Home Novel Cinta AKU BERIKAN SAYANG
AKU BERIKAN SAYANG
Ai Alani
14/7/2019 11:52:48
43,940
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

BAB 9


Mustaqim.

Malam-malam macam ni teringat pada budak tu. Kasihan. Apa sebenarnya kisah keluarga dia? Macam mana mak dia boleh bertahan kalau selalu kena pukul? 

Mustaqim bin Abdullah.

Ayah mesti kenal.

Aku menjenguk ke ruangtamu, tak ada sesiapa. Hanya telivisyen sahaja dibiarkan terbuka. Baru aku nak melangkah ke dapur, emak dah muncul sambil membawa secawan kopi panas.

“Mana ayah mak?”

“Ada dekat luar tu. Kalau nak keluar, nah bawakan sekali kopi ni, untuk ayah.”

Aku menyambut huluran kopi daripada emak, dan terus keluar mendapatkan ayah yang sedang duduk diatas pangkin dibawah pokok rambutan. Aku nampak ayah menekan-nekan puntung rokok ke tanah dengan tapak kasutnya.

“Ni kopi ayah.”

“Letak sini je Seri.”

Aku letak kopi ditepi ayah.

“Berhentilah merokok yah. Jaga kesihatan.”

“Iya, ayah cuba sikit-sikit.”

Memang ayah sedang mencuba berhenti merokok. Sekarang pun sudah jarang aku nampak ayah merokok. 

“Seri belum tidur lagi ke? Esok nak mengajar, mengantuk pula.”

“Seri memang nak tidur dah tadi. Tapi teringat nak tanya sesuatu pada ayah.”

“Apa pula tu?”

“Ayah kenal orang kampung ni yang nama dia Abdullah?”

Ayah merenung jauh kehadapan seperti memikirkan sesuatu. 

“Setahu ayah, ada dua, tiga orang juga dalam kampung ni yang namanya Abdullah. Yang mana satu?”

“Seri pun tak pasti ayah. Yang Seri kenal pun, Abdullah suami Mak Wa, yang jual ikan tu.”

“Kenapa Seri? Ada apa hal nak cari orang nama Abdullah tu?”

Ayah bertanya sambil menghirup air kopinya perlahan kerana masih panas. Aku jadi serba salah nak cerita, sebab ayah tak suka aku ambil tahu hal orang lain.

“Sebenarnya, ada sorang murid ni, nama dia Mustaqim bin Abdullah. Dengar cerita, mak dia selalu kena pukul dengan ayahnya. Dia pulak, selalu buat hal kat sekolah. Nakal sikit budaknya.”

Berhati-hati aku bercerita pada ayah.

“Agaknya Dollah kot..” ayah teragak-agak meneka. Iyalah, takut tersalah orang pula.

“Dollah?” aku mengulang tekaan ayah. Mungkin betul. Sebab biasalah nama timangan atau singkatan untuk orang yang namanya Abdullah, kan jadi Dollah.

“Nakal sangat ke anaknya tu?”

“Kalau ikutkan, ramai juga cikgu yang mengadu. Seri pun ada terkena juga. Dia letak gam pada pemadam papan putih,” aku menjelaskan lagi.

Ayah mula menunjukkan riak wajah risau. 

“Ayah bukan apa, kita ni nak masuk campur hal keluarga orang, kena berpada-pada. Kalau betul anak si Dollah, apa boleh buat? Dollah tu semua orang kampung kenal. Baran dia tak boleh dibawa berbincang. Samseng. Seri ada nak pergi jumpa Dollah tu ke?”

“Seri ni tak adalah nak masuk campur, tapi Seri cuma nak tahu. Itu saja.”

“Ayah tak nak Seri dapat susah nanti. Pasal anaknya tu, nasihatkan pelan-pelan, InsyaAllah, dia mesti dengar.”

“Baik ayah.”

Aku menyedapkan hati ayah. Ayah Mustaqim samseng sangat ke? Iyalah tu kot kalau ikutkan kata ayah. Jadi Mustaqim selalu nakal tu, ikut perangai ayah dia atau ada apa-apa yang mendorong dia jadi begitu? Makin kuat perasaan ingin tahu dalam hati aku.

“Ayah suka Seri jadi cikgu, walaupun cikgu ganti sementara je. Besar pahalanya mencurah ilmu pada orang lain. Selagi ilmu tu digunakan kearah kebaikan, selagi tu pahala Seri sentiasa mengalir.”

Aku hanya mengangguk faham.

“Apa plan Seri, bila dah habis tugas jadi cikgu ganti nanti?”

Aku terdiam. Jadi spy pula kot, menyiasat apa yang berlaku pada Mustaqim. 

Hik!

Dalam mimpi pun tak akan tercapai.

Nak kena sebat dengan ayah?

Tak mahu. Tak mahu.

“Seri ingat nak mengajar tuisyenlah pada budak-budak, tambah-tambah lagi untuk yang nak ambil peperiksaan besar.”

Ayah senyum dan angguk-anggukkan kepalanya. Nampak macam tak berapa nak sampai saja jawapan aku tadi. Macam ada sesuatu yang ayah sedang fikirkan.

“Apa pendapat Seri tentang Raeez?”

Dup dap dup dap.

Jauhnya menyimpang soalan ayah ni.

“Entahlah. Bukan ke ayah selalu dengan dia, buat apa tanya Seri pulak?”

Ayah tiba-tiba ketawa.

“Tak adalah, ayah ni bila bersembang dengan dia, rasa macam bersembang dengan anak sendiri.”

“Kalau macam tu, ayah ambillah dia jadi anak angkat.”

Lagi sekali ayah ketawa. Apa yang lucunya? 

Raeez..Raeez..

Apa pula yang dia gula-gulakan ayah aku ni. Ayah ni pun, sebelum ni orang lain ada juga tolong ambilkan pisang kat kebun, tolong repairkan motor, tolong macam-macam lagilah. Tak ada pula nak rasa macam anak sendiri?

“Ayah jangan nak suruh Seri kawin dengan dia pulak,”

Aku mengugut ayah yang makin lebar senyumannya.

“Ish, ayah takkan paksa anak ayah kawin dengan orang yang dia tak suka. Ini kan soal pasangan hidup. Ayah nak seorang lelaki yang baik dan boleh jaga Seri bila ayah dah tak ada nanti.”

Merah mata aku, sayu betul bila ayah cakap macam itu. Manakan nak sama kasih sayang seorang ayah dengan kasih sayang lelaki lain .

“Seri ingat ni apa yang ayah nak pesan,” sambung ayah serius. Aku pandang wajah ayah dalam-dalam.

“Perkahwinan ni, ikatan yang suci dan mulia. Ikatan yang meyatukan dua hati dan membawa kepada bahagia. Perkahwinan bukan pertaruhan, yang boleh dicuba-cuba, kalau bahagia, teruskan. Bila tak bahagia, tinggalkan. Seri carilah lelaki yang bila Seri dengar suara dia, Seri berasa senang.”

Hmm, awal-awal lagi dah out si Raeez tu. Aku ketawa sendiri didalam hati. Mana taknya, asyik nak menyakitkan hati aku, mana datang senangnya?

“Yang penting, Seri ikhlas terima dia, bukan sebab terpaksa. Cari lelaki yang betul-betul sayangkan Seri.” ayah menyambung.

“Jadi satu kesilapan ke bila Seri tolak pinangan Abang Hadi tu ayah?”

Tiba-tiba teringat pula pada Abang Hadi.

“Hadi cintakan Seri, tapi kalau Seri terima, mesti sebab rasa bersalah ataupun terpaksa kan?”

Aku mengangguk.

Hebat tekaan ayah. Kuat betul rasa hati ayah tentang apa yang aku rasa.

“Jadi, itu bukan kesilapan. Itu maknanya, Seri tidak menzalimi perasaan Seri sendiri.”

Aku menunjukkan riak wajah ingin tahu. Sungguh, aku tidak faham apa yang ayah cuba sampaikan. Tidak menzalimi perasaan sendiri? Makin serius kata-kata ayah ni.

“Perasaan cinta ni, biarlah dia datang semulajadi, jangan dipaksa-dipaksa, ibarat kita mendera perasaan sendiri. Sakitnya nanti diri sendiri juga yang menanggung. Cinta yang betul-betul ikhlas, tak mudah datang dan pergi. Kita boleh rasa kehadiran dia, walaupun dia hadir secara tiba-tiba.”

Hmm..kena dah tuu..

Biar perasaan cinta datang sendiri, semulajadi dan jangan dipaksa-dipaksa.

Adakah sama macam perasaan yang aku rasa bila Evan Raeez nakal mengusik? Macam senyuman yang aku sembunyikan bila dia suka bergurau. Macam…

Ah!

Jangan macam-macamlah Seri. Ada cinta dalam hati? Inikah yang orang putih selalu cakap love hate relationship tu? Dalam pada benci, ada perasaan suka. Bila suka, rasa sakit hati pula.  Aku senyum-senyum sendiri.

“Kenapa Seri senyum-senyum ni? Dah ada buah hati? Bagitahulah, biar ayah pergi pinang dia.”

Amboi ayah. 

Macam perigi sibuk pula nak cari timba. Tapi kalau ayah nak pergi pinangkan, tak payah timba-timba dah ni. Perigi dah upgrade guna pam terus!

“Tak adalah ayah. Tapi..kalau ada, ayah tak kisah?”

“Maksudnya dah adalah ni?”

Hai ayah, pandai betul bagi soalan perangkap.

“Tak adalah ayah..”

Ayah senyum seolah-olah tahu apa yang aku sembunyikan. Perasaan yang susah nak diluahkan tentang si dia. Bimbang kalau bertepuk sebelah tangan, malu sendiri. 

“Hai dua beranak ni, nak tidur diluar ke? Kalau nak, mak ambilkan tilam bantal. Baik masuk cepat sebelum mak tutup pintu.”

Emak melaung dari beranda rumah membuatkan aku dan ayah sama-sama melepaskan tawa. Kami segera menurut arahan mak sebelum betuk-betul kena tidur luar malam ni.

Hikhik.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.