Home Novel Cinta UNTUK YANG TERAKHIR
UNTUK YANG TERAKHIR
NOR RAFIDAH JAMIL
25/9/2016 23:46:06
10,838
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 9

“Raisya” Syikin melayang-layangkan tangan ke muka Raisya yang sedang leka termenung. Apa agaknya yang difikirkan Raisya barangkali.

Syikin menepuk meja kuat. Kus semangat! Mata Raisya berkedip-kedip.

Hazrul pula asyik tersengih aje dari tadi. Pantang tengok Raisya leka sikit, mulalah dia mengusik gadis itu.

“Aduih, orang tengah seriuslah, boleh pula kau berangan” Tak faham betul dengan minah ni.

“ Oh yeke? Sampai mana tadi?” Kelam kabut dia menyelak-nyelak nota di atas meja. Kelakuannya itu dipandang pelik mereka berdua. Menggelabah habis dia.

“Sampai Paris dah Cik Raisya oi. Itulah kau sibuk berangan lagi. Apa yang kau fikir?” Ngomel Syikin.

Raisya tersengih macam kerang busuk. Syikin ni kalau bab membebel mengalahkan mak orang.

“Berangankan encik abang agaknya, Ekin. Kau tengok muka dia tu. Sudah blushing” Usik Hazrul memandang muka Raisya yang memerah.

Raisya segera menyuakan buku lima ke arah Hazrul. Hazrul pura-pura mengelak. Dia tahu Raisya hanya main-main.

“Sorry” Raisya mengakui kesilapannya.

“Kenapa kau termenung Raisya? Kau ada masalah ya? Citerlah kat aku. Manalah tahu aku boleh tolong apa yang patut” Hazrul menawarkan diri.

Raisya menggeleng laju “ Mana adalah. Dahlah, sambung balik apa yang kau nak cakap tadi”

Hazrul mengangguk.

“So, sekarang ni kita nak pilih lagi seorang partner group kita. Kau rasa ada siapa-siapa yang sesuai? Maksud aku, yang boleh buat kerja” Soal Hazrul kembali ke topik asal perbincangan. Dia memandang Syikin pula. Manalah tahu gadis itu ada cadangan juga.

“Aku dan Ekin cadang nak pilih Fendi sebagai ahli group kita. Kau okey tak?” Hazrul meminta persetujuan Raisya.

Mulut Raisya ternganga luas. Kenapa mesti Fendi? Dalam banyak-banyak pelajar dalam kelas itu, kenapa budak Fendi itu pula yang diorang pilih. Hisy, dia bukannya sebulu dengan Fendi. Apalagi, sejak kes dia cuba memburuk-burukkan Najmi, kawan baiknya sendiri.

Babe, kau okey ke? Macam tak okey je aku tengok” Berkeriut kening Syikin memandang Raisya.

“Hah?” Raisya terpempan.

“Eh, taklah aku okey je. Kau dah bagitahu ke, Hazrul?” Soal Hani memandang sekilas muka Hazrul.

“Takpelah. Nanti-nantilah baru aku bagitahu dia” Jawab Hazrul pula.

Raisya asyik memegang telefon bimbitnya dari tadi. Dia bercadang ingin bertanay khabar akan Najmi. Hampir seminggu Najmi tidak menghubunginya. Entah untuk kali berapa dia mendail nombor Najmi, hanya panggilan operator wanita yang menjawab panggilan itu.

“Dia angkat ke tak?” Soal Syikin sambil mengacau-ngacau ais sirap limau dengan batang straw.

“Sibuklah kot agaknya” Balas Raisya sepatah.

“Mungkin” Syikin meneka.

Suasana di cafe itu hingar-bingar dengan kehadiran pelajar di cafe pada petang itu. Ada yang sibuk berdating, ada pula yang buat discussion group di situ.

“Sudahlah, jangan buat muka cemberut macam tu. Tak lari mana pun Najmi kau tu. Nanti dia free, dia callla kau tu” Melalui wajah Raisya saja, dia sendiri pun dapat melihat apa yang bermain difikiran gadis itu.

“Kalau nak senang lagi, kau ikat je kaki dia tu. Biar tak dapat pergi mana-mana. Senang citer, babe” Sambung Syikin.

“Hisy, merepeklah. Kau ingat aku queen control macam kau?” Bidas Raisya. Lucu pula dengar cadangan gila Syikin, sampai nak ikat kaki bagai. Itu dah taksub namanya tu.

Syikin gelak tidak berhenti.

“Hah, abiskan air kau tu. Tak elok membazir” Bebel Raisya.

“Yess, bos!”

Raisya menyergah tiba-tiba “ Elok sangatlah tu minum ais, sia-sia ajelah kau joging tadi.

“Haus babe, mana boleh tahan. Nanti aku dietlah balik” Ujar Syikin.

“Hmmm, yelah tu. Jangan kelaut sudah pulak ya” Raisya tidak percaya. Syikin ni memang pantang nampak makanan. Semua nak dibedalnya.

“Eh, tergesa-gesa ni nak ke mana pula?” Soal Syikin pelik sebaik saja Raisya mengangkat punggung dari kerusi.

“Aku nak naik bilik dulu. Kau duduklah sini lama-lama, Ekin. Badan aku pun dah berlengas ni” Mana tidaknya, selesai saja mereka berjoging, mereka terus duduk melepak di situ.

“Kejap, Raisya. Amboi lajunya berjalan macam pelesit je” Ngomel Syikin sebaik kelibat Raisya jauh meninggalkannya.

“Mummy, Edlin nak minta duit sikit. Edlin ingat nak beli buku rujukan. Tahun ni Lisa nak SPM. Jadi, Lisa nak tambah sikit beli buku rujukan. Mummy juga yang suruh Lisa jadi budak pandai, kalahkan Kak Raisya tu” Provok Edlin.

“Biar betul kamu ni Edlin. Baru minggu lepas mummy dah bagi kamu duit. Apalagi tak cukup! Kamu ingat mummy cap duit agaknya. Duit gaji papa semua mummy dah bagi kat kamu. Hisy, anak bertuah ni!” Yasmin meninggikan sedikit suara.

Edlin mendengus “ Mummy ni memang kedekut. Dah jadi macam papa ke minta duit sikit pun tak boleh. Macam nilah, Edlin nak guna duit tu nak beli buku rujukan. Salah ke mummy? Bukannya beli benda tak elok pun. Okey, kalau mummy tak bagi, Lisa sikit tak kisah.Cuma itulah jangan salahkan kalau-kalau Edlin buat benda tak elok lepas ni” Ugut Edlin dengan berani.

Puan Yasmin mengetap bibir menahan geram dengan perangai anak gadisnya itu. Edlin memang berani orangnya. Kalau buat, dia buat betul-betul. Macamana kalau dia buat benda-benda yang tak elok nanti. Dia juga yang malu, bukan dia aje malahan suaminya mesti memerlinya tidak pandai menjaga anak.

“ Nah, ambik duit ni. Janji dengan mummy jangan nak beli benda tak berfaedah pula” Ujarnya sambil menghulurkan beberapa keping not RM50 kepada Edlin.

“Thanks mummy. Sebab tu Edlin sayang sangat kat mummy ni”

“Ingat! Guna duit tu beli buku. Beli benda-benda yang merepek, tahulah Edlin nanti” Ugut Yasmin.

Edlin mengangkat tangan gaya berikrar “ Okey mummy. Edlin janji ya”

Puan Yasmin menjeling anak gadisnya itu.

“Min bagi lagi ke duit kat budak tu. Sudahlah Min. Jangan dimanjakan sangat Edlin tu. Saya cuma risau kalau-kalau duit yang awak bagi tu dia gunakan untuk tujuan lain aje” Nasihat Tuan Johari. Seingatnya, baru minggu lepas dia ada beri wang saku pada Edlin. Mustahil pula boleh abis secepat itu.

“Salah ke saya nak manjakan anak saya sendiri. Abang boleh pula manjakan Raisya tu. Turutkan aje apa dia nak. Saya sikit pun tak hairan langsung. Sibuk je nak tahu hal kami anak beranak” Balas Yasmin berdegil.

“Apa yang awak merepek ni,Min? Kasih sayang tak berbelah bagi pada Edlin dan Raisya walaupun Edlin tu cuma anak tiri saya. Awak tu aje yang suka fikir bukan-bukan” Tuan Johari memandang muka isterinya.

“Macamana saya tak fikir bukan-bukan bang. Cara abang tu anggap kami macam tak wujud dalam umah ni. Saya cuma terkilan aje bang” Luah Puan Yasmin.

Tuan Johari menghela nafas.

“Min, sudahlah tu. Dah tua-tua pun nak merajuk. Malu anak-anak tengok. Abang tetap sayang Min. Kalau tak sayang, macamana abang boleh kahwin dengan Min.Kan?” Pujuk Tuan Johari.

“Tekak saya hauslah,Min. Min boleh tolong buatkan abang air?”

“Yalah, saya buatkan. Abang nak minum air apa?” Soal Puan Yasmin. Rajuknya sudah hilang. Suaminya, kalau bab-bab memujuk memang boleh cair.

“Ala,macam tak biasa pula. Air kopilah, Puan Yasmin. Minuman favouritesaya tu” Jawab Tuan Johari tersengih.

“Elok sangatlah tu minum kopi tengah-tengah malam ni. Karang tak boleh tidur baru tau” Bebel Puan Yasmin lalu bangkit dari sofa.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.