Home Buku Fantasi The New King
Bab 44
Maklumat



Yunus mengajak kelompok Badarien untuk singgah di kedai buku nya dan juga perpustakaan. Crisa datang bersama kemudian nya .. Apalagi, teruja lah Crisa melihat banyak buku yang ada di situ..


Crisa : wah banyak nya buku..

Salwa : ya silakan baca. Ada buku pantun, syair, gurindam dan macam-macam lagi.

Heigo : laa ni puisi ,..?

Ozen : kenapa? 

Heigo : nama dia.. macam kenal lah...

Yunus : oh Raja sudah bertitah.. puisi ni terkenal..

Salwa : ya, Abu Sadad yang tulis..


Mereka pun di jemput minum dan makan di situ...


Badar : wah biskut..

Yunus : biskut kering ja. Hahaha..

Tama : ada tak buku cara dapat benda percuma?

Yunus : errrrr ha ha.. tak ada..

Salwa : marilah kita suai kenal.. kamu semua siapa?


Badar menjelaskan kepada mereka tentang siapa diri nya dan para pengikutnya...


Yunus : ohh kau nak jadi Raja Baru?

Badar : ya... Kenapa?

Yunus : aku raja pantun.. hahaha...

Badar : raja apa tu?

Zafar : abaikan, yang penting kami nak bertemu Raja kota ni..

Yunus : ohh.. nanti aku hantarkan kau ke sana. Makan lah dulu..

Crisa : aku nak tinggal sini dulu..

Heigo : habislah ...

Zafar : semua buku dia baca ni...


Walaupun mereka baru sahaja lepas makan, mereka tak sanggup menolak kebaikan Yunus dan Salwa... Kemudian, Yunus membawa mereka ke istana Raja Muliadi Shahbar..


Yunus : dulu Raja ni di panggil Raja Muda. Sekarang dah berkahwin... Isteri nya baru mengandung. Tak lama lagi.. lahirlah tu anak nya..

Badar : ohh begitu... Kau ada tahu apa-apa tak tentang Reinland?

Yunus : tak tahu. Yang aku tahu Reinland kerajaan yang telah hilang di telan zaman...

Zafar : sejarah yang telah ramai lupakan...

Yunus : apa kah kamu semua memiliki teras?

Badar : ya dan tak.. hanya beberapa orang tidak memiliki Core...

Yunus : baiklah kita dah sampai...


Sebelum masuk ke istana, ada penjaga bertanya kan sesuatu kepada Yunus.. setelah itu mereka di benarkan masuk.


Heigo : wahh besar juga tanah nya...

Ozen : sangat terang kena cahaya...


Mereka pun terus ke balai penghadapan untuk menghadap Raja Muliadi Shahbar.


Raja : dua tiga kucing berlari, ada gerangan apa kamu kemari?

Badar : kami mahu menanyakan sesuatu...

Raja : oh apa dia?

Badar : Tentang Reinland...

Raja : oh itu beta tak tahu...

Badar : kalau begitu Raja Benua?


Raja Muliadi Shahbar lalu terdiam.


Badar : kau orang semua keluar. Tunggu dekat taman. Aku nak bincang hal penting...


Mereka pun keluar kecuali Zafar..


Zafar : aku nak dengar.. ini hal penting untuk aku...

Badar : ok.. tapi jangan kacau perbicaraan aku..


Tinggal lah Raja Muliadi Shahbar, Yunus, Badar dan Zafar....


Raja : minum lah dulu...

Badar : macamana ?

Raja : kenapa kamu nak tahu?


Datanglah pengawal istana dengan tergesa-gesa nya...


Pengawal : ampun tuanku, lihat lah berita ini.. ada bintang yang tidak hilang dari langit. Terus bersinar !

Raja : lain kali ketuk dulu. Terperanjat beta... Keluar sekarang. Beta ada tetamu penting ni...


Raja itu membaca berita di kertas itu...


Raja : sekelompok Badarien? Tadi kamu kata nama kamu Badar kan?

Badar : yaa.. kenapa?

Raja : ini.. perbuatan kamu?

Badar : yaa.. lebih kurang lah..


Raja itu terus membawa Badar dan Zafar ke ruangan rahsia....


Raja : Yunus , ini perkara penting yang tak boleh ketahui oleh orang lain. Kamu berjaga di luar ya.

Yunus : baik lah... 


Setelah sampai ke dalam bilik rahsia itu. Raja menyuruh mereka untuk duduk dahulu..


Zafar : kenapa Raja ni macam terburu-buru...?

Badar: mungkin dia tahu sesuatu..

Raja : haaa ada lagi jurnal ayahanda beta.. ini... Dulu kerajan Rawi pernah di serang .. kami ingat kan bandit tetapi rupanya askar Raja benua.. ayahanda beta mati dalam pertempuran!

Badar : apa ayah kamu itu laku kan sehingga di serang?

Raja : itu lah masalahnya! Ayahanda beta tidak melakukan apa-apa yang salah... Tetapi untuk kota ini tetap aman harmoni. Dia sanggup berkorban nyawa. Kerana itu beta menjadi Raja dia usia yang muda..

Badar : kejam! Kenapa dia menyerang orang yang tak melakukan apa-apa?

Raja : dua tiga kucing bau, beta tak tahu...

Zafar : di mana Raja Benua tinggal?

Raja : beta tak pernah ambil tahu... Beta tak pernah keluar dari negeri ini..  kecuali berlayar..

Badar : kenapa kamu memberitahu ini semua? Bukan kah kita baru kenal?

Raja : hahaha.. walaupun beta begini. Beta pun ada Teras..

Badar : Core Raja apa?

Raja : Raja Mata Hati.. beta boleh melihat hati seseorang yang berniat jahat atau baik.. beta boleh melihat walaupun di depan kota sekali pun... Segala makhluk yang hidup sekiranya dia memijak tanah kota harimau. Beta dapat tahu jika dia memiliki niat jahat...

Badar : bagus juga core ni. Senang nak tahu yang mana kawan dan lawan..

Raja : eh biasa! Hahaha..

Zafar : sebab tu kamu ceritakan semua ini..

Raja : ya.. tapi demi kerajaan yang damai.. beta tak mahu mengorbankan rakyat beta.. jadi beta sembunyikan rahsia ini.. akhir nya ada seseorang yang beta boleh ceritakan..


Raja Muliadi Shahbar merasa terharu setelah rahsia yang terpendam lama dapat di ceritakan kembali...


Raja : Reinland...


Badar dan Zafar menatap Raja itu..


Badar : tadi kata tak tahu apa-apa..

Raja : ya.. beta memang tak tahu apa-apa.. tapi di hutan sana ada seseorang yang tinggal di sana.. beliau mengaku orang Reinland...


Terpana lah Badar dan Zafar.. ternyata masih ada orang Reinland yang masih hidup bersembunyi di suatu tempat!



Zafar : tempat ni dekat.. cuma kita kena berjalan hingga ke Kampung Sutera...

Badar : ya betul ..


Ketika Raja menunjukkan peta, mereka tahu bahwa mereka mungkin akan bertemu orang yang mengetahui kebenaran dari Reinland.. setelah mereka keluar dari istana, mereka berterima kasih dengan Raja Muliadi Shahbar atas maklumat yang berguna itu. Badar menyuruh Heigo untuk mengumpul kan kembali  mereka semua.


Badar : memandang cuaca masih cerah, kita teruskan perjalanan.

Zafar : ya ada tempat yang penting kita kena pergi..

Gelana : nasib aku sempat belajar.. senang je rupanya...

Crisa : haha. Aku sudah simpan semua ilmu dalam Core aku..

Heigo : boleh lah.. jom kita gerak sekarang...


Mereka pun terus pergi.. ke Kampung Sutera...


Heigo : kita nak singgah ke kat sana?

Badar : tak payah lah.

Gelana : err... Stok makanan kita nak habis.

Badar : ok singgah!

Man : terus singgah...

Tama : makanan tu penting untuk tenaga. Nanti kalau kita lapar macamana ?

Crisa : kita nak pergi ke hutan tebal ke?

Zafar : ya, dekat sana kita akan berjumpa dengan seseorang..

Badar : harap orang tu masih ada..

Ozen : hutan tebal yaaa.... 

Gelana : kenapa?

Ozen : hutan tebal ni biasa nya.. ada hantu!!!!

Gelana : cis! Aku ingat apa tadi...

Delima : awak jangan lah takut sangat .

Heigo : betul tu.. kau takut.. aku pun takut.. berapa kali nak cakap?


Hari telah pun malam dan mereka tiba di Kampung sutera... Tiba-tiba ada orang menghalang mereka dengan mengacukan tombak ke arah mereka.


Mid : berhenti!!!


Bersambung...



Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy