Home Buku Fantasi The New King
Bab 74

Cahaya dalam Gelap


Heigo dan Delima terbangun dari tidur mereka. Entah kenapa kepala mereka terasa sakit. Sakit kerana di hantuk oleh Crisa atau sakit kerana tidur terlalu lama, itu tak pasti.


Heigo : laaaa tadi tu mimpi je ke? Aduhh... 

Delima : tu la..

Heigo : baru nak jadi bos Kafe .. ingat betul tadi ... Haishh..

Delima : tapi mereka semua masih tidur.

Heigo : ya lah.. jangan-jangan dia orang sedar dalam mimpi..

Delima : ye ke? Macam mana?

Heigo : Tengok tu.. semua orang tidur mengiring kanan. Kecuali Gelana dengan Werza...

Delima : Jadi Gelana dengan Werza masih bermimpi?

Heigo : haaa aku tahu. Itu lah caranya. Fuh bijak juga aku.. hahaha.

Delima : baru macam tu dah kata bijak... Jadi sekarang ni, kita kena tidur mengiring kanan ke?

Heigo : ya.. kau alihkan badan Gelana dengan Werza ke kanan. Mungkin dia orang sedar sendiri dalam mimpi.


Delima pun mengalihkan tubuh Gelana dan Werza untuk tidur mengiring kanan.


Delima : ok sambung tidur!

Heigo : .......


Heigo melihat gelagat Delima yang terus tidur. Delima bangun semula...


Delima : tak boleh tidur lah. Sebab dah lama tidur ni..

Heigo : haa tahu pun.. kita kena makan dulu..

Delima : tak reti masak~~

Heigo : ahh kita tak payah masak. Kita bakar je makanan yang kita ada. Cuba periksa beg Gelana, mana tahu ada ikan..


Delima mengikuti apa yang disuruh Heigo.


Delima : ada lah.. heee...

Heigo : kan? Kita buat kat sana.


Heigo pun membuat unggun api untuk membakar ikan tersebut dan mengisi perut. Sementara itu, di dunia mimpi...


Tama : lama betul dia orang ni.. tak masuk-masuk pun.

Zafar : dia orang tak tahu lah tu..


Ketika Heigo dan Delima menghilang, mimpi yang mereka mahukan turut menghilang. Orang-orang semua pergi beredar dari situ. Tinggallah mereka di dalam hutan yang kosong itu..


Ozen : bosan betul lah..

Man : apa boleh buat.. kali ni musuh tak ada orang bawahan..

Zafar : ya .. memang hanya Badar sahaja yang dapat lawan.

Crisa : hmmm kau kan kuat. Kau ada Core Raja.

Zafar : ya tapi aku bukan nak jadi Raja. Memang lebih layak Badar.. walaupun kadang-kadang aku kurang setuju dengan dia.

Tama : berghibah ya.

Zafar : eh bukan lah.. apa kau ni? Nak kena tebas ke?

Tama : tak apa lah.. hahaha..

Man : tahu takut...


Man bangun untuk melihat sekiranya ada tempat untuk menjadi tempat untuk lepak.


Farin : mana pula dia pergi tu...

Zafar : entah lah..

Kuda : oii Man. Jangan jauh-jauh. Nanti sesat susah nak cari.

Man : nanti kau cari lah aku guna hidung kau.

Kuda : aku bukan anjing!!

Crisa : hahaha kelakar kuda ni..


Man yang jauh sedikit dari mereka semua tiba-tiba terfikir kan sesuatu..


Man : kejap .. ini kan dunia mimpi. Kalau aku luah kan perasaan aku dekat Crisa..  mesti dia ingat dia tengah mimpi.. betul! Jangan tunda lagi!


Ozen : apa si Man tu cakap seorang diri agaknya?

Farin : kesian, terlalu lama dalam mimpi.. tu yang gila..


Man : aaarrgghg.. ada buku teks lah!!

Crisa : mana??!!


Crisa terus meluru ke arah Man.


Crisa : mana?

Man : ni haa..


Man memberi sepucuk kertas..


"I love you" .. 


Mata Crisa terus membesar seperti orang terkejut....


Zafar : Crisa! Man !! Ada apa tu..


Man dan Crisa pun berjalan menuju ke arah mereka...


Man : salah tengok daa.. aku ingat buku.. rupa-rupanya kulit kayu daaa..

Ozen : hahaha apa lah kau ni.. nanti pergi jumpa doktor mata.

Crisa : tu lah, kecewa aku..

Man : hahaha maaflah.. mana sedar. Lagi pun ini dunia mimpi. Apa pun boleh jadi.. kan?


Kemudian Werza datang menyapa mereka semua.


Farin : Siapa pula ni?

Crisa : Dia pengikut sementara kami. Kami nak hantar dia ke kota asal nya.

Farin : dekat mana?

Zafar : Bluetal...

Crisa : tak sabar nya.. hihihi


Di dunia mimpi dalam Mimpi pula,...


Malek : cih! Mana pula budak ni?


Malek terapung di udara terbang mencari Badar....

Badar sebenarnya berada di suatu ruangan yang berbeza tempat..


Badar : apa ni?

Ana : tengok lah sendiri.. nanti awak akan tahu...


Badar di bawa oleh Ana ke suatu tempat dimana ada pintu namun tiada dinding di tepi pintu itu.

Badar pun membuka pintu itu, dalam pintu itu ada suatu ruangan lain yang amat gelap.


Badar : apa ni? Aku tak faham?!

Ana : teroboslah masuk ke dalam kabus yang gelap ini, awak akan nampak sesuatu.

Badar : macamana aku nak tahu ini bukan perangkap?

Ana : ........ 


Ana yang tidak menjawab persoalan Badar itu terus masuk ke dalam pintu itu. Dalam nya amat gelap. Kabusnya seperti ribut yang memutar dalam ruangan tersebut. Gelap!

Melihat Ana yang masuk, Badar pun beranikan diri untuk masuk juga dan berharap tiada apa-apa perkara yang buruk akan berlaku...


Badar berjalan sambil mengangkat tangan nya antara dahi dan kening. Ribut gelap itu terlalu kuat dan sukar untuk berjalan. Badar terus berjalan untuk mengetahui apa yang ada di dalam nya.. beberapa minit kemudian, Badar melihat cahaya yang terang lalu mempercepatkan langkah nya untuk sampai di sana.


Badar : tak guna! Makin kuat angin nya!! Aaaargghhhh!!


Akhirnya, Badar pun sampai. Anehnya tempat itu tiada ribut. Tenang dan hangat. Ada bola cahaya yang besar di tengah-tengah ribut gelap itu.


Badar : damainya kat sini.

Ana : awak berjaya!

Badar : ahhhh!! Kau ni, terkejut aku..


Badar melihat bola cahaya itu lalu bertanya kepada Ana.


Badar : Budak, ni apa benda ni?

Ana : ..... Nama saya Ana.

Badar : oh maafkan saya. Nama saya Badar. Jadi, apakah itu? Saya bertanya..

Ana : inilah sisa-sisa kebaikan Raja Malek.

Badar : jadi ribut itu?

Ana : ribut itu pula adalah kejahatan yang mahu menyerap kebaikan Raja Malek.

Badar : sudah ku duga, Raja Malek tidak sejahat yang aku sangkakan.

Ana : dahulu.. 


Ana menceritakan tentang masa lalu Raja Malek kepada Badar.


Badar : mak ai .. aku tak tahu nak cakap apa. Tapi memang benar-benar traumatik....

Ana : ya... Dia tidak sengaja membuatkan semua orang mati.

Badar : hehehe.. aku tahu apa yang perlu aku buat..

Ana : apakah itu ?

Badar : Rahsia... Boleh aku tahu apa nama penuh kau?


Ana pun memberitahu Badar. Badar hanya tersenyum namun kelihatan sedih di matanya.


Raja Malek masih mencari keberadaan Badar.


Malek : Bunyamin Badar!!!!!


Dia terus terbang tanpa arah mencari Badar. Kemudian dia melihat kelibat lalu berhenti..


Malek : oh kau di sini rupanya.. ingatkan dah lari.


Badar duduk dengan santai melihat Raja Malek....


Malek : Fire Screen!!


Api muncul dengan banyak di belakang Raja Malek dan terus menyerang Badar.


Badar : Angin penyedut...


Badar mengeluarkan angin besar yang menyedut api itu lalu membuangnya ke arah lain..

Malek terus menyerang Badar dengan bermacam-macam serangan. Badar melompat menendang Malek dengan kuat. Kemudian, Badar dengan pantas bergerak di belakang Raja Malek dan menendang nya lagi. Malek jatuh ke permukaan itu.


Malek : hebat juga kau.

Badar : ya, tadi aku main-main.

Malek : oh ya ke? Sekarang pun aku rasa kau main-main..

Badar : sebab aku bukan datang nak bunuh kau.. aku datang nak restu Raja.

Malek : tak guna!! Bunuh saja aku. Kenapa kau terus menerus biarkan aku terseksa!!?

Badar : ini mesti sebab mimpi tu kan?

Malek : mimpi apa yang kau maksud kan?

Badar : aku boleh tolong kau cari Ana..


Raja Malek menjadi marah!


Malek : jangan kau mempergunakan dia!!! Yahhhh!!


Malek terus melompat laju ke arah Badar, dia terus menendang Badar yang sedang terlentang di permukaan dunia mimpi dalam mimpi itu. Badar kesakitan....


Malek : kau memang manusia tak berguna!! Tiada siapa yang boleh cari dia!!! Kau jangan mempermainkan kan aku!!


Malek yang marah itu terus menendang Badar sehingga retak permukaan itu.


Bersambung......



Previous: Bab 73
Next: Bab 75

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy