Home Novel Cinta IMAMKU ENCIK PILOT
IMAMKU ENCIK PILOT
Pena Putera
4/7/2017 20:14:49
179,902
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

AKHIRNYA, Daniel akan terbang ke awan biru. Aku benar-benar tidak sangka secepat ini masa akan berlalu. Inilah kali pertama aku melihat dia di dalam uniformnya. Segak. Hensem. Tengoklah suami siapa? Suami aku juga.

 

“Nanti jangan lupa bawa ole-ole banyak dari sana. Jangan syok jalan-jalan pula. Selepas itu, jumpa awek cun mula dah lupakan saya.” Aku beri amaran awal-awak. Aku tak sanggup kehilangan Daniel.

 

Dia hanya tersenyum. Tidak membalas apa-apa pun. Aku tuangkan air kepadanya sebelum dia pergi kerja. Flightnya malam ini. Jadi, kena siap-sedia awal-awallah. Malam ini juga, aku akan pulang ke rumah ibu dan ayah.

 

Takut kut nak tidur sorang-sorang. Dah besar panjang pun masih takut lagi.

 

Tiba-tiba, tangan Daniel menghulurkan sesuatu kepadaku. Ada sejumlah duit di gengamanku kini. Aku keliru. Duit apa ini?

 

“Ini duit belanja awak semasa saya tak ada. Mana tahu, awak nak shopping nanti. Saya tak ada.” Dia menjawab tanpa aku sempat tanya. Awww… Terharunya! Eh, memang menjadi kewajipan dia pun untuk hulurkan duit belanja.

 

Ini kira nafkah zahir kut.

 

Thanks.” Aku berterima kasih. Kemudian, kami mula menuju ke rumah ibu dan ayah. Sampai di sana, ibu sudah sedia menunggu di halaman rumah. Sedang bagi ikan-ikan makan. Hobi ibu petang-petang. Kalau aku, memang taklah… Baik layan drama Korea.

 

“Sampai dah kamu ke sini. Nak pergi dah, Daniel?” tanya ibu ramah. Manis saja mukanya depan menantu. Depan aku, pahit, masam dan masin aku pernah nampak.

 

Daniel angguk. “Ini pun nak hantar Qasha ke sini. Tak naklah dia tinggal seorang diri. Sekurang-kurangnya, ada orang jaga kalau dia di sini.”

 

Selepas berbual berapa seketika, Daniel meminta diri. Aku melambainya untuk kali terakhir sebelum keretanya meluncur pergi. Hati-hati di sana nanti. Sempat aku mengeluh perlahan.


“Baguslah rindu. Orang kata, rindu penguat sayang. Tahu tak?”

 

Tapi, rindu juga menyakitkan. Sampai bila aku boleh bertahan dengan rindu ini? Inilah kali pertama aku berpisah dengan dia dalam tempoh yang boleh kata lama. Apa perlu aku buat sementara tunggu dia?

 

Main Super Mario Maker? Macam seronok juga.

 

“Haih… Tak akan dah angau, kut?” Ibu mengusik lagi. Aku tayang muka selamba. Ibu ini ada-ada aje. Cepat saja dia tangkap.

 

“Ibu lupa nak beritahu. Malam ini, rumah Mak Tom buat makan-makan.”

 

“Kenapa?”

 

“Majlis doa selamat. Anak dia yang ketiga itu dapat masuk Matrikulasi. Itu pasal dia nak buat.”

 

Aku ikutkan saja. Tak kesah pun. Janji dapat makan free. Sudahlah Mak Tom pandai masak, memang merasalah aku erti kesedapan sebuah makanan malam ini.

 

 

 

“AKU memang dah lama sabar dengan kau, Imah. Mulut kau makin hari makin menjadi-jadi.” Pak Su Zainal akhirnya melempiaskan perasaan marahnya. Kini semuanya telah pun terbongkar.

 

Ketika Aunty Sarimah sampai, dia asyik mengipas dirinya. Seperti panas. Aku mulanya tak tahu kenapa. Tapi, aku seorang ternyata yang tidak tahu lagi. Orang lain semua dah tahu kisah Aunty Sarimah. Puncanya, Aunty Sarimah kutuk makanan Mak Tom tak sedap. Macam sampah katanya.

 

Terus saja Pak Su Zainal tampar isterinya. Memang terkejutlah semua orang. Bila Pak Su Zainal ceritakan semuanya, aku rasa aku saja yang terkejut. Pasal, ahli keluarga aku yang lain dah tahu pun. Ketinggalan jugalah kiranya aku ini.

 

“Selama ini, kau bomohkan aku supaya aku jadi macam orang bodoh, taat kepada kau macam hamba abdi… Kau memang dah melampau kali ini. Aku diamkan saja yang aku dah tahu sebenarnya. Kau ini, memang betina tak guna betul!”

 

Tidak pernah aku lihat Pak Su Zainal semarah itu. Ternyata, terbongkarlah misteri mengapa selama ini Pak Su Zainal tidak pernah pun terfikir untuk bercerai dengan Aunty Sarimah walaupun dengan perangai sedemikian rupa. Main jampi rupanya.

 

Tak sangka aku, Aunty Sarimah yang boleh kata hidup cara moden itu, terpengaruh dengan benda-benda khurafat ini. Apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang? Masih ada yang percaya dengan benda-benda itu.

 

“Imah minta maaf, bang. Imah lakukan semua ini sebab Imah sayangkan abang. Itu aje.”

 

“Sayang apa kalau sampai bomohkan aku? Itu pentingkan diri. Kau pentingkan diri!” marah Pak Su Zainal sebelum menolaku tubuk Aunty Sarimah yang melutut sehingga jatuh.

 

Tak ada siapa yang berani mahu masuk campur. Sebab masing-masing jadi wakil dendam Pak Su Zainal. Memikirkan itu yang selayaknya Aunty Sarimah dapat. Pasti saja mereka kecewa dengan apa yang telah Aunty Sarimah lakukan.

 

“Kau ceraikan saja perempuan itu. Tak guna juga simpan lama-lama,” celah mak long. Aku beristighfar dalam hati. Kalau iya pun benci sangat, tak akanlah bercerai adalah jalan terakhirnya?

 

“Sarimah Binti Salman, aku…”

 

“Jangan, bang! Jangan!” Aunty Sarimah menghalang Pak Su Zainal daripada menuturkan lafaz itu.

 

“Imah minta maaf. Imah khilaf. Imah janji, tak akan buat benda-benda macam ini lagi. Imah sayangkan abang. Jangan buat macam ini pada Imah, bang.. Tolonglah maafkan, Imah.”

 

Aku pandang wajah ketiga-tiga anak Aunty Sarimah. Jelas sekali, wajah si Zulaikha. Sukar aku gambarkan perasaannya yang hancur berderai dengan peristiwa ini. Wajah kedua-dua anaknya yang lain, seperti tidak kesah pun.

 

“Kau tak payah nak pujuk dia. Kau ingat dia itu nak ke perempuan jahat macam kau?” Mak Tom tambah pedas dalam pergaduhan mereka. Aku menggeleng kepala. Mak Tom pun… Sampai hati cakap macam itu.

 

“Eh, perempuan… Kalau kau tak masak tak sedap tadi, dah tentu aku tak bergaduh dengan Zainal dan pasti rahsia ini tak akan pecah!” Aunty Sarimah salahkan Mak Tom pula. Dasar tak sedar diri.

 

“Aunty jangan nak salahkan masakan mak saya pula. Aunty patut salahkan diri. Guna sihir untuk dapatkan cinta orang. Apa jenis manusia aunty ini?” Dina, anak bongsu Mak Tom membela ibunya. Mana boleh diam bila ibu kena kutuk.

 

“Dahlah. Orang dalam rumah ini semua tak boleh pakai. Semuanya jahat.”

 

“Yang jahat sekarang ini siapa? Yang cari pasal sekarang ini siapa? Aunty guna bomoh itu, baik sangatlah?” Aku menyampuk. Waktu itulah ibu cubit perlahan daripada belakang. Sakit juga. Tapi tak sesakit hati aku.

 

Mana boleh diam bila orang itu nak menangkan diri aje.

 

“Kau orang semua ini dasar keturunan tak guna! Keturunan bodoh!”

 

Dan-dan, tangan Pak Su Zainal melekat di pipi Aunty Sarimah, kuat. Aku terpegun. Tidak pernah lihat Pak Su Zainal angkat tangan selama ini. Inilah kali pertama aku lihat. Nampaknya, Pak Su Zainal benar-benar sudah hilang sabar.

 

“Kau nak aku kembali kepada kau semula, tetapi kau kutuk keturunan aku. Kau itu yang tak guna sebenarnya! Kau itu yang bodoh!” tengking Pak Su Zainal.

 

Memang pun. Baru nak berbaik semula dengan orang itu, kutuk keturunan orang itu pula. Ada masalah mental agaknya. Kena bawa jumpa pakar psikiatri untuk cari jalan penyelesaian.

 

“Baiklah. Aku pun nak ingin kau semula. Tapi, aku akan pastikan, kau orang semua akan menderita. Silap-silap, aku akan hantar santau kepada kau orang semua. Tunggulah!”

 

Aku jadi gerun pula bila memikirkannya. Sungguh, main santau ini bukan perkara yang biasa. Tapi, kesannya membinasakan. Ya Allah, lindungilah hamba-hamba-Mu ini daripada sebarang ancaman.

 

“Jangan, Imah. Jangan buat benda macam orang tak ada akal. Silap-silap makan diri sendiri.” Mak long beri amaran dengan nada yang bergetar. Pasti saja mak long juga takut.

 

“Kenapa? Dah takut? Tak payah takutlah. Aku akan pastikan kau orang semua menderita. Tunggulah!” Aunty Sarimah menghilangkan dirinya. Tak sempat sesiapa kejar. Semuanya kaku. Dan pastinya memikirkan benda yang sama.

 

Ancaman Aunty Sarimah.

 

 

 

MEMANDANGKAN suasana sudah kembali tenang, dan tidak kedengaran pun sebarang bunyi daripada Aunty Sarimah, jadi masing-masing hidup dengan tenang semula. Bahaya juga bila ada orang yang boleh membawa ancaman kepada keluarga ini. Tak pasal, yang tidak bersalah boleh terkena tempiasnya.

 

Baiklah. Lupa pasal itu. Hari ini aku ada benda lebih penting nak buat.

 

Kelas memasak bersama Puan Nuriza!

 

Apa ingat aku akan goyang kaki sahaja di rumah bila Daniel tiada di rumah? Sekurang-kurangnya, bila membantu ibu dalam kelas memasaknya, aku dapat mengisi masa dengan perkara berfaedah sekaligus belajar dengan ibu pelbagai masakan.

 

Selalunya, yang hadir ke kelas masakan ibu adalah kenalan-kenalan rapat. Dari kenalan-kenalan rapat, mulalah berkembang kepada orang lain sehingga orang asing. Ada sekali itu, pelancong asing join. Warga Belgium. Sejarah kisah itu.

 

Memandangkan kenalan-kenalan rapat ibu adalah umur sebaya ibu, pasti saja mereka bukan berusia 20-an macam aku. Nama pun mak cik-mak cik, mestilah ada persatuan Mak Cik Kiah

 

Kadang-kadang, yang buat aku geram itu, bila mereka datang nak belajar namun sempat lagi nak selit acara bergosip. Cerita anak jiran sebelah kena tangkap basahlah, itulah dan inilah. Macam ini siaran Melodi pula.

 

“Hari ini, kita akan masak kek Red Velvet. Ini memang sesuai sangat kalau untuk tea time atau nak buat party ke sebab mudah dimakan. Rasanya juga sedap.” Ibu bersuara kepada pelajar-pelajarnya.

 

Okey, aku memang minat kek Red Velvet. Makin bersemangat aku nak belajar. Aku minat Red Velvet bukan sebab lagu mereka, tapi sebab rasanya. Haha. Kenapa aku rasa lain ini? Well, this is a cake, not a girl group, Qasha.

 

“Mula-mula sekali, kita ayakkan tepung dan serbuk penaik di dalam bekas. Bekas itu jangan besar sangat. Ambil yang saiz sederhana,” ajar ibu kepada pelajar-pelajarnya. Aku ronda-ronda, mana tahu ada yang nampak terkapai-kapai, aku tolong selamatkan.

 

“Ambil bekas kecil, gaulkan serbuk koko dan perwarna merah sampai jadi pes yang sebati.” Ibu mengarah lagi. Masing-masing mula fokus buat kerja.

 

Aku rasa macam tak banyak sangat kerja pun. Tapi percayalah, bila dah sampai bahagian yang susah nanti, tak cukup tangan aku nak tolong.

 

“Qasha, boleh tolong Mak Nab tak macam mana nak set suhu untuk ketuhar ini? Mak Nab tak pandai,” pinta Mak Nab, salah seorang pelajar di kelas masakan ibu merangkap kawan baik.

