Home Buku Fantasi The New King
Bab 35
Mr. Ragaman


Kelompok Badarien telah sampai di kota malam dan mereka harus melalui anak tangga untuk ke bawah kerana kotanya beradi di dalam lubang yang besar. Sejurus itu, mereka memutuskan untuk tidur di satu rumah yang kelihatan kosong tetapi perabot di dalam nya masih dalam keadaan bersih dan kemas. Ketika tidur, mereka di ganggu oleh bunyi-bunyian yang aneh. Namun mereka hanya meneruskan tidur sepanjang malam itu tetapi setelah tidur dengan lama hari masih belum siang. Itu membuatkan kesemua mereka bangun dari tidur. Pintu dari rumah itu terbuka dan mengejutkan semua orang.. Gelana terus bangun dari tempat tidurnya lalu ke ruang tamu...


"Arrrrrgggghhhh!!!!"


Gelana, Delima dan Crisa terkaku melihat sosok lembaga itu..


Mr. Ragaman : hai ?

Gelana : haaa manusia ke?

Ozen : hah? Orang ?


Mereka semua melepaskan nafas lega...


Badar : errr siapa abang ni?

Zafar : ya.. terkejut kami di buatnya.

Ozen : mengakulah semua penakut.. nampak je berani tadi..


Ozen tidak berpuas hati kerana orang menganggap nya penakut dan dipermainkan....


Mr. Ragaman : sepatut nya aku yang tanya.. sebab ni rumah aku.. apa kamu semua buat dekat rumah aku?


Mereka semua tersentak! Ternyata rumah yang di kira kosong itu milik lelaki misteri ini.


Badar : maafkan kami. Kami tak tahu. Ingatkan rumah kosong.

Mr. Ragaman : haa tak apa. Memang begini keadaannya.. hehehe..

Man : kejap, jadi yang nyanyi tadi tu abang lah ya?

Mr. Ragaman: eh dengar ke? Maafkan aku. Hahaha...

Gelana : habis dari semalam abang tidur kat mana?

Mr. Ragaman : hah? Tidur kat luar.. tadi aku masuk nak ambil selimut je..


Sekali lagi mereka tersentak! Baik sungguh hatinya. Memuliakan tetamu sehingga begini.


Badar : aduh maafkan kami bang.. kalau tahu tadi saya bawa abang masuk..

Mr. Ragaman : tak apa ... Haaa aku Ragaman. Orang-orang panggil aku mr. Ragaman ..

Zafar : eh macam pernah dengar nama tu..

Heigo : tu lah ... Gelana, pergi buat sarapan untuk abang yang baik hati ni!

Gelana : ok !


Mereka merasa bersalah lalu cuba untuk beramah mesra dengan Mr. Ragaman.


Badar : perkenalkan, saya Bunyamin Badar. Saya nak jadi raja baru.

Zafar : saya Zafar. Dari kota Tempil.

Mr. Ragaman : oh! Apa khabar dengan Raja Tadaka? Masih sihat ? Hahaha.

Zafar : masih sihat dia. Dia ada anak bernama Wada..

Mr. Ragaman : wah dah ada anak nya dia sekarang . Kamu anak nya ke ?

Zafar : tak, saya anak angkat Raja Tadaka tu.

Mr. Ragaman : ohh.. yang ni siapa?

Tama : saya Tama.

Mr. Ragaman: nama penuh...


Tama kelihatan malu memberitahu namanya.


Tama : nama penuh... Tamarian..

Badar : Tamarian ?! Hahahaha


Semua orang ikut ketawa mendengarnya ..


Heigo : macam nama sayur daa.. hahaha..

Man : dah dah . Sakit perut aku.

Mr. Ragaman : kamu pula siapa?

Ozen : nama saya Ozen.

Mr. Ragaman : aduh tolonglah lepas ni sertakan nama penuh kamu semuanya..

Badar : haa ya ya. Maafkan kelancangan kami.. oi sebut nama penuh.. kita ni dah la menumpang rumah orang. Jangan hampakan tuan rumah.


"Baik"


Jawab mereka dengan tidak bersemangat...


Ozen : maafkan saya bang. Nama penuh saya. Ozenari..

Heigo : heiiwahh nari nari! Hahaha...


"Hahahahahaha"


Mr. Ragaman : kenapa nama kamu pelik-pelik? Hahaha.. dah kamu pula..

Man : eh saya.. nama saya Man. Kalau nama penuh kucuman.

Zafar : kucuman ke cucumber?!! Hahaha...


"Hahahaha"


Mereka ketawa terbahak-bahak...


Mr. Ragaman : Nama kamu pula ..

Heigo : nama saya Heigo.. nama panjang.. heigo go go..


"Hahahaha lawaknya nama"


Badar : patut lah.. siapa lah yang bagi nama kau ni. Hei go go!!! Go la sana..

Heigo : kau ingat lawak ke main nama orang!!

Tama : ceh tadi bukan main ya..

Mr. Ragaman : ok nama cik adik pula..

Delima : saya? Delima saja bang..

Heigo : ha ha. Yang ni tak lawak..

Delima : kenapa kau nak lawak?!!

Mr. Ragaman : ok .. nama kamu pula?

Crisa : oh nama Saya Crisa. Tapi nama panjang.. Crisania..

Mr. Ragaman : huh sedap juga nama..

Badar : biasa lah nama perempuan.. kan?

Mr. Ragaman : ya betul . Tu yang kat dapur?

Crisa : nama dia Gelana..

Delima : Gelanang!

Gelana : otak kau!! Gelana je.

Delima : huish dia dengar pula.. hahaha..

Gelana : tolong aku letakkan makanan ni..


Delima dan Heigo pergi menolong Gelana.


Crisa : aku tak pernah ke dapur.

Man : ya tak apa.. janji awak ada di sisi saya..

Crisa : hishh geli lah. Apa lah kau merepek? Kita kawan!

Man : ya lah...


Kata man dengan sayu..


Mr. Ragaman : teringat masa muda aku.. hmm indah..

Man : apa tu? Ceritakan lah...

Zafar : eh tak payah. Kita nanti nak pergi ke kota.. tapi kenapa hari masih gelap?

Mr. Ragaman: dah ni kota malam.. memang tak ada siang.


"Apa?!!"


Ozen : betul ke? Ada hantu tak kat sini?

Mr. Ragaman : tak ada.. jangan risau..

Crisa : kenapa boleh jadi macam tu?

Mr. Ragaman : sebab kabus tebal di atas tu tebal sehinggakan cahaya matahari tidak masuk ke dalam kota ini. Sebab itu lah tempat ini gelap saja.

Tama : macam mana nak tahu hari dah siang ?

Mr. Ragaman : tengok luar. Kalau lampu menyala lebih banyak tu sianglah..


Crisa terus tengok keluar... Memang benar lampu-lampu kota sudah menyala dan terlihat meriah..

Orang-orang mula keluar dari rumah mereka...


Crisa : ada orang lah!

Zafar : ada?

Ozen : fuh ada orang...


Kulit-kulit orang di situ kelihatan putih pucat..


Mr. Ragaman : tempat ini pada awalnya hanya untuk tempat Raja untuk tidur lena. Tetapi ternyata ramai manusia sukakan tempat yang gelap dan sejuk seperti ini. Mereka suka suasana malam. Sebab tu ramai orang berpindah di sini dan beranak pinak.

Badar : oh macam tu ya.

Mr. Ragaman : di sini, semua orang telah di momok kan dengan cerita bahawa orang yang asal sini tidak boleh keluar dari sini.

Man : kenapa?

Mr. Ragaman : sebab mereka tak mahu keturunan mereka hidup di dunia luar. Jadi mereka buat satu mitos di mana orang asal dari sini memiliki genetik vampire...

Ozen : apa vampire?!!! Makan darah!!

Mr. Ragaman : ya.. hanya mitos. Bukan cerita benar. Kerana itu mereka percaya jika mereka terkena cahaya matahari, tubuh mereka terbakar.


Mr. Ragaman menjelaskan lagi bahawa orang asal di kota malam mempunyai umur yang singkat. Itu terjadi kerana mereka tidak mendapat sumber penting iaitu matahari pada tubuh.


Badar : sampai macam tu sekali ..

Mr. Ragaman : ya. Di sini kami ada doktor yang akan merawat mereka dan siap memberitahu berapa tahun lagi mereka akan hidup...

Zafar : mak ai.. kat dunia ni memang bermacam-macam orang ya yang kita jumpa.

Crisa : tapi aku teruja!!! Haaahaha.. akhirnya sesuatu yang menarik..

Badar : baiklah, mari kita pergi jalan-jalan!!


"Yahhhhh"


Crisa : tak sabar ni ... Aku pergi dulu..

Man : oii aku ikut...


Crisa dan Man terus keluar dari rumah dan pergi ke pusat kota.


Zafar : jangan sesat!

Badar : bolehkah kami menginap di rumah Abang .

Mr. Ragaman : sudah tentu. Lagi pun aku tinggal seorang... Dah tak ada orang luar datang ..

Badar : baiklah. Kamu semua boleh buat apa-apa saja. Kita akan berkumpul di sini.. Zafar dan Tama akan ikut aku...

Zafar : kita akan jumpa dengan Raja Benua Ulala..

Tama : haa..

Mr. Ragaman : untuk apa?

Badar : abang tak dengar ke saya cakap tadi.. saya nak jadi Raja baru.. hahaha..


Mr. Ragaman terdiam mendengar itu. Badar, Zafar dan Tama keluar untuk bertemu dengan Raja Benua Ulala. Sedangkan yang kain boleh buat suka hati mereka.


Mr. Ragaman : tinggalkan barang-barang kamu dalam bilik.. jangan risau .. tak akan hilang..


Setelah itu, Tinggal lah Ozen, Heigo, Gelana dan Delima di rumah tersebut. Ozen cuba untuk mengambil nafas lega di luar.. kemudian fia terlihat sesuatu..


Ozen : ku...ku... Kubur!!!


Dia terus meluru masuk semula ke rumah itu.


Mr. Ragaman : kenapa?

Ozen : ada kubur kat tepi rumah!

Gelana : Kubur?!

Mr. Ragaman : oh jangan risau. Itu kubur isteri aku.

Delima: kubur isteri abang. Mesti abang sedih kan ?

Mr. Ragaman : sedih tapi dia sudah memberikan semua..


Ujar Mr. Ragaman dengan senyuman yang bahagia ...


Bersambung...



Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy