Home Buku Fantasi The New King
Bab 78

Musuh Baru ?


Mereka semua teringat ketika berada dalam hutan. Tidak ada orang yang tahu cara memasak. Kalau ada pun hanya buat air. Nasiblah ada Tama dan Ozen yang biasa dengan situasi begini. Mereka berdua membakar ikan dan daging untuk yang lain nya.


Kini, mereka sudah berada di Kota Batu, Negeri Darpa. Kota yang kelihatan damai sentosa. Orang-orang kota juga sangat ramah...

Badar yang ingin pergi makan makanan yang sedap di tegur Zafar..


Zafar : Badar, kita kekurangan duit emas.

Badar : apa?!!

Heigo : tak kan lah..

Man : berapa kita ada sekarang?

Zafar : 2 emas, 30 perak dan 20 Tem ..


*Tem adalah tembaga..


Crisa : tak akan lah tinggal tu.. kau orang beli apa ni?

Werza : aku tak masuk campur ya..

Delima : ehhh.. awak pun ada guna tahu..

Werza : hehehe.. terima kasih..

Man : kami nak kau pun bertanggungjawab sama lah..

Werza : yaa la..

Zafar : macamana Badar ? Dengan duit yang kita ada sekarang. Cukup untuk 4-5 hari je ni..

Badar : ya lah. Kita berjimat cermat..


Badar menuju ke gerai air buah..


Badar : bang, berapa air ni?

Peniaga : 1 cawan, 2 tem je.. 

Badar : boleh lah. Nak 9 cawan..

Ozen : kebetulan haus tekak aku.

Peniaga : sini memang panas sikit cik. Tapi kalau malam, sejuk nya tu fuh... Kalah sejuk ais.. haahha..

Crisa : apakah sebab batu ni semua?

Peniaga : boleh jadi. Nah air kamu semua..


"Ketibaan duli mulia Raja Badik !!"


Badar : eh ada Raja pula?


Ramai orang berdiri tegak di tepi perumahan untuk menunjukkan hormat kepada sang raja. Raja Badik itu berjalan paling depan dengan di ikuti beberapa tentera di belakangnya. Ada yang membawa pedang dan tombak.


Raja Badik : kamu yang di sana tu.

O. K 1 : patik tuanku!

Raja Badik : beta perlukan kerusi makan!

O. K 1 : baik lah tuan ku..


Orang itu menggayakan diri seperti kerusi. Raja Badik pun menyentuh orang itu dan orang itu menjadi batu!

Kelompok Badarien terkejut melihat kejadian itu....


Zafar : Badar...

Badar : yaaa.. aku tahu..

Ozen : kita tak boleh memandang rendah lawan kita..

Tama : bahaya ada dimana-mana..


Mereka terus berbaur seperti masyarakat batu di sana. Seolah-olah mereka bukan dari luar. Raja Badik berjalan melalui mereka..


Raja Badik : eh kamu siapa ? Beta tak pernah nampak kamu di sini?


Tanya Raja itu kepada Heigo yang kebetulan berada di depan kelompok Badarien itu.


Heigo : saya baru jadi rakyat kota ini..

Raja Badik : ada isi surat masyarakat tak?


Heigo berpeluh di tanya begitu. Dia menjeling ke arah yang lain agar di selamat kan.. tetapi mereka semua buat-buat tak tahu.


Raja Badik : ohh mesti tak ada kan.. kalau macam tu. Kamu kena hukum


Raja Badik menyentuh Heigo lalu dia menjadi batu. Ketika itu terpana Badar melihat batu Heigo...


Badar : hoi!! Berani kau batu kan pengikut aku!!

Badik : aduh siapa pula kau ni?

Badar : Aku orang yang akan jadi Raja baru!

Badik : kejap, kejap.. jangan-jangan kau lah Raja yang di ceritakan orang ramai.. yaa.. betul. Kalau tak silap nama nya Bun Dar .. kan?

Tama : tak guna!! Kau mempermainkan nama Raja kami!


Tama mengeluarkan lalu menyerang Badik namun Badik menggunakan Core nya untuk mengurung Tama dalam batu.


Zafar : Ahh apa ni?


Mereka semua juga berada dalam Batu penjara kecil yang di buat oleh Raja Badik...


Badar : kau tahu kan, Core Raja tak berkesan dengan aku?

Badik : ya tahu... Pengawal, gari mereka dengan Ancore .. kecuali Budak ni...


Tama : lepas kan aku!!

Ozen : berhenti Tama.. jangan menyukarkan keadaan..


Akhirnya, mereka semua di bawa ke dalam penjara istana kerajaan Darpa itu ...


Badik : ohh.. siapa nama kau?

Badar : Badar...

Badik : hahaha.  Jom kita ke istana..


Badar pun ke istana. Dia di ajak ke tempat makan istana. Sungguh meja yang panjang.


Badar : kenapa meja panjang sedangkan kau makan seorang?

Badik : menusuk sungguh kata-kata mu itu..

Badar : sepatutnya aku tusuk kau awal tadi...

Badik : eh Badar, tenang.. sebenarnya aku gurau je tadi. Saja usik kau..

Badar : usik ? Macamana dengan orang yang kau jadikan batu?

Badik : mereka semua tahu aku akan usik kau. Sebab tu mereka tak takut tadi.. kau tak perasaan ke?

Badar : heigo pula?

Badik : oh pengikut kau tu. Aku dah pulih kan dia balik...

Badar : .....

Badik : percaya lah...  Sebenarnya aku penggemar kau juga... Aku tanda tangan kau.. hehehe..

Badar : hahahahaha haish aku tertipu.. lakonan kau betul-betul jadi..

Badik : hahaha.. biasa lah.. aku suka bergurau..


Ternyata, Badik hanya bergurau dengan kelompok Badarien. Dia sebenarnya penggemar Badar sejak dari awal. Kerana ingin melihat wajah Badar, dia sengaja membuat usikan begitu.


Badik : bawa semua makanan!!

Badar : wahhh makanan mahal ni...

Badik : biasa lah. Ini semua chef terbaik dalam negeri ni...


Semua makanan terhidang..


Badar : rasa macam kurang lah.

Badik : ohh.. lupa.. panggil pengikut Badarien ke sini. Nanti kempunan pula aku.

Badar : hahaha.. cepat.. sejuk makanan ni nanti...


Beberapa minit kemudian, datanglah semua pengikut Badar dengan tangan yang masih di gari... 


Heigo : Badar!! Kau sedap makan ya.

Tama : percuma pula tu..

Crisa : Badar, tolong kami!

Badik : woo .. siapa cakap kamu akan di lepaskan ?

Ozen : hah?

Man : kenapa?


Badik mengenyit kan mata nya kepada Badar dan Badar terus faham apa yang akan di buat oleh Badik.


Badar : maafkan aku kawan-kawan.. kita kan tak ada duit. Aku terpaksa jual beberapa orang dari kamu semua.

Heigo : apa? Bodoh apa kau? Kau ingat aku ni hamba sahaya?

Crisa : betul tu. Apa ni Badar?

Tama : tak mungkin Badar! Jangan khianat kepada aku!!

Zafar : kenapa Badar?

Werza : aku kena juga ke?

Badar : ya. Lebih-lebih lagi kau.

Delima : hhhuuuuuuuaaaa tidak!!


Badik hanya tersengih..


Badar : baik lah Raja Badik.. kita mulakan..

Badik : ini penasihat kau ya?

Badar: ya.. 

Badik : hmm tak minat.. aku minat yang ni..

Tama : aku.. kenapa aku?!

Badik : berapa harga ni?

Crisa : jangan Badar!

Delima : tolong lah. Kenapa jadi macam ni?

Badar : ya.. ni tama.. dia suka benda percuma. Aku bagi kau percuma juga lah..

Badik : ya ke? Bagusnya..

Man : siap kau badar!

Tama : terasa diri amat terhina..


Badar dan Badik terus ketawa berdekah-dekah! Mereka berdua tak tahan melihat gelagat pengikut Badar...


Badar : hahaha aduh . Haaa.. sudah lah sandiwara ni ....

Badik : ya lah. Sakit perut aku. Belum makan dah sakit perut. Lepaskan gari mereka..


Gari mereka pun di lepaskan. Yang tinggal hanyalah wajah kebingungan pengikut Badar.


Man : errrr ...

Ozen : errrrrr apakah?

Tama : haaa?

Crisa : hmm?

Zafar : aik?

Heigo : emm.?

Delima : wuuaaahh..

Werza : .......? Apa ni?


Sekali lagi Badar dan Badik ketawa..


Badar : haaaduh. Kami bergurau. Saja usik kamu semua.. Raja Badik dia peminat kita lah..

Badik : hahaha. Dah dah. Silakan duduk... 

Badar : makan lah...


Mereka semua pun duduk dengan wajah yang kesal dengan Badar. Mereka menatap tajam wajah Badar...


Bersambung ......



Previous: Bab 77
Next: Bab 79

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy