Home Buku Fantasi The New King
Bab 5

Perjalanan


Zafar berasa senang hati setelah di benarkan untuk mengembara bersama Badar. Dia seseorang yang hebat dan akan menjadi Raja Baru. Mungkin jika bersama Badar, dia mampu mengharungi dunia luar yang berbahaya.

Badar : apa? Kau tak pernah keluar dari kota ni?
Zafar : ya betul. Aku nak tanya kau.. macam mana kau boleh tebas jin tu? Maksud aku, macamana Jin tu boleh keluar dari tubuh Raja?
Badar : oh tu senang. Dia cakap, kalau bulan purnama lagi, raja akan hilang selamanya.. sebab tu aku yakin, Raja masih ada dalam tubuh nya dan aku boleh tebas.
Zafar : ohhh.. jadi dari mana kau dapat pedang tu..?
Badar : ahh banyak tanya la kau. Cepat bersiap. Kita nak berangkat.

Mereka pun bersiap-siap untuk pergi meninggalkan Kota Tempil. Wada datang dengan membawa beberapa uncang emas.

Badar : wah! Ini lebih banyak daripada aku dapat hari tu!
Wada : ya macam yang di janji kan.

Ada penjelasan logik kenapa mereka senang-senang bagi emas kepada orang. Itu kerana, Raja Tadaka memiliki Core Raja Hutan. Dimana dia boleh jinak kan haiwan buas mahupun haiwan mistik dan pelik yang berada di jangkauan nya. Bermakna, dia boleh menyuruh haiwan-haiwan itu mencarikan barang-barang bernilai yang terdapat di perut bumi. Haiwan itu semestinya boleh masuk ke dalam tanah.

Raja Tadaka mengiringi Badar dan Zafar ke pintu keluar kota itu. Mereka pun berjalan menuju ke jalan yang yang lain.

Wada : Selamat tinggal!! Jangan lupa datang lagi!!
Zafar : ya!! Terima kasih semua!!!

Orang-orang kota itu pun melambaikan tangan tanda perpisahan. Semakin lama berjalan, kota Tempil sudah tidak kelihatan dari pandangan Zafar.

Zafar : mana semua pengikut kau?
Badar : hah? Apa kau cakap ni?
Zafar : jangan cakap... Aku orang...
Badar : ya. Dah cakap.
Zafar : ahhh!! Aku ingatkan mereka bersembunyi di suatu tempat ke apa..
Badar : tak ada. Aku baru memulakan perjalanan.
Zafar : aaaahhhhhhhhh!!! Apa aku buat?! Aku ingatkan kau dah ada pengikut lain ..
Badar : errrr... Sabar lah nak.. nanti kau terbiasa..
Zafar : sekarang ni apa rancangan kau?
Badar : pertama sekali, kumpul beberapa pengikut dulu... Sebab perjalanan kita masih panjang..
Zafar : ok.. macam mana dengan negara? Tanah? Raja apa yang tak ada negara?
Badar : raja tu ada kerana rakyat, bukan negara. Negara tu cuma tempat.
Zafar : iya, tapi kena ada tempat juga kan?
Badar : jangan risau.. mak aku ada cerita dulu, di hujung selatan ada tanah yang subur, kaya dengan sumber. Situ lah negara kita nanti.
Zafar : kalau ada pun, mesti dah ada orang.. aduh..

Badar tersengih.

Badar : tak. Ini lain. Ini tanah yang bernama Rein Land.
Zafar : a..aapa? Ada ke? Aku pernah baca juga pasal Rein Land ni. Sebuah tanah yang hijau dengan hutan yang tebal. Rein bermaksud hujan rintik-rintik. Itu menyebabkan udara di sana murni kesegaran nya. Belum ada orang yang pernah ke sana.
Badar : huh, itu lah yang mereka nak orang percaya...
Zafar : Masalahnya wujud ke?
Badar : kau nak tahu wujud ke tidak?
Zafar : ya..
Badar : jadi, kita kena pergi ke sana untuk bukti kan nya.
Zafar : betul juga tu. Baiklah!!! Aku bersemangat!! Hahaha... Jadi sekrang kita nak ke mana?

Badar berhenti. Dia membelek peta.

Badar : kalau lah aku faham peta. Keliru cara membaca peta.
Zafar : alamak.. besar nya peta ni. Kertas kecil je. Tak apa.. kita jalan dulu. Untuk permulaan ni, kita cari pengikut baru.
Badar : hehe memang tak salah aku pilih kau. Aku nak cari pengikut yang kuat dulu. Untuk melindungi aku dari musuh-musuh yang tak ada tujuan jelas memusuhi aku.
Zafar : hmm ok. Macam mana pengikut yang kau nak?
Badar : mungkin pendekar pedang atau... Pemanah?
Zafar : bagus juga pilihan tu. Pemanah dan pendekar pedang mampu mengesan serangan curi dari musuh walau dari jauh.

Mereka teruskan berjalan.

............................................

Di suatu tempat..

Sara : ayah, raja tu apa?
Ayah sara : Raja itu orang yang berkuasa memimpin kita sebagai rakyat. Raja memiliki suara yang lantang. Dia boleh melindungi kita dari orang jahat..
Sara : ohh tapi kenapa raja di...
Mak sara : syuhh.. diam. Jangan cakap macam tu.

Tiba-tiba pintu rumah mereka di terobos masuk!

Finn : ada masalah! Soy!!
Soy (ayah sara) : kenapa? Apa yang terjadi?
Finn : diaaa... Dah..
Soy : cakap! Apa yang terjadi?
Finn : dia menentang Raja!
Soy : apa? A..aku dah cakap jangan..

Soy mengeluh. Sera menyuruh anaknya bersembunyi di bilik kerana mereka sedang dalam mesyuarat rahsia.

Soy : apa yang dia buat?
Finn : dia cuba selamat kan orang yang kena tangkap oleh tentera raja.
Soy : tak ada siapa ke yang akan selamatkan kita?
Finn : mana mungkin ada orang datang ke sini lepas tahu Raja kita gila..

...........................

Zafar : eh ada kota lah!
Badar : ya aku nampak. Kau ingat aku tengah tutup mata ke? Hahaha...
Zafar : ya la..
Badar : baiklah zafaria! Pergi tanya orang itu kota apa.
Zafar : apa kau panggil aku tadi?
Badar : tak ada apa..

Mereka sampai di pintu masuk Kota itu. Zafar cuba tanya nama kota itu apa orang-orang yang lalu lalang. Semua orang memandang mereka dengan wajah yang risau.

Orang kota 1 : hati-hati. Di sini kau tak boleh buat salah..
Zafar : ha baik lah. Terima kasih atas nasihat nya

Zafar kembali kepada Badar.

Badar : kau perasan tak? Orang-orang kota pandang kita lain macam.
Zafar : sebab mereka takut kita buat salah. Kat sini tak boleh buat salah. Oh, nama negara ni Hainc. Kota yang kita singgah ini ibu kota kerajaan Hainc. Kota Lahar!

O. K : Syuh!! Pelan sikit.

Tiba-tiba ada orang datang mengingatkan mereka untuk senyap.

Badar : tak apa, kita cari kedai makan. Aku dah lapar ni.
Zafar : ok.

Mereka berdua pergi mencari makanan. Tetapi mereka kena berpisah kerana Zafar ini menyewa tempat tinggal sementara. Sedang kan Badar terus mencari kedai makan.

Zafar : sini beg kau. Biar aku bawa terus ke rumah.
Badar : bagus. Macam ni lah pengikut.

Kemudian, Badar sambung mencari kedai makan. Dia ingin memakan daging. Setelah lama mencari, akhir nya bertemu sebuah kedai daging yang terang-terangan tulis kedai daging.

Soy : kami tutup hari ni.
Badar : apa?! Kau tak boleh tutup hari ni pak cik!!
Fin : kurang ajar. Keluar!!
Badar : eh sabar. Aku..eh errr saya bayar pak cik.
Soy : tua sangat ke aku ni?
Badar : kalau dah ada anak, dah layak panggil Pak cik.
Finn : orang ini ada emas lah. Macam ni lah. Hari ni kau terkecuali.
Badar : akhirnya! Lapar sungguh.. kenapa tutup?

Mereka semua terdiam sejenak. Saling berpandangan serius antara satu sama lain.

Sera : oh tak ada apa lah. Hari ni stok daging kami baru sampai. Kamu lah orang pertama yang cuba daging segar ni. Tunggu eh, kakak masak jap.
Badar : wah! Terbaiklah mak cik!
Sera : kakak lah!!

Marah Sera kepada Badar.

Finn : nampak nya kau bukan orang sini.
Soy : dari mana kamu datang?
Badar : oh saya musafir. Tengah mencari pengikut.
Fin : pengikut ?
Badar : ya, saya orang yang akan jadi Raja Baru.

Soy terpegun. Terpampang cahaya harapan di katanya.

Soy : kamu bakal raja baru?
Badar : ya.
Soy : tapi kamu terlalu muda..
Badar : pak cik, untuk membina satu negara itu bukan satu ke dua hari. Jadi sebab itu saya memutuskan untuk mula dari awal. Kalau lambat nanti orang lain pula ambil.
Finn : oh berapa pengikut kau?
Badar : baru satu.
Fin : hahhh? Satu? Ini orang sudah gila. Jangan perasan lah nak jadi raja.
Badar : apa sal pula!! Kan saya cakap baru nak cari pengikut. Nanti lama-lama banyak lah.
Finn : tak akan ada orang ikut pemuda yang berangan-angan nak jadi raja.
Badar : hahaha.. ya la. Makanan mana?!
Sara : suara abang lantang juga ya.

Sekali lagi Soy melihat ke arah Badar.

Soy : dia memiliki aura yang tak dapat aku jelaskan.

Fikir Soy.

Soy : kalau kamu nak tidur sini pun boleh.
Badar : eh boleh ke?
Finn : apa-apa hal tanggung sendiri. Aku nak keluar..

Fin pun keluar.. sejurus kemudian, makanan sampai. Badar terus makan dan terus menambah.

Sera : selera kamu besar juga ya. Dah 5 pinggan kamu habiskan.
Badar : biasalah. Saya dah berapa hari tak makan banyak. Makan alas perut je. Maklum lah, dalam perjalanan.
Soy : hahaha, lepas makan kami akan tunjukkan bilik tidur kamu.
Badar : kalau boleh buat dua. Sebab saya dengan pengikut saya.
Sera : baiklah. Sara jom ikut mak kemas jap.
Sara : baik mak.

Tiba-tiba datang Finn dengan gelabah.

Finn : masalah lagi!! Ada orang kena tangkap!
Soy : siapa pula kali ni?
Finn : tak tahu, mungkin orang yang secara kebetulan singgah ke kota ini. Dia bawa dua beg.
Badar : Beg ? Zafar!

Baru sahaja dia mahu bergegas, dia di halangi oleh Soy. Di pegang nya tubuh badar...

Soy : jangan pergi! Nanti kamu kena penjara!!

Bersambung....

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy