Home Novel Keluarga AKU TURUT BAHAGIA ~ ASMAH HASHIM
PERJANJIAN ~ BAB 12


Pertemuan empat mata diadakan di sebuah restoran berhampiran Bandar Ipoh. Kebetulan Amir Hudzaifah ada kuliah di masjid berdekatan. Ummi Khadeeja mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Syifa’ Umaira yang sudah pun pulang ke Malaysia. Ingin benar dia melihat wajah bakal isteri suaminya dan bakal madunya. Aduh! Terasa pedih menyebutnya. Ummi Khadeeja melihat jam di tangan. Kenapa tak sampai-sampai lagi ni, hati kecilnya berkata. Matanya liar memerhati ke luar. Mencari-cari orang yang dinanti-nantikan.

Ummi Khadeeja mengeluh. Belum pun suaminya bernikah dia sudah merasa sepi. Entah bagaimana perasaannya nanti apabila suaminya sah bernikah dengan Syifa’ Umaira. Dia mengetap bibir. Kenapa dia harus menghadapi keadaan seperti ini. Terpaksa berkongsi suami dengan perempuan lain. Sukar untuk dia mempercayainya bahawa satu hari nanti dia akan dimadukan. Dadanya sebak. Dia menarik nafas panjang. Menahan dari air mata mengalir keluar.

“Maaf saya terlambat.” Syifa’ Umaira menghulurkan tangan bersalaman dengan Ummi Khadeejah. Hanya senyuman yang diberi. Syifa’ Umairah duduk mengadap Ummi Khadeeja dengan penuh tertib dan sopan. Ada getar di hati Syifa’ Umairah. Restoran Secret Recipe menjadi pilihan kerana pelanggannya tidak begitu ramai.

“Pesanlah minuman dulu.” Ummi Khadeeja memandang Syifa’ Umaira tidak berkelip bersama senyuman yang hambar. Syifa’ Umaira memakai jubah berwarna krim dan kain tudung warna senada. Tiada secalit alat solek di wajahnya. Kecantikkan asli. Kulitnya putih bersih seperti yang diberitahu oleh Hajah Halimah, emak Syifa’ Umaira. Hidung bak seludang. Pipi pauh dilayang. Bibir merah bak delima mekar. Ya, ALLAH, cantik ciptaanMU. Ummi Khadeeja menarik nafas panjang. Tiada kata-kata yang dapat diucapkan untuk mengambarkan perasaannya ketika itu. Berhadapan dengan seorang gadis yang manis dan cantik bakal menjadi madunya. Kalau ikut hati mahu sahaja diganyang gadis yang duduk di hadapannya itu. Ummi Khadeeja tersenyum dalam hati.

“Akak dah lama sampai?” tanya Syifa’ Umaira lembut nadanya, merdua suaranya. Boleh gila bayang mana-mana lelaki yang melihat wajah Syifa’ Umaira.

“Taklah lama sangat,” jawab Ummi Khadeeja. Syifa’ Umaira melemparkan senyuman manis. Dalam hati ada getar. Getar bertemu bakal madu sendiri. Takut untuk ditemuduga oleh isteri bakal calon suami. Pelik rasanya, Syifa’ Umaira mengelus perlahan.

“Awak dah jadi tunang suami saya, macam tak percaya pula ya? Saya tidak pernah menduga akan meminang sendiri bakal isteri, suami saya. Cantik pula orangnya.” Ummi Khadeeja mengangkat kening dan tersenyum sinis. Syifa’ Umaira tidak terkata apa-apa. Baru sekali bersua muka dan bertentang mata. Berdebarnya hatiku tidak terkata, kata hati Syifa’ Umaira sendiri.

Ummi Khadeeja menyedut minuman yang terhidang. Dia sendiri merasa kaku untuk bercakap dengan Syifa’ Umaira. Tercari-cari ayat yang sesuai. Bukan mahu marah atau pun hendak menyoal seperti polis menyoal penjenayah. Tetapi ingin bertanya dari hati ke hati apakah benar-benar gadis di hadapannya ini ikhlas untuk mengahwini suaminya dan sekaligus menjadi madunya, emak tiri kepada anak-anaknya nanti.

“Kita terus kepada pokok perbincangan. Pinangan sudah pun dibuat dan diterima oleh keluarga Syifa’ Umaira dengan baik. Namun akak nak juga bertanya dari hati Syifa’ Umaira, apakah hatimu benar-benar ikhlas untuk menjadi isteri kedua?” Ummi Khadeeja merenung gadis di hadapannya. Semoga ada keikhlasan di wajah itu.

“Panggil saja saya ‘Mai’, keluarga dan rakan-rakan panggil saya Mai. Kalau ada ragu di hati akak, saya tak mampu nak berbuat apa-apa, kalau saya tak rela, tak mungkin saya setuju kak.”

“Akak bukan apa Syifa’…er! Mai, akak tidak mahu ada keterpaksaan dalam hubungan kita bertiga. Kakak mahu perkahwinan kedua abang Amir kekal selama-lamanya selagi hayat di kandung badan dan kalau boleh biarlah sehingga ke syurga,” harapan Ummi Khadeeja. Syifa’ Umaira mengangguk tanda faham, itu jugalah harapannya. Harapan sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga.

“Insya-ALLAH kak, saya benar-benar ikhlas. Kalau tak saya tak berhenti belajar,” ada nada sindiran di situ. Ummi Khadeeja mengerutkan dahi.

“Terasa terpaksa ke berhenti belajar?” Tanya Ummi Khadeeja meminta kepastian. Syifa’ Umaira tersenyum. Kalau tidak kerana aku suka dengan suami kau, jangan harap aku ikut, detik hati kecil Syifa’ Umaira.

“Eh! Taklah, rela kak!” kata Syifa’ Umairah cuba meyakinkan. Ummi Khadeeja tersenyum sinis. Syifa’ Umaira menyengih.

“Syarat kedua dan terakhir, Mai wajib duduk di maahad bersama kami. Tidak boleh berpindah atau duduk asing. Sebab Abang Amir mengahwini Mai kerana nak bantu akak menguruskan maahad. Kalau duduk asing tak ada makna perkahwinan ini. Kami akan sedia rumah untuk Mai, tidak jauh dari rumah akak. Insya-ALLAH selesa.” Ummi Khadeeja menarik nafas dan berfikir seketika.

“Dua syarat je kak? Ingatkan banyak sangat. Syarat pertama dah saya tunaikan. Syarat kedua Insya-ALLAH kak,” janji Syifa’ Umaira. Ummi Khadeeja tersenyum sumbing. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Ustazah Bariah ada beritahu akak, Mai yang tawarkan diri untuk berkahwin dengan Abang Amir, benar ke? Kenapa ya ?” Mata Ummi Khadeeja terpacak di wajah Syifa’ Umaira yang masih lagi tersenyum. Sungguh manis senyumannya. Lelaki manalah yang tidak tergoda.

“Malu saya. Maafkan saya kerana jatuh hati pada suami akak dalam diam. Hati dah suka kak, nak buat macam mana?” Syifa’ Umaira tersipu malu. Beraninya dia berterus-terang, buatnya Ummi Khadeeja ganyang dia di sini tak pasal-pasal jadi berita muka depan akhbar Sinar Harian, detik hati kecil Syifa’ Umaira.

“Maknanya ni, cinta pandang pertamalah? Mudah ya jatuh cinta? Suami orang pula tu?” Sindir Ummi Khadeeja. Syifa’ Umaira tidak terkata apa-apa. Salah ke dia jatuh cinta? Dahi Syifa’ Umaira berkerut.

“Jatuh cinta tak salah Mai. Jatuh cinta pada suami orang itu yang salah. Untung saya sanggup bermadu dan memang kebetulan suami saya ingin berkahwin lagi. Kalau tidak bukankah sia-sia cinta awak tu?”

“Maafkan saya.” Syifa’ Umaira tertunduk. Benar kata Ummi Khadeeja, tidak sepatutnya dia melayan perasaannya dan menyintai suami orang. Sepatutnya dia tidak membiarkan perasaan itu tumbuh meliar dalam hatinya. Apa hendak katakan lagi, segalanya sudah terjadi.

“Eh! Jangan terasa pula. Saya cuma beritahu perkara yang benarkan. Oh ya! Ini ada surat perjanjian. Maaflah, saya tak pakai janji mulut. Sebelum terkena, lebih baik berhati-hati.” Ummi Khadeeja menyerahkan dua keping surat kepada Syifa’ Umaira. Terkebil-kebil gadis itu mengambilnya. Surat perjanjian? Matilah aku, kata hati kecilnyai. Syifa’ Umaira tercari-cari pen dalam beg tangannya. Ummi Khadeeja menghulurkan pen kepada tunang suaminya itu.

“Saya bawa cukup lengkap. Bila ada surat, kenalah ada pen,” kata Ummi Khadeeja lembut.

“Kenapa ada hitam-putih pula kak? Macam tak percaya pada saya je?” Soal Syifa’ Umaira. Ummi Khadeeja tersenyum sinis.

“Orang yang saya cintai pun boleh mungkir janji, inikan pula awak yang baru saya kenal sehari dua. Maaflah jika akak berlebihan dalam soal ini. Kakak harus juga jaga hak sebagai isteri pertama. Bukan senang jadi isteri tua dan tidak mudah menjadi isteri muda,” alunan suara Ummi Khadeeja gemersik di telinga Syifa’ Umaira, biar pun lembut namun pedih mendengarnya.

“Tandatangan di bawah ini, ya kak?” tanya Syifa’ Umaira.

“Eh! Bacalah dulu. Nanti kata saya paksa pula awak tandatangan surat tersebut. Abang Amir dah tandatangan. Sekarang giliran awak. Saya juga sudah tandatangan. Cuba awak tengok tu di bawah sekali.” Ummi Khadeeja menunjukkan tandatangan dia dan suaminya. Syifa’ Umaira terkedu. Dia membaca isi perjanjian surat tersebut. Tidak boleh sambung belajar. Wajib duduk di maahad. Giliran ditentukan oleh suami. Syifa’ Umaira memandang wajah Ummi Khadeeja yang masih bersahaja merenungnya. Sesekali senyuman terukir di bibir isteri bakal suaminya itu. Dengan berat hati Syifa’ Umaira menandatangani surat tersebut. Apa yang “Jatuh cinta tak salah Mai. Jatuh cinta pada suami orang itu yang salah. Untung saya sanggup bermadu dan memang kebetulan suami saya ingin berkahwin lagi. Kalau tidak bukankah sia-sia cinta awak tu?”

“Maafkan saya.” Syifa’ Umaira tertunduk. Benar kata Ummi Khadeeja, tidak sepatutnya dia melayan perasaannya dan menyintai suami orang. Sepatutnya dia tidak membiarkan perasaan itu tumbuh meliar dalam hatinya. Apa hendak katakan lagi, segalanya sudah terjadi.

“Eh! Jangan terasa pula. Saya cuma beritahu perkara yang benarkan. Oh ya! Ini ada surat perjanjian. Maaflah, saya tak pakai janji mulut. Sebelum terkena, lebih baik berhati-hati.” Ummi Khadeeja menyerahkan dua keping surat kepada Syifa’ Umaira. Terkebil-kebil gadis itu mengambilnya. Surat perjanjian? Matilah aku, kata hati kecilnyai. Syifa’ Umaira tercari-cari pen dalam beg tangannya. Ummi Khadeeja menghulurkan pen kepada tunang suaminya itu.

“Saya bawa cukup lengkap. Bila ada surat, kenalah ada pen,” kata Ummi Khadeeja lembut.

“Kenapa ada hitam-putih pula kak? Macam tak percaya pada saya je?” Soal Syifa’ Umaira. Ummi Khadeeja tersenyum sinis.

“Orang yang saya cintai pun boleh mungkir janji, inikan pula awak yang baru saya kenal sehari dua. Maaflah jika akak berlebihan dalam soal ini. Kakak harus juga jaga hak sebagai isteri pertama. Bukan senang jadi isteri tua dan tidak mudah menjadi isteri muda,” alunan suara Ummi Khadeeja gemersik di telinga Syifa’ Umaira, biar pun lembut namun pedih mendengarnya.

“Tandatangan di bawah ini, ya kak?” tanya Syifa’ Umaira.

“Eh! Bacalah dulu. Nanti kata saya paksa pula awak tandatangan surat tersebut. Abang Amir dah tandatangan. Sekarang giliran awak. Saya juga sudah tandatangan. Cuba awak tengok tu di bawah sekali.” Ummi Khadeeja menunjukkan tandatangan dia dan suaminya. Syifa’ Umaira terkedu. Dia membaca isi perjanjian surat tersebut. Tidak boleh sambung belajar. Wajib duduk di maahad. Giliran ditentukan oleh suami. Syifa’ Umaira memandang wajah Ummi Khadeeja yang masih bersahaja merenungnya. Sesekali senyuman terukir di bibir isteri bakal suaminya itu. Dengan berat hati Syifa’ Umaira menandatangani surat tersebut. Apa yang penting dia dan Ustaz Amir Hudzaifa berkahwin. Alahai! Pujaan hati, bersyarat pun bersyaratlah… .

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.