Home Buku Fantasi The New King
Bab 33
Kota Selanjutnya


Pagi itu, kelompok Badarien sedang bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan mereka. Kota selanjutnya berada di Negeri Balata. Semua permasalahan di kedua desa ini juga sudah selesai. Jadi mereka ingin teruskan perjalanan...


Badar : ok semua siap ?!

Zafar : dah...

Ozen : Mana Man?

Man : sini haa .

Ozen : ingat hilang ke mana tadi...


Semua orang desa mengiringi Kelompok Badarien...


Ketua desa R : kami memutuskan untuk bersala , apa pendapat kamu?

Badar : hmm bagus . Bagi orang muda yang memimpin pula.

Ketua desa S : kami juga akan membuat nama deca baru..

Crisa : ahh sudah.. nanti bergaduh rebut jawatan pula..

Ketua desa S : itu yang kami mahu cedikit nacihat terakhir dari kamu..

Ketua Desa R : ya betul tu . Apa yang peylu kami buat?

Badar : ohh senang saja. Buat satu pertandingan adu kekuatan dan kebijaksanaan.. siapa yang menang, dia lah yang akan jadi pemimpin desa .. jadi apa nama desa baru nanti?

Ketua Desa R : bijak betul kamu ni. Memang sesuai jadi Yaja baru..

Ketua Desa S : aku juga terkagum melihat kebijakcanaan kamu Badar.. coal nama, kami ingin kamu menentukan kerana kamu penyelamat deca kami..

Badar : aduh.. kejap ya.. 


Badar cuba untuk memikirkan nama baru untuk desa ini... Mereka ingin menyatukan dua desa ini ...


Badar : haaa.. saya bagi nama desa baru ini, Desa Rock Star.. ada R dan S.. macamana?

Zafar : sedap juga nama tu..

Ketua S : kami cetuju caja... Terima kacih..

Ketua R : sebagai tanda teyima kasih.. kami hadiahkan seekor Kuda untuk Badal !!


Badar mendapat seekor kuda dari orang desa itu .


Badar : yeahh. Sebagai Raja kena naik kuda. Pengikut jalan kaki.. Zafar tarik kuda ni..


Badar terus naik atas kuda itu dan di tarik oleh Zafar agar kuda itu tidak melencong ke arah jalan lain...

Selepas mengucapkan selamat tinggal, mereka pun pergi meninggal kan desa tersebut.. kini mereka berada di perbatasan Negeri Balata.. 


Crisa : jauh juga kota bluetal ni...

Man : ya betul tu.. lama betul.. ni negeri lain dah kan?

Crisa : ya betul. Kita sekarang berada di negeri Balata...

Delima : negeri ni ada apa je...

Crisa : banyak kota besar dan kecil. Tapi kita nak pergi kota bluetal. Tempat idaman para kutu buku di dunia. Hahaha..

Man : hahaha. Aku pun ada baca buku la.

Ozen : buku apa kau baca?

Man : buku resepi...

Tama : cis...

Gelana : eh kau ingat tak resepi buat puding...

Man : ingat lah.. bab makanan semua aku ingat.. buat kan untuk Crisa juga. Jangan asyik Badar..


Bisik Man kepada Gelana ..


Gelana : aku buat untuk semua lah.. apa kau ni?

Man : oh ye ke?

Tama : aku selagi benda percuma, aku terima-terima saja..

Heigo : jap.  Kalau jauh bermakna...


Mereka yang di belakang sedar sesuatu...


Crisa : ya, perjalanan kita ambil masa paling cepat 3 hari. Kalau lambat mungkin 4-5 hari..

Heigo : ahh tidak!!!!


Man terus menegur Badar.


Man : Badar , bagi aku naik pula.. kau dah lama..

Badar : eh ni aku punya. Siapa Raja sekarang?

Man : ahh aku tak pernah mengaku kau raja.. cepat bagi!!

Badar : Tama...


Tama meluru ke arah Man dengan pedang baru nya..


Tama : pedang baru ni.. kalau dia maukan darah, engkaulah orang pertama...

Man : wah cantik nya langit.. kan Crisa..?

Crisa : haaa ye..

Delima : Tama memang macam tu. Jangan lawan..

Man : dah terlambat.. aku hampir-hampir kena penggal tadi...


Mereka berbisik sesama mereka..


Crisa : hati-hati je.. nasib ada Badar. Dia sergah je tu..

Badar : ingat aku tak dengar ke?


Kuda yang dinaiki Badar itu berwarna putih kecoklatan.. Kuda itu tegap dan sasa..


Zafar : cantik kuda ni. Nampak kuat.. cuba kau bawa dia berlari...

Heigo : eh jangan.. kena tinggal kita nanti..

Zafar : ye lah..


Kemudian, mereka teruskan perjalanan.. setelah tiga hari, mereka melihat papan tanda...


"Kota Bluetal di depan"


Zafar : kita hampir sampai..

Man : yes!!!

Heigo : akhirnya, boleh baring di tilam yang empuk..

Delima : betul tu.. dah berapa hari asyik tidur kat tanah.


Setelah beberapa lama mereka berjalan.. mereka melihat lubang yang paling besar yang mereka pernah lihat...


Zafar : eh lubang apa ni?

Man : mana kota Bluetal?


Badar turun dari kudanya.. dia melihat sekeliling..


Crisa : hei tengok ni...


Ternyata ada papan tanda lain...


"Selamat datang ke kota Bluetal, tetapi kami dah pindah ke Benua Oasis sebab sana lebih sejuk"..


Mereka semua tersentak!!


Heigo : apa sebab tu je?

Man : haaaa kenapaaa ?!!!!

Zafar : ada dua orang yang lebih sedih..


Ternyata orang itu ialah Badar dan Crisa... Mereka melutut dan menunduk ke tanah...


Crisa : padahal kita tengah teruja..

Badar : aku nak alat terbang... Huhuhuhuu

Ozen : bertabahlah. Kita semua kena tipu.. kenapa kita tak tahu pasal kota berpindah?


Crisa bangun semula..


Crisa: kota Bluetal ni kota teknologi canggih. Tidak hairan jika kota itu menggunakan alat untuk memindahkan kota nya.. 

Heigo : kota besar macam tu boleh eh.

Crisa : boleh...

Zafar : sekarang ni kita kena tanya Badar ...

Badar : hmmm memandang aku kecewa.. sikit lah.. tapi kita tetap meneruskan perjalan.. untuk jadi raja aku kena dapat restu dari Raja benua...


Crisa pun terus mengeluarkan catatan nya..


Crisa : ini senarai cara untuk menjadi Raja.. cara ni dah lama tak di gunakan. Tapi sebab Badar nak jadi Raja baru.. mungkin cara ni masih berguna.

Badar : ya masih berguna..


Syarat menjadi Raja


1. Harus mendapat restu dari 7 Raja benua.

2. Sekiranya para raja tidak memberikan restu,  calon Raja boleh mengajukan sebuah pertarungan.

3. Jika menang, restu anda sudah pun dapat.


Badar : ada lagi ?

Crisa : itu saja...

Heigo : ok kejap . Habis tu macamana Naffin boleh jadi raja?

Tama : itu sebab dia yang lantik diri sendiri jadi raja.. lebih tepatnya Raja palsu..

Zafar : habis macamana dengan Raja Tadaka di Kota tempil? Adakah dia pun mengembara macam kita mencari restu?


Semua orang memandang Crisa. Crisa sedar akan hal itu lalu menjelaskan..


Crisa : macam ni.. sebenarnya bukan restu yang penting. Tapi tanda penghormatan tu yang penting. Itu di sebut restu Raja..

Man : ok teruskan...

Crisa : sebetulnya Badar kena berjumpa dengan Raja di 7 Benua ni. Memandangkan Benua Reinland dah tak ada.. ada 6 je lah.

Ozen : ok setakat ni faham..

Crisa : Raja benua pula berhak melantik raja-raja di dalam pemerintahan nya di dalam benua itu. Raja benua akan melantik orang yang ada Core Raja untuk memimpin suatu negeri yang ada di sesebuah benua itu. Faham?

Zafar : ohh kiranya, Raja Tadaka di pilih untuk menjadi Raja di Kota tempil.

Crisa : ya betul. Faham pun.. nak senang, kalau Raja benua, di panggil Raja besar.  Sedangkan raja yang memimpin di sesebuah kota itu dipanggil Raja kecil.

Badar : bagus, dapat info yang berguna.

Crisa : terima kasih.. hehhehe..

Man : cehhh... Kena puji terus malu-malu..

Crisa : Sukati lah.. hehehe..

Tama : jadi kemana arah tuju kita sekarang?



Mereka melihat peta yang di pegang oleh Crisa..


Badar : wah ada kota malam?

Crisa : tak tahu lah ada apa dengan kota tu. Jangan-jangan kota berhantu.

Delima : eeee jangan lah pergi..

Gelana : takut la tu. Haha..

Ozen : bulu roma aku naik. Aku setuju kalau tak pergi.

Badar : Raja benua Ulala tinggal kat mana?

Zafar : Negeri Fakai ni ada apa ?

Crisa : negeri Fakai ni negeri yang suka berdagang. Ramai orang dekat sana untuk berjual beli. Boleh membeli belah.. hahaha..

Gelana : wah bagus tu.. aku nak pergi ke sana...

Delima : Saya pun...

Ozen : aku tak kisah asalkan jangan kota malam...

Tama : kau takut ke Ozen..

Ozen : kau tak dengar ke apa Crisa cakap tadi? Kota berhantu tuuuu.. gila kau. Kena culik dengan hantu nanti.. argghh.. lari tak cukup tanah..

Man : cakap je lah kau takut. Kan? Hahaha..

Heigo : eeee penakut rupanya...

Ozen : argghhgg aku tak kisah. Asalkan jangan ke sana.. cakap lah apa pun.. aku tak nak!!!

Crisa : tapi sayangnya.. Raja benua tinggal di kota malam...

Ozen : apa?!!!!! 


Bersambung... 



Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy