Home Buku Fantasi The New King
Bab 42
Impian



Setelah mengadakan pesta, semua orang tertidur. Ada yang sempat balik rumah untuk tidur, ada yang tidur beramai-ramai di lapangan dan ada yang tidur di tepi jalan. Pagi pun sudah menyising hari...


"Tidurlah wahai permaisuri hati..."


Ozen terus terbangun..


Ozen : oi bangun ! Korang dengar tak bunyi tu..


Ozen cuba membangun kan Heigo di sebelahnya. Mereka tidur di rumah Mr. Ragaman.


Heigo : hahhh ada apa ni? Tidur lah.

Ozen : ada orang nyanyi..


Heigo pun terus terbangun..


Heigo : oi bangun semua!! Ada orang nyanyi...


Mereka bangun dah terus menuju ke luar rumah... Ada sosok berpakaian putih duduk di depan kubur Mr. Ragaman dan Sya.


Zafar : oii!!


Orang itu terus menoleh.. ternyata Badar... Mereka pun menghela nafas lega...


Man : kau ni buat aku terkejut je..

Heigo : tak.. kau jangan lah takut.. kau takut, aku pun takut tahu tak!

Ozen : mana aku tahu itu Badar...


Gelana pun keluar bilik dengan wajah yang masih mamai...


Gelana : apa ni bising-bising?

Heigo : ni haa ozen.. buat orang takut je...

Tama : sudah lah.. baik kita sambung tidur...


Badar menuju ke arah mereka...


Badar : haip.. kita akan terus berangkat...

Tama : tak apa ke? Kau cedera terus semalam...

Ozen : kan dia dah sembuh.. doktor tu guna core heal dia..

Tama : ohh lupa.. 

Badar : ok, lepas sarapan kita terus bergerak. Jadi Tama dengan Man ikut aku...

Man : buat apa?

Badar : kita pasang papan tanda... Dua papan tanda...


.......................................................................

Semalam Badar sempat bertemu dengan Raja Fasah untuk memberi keizinan menukar nama kota malam ini. Badar mencadangkan agar nama kota malam di ubah ke Kota Aman untuk mengenang Raja Aman. Warga kota sepakat untuk menukarnya. Raja Fasah hanya setuju dengan cadangan Raja Badar..


Badar : wah betul ke?

Fasah : ya, buat lah apa saja yang menurut kau baik ..


Badar pun terus pergi. Tinggal lah Raja Fasah seorang diri di tahta nya.. Telefon berbentuk tin itu di pegangnya lalu...


Fasah : Raja aman sudah mati.. tugas aku selesai. Boleh aku pergi sekarang?

R. Benua Surama : ya aku tahu. Aku nampak bintang kat langit tu..

Raja benua Aralana : cis tak guna punya Aman.. tak ikut perjanjian..

R. B Temajarela : sepatut nya dia hapuskan saja budak Badar itu..

R. B. Surama : Fasah, lepas ni mereka pergi mana?

Fasah : dia akan pergi ke Benua Bawasa untuk mencari tahu tentang Reinland...

R. B. Bawasa : hahaha.. datang lah... Aku akan hapuskan dia.. jangan risau.

R. B. Oasis : kami semua harapkan engkau.. aku sibuk dengan kota Bluetal.

Fasah : ok aku akan kembali.

R. B. Surama : jangan buat mereka curiga.. kalau kau nak pergi, biar lepas mereka berangkat.

Fasah : perintah di terima..


Fasah terus menutup telefon nya. Perbincangan nya dengan 5 Raja benua menunjukkan bahawa mereka sedang serius untuk menghapuskan Raja Baru itu.. Bintang di langit yang bersinar itu sudah cukup membuktikan bahawa Badar itu harus di hapuskan!



*Gambar sekadar hiasan sebagai gambaran....


........................................................................


Badar, Man dan Tama membuat dua papan tanda untuk di pasang di rumah Mr. Ragaman dan di luar kota Malam.

Satu , dia memasang papan tanda yang bertulis 'Rumah Tetamu' dan yang kedua 'Selamat datang ke kota Aman' .....


Man : siap... Rumah Tetamu.

Badar : ya.. lepas ni siapa pun yang datang akan tinggal di sini...


Delima datang membawa makanan..


Tama : tu dah siap...

Delima : jemput makan...

Badar : cakap dengan diorang untuk berkemas.. kita nak berangkat nanti... Kuda aku tu mesti lapar...

Tama : haish.. nak cari rumput lagi..

Man : hahaha lain kali jangan pakai pedang.. 


Suasana masih terlalu pagi. Orang-orang kota pun belum bangun hingga mereka tidak menyedari kepergian kelompok Badarien.... Mereka berangkat terus untuk menaiki tangga lalu menemui kuda..


Badar : heii kau lapar ke?

Tama : nah rumput..

Badar : belum minta dah dapat... Hahaha..


Kuda itu gembira dapat makan setelah lama di tinggalkan ..


Delima : kita nak ke mana pula?

Crisa : entah.. ikut Badar lah..

Badar : kita ke pantai tegak ... Mesti salah seorang dari kamu tak pernah tengok pantai kan?


Mereka semua menjadi semangat kerana memang semua orang di situ tidak pernah melihat pantai mahupun laut. Ini kerana bentuk muka bumi Benua Ulala yang berbentuk segi empat..

Kemudian, mereka terus melakukan perjalanan ke pantai tegak dengan bersemangat... 


Zafar : lepas tu kita ke mana dulu?

Badar : benua Bawasa.. kita kena pecahkan kebenaran dari Reinland..

Tama : mr. Ragaman kata Raja benua Bawasa yang tahu sebab Reinland di serang...

Heigo : apa kita terus pergi cari Raja Benua Bawasa? Macam tu?

Badar : tak .. jangan lupa, aku juga nak mengembara...


Selepas setengah hari perjalanan, mereka pun tiba di Pantai Tegak itu. Ramai dari antara mereka langsung terpegun melihat laut yang cantik itu..


Crisa : wah cantik nya pantai ni..

Gelana : aku tak sangka laut itu luas..

Badar : tapi hati-hati lah, laut itu bahaya juga...

Crisa : ya betul. Aku pernah baca kisah laut yang misteri..

Delima : ya kah? Macam mana kita nak ke Benua Bawasa?

Badar : Naik kapal lah.. tak kan naik kuda...

Delima : tengok tu, dia orang dah mandi..

Badar : ya pergi lah bermain dulu.. sementara kita menunggu kapal..

Zafar : Badar!! Jom mandi.. seronok woi..

Tama : ya betul..

Man : ahhh masin nya laut ni... Memang macam ni ke?

Badar : ya.


Mereka semua mandi di pantai... Hari sudah pun senja...


Ozen : haish.. kita terlalu leka nak mandi sampai lupa nak buat khemah..

Heigo : tu lah.. ni baru khemah untuk anak dara ni .. untuk kita belum lagi.

Ozen : woii dah dah la tu .. tolong buat khemah..

Tama : aku pergi cari kayu kejap...


Kerana terlalu lambat membuat khemah, mereka pun bertungkus Lumus membuat kerja..


Badar : aku memancing.. hehehe.. ikan laut sedap tau.. lagi-lagi masih segar..

Gelana : betul ke?

Badar : betul.. nanti kau masak pun rasa macam bukan kau yang masak...

Zafar : dah lewat ni. Kapal tak sampai-sampai...

Badar : hmm kita bermalam kat sini lah hari ni..


Akhirnya mereka terpaksa tidur di tepi pantai. Suasana nya sungguh menenang kan fikiran dan angin sepoi-sepoi bahasa. Apatah lagi waktu malam..


Delima : uhh sejuk malam ni..


Tama yang baru sampai terus membuat unggun api dengan elemen api. Dia melaga dua pedangnya lalu terpercik api ke kayu dan terbakar...


Gelana : hari ni aku malas masak. Penat jadi kita makan apa ada nya.

Badar : ikan bakar!!! Yeahhh!!


Mereka semua pun makan dan membenarkan kata-kata Badar bahawa ikan laut itu sedap..


Heigo : tak ada mesyuarat ke ?


Semua orang memandang tajam ke Heigo.


Man : orang nak santai tahu.

Zafar : ye betul tu!

Badar : aku pun penat. Marilah kita sembang santai je. Tak nak aku fikirkan benda berat-berat ni...

Gelana : betul tu..

Badar : aku dah fikirkan sesuatu yang menarik.. 

Ozen : apa dia?

Badar : esok kita akan genggam pasir ni dan buang ke kayu api ni.. sambil kita cakap impian masing-masing.

Heigo : aduh.. kenapa pula?

Badar : siapa tak buat, esok kena tinggal..

Heigo : ohh baik lah..

Man : aku hampir-hampir nak bangkang tadi ..


Mereka pun terus tidur di pantai itu... Keesokan hari nya,...


Man : oii bangun! Ada kapal!!


Semua orang terus bangun melihat ke arah laut.


Zafar : besarnya kapal tu.. pertama kali aku tengok.

Tama : musuh ke?

Gelana : kau semua musuh!


Badar lalu mengambil segenggam pasir dan memandang mereka semua.


Badar : macam yang kita janjikan semalam... Aku mula dulu..

Heigo : ok, silakan..

Badar : impian aku nak jadi Raja Baru yang baik hati, adil dan yang paling penting kebebasan yang damai.

Man : banyak 'yang' tu..


Badar pun mencampak kan pasir ke kayu api yang masih berbara itu.


Badar : hahaha.. ok Zafar..

Zafar : eh aku?

Badar : kalau aku tak sebut nama, memang kamu semua lambat gerak.. ha cepatlah..

Gelana : haa apa impian kau?

Zafar : hmmmm...


Zafar mengambil segenggam pasir sambil berfikir...


Zafar : impian aku nak mengembara melihat dunia! Yeah!!


Zafar campak pasir ke kayu api itu..


Badar : Tama! Kau pula!


Tama hanya mendiam kan diri dan mengambil segenggam pasir.


Tama : impian aku ingin.... Menjadi orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain..


Tama melakukan perkara yang sama. Kemudian giliran Heigo ..


Heigo : aku sebenarnya nak lari dari suasana kota Lahar... Aku bersyukur dapat ikut dalam pengembaraan ni walaupun tak ada Core. Terima kasih Badar... Impian aku, sama seperti Zafar. Aku ingin mengembara ke tempat-tempat yang belum pernah aku pergi.

Gelana : aku pun sama. Impian aku bukan itu saja. Aku nak belajar masakan dari dunia luar sana..


Mereka berdua terus mengutarakan impian mereka.


Crisa : aku nak mencari ilmu sebanyak yang boleh.. hehehe.

Man : aku nak melindungi Crisa..


Semua orang memandang Man.


Zafar : apa?

Man : errr maksud aku...melindungi Raja dan pengikut nya.. hahaha..

Ozen : impian aku, nak menjadi orang yang kuat.. aku seorang bekas bandit seperti Tama.. kali ini aku akan melindungi orang-orang yang menganggap aku kawan nya..

Man : huhuhu terharu aku dengar..


Tinggal lah seorang lagi yang masih belum mengutarakan impian nya.


Badar : Delima? Apa impian kau?

Delima : sa-ya... Tak .. tahu... Saya cuma ikut je..

Badar : kalau macam tu, kau tinggal sini.

Zafar : apa? mana mungkin kita nak tinggalkan dia seorang je dekat sini?

Badar : kapal dah nak sampai.. siap-siap..

Heigo : kau gila ke? Tak kan sebab tak ada impian kau nak buang dia. Dasar raja tak guna!!


Heigo menjadi marah kerana Delima juga kawan nya dari kecil.. begitu juga Gelana..


Gelana : aku tak kan masak untuk kau lagi kalau kau tinggalkan dia..

Badar : suruh dia bagitahu impian dia..

Delima : tapi... Saya tak ada impian..


Delima mengalir kan air mata nya... Sedangkan yang lain sudah bersiap-sedia untuk berangkat...


Gelana : kalau macam tu. Maaf.. aku keluar dari kelompok Badarien.. aku berhenti!!

Heigo : aku juga..

Zafar : Badarrrr!! Kau yakin ke?

Tama : jangan Zafar.. itu kemahuan Raja.

Zafar : ahhh Raja apa macam ni...

Heigo : Jom Delima, kita balik ke kota Lahar..

Gelana : ya.. Tama kau tak ikut?

Tama : tak.. lagi pun aku bukan asal sana..

Delima : berhenti!!!


Semua orang menjadi senyap seketika...


Delima : impian saya....


Mereka memandang Delima dengan perasaan yang menegang kan ..


Delima : impian saya...

Tama : cepat lah cakap.

Man : dia tak ada impian..

Crisa : syuh diam. Jangan menekan dia..

Delima : haaa.. impian saya akan merawat kamu semua jika terluka!!

Badar : hahahaha.. pun boleh.. Tak salah jika kita bermimpi sebab mimpi itu adalah impian yang tak pernah padam.


Kapal itu akhirnya siap berlabuh.. ada seorang pemandu kapal turun bersama dengan kru nya... Badar terus datang untuk meminta nya membawa ke Benua Bawasa.


Yug : tak nak lah..


Bersambung ....



Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy