Home Novel Cinta AWAK JODOH SAYA
AWAK JODOH SAYA
Ai Alani
20/9/2019 14:56:38
8,006
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1


      Di satu sudut di sebuah kedai buku, mata seorang gadis meliar mencari buku-buku yang di inginkannya. Sudah hampir sejam dia bertapa di situ, namun buku yang di cari nya masih belum berjumpa. Tanpa sedar sepasang mata asyik memandangnya. 

“ Nisa!! ” 

Nisa menoleh ke arah suara yang memanggil. Dia buat muka pelik. Wajah yang langsung tidak dikenalinya sedang tersenyum dan menuju ke arahnya. Dia menoleh ke belakang. 

‘Tak ada sesiapa. Dia  senyum kat aku ke?’ bisiknya sendiri sambil tersenyum tawar. 

“ Maafkan saya, awak Nisa kan?,” jejaka itu memulakan perbualan.

‘Ah sudah la..mana dia tau nama aku ni,’ Nisa masih bercakap sendiri. Diteliti wajah jejaka dihadapannya itu. 

 “ Maaf, awak salah orang kut, saya tak kenal awak,” Nisa teragak-agak menjawab. Di mindanya dia masih cuba mengingati lelaki di hadapannya itu. 

‘ Eheh..aku tau, ni taktik lama cara nak mengorat perempuan la ni. Mula-mula buat-buat kenal, lepas tu mula cucuk jarum,’ 

Nisa senyum kelat. Dilihatnya lelaki itu memandangnya serius.

“ Awak Nisa kan? Awak tak kenal saya ke?” lelaki itu hairan dan bertanya lagi. 

Dia masih ingat pertemuannya dengan gadis di hadapannya itu satu ketika dahulu. Mereka berkenalan di majlis harijadi seorang kenalan. Dari situ mereka bertukar nombor telefon dan berkawan.  Semakin lama mereka semakin kerap berjumpa. Azzam pernah meluahkan isi hatinya kepada gadis itu. Tapi cintanya ditolak. Bermula dari situ, Azzam merasakan, gadis yang hanya dikenalinya sebagai Nisa itu cuba menjauhkan diri daripadanya. Dia langsung tidak mendengar khabar dari Nisa hinggalah dia keluar negara untuk menyambung pelajaran. 

Dan hari ini, setelah lama dia kembali ke tanah air dan sudah pun bekerja, dia bertemu semula dengan Nisa tanpa sengaja, di kedai buku itu. 

“ Ye saya Nisa, kita pernah berjumpa ke sebelum ni?” Nisa memberanikan diri bertanya. Di lihat lelaki itu mengelamun sendiri. “ Saudara?,” panggilnya.

 Azzam tersentak, mati terus lamunannya sebentar tadi. 

“  Ye, maaf.. saya Azzam. Awak memang dah lupakan saya ke? Kut ye pun awak tolak cinta saya, takkan sampai tak mengaku yang awak kenal saya. Teruk sangat ke saya ni pada pandangan awak?” Azzam bertanya serius.  Jelas riak wajahnya penuh harapan.

“ Eh, hello saudara...tolak cinta apa yang awak mengarut ni? Awak tak pernah wujud pun dalam memori saya. Dan kepala hotak saya ni tak dapat ingat pun awak ni siapa,”Nisa semakin tidak selesa.

 Azzam merenung Nisa yang kebingungan. 

“ Cuba awak ingat betul-betul. Walaupun sekarang awak dah pakai tudung, saya dapat cam lagi tau muka awak Nisa. Tengok muka saya, makin handsome ke sampai awak dah tak kenal saya? Don’t worry, saya tak akan ungkit dah pasal awak tolak cinta saya tu. Sekarang ni, saya dah terjumpa awak secara tak sengaja kat sini, apa kata kita berkawan semula?” 

Nisa nak tergelak mendengar kata-kata Azzam namun ditahannya. Puas dia memikirkan sekali lagi, namun wajah lelaki itu gagal diingatinya.

“ Awak pernah terlibat dalam kemalangan ke? Atau pernah terhantuk kepala kat mana-mana sampai hilang ingatan? Pernah kena dera yang membuatkan awak trauma nak ingat kisah silam? Atau awak...”

 “ Jap, jap...,” Nisa memintas kata-kata Azzam. “ Mengarut kan awak ni? Ceritanya sekarang, saya sihat walafiat. Saya rasa awak dah salah orang. Saya memang dari umur tujuh tahun dah pakai tudung. Tak pernah lagi sekejap pakai,sekejap tak pakai, mau kena hambat dengan nenek saya. Awak jangan pandai-pandai. Jangan-jangan awak ni yang ada masalah mental,” Nisa marah. 

“ Okay-okay maaf. Tapi nama awak Nisa kan?” Azzam bingung dan bertanya sekali lagi nama gadis dihadapannya itu.

“ Iya, memang nama saya Nisa, tapi saudara, dalam dunia ni bukan saya sorang je nama Nisa. Berlambak lagi nama sama, muka sama. Apa nak hairan? Sudahlah saudara, saya minta diri dulu,”

Nisa memusingkan badannya dan terus beredar. Azzam menggaru kepala. Ingatannya terhadap Nisa kembali singgah di fikiran. 

Setibanya di rumah sewa, Nisa terus masuk dan duduk diatas sofa. Laju tangannya mencapai alat kawalan jauh televisyen. Tiba-tiba dia terkenang lelaki yang menegurnya dikedai buku tadi.

‘ Siapa ye? Tak sangka pulak ada orang yang muka sama, nama pun sama dengan aku’

Nisa tersenyum sendiri.

“ Oi Nisa, kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok mengelamun je, kejap-kejap senyum sorang-sorang, angau ke apa kau ni?” Ija menegur Nisa yang dari tadi di perhatikannya.

Ija adalah sahabat karibnya. Rumah yang Nisa sewa sekarang adalah rumah kepunyaan keluarga Ija. Keluarga Ija sudah berpindah ke rumah lain yang baru dibeli bapanya. Kalau nak diikutkan, Ija tidak mahu terima bayaran sewa daripada Nisa. Dia ikhlas mengajak Nisa tinggal disitu untuk menemaninya. Kebetulan rumah itu dekat dengan tempat mereka belajar.

“ Tak ada apa-apa la Ija. Angau apanya? Aku pakwe pun tak ada,” Nisa mengalihkan pandangannya ke kaca televisyen. Jarinya laju menekan butang ON pada alat kawalan jauh yang dari tadi dipegangnya. 

“ Eleh, dilamun cinta bagitahu jelah. Cakap kat aku, siapa lelaki yang malang tu?” Ija mengusik, Nisa yang mencebik.

“ Kau jangan pandai-pandai ye, aku tak ada masa nak bercintan cintun tau tak. Lagipun lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat, banyak buaya,” Nisa membalas usikan sahabatnya itu.

“ Yela tu Cik Nisa oi. Buaya zaman sekarang ni dah jinak tau”

“ Buaya mana yang jinak tu? Dekat zoo ke?”

“ Manalah tahu kot-kot ada buaya dari zoo terlepas, lepas tu terjatuh cinta dengan kawan aku ni,”

“ Mengarut la kau ni. Banyak baca cerita dongenglah tu”

Mereka ketawa. 

“ Dahlah Ija. Baik aku masuk bilik lepas tu mandi. Lepas ni elok kau buat satu cerita, tajuk dia Buaya Itu Kekasih Aku. Mesti laris buku kau,”

Nisa terus bangun dan menghala kebilik. Ija ketawa mendengar kata-kata kawan karibnya itu.



Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.