Home Novel Cinta IMAMKU ENCIK PILOT
IMAMKU ENCIK PILOT
Pena Putera
4/7/2017 20:14:49
179,888
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

DANIEL kembali sibuk dengan kerjayanya sebagai pilot. Dan apa yang bakal aku lakukan untuk mengisi masa tanpa si suami di sisi? Kebiasaannya, kelas memasak ibu akan aku turut serta. Memandangkan hari ini tiada kelas memasan bersama Puan Nuriza, jadi aku buat kerja lain. Kerja part-time.


“Kalau kau labuhkan sikit tudung ini… Barulah nampak gorgeous! Muslimah sangat! Barulah orang nak beli koleksi pakaian aku. Makin mencanak naiklah nama butik aku kelak.”


Dania memandang aku tanpa berkedip matanya. Seolah cantik benar aku ini. Aku menilik tubuh di sebalik cermin besar yang terlekap di dinding. Diperagakan baju itu dengan gaya model. Memang cantik!


“Tak sia-sia aku ada kau. Sebagai model part-time aku!”


Haha. Ya… Inilah kerja sambilan aku. Sebagai model part-time. Walaupun secara rasminya aku sudah berhenti kerja dengan Dania, namun khidmat aku masih diperlukan biar hanya sebagai model. Permintaan Dania juga.


“Cemburu aku dengan kau. Cantik betul, memang nampak macam model yang ada class!” Azyah memuji. Aku tersengih lebar bila kawan baik aku sorang ini memuji. Tahu sangat pujian dia ikhlas.


“Buat betul-betul, tau? Tetamu yang datang hari ini, semuanya ada nama.” Sempat Dania memberi amaran terakhir.


“Kalau macam itu, kenapa ambil aku? Kenapa tak ambil model lain aje?”


“Sebab kau model terbaik aku. Jadi, kau kena buat yang terbaik.”


Rasa seperti berat tugasan yang diberikan. Bagaimana kalau tiba-tiba aku jatuh tersungkur di atas pentas? Mahu malu besar. Lagi satu, memang pentingkah seorang model perlu memakai kasuit tumit tinggi ini?


Sakit kaki aku dibuatnya. Nak berjalan pun tak biasa. Tak boleh jalan pakai kasut biasa, ke? Menyusahkan aku betul.


“Dania, tadi kau cakap ada orang yang ternama datang. Abang pelakon ada tak?” tanya Azyah kepada Dania. Lantas Dania mengangguk. Azyah mula teruja. Terbayang apalah di kepalanya itu.


Bila model-model dipanggil untuk bersiap-siaga, aku mula melangkah pergi. Tenang, Qasha… Tak ada apa yang perlu digementarkan. Setakat jatuh tersungkur, bukan benda baru bagi seorang model. Kalau jatuh, boleh bangun.


Orang yang jatuh dalam kehidupan pun boleh bangkit, setakat aku yang jatuh atas lantai pentas itu, apalah sangat? Malu sehari dua aje. Kemudian, buat selamba.




GEMPAK! Rasa macam hebat pula bila tengok orang ramai tayang muka bosan tengok pertunjukkan fesyen tadi. Haha.


“Apa mereka tengah ada masalah di rumah, ke?” tanyaku tanpa teragak-agak. Dania dan Azyah tersengih.


“Rata-rata yang datang, sekadar memenuhi syarat sahaja. Sama ada datang sebab memang nak tengok, atau sebab lain.” Dania kemudian berlalu pergi ke arah staf-staf yang sibuk bekerja.


“Weh, sempat tak tengok mana-mana abang hot tadi?” Aku perli Azyah.


“Tak ramai abang hot datang. Abang Dato aje yang ada. Yang kerepot banyaklah!” Azyah tayang muka hampa. Kelakar aku yang menengoknya.


“Gatal betul. Dah kahwin pun!”


“Biarlah. Buat stok cuci mata.”


“Tetap tak baik. Kau itu isteri orang.”

“Suka hatilah. Kenapa kau pula yang sibuk?”


Minah ini, kan… Kalau tak suami kau cepuk, memang aku yang cepuk dulu.”


Azyah buat muka meluat dan jelirkan lidahnya. Sabarlah, Qasha. Nasib kau ada kawan tak betul macam ini. Kemudian, Azyah berlalu pergi dan lesap ke mana entah, dia pun malas ambil tahu lagi.


“Cik Qasha Irdina?”


Aku memandang empunya suara. Alangkah terkejutnya aku apabila Marwan berdiri di hadapanku kini. Apa yang lelaki itu sedang buat di sini dan bagaimana dia boleh masuk ke sini? Apa yang nak dihairankan… Dia gunalah kuasa VVIP yang ada.


“Marwan? Awak buat apa di sini?” Aku menyoal, sekadar berbasa-basi namun masih terkejut dengan kehadirannya.


“Saya nak jumpa dengan awak.”


“Kenapa?”


“Ini untuk awak.”


Dia hulurkan aku sejambak bunga. Aku sambut dengan teragak-agak. Masih tidak memahami tujuannya.


“Awak nampak cantik malam ini. Gorgeous.”


“Terima kasih,” ucapku. Aku meletakkan jambangan bunga itu di atas meja. Dan, di situlah akan terletak jambangan bunga itu kerana aku tak akan bawa pulang pun ke rumah.


“Sebenarnya, saya ada sesuatu nak cakap dengan awak.”


“Apa itu?”


“Kalau esok awak lapang, saya ingat nak ajak awak dinner sama-sama. Macam mana? Agak-agak boleh tak?” Marwan mengajak, lalu aku lantas menggeleng. Tidak mahu mengikut.


“Saya ada plan esok. Maaf.”


Come on… Tak akanlah tak boleh. Saya nak spend time dengan awak. Kita cuba kenal antara satu sama lain. Saya nak kita jadi kawan.”


“Saya bukan nak menolak, tapi rasanya tak manis isteri orang keluar dengan lelaki lain. Saya kena jaga nama baik saya dan suami,” jawabku berterus terang dengan berharap, dia akan faham.


Jelas sekali wajah Marwan kelihatan kecewa amat.


“Jadi, awak dah kahwin?”


Yes. I’m married.” Aku tunjukkan cincin pernikahan yang tersarung di jari manisku kepadanya.


“Saya tak tahu pula. Tak apalah, kalau awak rasa keberatan untuk lakukannya, saya tak kesah. Rasanya masih belum terlambat untuk cakap tahniah, kan? Tahniah untuk perkahwinan awak.” Marwan senyum hambar.


“Terima kasih.”


“Tapi, kita masih boleh jadi kawan, betul tak?”


Aku cuma mengangguk dengan hati yang berat. Apa lagi jawapan yang paling selamat dalam situasi sebegini.


“Lega saya bila awak sudi mahu menjadi kawan saya. Saya betul-betul menghargainya.”


Apalah yang ada pada diriku sehingga membuatkan Marwan itu ingin berkawan dengan aku? Marwan bukannya calang-calang orang. Dia itu top star, kut.




MALAM ini sangat sejuk. Bulan mengambang penuh. Suasana sekeliling terasa seram sahaja. Bila dalam keadaan begini, mulalah terbayang benda bukan-bukan. Cepatlah langkah ini sampai ke kereta.


Sewaktu aku mencari-cari kunci kereta di dalam beg, tiba-tiba bunyi bising bergema di dalam ruang parking bawah tanah ini. Aku meliaukan anak mata dan melihat sebuah motorsikal menuju ke arahku.


Lalu, penunggang motorsikal itu turun dan menghampiriku. Aku yang terkedu, tidak memahami apa yang sedang berlaku tidak dapat berbuat apa-apa apabila dia menolak tubuhku ke kereta dan mencekik aku.


“Le… lepas!” Aku cuba menepis, namun tenagaku tidak setanding lelaki itu.


“Lepaslah!”


Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Tanganku cuba menolak tubuhnya. Tidak juga berjaya.


Tiba-tiba, ada watak lain muncul. Aku hanya terpegun memerhati bila lelaki yang cuba mengasariku tadi ditolak sehingga jatuh. Aku menjadi semakin keliru. Semuanya semakin aneh.


Drama sebabak apakah yang cuba dimainkan.


“Pergi. Jangan ganggu dia!” tegas lelaki bertopeng itu. Suaranya mengerunkan. Sehingga membuatkan lelaki yang bertopi kaledar itu lintang-pungkang lari menunggan motorsikalnya.


Lelaki misteri yang bertopeng itu mendapatkan beg aku yang terjatuh di atas lantai dan menghulurkan kepada aku. Aku hanya kaku, tidak menyambutnya.


“Ambil,” arahnya lembut.


Aku terketar-ketar mengambilnya.


“Te… terima kasih.” Gagap aku dibuatnya ketika ini.


Dia terus berlalu pergi, seperti tidak menghiraukan ucapan terima kasihku.


“Awak siapa?” Aku ingin tahu, wajah siapa di sebalik topeng itu.


I’m your precious hero.”


Dia menghilangkan diri di sebalik kereta. Aku tidak dapat melihat wajahnya di dalam kereta kerana tingkap tinted.


Dan aku masih berdiri di sini, berteka-teki tentang dia.


Telefonku berdering sesaat. Aku lekas membukanya.


I hate you! But, I love you. Just be glad today you have a someone save you. But, sweetheart… Remember this. I will make sure you be mine, soon. Be ready.


Daripada nombor misteri itu lagi!


Kepalaku terasa berputar-putar lagi. Pening. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?





TERMENUNG. Tiada apa-apa yang aku lakukan ketika ini selain termenung. Bila aku stres, aku mahu lapangkan minda aku. Jadi, aku akan termenung dan tidak buat apa-apa.


“Qasha, mari turun makan. Berapa lama kamu nak berkurung di dalam itu?”


Suara ibu menerjah ke telinga, namun aku cuba tidak mengendahkannya.


Tenangkan fikiran, Qasha. Jangan fikirkan apa-apa. Dunia ini aman. Tiada perkara buruk yang akan berlaku. Keadilan akan terbela. Matahari akan menerangi siang, bulan pula menerangi malam.


Skrettt… Bunyi pintu terbuka.


“Kenapa tak turun makan?”


Aku memandang Kak Anita yang berdiri di muka pintu. Kenapalah aku ada kakak seperti Kak Anita ini? Baru nak bermunasabah diri.


Hesy…”


“Kenapa mengeluh ini?”


“Entahlah!” Aku menjerit lalu menutup kedua-dua telingaku dengan tangan. Peristiwa itu kembali bermain di layar fikiranku semula. Membuatkan jantungku berdegup kencang lagi.


“Qasha, kamu ada masalah?”


Aku menggeleng perlahan. Tidak mahu Kak Anita tahu-menahu akan hal ini.


“Tipu. Kamu ada masalah, betul?”


Aku menhela nafas. “Mana adalah. Kak Anita keluarlah dari bilik ini. Biarlah Qasha sendirian dalam bilik ini.” Aku menolak tubuh Kak Anita keluar dari bilik. Kemudian, pintu ditutup rapat dan dikunci.


“Qasha, kamu betul-betul okey, ke ni?”


Bunyi ketukan di pintu dari luar tidak dipedulikan. Beban yang ditanggung ketika ini, terasa amat berat. Kepala terasa mahu meletup saja. Aku memeluk lutut.


Seakan ada sesuatu yang membuatkan aku terasa takut sebegini.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.