Home Novel Cinta AWAK JODOH SAYA
AWAK JODOH SAYA
Ai Alani
20/9/2019 14:56:38
2,256
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3
Nisa baru sahaja siap mengemas pakaiannya. Esok pagi-pagi lagi dia akan bergerak pulang ke kampung. Siang tadi neneknya ada menelefon menyuruhnya balik kerana mama dan ahli keluarganya yang lain juga akan pulang.

Nisa memang sejak lahir tinggal bersama datuk dan neneknya. Dia sendiri bingung kenapa mama menyerahkannya kepada nenek. Bukan dia bencikan datuk dan eneknya, cuma dia ingin tahu. Tapi tiap kali bertanya, tiada siapa sudi menjawab. Seingat Nisa, sewaktu dia berumur 10tahun, barulah mama dan papanya kerap menjenguk dan bertanya khabar. Sebelum itu tiada.  Akhirnya soalan dibiarkan tanpa jawapan. Nisa yakin, suatu masa nanti dia tahu juga kebenarannya.

Jauh dalam sudut hati, Nisa ada berasa marah pada mamanya. Tapi dia buang jauh-jauh perasaan itu. Kerana walau apa pun, mama tetap ibu kandung yang melahirkannya. 

Teet!

Satu Whatsapp yang tertera nama 'MAMA' menerjah skrin telefonnya.


Mama - Assalamualaikum Nisa. Esok Nisa nak balik sekali dengan mama?


Nisa pandang skrin telefon. Rumah yang dia menyewa sekarang ini tidak jauh pun dari rumah mamanya. Tapi memang jarang mereka bertemu. Entahlah, kekok. 


Nisa - Waalaikumussalam. Tak mama. Nisa drive sendiri. 

Mama - Okay sayang. Hati-hati. Jumpa dikampung nanti. Mama rindu Nisa.

Nisa - Baik mama. Jumpa nanti. Bye ma.


Nisa menghela nafas panjang. 

Kenapa mama tinggalkan Nisa dengan nenek? Kenapa mama tak nak jaga Nisa?

Hatinya menjerit. Antara rasa sayang dan curiga, dia kalah dengan emosi. 

Tuk tuk.

Pintu bilik diketuk. 

" Nisa, boleh aku masuk tak?"

Suara Ija meminta izin. Ija adalah satu-satunya kawan rapat Nisa sejak zaman belajar di sekolah menengah lagi. Mereka belajar disekolah berasrama penuh yang terletak di Negeri Sembilan. Selepas itu, mereka menyambung pelajaran dalam jurusan dan universiti yang sama juga. Ija tahu semua gelodak hati Nisa sebab pada Ijalah dia selalu berkongsi segalanya.

" Masuklah Ija."

Pintu bilik dikuak. Ija muncul sambil tersengih lalu duduk dibirai katil Nisa.

" Kau taknak ikut aku balik?" 

" Taknaklah. Aku taknak ganggu masa kau dengan family kau."

" Eleh, macam tak biasa."

Memang sebelum ini Ija selalu mengikut Nisa balik ke kampung bila cuti.

" Selalu kan family kau tak ada. Ini mama & papa kau balik juga kan? Seganlah aku. Abang dengan adik kau balik juga?"

" Abang Am aku yakin ikut balik juga. Anis entahlah. Tak pasti. Tunggu sajalah esok."

Nisa ada seorang abang. Amri. Sangat baik. Tapi adiknya Anis, jelas tidak sukakan Nisa. Mungkin cemburu. Tapi apa yang nak dicemburukan, Anis membesar dengan mama dan papa. Nisa tidak.

" Keluarga aku macam keluarga kau juga."

" Kalau nenek kau tu memang macam nenek aku. Tapi mama kau, aku tak biasa."

" Aku pun tak biasa juga."

Berubah riak wajah Nisa. Ija serba salah. Bimbang dia tersalah cakap.

" Maaflah Nisa, aku..."

" Tak apalah Ija," Nisa memotong.

" Memang betul pun aku tak biasa dengan mama. Kekok," sambung Nisa.

" Esok pukul berapa kau gerak?" Ija menukar topik.

" Lepas Subuh."

" Awalnya."

" Cepat gerak, cepatlah sampai."

" Nanti sebelum balik sini, jangan lupa suruh nenek kau bekalkan masak lemak cili api ikan keli untuk aku."

" Amboi, dah siap order."

" Rindulah masakan nenek kau. Boleh eh?" Ija buat muka sepuluh sen. 

" Iya. Kalau aku tak suruh pun, mesti nenek masak juga suruh bawak balik sini untuk cucu angkat dia yang sorang ni." 

Mereka ketawa.

" Kau kat sini baik-baik tau. Kunci pintu. Hah lagi satu, kalau pergi dating dengan Kamal, jangan balik lewat malam. Bahaya."

" Kau saja nak petik nama Kamal kenapa? Aku belum ada apa-apa dengan dia. Baru fasa kenal-kenal."

" Baru fasa kenal-kenal maknanya dah berniat nak ada apa-apa lah tu kan?" Nisa mengusik.

" Kau ni kan Nisa. Tunggu je nanti dah declare, kaulah orang pertama aku bagitahu."

" Iya. Aku kan sahabat dunia akhirat kau."

" Partner in crime juga masa kat hostel dulu. Jangan lupa tu."

" Aku dah insaflah."

" Tengok sikit muka insaf kawan aku ni."

Ija mencubit kedua-dua pipi Nisa. Mereka sama-sama tergelak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.