Hujung minggu itu,
merekabertiga
menghabiskan masa terluang dengan mengunjungi
Pavilion, KL. Dari duduk memerap dibilik, dapat juga cuci-cuci mata di situ.
Keadaan di dalam shopping complex
tersebut sesak dengan kehadiran manusia yang bertali-arus.
Dari
satu kedai ke satu kedai, mereka masuk. Namun tiada apa yang ingin dibeli.
Hampir sejam juga mereka begitu. Sebaik saja tiba di kedai buku Popular, Raisya
memberhentikan langkah. Alang-alang dia disitu, dia ingin singgah sebentar.
Sesudah itu, dia memandang Hazrul dan Syikin.
“Masuk
jela. Tapi, jangan lama-lama sangat. Perut aku pun dah lapar ni” Gerutu Hazrul
sambil bercekak pinggang.
“Okey!”
Raisya mengenyit sebelah mata sebelum berlalu. Dia berjalan ke pintu masuk lalu
Syikin mengekori dari belakang. Langkah diatur ke rak yang menempatkan koleksi
novel “ Yeah….dah dapat juga apa yang aku cari” Soraknya gembira. Novel karya
novelis Ramlee Awang Murshid berada digenggaman kini. Kesemuanya tiga buah
novel karya penulis tersohor itu.
“
Sudah?” Soal Syikin seraya mengerling buku ditangan Raisya. Lambat-lambat pula,
kecoh pula mulut Hazrul tu.
Raisya
mengangguk puas, sudah dapat apa yang dia cari.
“
Novel yang kau beli hari itu kau dah baca ke, Raisya?” Soal Wiwi hairan. Bulan
lepas baru saja beli dua buah novel, sejak bila pula Raisya baca kesemua novel
itu. Tidak pula dia perasan. Aneh!
Raisya
mengangguk laju.
Senyuman
meniti dibibir Syikin. Dia tahu Raisya memang hantu novel. Setiap bulan aje ada
novel nak dibelinya. Setelah membuat pembayaran di kaunter, mereka berlalu
keluar.
“Banyaknya
beli...kau makan ke baca buku tu?” Perli Hazrul.
“Dua-dua
sekali kot” Balas Raisya selamba.
Melebar
sengih Hazrul. Dia tahu Raisya memang suka berloyar buruk dari dulu. Hazrul
memegang perutnya “ Okey, sebut aje fasal makan ni, nak makan kat mana?”
Soalnya.
“
Hurm aku tak kisahlah janji perut aku ni kenyang” Jawab Syikin
tersengih-sengih.
“Okey,
nice. Kalau macam tu, kita makan kat food
court jela. Banyak sikit pilihan kat situ” Cadang Hazrul.
“
Okey” Raisya dan Syikin mengangguk serentak. Hazrul tersenyum, baguslah
masing-masing sudah setuju.
Mereka
membawa haluan kaki menuju ke food court
di tingkat satu. Sebaik saja sampai ditingkat atas, mereka meninjau-ninjau
beberapa gerai yang menempatkan menu masakan lauk tengahari itu. Setiap gerai
berbeza menu dan beraneka lauk.
Mata
Hazrul terpandang satu susuk tubuh yang seakan dikenali turut berada di situ. Disebelahnya
pula, ada seorang gadis seksi yang asyik memegang dari tadi tangan lelaki itu.
Najmi? Eh, apa dia buat kat sini? Nalurinya tertanya-tanya. Baru beberapa saat,
Najmi membalas pegangan gadis itu. Biji matanya seakan mahu tersembul keluar
menyaksikan free showitu. Hisy,
agak-agaklah Najmi, takkanlah tempat terbuka macam tu pun kau nak buat perkara
tak senonoh. Detiknya, meluat dengan sikap Najmi.
“Raisya,
Raisya” Panggil Hazrul tiba-tiba. Berkeriut dahi Raisya memandang Hazrul yang
memanggilnya tiba-tiba.
“Kenapa?”
Soal Raisya pelik.
“Aku
tiba-tiba rasa nak makan steamboat.
Kita tukar plan ya” Ajak Hazrul
bersungguh-sungguh.
“Eh,
kau jangan nak mengada tau! Kaki aku tak laratlah nak turun naik semata-mata
nak ikut kau makan steamboat kau tu.
Sekarang ni, aku nak makan nasi. No
steamboat! Steamboat tu bila-bila
pun boleh!” Bidas Raisya geram.
“Yelah.
Kau kenapa Hazrul? Semacam aje aku tengok” Celah Syikin pula.
“Eh
takdelah! Takpelah, cancel jela.
Okey, kita makan lain kali nanti” Hazrul menahan debaran. Risau juga kalau
mereka terkesan sesuatu dari riak mukanya. Dia menggaru-garu kepalanya yang
tidak gatal. Habislah, apa aku nak buat ni? Nasib kaulah Najmi, siapa suruh kau
berani buat hal.
Selesai
memilih makanan, Raisya dan Syikin mengambil tempat dibarisan hujung food court itu. Cuma Hazrul yang masih
belum berada disitu. Mata Raisya meliar memandang sekeliling menyaksikan
pelbagai ragam orang di situ. Namun, dalam sibuk dia memerhati gelagat orang
yang berpusu-pusu singgah di food court
itu, matanya tertancap pada sepasang manusia yang amat dikenalinya.
“Ekin,
kau tunggu sini kejap. Aku ada hal nak settle”
Ujar Raisya tiba-tiba bangun dari kerusi.
“Eh
Raisya, kau nak pergi mana? Hal apa?” Soal Syikin dengan biji mata
terkebil-kebil. Raisya berlalu pergi tanpa menjawab terlebih dulu
pertanyaannya.
“Kenapa tu, Ekin?” Giliran Hazrul pula menyoal
setelah mengambil tempat duduk berhadapan Syikin.
“Entahlah
si Raisya tu. Cakap ada hal tadi. Tak tahu pula aku hal apa. Bunyi macam urgent tadi” Terang Syikin.
“Hurm,
abislah” Hazrul bercakap seorang diri, namun sempat ditangkap oleh Syikin.
Maklumlah, Syikin ni telinga kuali sikit.
“Hazrul!”
Jerit Syikin dengan volume suara yang
masih lagi dikawal. Hazrul memandang takut-takut akan wajah singa Syikin.
Raisya
datang mendekat ke arah pasangan merpati dua sejoli itu yang konon-kononnya
sedang memadu asrama. Asyik berpegangan tangan tanpa memperdulikan situasi
disekeliling mereka. Dia cuba mengawal emosi. Masih tetap tersenyum memandang
mereka. Tidak mahu dilihat lemah dihadapan Najmi meski hati sakit dengan
perbuatan lelaki itu padanya.
“
Raisya?” Muka Najmi terus bertukar pucat, bagai ditoreh tidak berdarah sebaik
melihat Raisya berdiri tercegat di hadapannya ketika itu. Sesudah itu, dia
memandang Linda pula. Muka Linda kelihatan tenang tanpa sekelumit pun perasaan
bersalah.
“Takpe,
sorry ganggu awak berdua. Oh, rupanya
ini tempat awak dating. So, awak
sibuk memanjang ni sebab dating je
ke?” Sindir Raisya.
Linda
mencebik memandang mereka. Menyampah pun ada terpaksa menyaksikan drama
sinetron itu. Hazrul ni pun satu, pilih girlfriend
tak ada taste langsung! Dahlah kasar, berfesyen jauh sekali. Macam itu ke
diorang bercouple selama ini?
“Raisya,
I’m sorry. Aku tak ada niat pun nak
sakitkan hati kau. Memang dari dulu aku nak berterus-terang dengan kau” Najmi
serba-salah.
“Berterus-terang
fasal apa Najmi? Sudahlah, Najmi. Saya tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut
awak tu! Okey, saya pun malas nak ambil tahu apa-apa fasal awak apa lepas ni!”
Ujar Raisya beremosi.
“Raisya,
aku dengan Linda…” Najmi tidak menyudahkan ayatnya, kerana Raisya terlebih dulu
memotong.
“
Stop, Najmi! Awak tak faham bahasa
ke? Saya tak nak dengar apa-apa lagi, Najmi. Saya doakan awak bahagia dengan
pilihan awak ya. Tolong jangan cari saya lagi lepas ni” Raisya kemudian berlalu
pergi meninggalkan mereka. Najmi ingin bangun mengejar Raisya, akan tetapi
Linda terlebih dulu menahannya.
“Sorry
Raisya. Aku…” Hazrul bersuara perlahan. Salahnya juga, tidak berterus-terang
aje dari tadi. Mesti Raisya kecewa dengan sikapnya.
“Raisya,
kau okey tak ni?” Soal Syikin panik, melihat mata Raisya yang merah.
“Aku
okey Ekin. Takpelah, kau dengan Hazrul jelah makan. Aku takde moodnak makan. Aku balik dulu” Mendatar
suara Raisya.
“Aku
dengan Hazrul pun tak ada selera. Aku pun nak ikut kau balik kolej. Fasal
makanan ni, kitorang bungkus ajelah” Ujar Syikin memandang simpati pada Raisya.
“Ekin,
janganlah risaukan aku. Okeylah aku gerak dulu. Aku naik teksi, korang balik dulu
tak payah tunggu aku” Ujar Raisya sebelum berlalu pergi.
Syikin
menggeleng perlahan. Kasihan Raisya. Dari apa yang Hazrul bagitahu tadi, Najmi
curang padanya. Dia tahu Hazrul sendiri tersepit samada mahu berterus-terang
tadi pada Raisya.