Home Novel Cinta AKU BERIKAN SAYANG
AKU BERIKAN SAYANG
Ai Alani
14/7/2019 11:52:48
43,934
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

BAB 8


Aku membelek satu-persatu pen merah yang terhidang dihadapanku. Satu-persatu juga penutupnya kubuka dan kucuba, untuk memastikan dakwatnya elok. Bukan apa, banyak kali aku terkena, beli pen tapi bila nak digunakan, dakwatnya tersangkut. Beku. Aku mengambil sebatang pen merah dan sebatang pen biru.

Pen merah, pen biru.

Awak marah, saya rindu.

Hik!

Aku meraba poket seluar jeans yang kupakai lalu mengeluarkan sehelai kertas berlipat. Terjegil biji mata aku setelah lipatan kertas kubuka.

Kenapa tak buat karangan terus mak?

Mula-mula katanya nak beli tepung dengan garam saja. Tiba-tiba sebelum aku keluar rumah tadi, emak hulurkan sesuatu, senarai barang nak dibeli katanya. Mujur aku bawa duit lebih. Hai, emak..emak.

“Beli pen ke cikgu Seri?”

Suara dari balik rak yang meletakkan alat tulis menegur membuatkan aku tersentak sedikit. Aku mengintai mencari tuan punya suara. Kalau ikutkan, aku macam pernah dengar suara tu, tapi saja nak pastikan betul-betul.

Evan Raeez. 

“Iyalah. Dah tahu buat apa tanya?”

“Amboi, garang betul anak Pakcik Lekir ni. Kita tanya elok-elok, itupun nak marah?”

“Awak nampak saya macam marah ke?”

Dia tidak menjawab, hanya menjungkit bahu.

“Mana awak tahu saya ni anak Pakcik Lekir?”

Dia senyum.

Senyum ada makna, macam nak mengenakan aku saja.

“Awak ingat awak menyamar jadi langsir tingkap, saya tak boleh cam?”

Dia ketawa kecil.

Langsir?

Ceh!

Ini mesti kes aku cover rambut dengan langsir masa mengintai dia hantar ayah balik tempoh hari. Ingatkan aku dah cover baik punya, alih-alih, kantoi juga rupanya. Rasa malu pula buat macam itu.

“Saya buat macam tu sebab nak tutup rambut saya je, bukannya saya berniat nak menyorok, mengintai awak ke apa.”

“Saya ada cakap awak mengintai saya ke?”

Kurang asam!

Balik-balik aku saja yang terkena, aku saja yang dapat malu. Memang aku mengintai dia pun malam tu, tapi takkan nak mengaku. Takut dia perasan tahap tenuk boleh terbang pula nanti. 

“Awak ni selalu sangat ada dengan ayah saya kenapa? Hari tu tolong hantar balik rumah sebab motor rosak, lepas tu awal-awal Subuh dah datang rumah ambil ayah pergi surau sama-sama, lepas tu lagi, tadi tolong ayah ambil pisang pula dekat kebun. Ayah saya ambil awak jadi pembantu dia ke? Berapa gaji ayah saya bayar awak?”

“Buat baik pun salah? Saya ni memang daripada lahir baik hati, awak jangan buruk sangka pada saya. Bukan ayah awak saja, orang lain pun saya tolong juga,”

Nak tergelak aku, saja ditahan. Baik hati sejak lahir?

Perasan melampau-lampau dia ni, masuk bakul angkat sendiri. Kalau bercakap, tapir pun boleh skydiving.

“Tapi kalau ayah awak nak saya jadi pembantu dia pun, saya okay. Tak jadi masalah. Manalah tahu mula-mula jadi pembantu, lepas tu dapat naik pangkat jadi..”

Dia teragak-agak nak teruskan kata-kata selepas aku lemparkan renungan tajam pada dia. Jadi, jadi..jadi apa? Tapi sebenarnya aku sendiri ternanti-nanti apa yang dia nak cakap.

“Jadi menantu,”

Selamba dia menyambung ayat yang terhenti tadi. 

Wow!

Daripada pembantu, jadi menantu.

Itu pengakuan ke gurauan?

“Yakinnya awak ni. Berangan.”

“Awak tak kan tak tahu, setiap impian itu bermula dengan sebuah angan-angan dan cita-cita.”

“Mengarut.”

Aku terus mencari barang-barang yang diminta emak, lalu diletakkan kedalam bakul yang tersangkut pada lengan kiriku. Evan Raeez masih mengekori.

“Awak nak saya tolong bawakan ke bakul tu?”

Pertanyaan dia aku sambut dengan gelengan kepala. Kalau aku tahu dia nak ke kedai ni juga, tak adalah aku datang sini tadi. Iya, kebetulan. Kebetulan dia ada disini. Kebetulan yang mengganggu jiwa dan penuh tanda tanya.

Dari mana hadirnya dia, 

Yang suka berteka-teka,

Mudah bicara seakan bercinta,

Atau mungkin saja suka-suka?

“Awak, boleh tak saya nak cakap sikit,”

“Kenapa sikit? Cakaplah banyak-banyak, saya suka dengar.”

Eh, meluat!

Aku pandang dia dengan wajah yang serius.

“Awak boleh tak jangan ajar Umar tu benda yang bukan-bukan?”

Dia kerutkan dahi dengan riak wajah yang tertanya-tanya.

“Apa yang saya ajar?”

“Rusuk kiri. Saya tak suka awak cakap macam tu kat dia. Dia tu budak-budak lagi.”

“Saya bergurau. Alah, lagipun dia bukannya faham apa yang saya cakapkan. Saya jujur dengan dia sebenarnya.”

Bagus sangat dia punya bergurau, boleh buat orang sasau. Jujur tang mana tu Raeez? Kalau Umar buka mulut pada orang lain, dah mendatangkan gosip terhangat dalam kampung ni. Jadi hot topik makcik-makcik bawang.

“Gurauan awak ni tak diterima akal tahu?”

“Tak diterima akal oleh budak-budak macam Umar tu. Dia mana tahu apa. Tapi kalau dah besar dewasa macam kita ni, logik.”

Kepala hotak dia logik.

Logik macam tahik!

Aku sendiri hampir-hampir nak terlepas cakap pada ayah dan emak pasal dia tuduh aku curi rusuk kiri dia. Kalau betul-betul terlepas cakap macam mana? Buat karangan empat puluh mukasurat pun belum tentu aku dapat explain pada ayah dan emak tahu? Silap-silap, bukan saja rusuk kiri, rusuk kanan dia sekali aku buat sup.

“Logiknya sekarang, ada bukti?”

“Ada.”

Ada..ada..kalau ada, mana?

Kuat drama dia ni.

“Bila awak ada dekat dengan saya, rasa bergetar tulang rusuk.”

Bila dia cakap macam tu, aku dah rasa lain macam. Terus aku pandang sekeliling, takut ada yang mendengar.

“Itu maknanya, awak kena pergi jumpa doktor. Takut ada penyakit. Kalau sihat walafiat, maknanya ada satu lagi tempat yang awak kena pergi check.”

“Apa?”

“Otak. Takut ada wayar putus, pergilah sambung balik. Nanti kesian, muda-muda dah gila.”

Dia ketawa mendengar jawapan aku. Aku sendiri pun sorokkan senyum daripada dia. Memang sahlah wayar putus. Mana ada orang yang tiba-tiba tuduh orang yang dia sendiri tak kenal curi tulang rusuk. 

Aku sebenarnya tahu apa yang dia maksudkan. Bukannya aku ni lurus sangat, kadang-kadang saja macam tiang letrik. 

Curi tulang rusuk konon! 

Ayat mengorat versi islamik. 

Ohh…

Padanlah pun. Dah dia memang kaki surau, kena dahhh.

Kena sangat, elok pergi azankan saja baru dia tahu.

“Awak nak tak jadi kawan saya?”

Pula.

“Tengoklah macam mana nanti.”

Aku acuh tak acuh.

“Ajak kawan pun taknak? Bukannya ajak kawin.”

Selamba ayat itu keluar daripada mulut dia. Aku masih buat tak endah, dan terus menuju ke kaunter bayaran. Takut kalau dilayan, makin menjadi-jadi. Aku rasa silap haribulan, aku pun kena pergi buat check up. Takut berjangkit penyakit si Raeez ni. Ada satu penyakit yang paling aku takut.

Penyakit cinta.

Orang tak gila boleh jadi gila oi…

“Nak beli tu saja ke?”

“Kalau ikutkan hati nak beli kedai ni sekali.”

“Kalau saya jadi tuan kedai ni, saya suruh awak beli kedai, dengan tuannya sekali.”

Dia ketawa mengusik lagi. 

Selesai membayar, aku segera beredar keluar dari kedai. Tidak sanggup rasanya nak berbalas kata dengan si Raeez ni. Adakah dia tu si pujangga yang tiap kata-katanya membuatkan si bunga bergetar hati?

Dah bergetar hati ke tu Seri?

Dah kena pergi jumpa doktor jugalah tu, takut betul-betul penyakit berjangkit!

“Seri!”

Aku baru nak masuk kedalam kereta, dia panggil.

“ Pen merah, pen biru, 

janganlah marah, I gurau je you”

Aku mencebik bibir dan hanya balas dengan jelingan tajam. Tapi..

Pen merah, pen biru,

Tak marahlah, I geram je tahu!

Aku balas jugalah dalam hati. Geram sebab dia bercakap tak ada berlapik. Aci lepas saja semua, sampaikan dengan Umar pun dia jujur sangat. Umar pula yang pening dibuatnya.

Tepuk dahi.



Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.