Home Buku Fantasi The New King
Info#3

Assalamualaikum kepada para pembaca.. macam biasa lah. Setiap habis 10 bab.. sesi info lah.. akhirnya selesai juga arc desa bahtera... Hahaha😫😫😫 kita nak cter pasal hmmm sebelum den terlupa kita sembang pasal bab 29 dlu..

Ingat tak ada part di mana mereka terlupa tentang seseorang yang bersama mereka tapi mereka tak ingat.. sebenarnya den yang lupa!! 🤣🤣 Masa nak taip tu den lupa sesuatu.. tp den teruskan je la.. seolah-olah mereka lupa akan watak man tu... Sebenarnya den nak tambah part Crisa dan Clara bersembang mcm adik beradik. Tapi den lupa. Jadi terpaksa lah den ubah cerita menjadi percakapan di perbincangan mereka.. jadi pendek je la.. mcmana boleh lupa pun tak tau la..

Ok Zafar pula.. ye mmg betul dia Core masa . Tp dia guna setiap perkataan chance sebagai build up dia la.. tahap kekuatan dia . Sebenarnya Zafar ini juga antara orang kuat Badar.. sebab dia ada Core Raja . Dalam bab 30 mungkin den tak jelaskan.. tapi sebenarnya korang boleh fikirkan teori sendiri ... Dan dah jelas ayahnya seorang raja . Jadi dia ada Core Raja lah.. jadi Core nye intipati nya apa? Dah tentu lah Raja Masa .  Fuhh den baru terpikir masa menulis. Kadang idea tambahan tu dtg time menaip..🤩

Badar pula, korang dah tahu Core badar apa.  Dan dah di jelaskan pun di bab 30.. tapi masih ada misteri tentang Badar..

Den pun dah buat peta apa ada nya begitu 🤣.. nanti lah den tunjuk. Sbb takut orang tak faham macamana perbentukan peta dunia badar ni..

Ohh Zafar yg dalam mod second change tu. Sebenarnya den membayangkan zafar berambut pacak 🤣 dan rambut sedikit kehijauan... Alaaa lebih kurang macam dalam anime.. lagi pun den membayangkan cerita The New King ni dalam bentuk animasi .. den tak bayangkan dalam bentuk live action nya.. bentuk nyata? Tidak ..

Den membayang kan Zafar Lebih kurang mcm sebuah watak dalam anime dr. Stone . Jap ada gambar nya .




Haaa lebih kurang la.  Zafar nya bertubuh pendek.. kebetulan pula watak anime Senku ni pun , Pendek juga 🤣...

Mungkin lepas ni den akan cuba memendekkan jalan cerita atau arc nya biar tak terlalu panjang..  sebab mereka akan pergi ke benua lain.. jadi den pendek kan sikit lah..

Jadi den kena rehat dlu untuk mencari idea jalan cerita selanjutnya... 🥰🥰

Sekian.. terima kasih kerana membaca . Gud job


*Follow den di wattpad.. id : RyzalAlmarazy .. jat situ den update dulu. Berserta gambar.. kt sini den tak dpt send gambar peta dunia cerita ni 🤦













Previous: Bab 30
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy