Home Novel Cinta IMAMKU ENCIK PILOT
IMAMKU ENCIK PILOT
Pena Putera
4/7/2017 20:14:49
179,894
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

MAK CIK FARA dan anak tunggalnya, Adriana Ainatul datang mengunjungi rumah mek pagi hari lagi. Mak Cik Fara ini kakak ibu. Adriana Ainatul ini pula sepupu aku. Hah… Kalau nak tahu, Adriana Ainatul atau selalu orang sebut Yana memang digelar paling cantik dalam ramai-ramai cucu-cucu perempuan mek.


Cantik pada rupa, tidak pada hati juga. Oleh kerana kebongkakan mereka yang terlampau melebih takat didih sehingga mendidihkan perasaan orang lain, maka ramai yang tidak menyukai mereka. Mak Cik Fara ini jenis kaki mengumpat, kaki mencaci dan segala kaki-kaki yang tak baik.


Yana pula amat cerewet bila berkaitan dengan kecantikan. Namun suka menunjuk-nunjuk. Sebab itu bila dalam group Whatsapp anak-beranak, ada dua group. Satu group yang ada Yana dan mamanya, lagi satu tiada kedua-duanya. Yang ada Yana di dalamnya, selalu sangat tengok Yana hantar gambar dia pergi beli-belah atau makan di tempat mewah.


Sebab itu dalam group yang tiada mereka, semua anak-beranak pakat mengutuk. Haha… Kira group buat dosa kering la. Dulu masa aku jahilliah, sempat juga terlibat. Bila dah insaf dan kembali ke pangkal jalan, aku tengok sajalah. Tak menyampuk lagi kalau sembang pasal Yana dan mamanya itu.


Oloh, mari tak beritahu pun. Bakpo tiba-tiba mari ni?” Jelas sekali Mak Mah terkedu melihat kehadiran Mak Cik Fara dan Yana di depan pintu rumah. Mak Cik Yana nampak anggun dengan baju lip-lapnya. Yana pula kelihatan seksi walaupun bertudung. Kenapa seksi? Sebab pakaiannya nampak seksa amat.


“Kita mari ni, nak tengok adik kita balik. Dok salah pun sebagai kakak nak jenguk adik sendiri.” Mak Cik Fara menjawab kemudian kepala tertoleh ke dalam rumah, seperti mencari sesuatu.


“Tok lakimu mana, Qasha?”


Nampak sangat alasan datang nak jenguk ibu hanya sekadar alasan. Tujuan yang sebenar, nak jumpa suami aku. Mesti ada sesuatu yang Mak Cik Fara tengah rancang ini. Selalunya, begitulah. Tak akan datang kalau tak bawa taufan bersama.


“Ada duk dalam. Bakpo Mak Cik Fara cari tok laki saya pula?” jawabku acuh tidak acuh.


“Nak jumpakan dia dengan Yana ni. Biar dia berkenalan dengan Yana.”

Yana di sisi, kelihatan tersengih malu bila disebut begitu. Aneh… Macam Mak Cik Fara nak bawa Yana jumpa dengan suami aku seperti bawa masuk meminang. Bezaya, Yana nampak terhegeh-hegeh.


Alaaa… Bukan tak ada siapa tahu. Yana itu anak dara tak laku. Cantik, tapi tergedik. Gediknya pula mengalahkan si gedik itu sendiri. Lelaki… Kalau buat ini sebagai stok simpanan, bolehlah. Kalau isteri, jangan harap!


“Penting sangat ke sampai nak bawa jumpa?” tanyaku selamba.


“Pentinglah! Biar tok laki mu tahu, ada lagi hok lawa dari mu itu!”


Wah, kutuk aku nampak! Nak cakap, aku tak cukup cantiklah? Buruk sangat aku ini?


“Biar dok lawa, asalkan hati itu lawa. Itu hok pentingnya, Fara.” Mak Mah back up aku. Terima kasih, Mak Mah. Kalau ikutkan hati Qasha yang panas ini, mahu diganyang mereka berdua dengan cili belakang rumah.


“Apa bising-bising, itu?”


Dan-dan Daniel datang mencelah. Dia berdiri di sebelahku. Lagilah terkinja-kinja si Yana bila melihat wajah kacak Daniel ini. Ah, kacak tak kacak, si Yana ini pandang poket aje. Mesti pekerjaan Daniel sudah diketahuinya. Pasal itu terhegeh-hegeh mahu jumpa.


Aku harus berhati-hati, sebab Yana ini bukan boleh pakai. Dulu, pernah skandal dengan bekas suami orang. Mujur tak kahwin sebab si lelaki itu pun tak ingin buat jadi isteri. Tengok… Lelaki yang dah isteri pun tak ingin. Buat stok bolehlah.


“Hai, abang.” Yana lambai tangan.


“Siapa ini, sayang?” Daniel tanya.


“Ini Mak Cik Fara, ibu saudara saya. Ini Yana, sepupu saya.”


“Sepupu hok paling lawa sekali.” Mak Cik Fara menyampuk, angkat bakul anaknya. Wah… Wah… Seronok dua beranak ini buat show hari ini.


“Mana adalah, mama. Biasa jah.” Yana mula tersipu-sipu malu. Hesy… Memang meluat betul aku tengok mereka berdua ini.


“Eh, tak jemput naik rumah, ke? Mu ini, Salmah… Aku mari buat dok tahu pula. Jemputlah aku naik. Tak akan aku nak berdiri luar rumah. Gi hidangkan aku air teh ke, gapo-gapo makanan pun.” Mak Cik Fara tunjuk wajah sebal depan Mak Mah.


“Mari tak jemput itu gak, lagu mana kita nak biasanya?” Mak Mah terus berlalu pergi dan menuju ke dapur. Tanpa malu-malu lagi, Mak CIk Fara dan Yana naik ke rumah. Sempat aku jeling Yana yang berlagak ayu depan suami aku.


Dasar tak tahu malu!




MEK di dalam bilik sedang lena tidur selepas melayan Mak Cik Fara dan Yana. Aku selimutkan dia sebelum keluar. Mataku ini terpaku dengan sekujur tubuh tua yang banyak memberikan aku kenangan sepanjang proses pembesaranku. Mek selalu bermanja dengan cucu-cucunya.


Sebak di jiwa, mula terasa. Perlahan-lahan aku menapak keluar dari bilik, tidak mahu tidur mek terganggu dengan bunyi tapak kakiku. Ketika aku keluar dari bilik, tiba-tiba aku ditarik seseorang.


“Sha! Macam mana dua manusia itu boleh ada di sini?” Kak Anita memandang aku tajam. Gerun aku yang memandangnya. Aku angkat kedua-dua bahu. Tanda tidak tahu.


“Akak rasalah, mereka berdua ini ada agenda tak baik datang sini.”


“Tak baiklah sangka buruk dekat orang. Berdosa, tahu tak?”


“Kalau melibatkan Mak Cik Fara dengan anak dia, pernah ke kita boleh bersangka baik?”


Betul juga.


“Habis itu, kamu nak buat apa sekarang ini?”


Aku pandang muka Kak Anita dengan blur. Blur dengan soalannya. Apa yang aku perlu buat sekarang? Kenapa aku perlu buat sesuatu pula sekarang ini?


“Hesy, kamu ini… Mereka berdua datang itu, mesti nak jumpa Daniel!”


“Ooo… Wait… Damn!” Hampir sahaja aku terlupa. Cepat-cepat aku menghampiri mereka. Aku duduk di sebelah Daniel, berhadapan dengan Mak Cik Fara dan Yana. Ibu dan Mak Mah ada sekali. Yang lain, lesap ke mana entah. Tak berminat ada sekali.


“Daniel ini, kerja sebagai pilot, kan? Maknanya, gaji besarlah.” Mak Cik Fara bermanis mulut. Daniel mengangguk. Yana di depan, semakin ayu lakonannya. Aku pula, sengaja memaut kemas lengan Daniel. Ibu pula, sudah tersengih.


Aduh, drama betul pagi ini!


“Lagu mana mu berdua ini boleh nikah. Dengar-dengar, Qasha kena nikah dengan orang lain sebab tunang dia lari. Mu tak kesah ke nikah dengan dia ini? Yalah, nikah bukan benda main-main. Kalau tak bahagia, jangan paksa-paksa.”


Aku naik berang. Nampak seperti kami ada masalah? Padahal, mereka tak tahu yang Daniel telah luahkan perasaan cintanya kepadaku. Aku pun tak sangka, secepat ini cinta kami berputik. Sekarang baru aku percaya, mencintai seseorang itu hanya perlukan sesaat sahaja.


Hakikatnya, kami mula bahagia dari hari ke hari.


“Kalau dah jodoh, pasti akan bahagia.” Ringkas saja jawapan Daniel beri.


“Betul la tu. Cuma, kalau tak bahagia, boleh aje cari lain. Daniel pun laki, nak cari hok lain pun, tak apa. Kosong lagi tiga. Mampu pula itu.”


Melebih, nampak?


“Susah-susah sangat, ambik anak mak cik. Yana ini pun, boleh tahan lawa juga.”


“Mu ini Fara, tak malu ke timba cari perigi? Nampak macam anakmu itu tak laku sangat sampai nak kenalkan dengan tok laki orang lain,” bidas ibu dalam nada seloroh. Aku tahu, ibu sebenarnya tengah perli.


Terus berubah raut wajah Mak Cik Fara dan Yana. Bengang aje kedua-duanya.


“Yana ini… Tak ada siapa-siapa punya ke? Atau, tak ada orang nak?” Daniel menyoal. Lantas aku menyiku perlahan pinggang Daniel. Agak-agaklah nak tanya soalan macam itu. Sekali berapi mereka berdua, tak pasal bomba kena tolong padamkan.


“Aku nak kelik dululah. Baru teringat aku ada kerja lain.” Mak Cik Fara mula bangun, diikuti dengan Yana.


“Awalnya nak kelik. Marilah minum teh dulu ini. Teh tak sempat nak sejuk, nak kelik dah,” ujarku ketika bersalam dengan Mak Cik Fara. Waktu nak bersalam dengan Yana, langusng Yana tidak memandang muka aku. Tak apa, wa faham lu.


Setelah mereka pulang, aku capai kunci motorsikal dan terus tarik Daniel ke motorsikal.


“Nak pergi mana itu?” tanya ibu memandang kami berdua. Aku tersengih.


“Pergi dating!”


Ibu hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat kami.


“Siapa nak bawa motorsikal ini?” Daniel nampak keliru.


“Eh, dah tentulah abang! Tak akan saya pula?”


“Saya tak pandai bawa motorsikal.” Kedua-dua tangan diangkatnya.


Aku tepuk dahi. Apa cerita encik pilot tak boleh bawa motorsikal?


“Awak bawakan, ya?” Daniel pandang aku dengan mata yang berkelip-kelip. Sumpah, nampak comel!


Grrr… Fine!” Aku sarungkan topi kaledar di kepala sebelum serahkan lagi satu kepada Daniel. Daniel selamba saja dengan muka comelnya. Nasib baiklah tak spoil mood aku pagi-pagi ini.



KESERONOKAN bersiar-siar dengan Daniel tidak dapat kunafikan. Sungguh mengujakan perasaannya. Suasana kampung di sekeliling kami, terasa berbeza daripada sebelumnya. Walhal, rumah Tok Imam Hanifah itu tetap bercatkan warna hijau seperti tahun-tahun sebelumnya.


“Awak tahu tak?” Tiba-tiba dia tanya.


“Tahu apa?”


“Kenapa orang kata, jodoh itu tak terduga?”


“Sebab… Ermmm… Entahlah!”


“Sebab kadang-kadang, apabila kita mencintai seseorang, kita menganggap dia adalah jodoh kita. Tapi, tak salah untuk fikir begitu. Cuma, kadang-kadang... Fikiran kita itu akan jadi salah sekiranya Allah nak temukan kita dengan orang yang jauh lebih baik.”


“Ya ke?”


Like us.


“Awak nak puji awak jauh lebih baiklah?”


Daniel ketawa terkekek-kekek. Seperti suka benar bila aku kata begitu. Hakikatnya, memang dia jauh lebih baik daripada lelaki yang bernama… Errr… Hafaz? Dafiz? Lupalah.


Nope. But, I can be a better person than past. Believe me. Only one I want from you.


What it is?


Always be in my side. Can you do it?


“Tak tahu. Macam susah aje. Rasa tak yakin.”


“Kenapa pula tak yakin?”


“Takut ada yang jauh lebih baik datang daripada abang.” Aku ketawakan dia. Saja. Terasa bahuku ditampar perlahan dari belakang.


“Abang sendiri kata, jodoh itu tak terduga. Kalau abang bukan jodoh saya, nak diapakan lagi?” Mula aku rasa sebak. Sebenarnya, aku lebih bahagia dengan kehidupan sekarang. Dengan Daniel di sisi.


“Abang tak boleh nak buat apa. Cuma terus berharap, kalau Qasha adalah jodoh abang, biarlah perkahwinan kita akan berbahagia sehingga ke jannah.”


Itu juga harapan dan doaku.


Hey, do you wanna hear some secret?”


“Rahsia apa?”


“Saya ada lesen motor.”


Skrettt… Aku toleh belakang. Pandang dia tersengih lebar. Baru sahaja nak marah dia… terus tak jadi bila mulutku diletakkan jari telunjuknya.


Bring me to your heart door, my beloved wife.”


Di tengah-tengah jalan yang sunyi, namun mendamaikan… Suatu momen manis antara kami mula tercipta dengan indahnya.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.