 

Aku pun tolong setkan suhu ketuhar kepada 175 darjah selama tiga puluh minit kalau ikut resipi ibu. Kemudian, setelah dua puluh minit baru suhu direndahkan kepada 165 darjah selalunya.

 

Dah selesai buat kek, masuk bahagia untuk topping pula. Hah, di sinilah acara kerja comot hasil tangan mak cik akan kelihatan dengan jelasnya.

 

“Kalau akak belah kek ini kepada empat lapis, boleh tak?”

 

“Belah berapa banyak pun boleh. Tapi, selalunya orang belah dua aje. Biar nampak ideal sikit.” Aku membalas.

 

“Tapi, kalau belah empat lagi baik rasanya.”

 

“Boleh aje belah empat, kak.”

 

“Boleh ke?”

 

Haih… Orang macam inilah selalu beri aku migrain. Aku dah cakap nak belah berapa banyak pun boleh. Masih mahu tanya lagi.

 

“Kita sapu cream cheese atas lapisan pertama dulu. Kalau sikit sangat letak, tak rasa sangat. Tapi, jangan letak banyak sangat. Nanti jadi muak pula nak makan.” Ibu mengajar.

 

Dan…

 

“Banyak ini cukup tak, Sha?”

 

Allah… Ini mahu aku sapu cream cheese dekat muka orang juga! Jangan, Qasha. Mereka itu lebih tua daripada kau. Kenalah menghormati mereka. Ya, hormat sampai aku rasa hilang sabar.

 

“Bolehlah itu, mak cik. Dah cukup itu.” Aku jawab juga dengan muka yang manis. Dibuat-buat sebenarnya.

 

“Betul ke ni? Kamu tak tipu? Manalah tahu, nanti jadi tak sedap pula?”

 

Mak cik beli sajalah di kedai! Banyak songeh pula. Nak aje aku menjawab macam itu, tapi kena bawa bersabar kalau tak nak cubitan ibu sampai ke pipiku.

 

Akhirnya, setelah sekian lama berperang dengan mental sendiri menghadap karenah manusia yang pelbagai, kelas memasak telah habis juga. Seorang demi seorang mula meninggalkan rumah ibu. Kek yang para pelajar buat tadi akan mereka bawa pulang untuk dirasa bersama keluarga. Begitu juga dengan kek ibu.

 

Aku memang tak sabar nak makan kek Red Velvet yang ibu masak ini. Nampak macam sedap. Meliurkan. Menggoda. Menghairahkan. Baru kek, kut Qasha. Melebih pula.

 

Ini kalau makan sambil layan music video Red Flavor nyanyian Red Velvet pun best juga.

 

“Stres betul Qasha hari ini,” aduku sebelum ambil sepotong kek lalu diletakkan di atas pinggan. Aku suap secubit kek itu dengan sudu.

 

“Biasalah… Orang yang tak biasa buat, memang dia rasa tak confident dengan apa dia buat. Baby step, Qasha. Slowly then become quickly. Hard then become easy.”

 

“Amboi, mana belajar pepatah omputeh ini, ibu?” Aku tergelak. Ibu benar-benar menggeletek hatiku dengan ayat bahasa Inggerisnya. Daripada siapalah ibu belajar ini?

 

“Sedap kek ibu buat ini. Yang ini, ibu belajar dari mana?” soalku ingin tahu. Pasti ibu ada belajar dengan sesiapa resipi kek ini. Lain daripada yang dijual di kedai. Rasa macam manis, tapi tak terlalu manis. Cream chesse dia pun tak buat aku muak nak makan.

 

Orang kata, perfect in everything. Tak kurang, tak lebih.

 

“Belajar sendiri. Cuba eksperimen untuk cari resepi yang boleh hasilkan kek ini lebih baik.”

 

“Siap eksperimen lagi? Macam belajar sains pula.”

 

“Nak ajar orang kena beri yang terbaik.”

 

Benar itu. Biar ilmu yang kita beri, akan membuatkan orang itu menjadi lebih baik. Bunyi telefon ibu berdering. Cepat-cepat ibu jawab. Aku tengok muka ibu yang tiba-tiba menjadi serius ketika sedang bercakap di telefon.

 

Apa sudah jadi?

 

“Dah rindukan dia?”

 

Aku angguk. Eh, terangguk pula! Ibu pula kulihat sudah tersenyum mengejek. Malu sendiri jadinya.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.