Home Novel Cinta AWAK JODOH SAYA
AWAK JODOH SAYA
Ai Alani
20/9/2019 14:56:38
8,002
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2
           

Hari ini hari minggu, Nisa biasanya duduk dirumah sahaja menghabiskan masa dengan menyiapkan assignment ataupun membaca novel. Begitu juga Ija sahabat karibnya itu. Tapi hari ini, Nisa mahu ke kedai buku bagi mendapatkan novel terbaru. Yang dia ada semuanya sudah habis dibaca. Awal pagi lagi dia sudah bersiap-siap.

“Ija, jom teman aku pergi kedai buku sekejap,” Nisa mengajak. “ Eh, aku baru nak ajak kau dah bersiap? Macam tahu-tahu je,” Nisa memandang sahabatnya itu dari tudung yang elok berlilit dikepala hinggalah ke hujung kaki. Bersilih ganti atas bawah.  

“ Bukanlah Nisa. Aku memang nak keluar hari ni. Sebenarnya aku dah janji dengan Kamal nak teman dia main tenis, sori ye Nisa,” Ija serba salah.

“ Aik, sejak bila pula kau rapat dengan si Kamal tu, dan setahu aku, kau tak minat sukan-sukan ni apatah lagi nak main tenis..ada apa-apa ke?” Nisa mengusik Ija.

“ Mana ada, eh, kau pergi sorang tak apa ke? Next time aku janji, aku teman kau okay,” terkulat-kulat Ija sambil menguntum senyum.

“ Tak apalah. Hari tu bukan main kau mengusik aku ye, rupa-rupanya kau yang dilamun cinta dengan Kamal mat bunga tu. Sejak bila? Dalam diam ye...,” giliran Nisa pula mengenakan Ija.

“ Ish kau ni Nisa, kami kawan jelah. Jangan nak fikir yang bukan-bukan tahu. Aku nak gerak dulu ni, kau jaga diri tau, keluar nanti jangan lupa kunci pintu,” Ija segera berlalu.

Nisa geli hati melihat gelagat sahabatnya itu. 

‘Semalam mengata aku angau la, jatuh cinta la, rupanya kau senyap-senyap je mengorat si Kamal tu eh,’ Nisa mengomel sendiri. Dia lalu mencapai beg sandang dan kunci kereta, terus keluar untuk kekedai buku.

Dikedai buku, Nisa seperti biasa asyik membelek novel-novel cinta yang terdapat disitu. Masih berkira-kira membuat pilihanyang mana satu mahu dibelinya nanti.

“ Selalu ke datang sini?” satu suara menegur Nisa. Tersentak gadis itu lalu segera menoleh kebelakang.

“ Awak? Nak apa lagi ni?” tanya Nisa sedikit marah. 

“ Hai, ini kan kedai buku, mestilah saya nak beli buku. Takkan nak beli ikan pulak,” Azzam menjawab.

“ Jangan-jangan, awak intip saya kut! Ei, menakutkan saya sajalah awak ni,” Nisa serkap jarang dan memarahi lelaki itu. 

“ Cik Nisa, awak janganlah perasan sangat. Dah kebetulan saya ternampak awak lagi disini, hari ni, saya tegurlah. Salahke? Tak salah kalau kita mengeratkan silaturrahim. Tapi itulah, tak sangka dah dua kali kan kita terjumpa kat sini, bak kata orang, kuat jodoh tau kalau macam tu,” Azzam mengusik gadis dihadapannya itu. Nisa semakin tidak selesa. Jelas diwajahnya yang masam mencuka itu.

“ Terjumpa? Pembetulan...awak yang terjumpa saya, bukan saya terjumpa awak. Ini bukan jodoh namanya tau, ini cari gaduh, faham?” Nisa memandang tajam kearah Azzam. Rasa geram menyelubungi lubuk hatinya.

 “ Iyalah tu Cik Nisa. Perempuan memang macam ni, nak menang saja kan? Baiklah, awak menang. Sempena hari kemenangan awak ni, jom saya belanja minum nak? Bagi reda sikit kemarahan awak tu. Pelik, apa salah saya sampai awak nak marah-marah macam ni?” tanya Azzam sambil mencuba nasib. Sebenarnya jauh dilubuk hati, dia masih percaya yang gadis dihadapannya itu adalah Nisa yang pernah dia kenali dulu. 

“ Hah kan betul apa yang saya fikirkan dari awal lagi, awak ni guna taktik lama nak mengorat saya kan? Buat-buat kenal, lepas tu intip saya, buat-buat terjumpa, ni nak belanja minum pulak. Jangan sampai saya buat report polis sebab awak ikut saya. Saya dah rasa terancam ni,”  Nisa mengugut.

Azzam ketawa mendengar kata-kata Nisa.

“ Awak ingat saya ni tak ada kerja nak mengintip awak? Lagipun baru dua kali kan kita terserempak. Secara tak sengaja ya Cik Nisa. Jangan sampai saya saman awak sebab tuduhan awak tu melampau jugalah kalau nak diikutkan. Lebih baik awak minta maaf pada saya cepat,” giliran Azzam pula mengugut Nisa. Bersahaja dia membalas kata-kata Nisa sambil memeluk tubuh.

Nisa melepaskan keluhan tanda tidak berpuas hati. Geram betul dia dengan lelaki dihadapannya itu.

“ Tak gunalah saya melayan orang tak betul macam awak ni,” kata Nisa dan terus melangkah menuju ke pintu keluar. Mati terus niatnya yang mahu membeli novel tadi. 

“ Cik Nisa, tak jadi beli buku ke?” Azzam terus mengekori Nisa.

“ Tak ada selera dah saya nak beli buku. Ni hah, buku lima awak nak?” Nisa berhenti dan berpaling kebelakang sambil menunjukkan buku limanya kearah Azzam.

“  Buku lima? Boleh juga, awak bagi saya ambil,” selamba Azzam membalas. 

Makin bertambah sakit hati Nisa dengan kelakuan Azzam itu. Dia mengetap bibirnya. 

“ Lepas ni, awak jangan datang sini lagi boleh tak?” kata Nisa.

“ Kedai ni awak punya ke?” 

“ Memanglah bukan kedai saya, masalahnya ini dah jadi kedai favourite saya tahu tak? Saya datang sini nak beli buku, dah asyik nak mengadap muka awak, lepas tu nak cari gaduh pula, macam mana saya nak cari buku yang saya nak dengan tenang,” Nisa masih dalam mood marah. 

Dia memang selalu ke kedai buku itu, sebabnya itulah kedai yang paling dekat dari rumahnya. Dia tidak suka ke tempat lain kerana perlu menempuhi jalan yang jauh dan sesak.

“ Laa, itu je ke alasan awak nak halang saya daripada datang kedai ni? Alasan tak kukuh langsung. Nampak sangat awak ni pentingkan diri sendiri. Kedai ni pun dah jadi kedai favourite saya tahu? Jadi tak salah saya nak datang sini lagi. Lagi satu, bila saya cari gaduh? Saya tegur awak secara elok tadi kan, awak yang marah-marah saya,”

“ Masalahnya saya rasa tak selamat tahu? Dahlah, suka hati awaklah Encik....siapa nama awak?” 

“ Azz...,”

“ Encik Kasanova! Sesuai sangat dengan muka dan perangai awak ni,” Nisa memotong sebelum sempat Azzam memberitahu namanya. Tergelak Azzam mendengar kata-kata Nisa.

” Sedap jugak nama tu walaupun bunyinya agak kejam. Terima kasihlah sebab awak puji saya handsome,” Azzam senyum senget sambil memandang Nisa. Kedua-dua tangannya dimasukkan kedalam poket seluar.

“ Haah sedapkan nama tu? Memang sepadan sangat dengan awak. Sekejap lagi, awak print atas kertas besar-besar tulis SAYA ENCIK KASANOVA. Tampal kat dahi awak tu. Eh, bila masa pulak saya puji awak handsome?”

“ Selalunya kalau kasanova ni, dia mesti seorang lelaki yang handsome, kacak dan bergaya. Awak gelarkan saya Encik Kasanova, maknanya semua ciri-ciri tu ada pada sayalah kan?” Azzam mengusap-ngusap dagunya. N

Nisa menepuk dahinya. Lagi sekali dia mengeluh. 

“ Memang sah awak ni ada masalah mental, buang masa saya melayan. Lebih baik saya balik rumah, tidur,” Nisa terus beredar menuju ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari kedai buku itu. Sewaktu keretanya melintasi ruang hadapan kedai, dia nampak Azzam masih berdiri disitu dan melambai ke arahnya, tapi Nisa hanya membalas dengan jelingan tajam.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.