Home Puisi Umum HUJAN MENYANYI KEMBALI
HUJAN MENYANYI KEMBALI
Ai Alani
12/7/2019 14:49:23
34
Kategori: Puisi
Genre: Umum
HUJAN MENYANYI KEMBALI


Tika hujan menyanyi merdu

Jiwaku mula bermimpi

Tika hujan memanggilku

Aku tersenyum sendiri

Lihat hujan menari di situ

Dan dedaun pun basah

Merindu pohon jadi pelindung

Tapi itu cuma daun

Kemana angin bawanya menari

Di situ ia kan berhenti

Aku bukan seperti daun

Tak mahu juga menjadi angin

Aku cuma menjadi diriku

Seorang penulis biasa

Tiada apa yang istimewa dengan penaku

Bahasa hujan lebih indah

Melodinya membuai lelap mata

Jika hujan menyanyi

Guruh ikut riang bermelodi

Aku juga berbahasa di dalam hati

Hujan menjadi serasi dalam naluri

Butirnya seolah berbicara dengan jiwaku

Muziknya sungguh sebati

Jika dihayati dengan jiwa seni

Malam ini setelah hujan berhenti

Aku menjadi rindu

Mengharap hujan datang lagi

Dan bunyi itu..

Dan irama itu..

Dan melodi itu..

Ku tahu.....

Dan hujan pun menyanyi kembali

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.