.Tak sanggup aku nak repeatsubjek ni lagi” Hazrul mencebik.

“Hahaha….muka aje macho. Tapi penakut!” Syikin mengejek dengan kedua-dua telinga diletak disebelah telinga dengan gaya mengejek.

Hazrul menyuakan penumbuk ke arah Syikin. Syikin buat-buat tidak nampak.

“Raisya, cuti aritu kau buat apa? Langsung tak dengar khabar. U cuti kau pun cuti sekali ya”

“Duduk umah ajelah. Makan tidur je. Lepas tu nak hilangkan boring aku pergilah travel mana-mana. Kau kerja ke, Hazrul?”

Hazrul mengangguk laju.

“Kata pergi travel. Mana ole-ole untuk aku?” Dijelingnya Raisya, sedang asyik menulis sesuatu di atas kertas.

“Kau tulis apa tu? Surat layang ke?” Tuduh Hazrul serkap jarang.

“Sibuk je nak tahu. Budak hingusan ajelah yang tulis macam ni. Zaman sekolah-sekolah dulu” Balas Raisya tanpa menoleh.

Syikin tersengih memandang mereka.Berlawan sembang dengan Raisya ni, ada je jawapannya. Hazrul mencebik.

Serentak Raisya dan Syikin berpandangan. Lucu benar melihat mimik muka Hazrul. Bagaimanapun, suasana hingar-bingar dewan kuliah itu bertukar senyap sebaik saja Prof Salina melangkah masuk. Sesi pembelajaran dimulakan meskipun agak lambat. Masing-masing tekun mencatat sesuatu pada buku nota kerana bimbang akan disoal.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.