Home Novel Cinta IMAMKU ENCIK PILOT
IMAMKU ENCIK PILOT
Pena Putera
4/7/2017 20:14:49
179,876
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

KETIKA tiba di hospital, rasa berat langkah mahu menjenguk Aunty Sarimah. Dengar cerita daripada Mak Ros, tubuh Aunty Sarimah hangit kulitnya. Hitam legam. Macam gaya kena rentung. Allah… Mungkinkah ini balasan setelah apa yang dilakukan Aunty Sarimah selama ini? Ternyata, bermain ilmu hitam buruk padahnya.


Semoga aku kuat iman dan tidak akan terjebak di dalam perkara seperti ini. Gerun aku memikirkan kesannya yang baru saja di dunia, belum lagi di akhirat.


Kelihatan kedua-dua anak perempuan dan Pak Su Zainal sudah sedia duduk di keliling katil Aunty Sarimah ketika aku dan ibu menjengah masuk. Masa itulah, bulu roma aku meremang. Berdiri tegak.


Sekali lagi aku beristighfar dalam hati. Kuatkan hati.


“Assalamualaikum,” ucap ibu lalu bersalam dengan Mak Ros dan Mak Tom yang ada. Tidak pula kelihatan mak long. Ah, pasti saja mak long tidak mahu turut serta. Dendam mak long bukan kecil lagi, tapi semakin besar bila sudah tahu segalanya.


“Terima kasihlah sebab sudi datang, Kak Iza.” Pak Su Zainal berbudi bahasa dengan adik iparnya. Ibu tersenyum.


“Maaflah kalau Abang Rosdi kamu tak datang lagi. Nanti, kami buat second round pula,” kata ibu awal-awal, supaya Pak Su Zainal tidak terasa kerana abangnya tidak hadir sama kami. Ini pun terburu-buru datang.


Aku letakkan bakul buah di meja sebelah katil pesakit. Ada beberapa bakul buah juga di situ. Sebenarnya, takut aku makin bertambah bila berada dekat dengan Aunty Sarimah. Aura dia itu… Macam menarik cas negatif saja.


Ya Allah, lindungilah hamba daripada segala perkara yang buruk pada hari ini.


“Terima kasih, Kak Sha sebab sudi datang.” Zulaikha bersuara, manakala Jenni, anak kedua Aunty Sarimah dan Pak Su Zainal diam saja sedari tadi. Hanya riak kurang senang terlukis di wajahnya.


Biasalah. Jenni mana suka dengan keluarga belah Pak Su Zainal. Bawah standard dia kut.


“Zulaikha minta maaf kalau selama ini mama ada buat sesuatu yang dah buatkan hati Kak Sha sakit atau tersinggung. Zulaikha minta maaf daripada pihak mama.”


Aku angguk. Mulia sungguh hati Zulaikha. Sanggup merendahkan ego untuk meminta maaf untuk kesalahan ibunya. Sepatutnya, Aunty Sarimah harus bangga kena ada anak seperti Zulaikha ini.


“Buat semak pula nak berdrama di sini.” Kedengaran suara sumbang yang mengisi suanana dengan perlahan. Mungkin telinga aku yang terlebih cekap mendengarnya. Kenal sangat suara siapa.


“Janganlah sampai nak bermaaf, Zulaikha. Bukan salah Zulaikha pun. Berdrama pula Zulaikha. Nanti ada yang tak suka pula dengar.” Bravo! Jahat kau, Qasha. Perli orang sana pula.


Aku duduk sebelah ibu, bersama Mak Ros dan Mak Tom juga. Rapat-rapat aku dengan tubuh ibu. Nampak sangat ibu tak selesa bila anak dia tiba-tiba nak bermanja. Haha.


“Sabarlah, Nal. Ini semua dugaan daripada Allah.” Pak Ijam, isteri Mak Ros cuba menenangkan Pak Su Zainal. Aku pula banyak memerhati daripada bercakap. Dengar orang tua bersembang saja. Nak tengok yang terlantar, seram pula.


“Aku benci kau!”


Tiba-tiba sahaja suara serak seseorang kedengaran bingit. Pantas kepala aku menoleh kepada sekujur tubuh Aunty Sarimah di atas katil dengan keadaan yang menyeramkan. Erkkk! Seramnya.


Masa itu jugalah, masing-masing nampak kalut.




HUJAN turun gerimis. Gerimis pun, cuaca mendung di luar sudah membuatkan aku rasa lain macam. Walaupun sudah sehari berlalu kejadian tersebut, namun kepala masih terbayang-bayang. Sampai semalam aku tidur dengan ibu. Yang kasihannya, ayah sebab tak pasal kena tidur di luar.


Dengar cerita, Aunty Sarimah dah dibawa ke rumah untuk dirawat secara kaedah perubatan Islam. Tak tahulah apa akan jadi. Tunggu Mak Tom bawa ceritalah nanti kepada ibu.


Telefon galak menyanyi lagu Dumb Dumb. Kenapa setiap kali bunyi lagu itu, macam tengah perli aku? Aku patut tukar nada dering mulai sekarang.


Nama Daniel tertera di skrin telefon. My charming eagle! Kenapa aku gelar dia charming eagle, sebab dia boleh terbang walaupun dengan kapal terbang, tapi dia hebat. Dan dia juga menawan.


“Assalamuaikum.”


“Waalaikumusalam.”


“Buat apa?”


“Tak buat apa-apa. Kenapa telefon saya?” Sejak bila menjadi kesalahan untuk dia telefon aku pula? Apa punya soalan aku bagi.


Miss you so bad.


Dia rindukan aku? Aku lagi rindukan dia. Lagi-lagi masa seperti ini. Kalau dia ada bersama dengan aku ketika ini, pasti sahaja aku akan rasa selamat dan dilindungi oleh fikiran mengarut aku.


“Saya balik lusa. Awak jemput, boleh? Nanti saya tunggu.”


“Kenapa pula saya kena jemput?”


“Saya nak juga dijemput oleh isteri saya.”


Boleh saja awak. Esok, saya pandu ke airport untuk jemput awak. Tak sabar nak jumpa awak. Rindu awak sangat-sangat.


Okey, dah loya tekak aku.


“Tapi, naik dengan teksi. Sebab nanti awak balik, naik kereta saya. Jangan jemput dengan kereta awak pula. Kesian Encik Macho saya kena tinggal.”


Aku ketawa dengan katanya. Wah… Dia gelarkan kereta dia itu Encik Macho?


“Macho la sangat!”


“Mestilah. Macho macam tuan dia.”


Aduh, makin layan, makin tak betul pula.


“Awak. Saya ada benda hangat nak cerita ini. Sensasi. Segar dari ladang.”


“Ajak gosip ke, ini?”


“Taklah. Buat siaran Buletin Utama aje.” Sempat lagi aku loyar buruk.


“Cepatlah cerita. Tak sabar ini.”


“Macam ini kisahnya. Abang kenal Aunty Sarimah, kan? Alah… Ibu saudara saya sebelah ayah itu. Yang berlagak petala kelapan. Suka menunjuk-nunjuk.”


“Awak tengah cuba kenalkan dia pada saya, atau cuba burukkan dia?” perli Daniel. Baru aku perasan, aku sebenarnya tanpa sengaja telah memburukkan Aunty Sarimah. Nak buat bagaimana lagi, apa ciri-ciri Aunty Sarimah yang boleh aku ceritakan selain itu?


“Maaflah kalau nampak macam saya memburukkan dia pula. Saya cuma nak awak ingat yang mana satu orangnya.”


“Saya ingat. My brain still can remember it. Kenapa dengan dia?”


“Baru-baru ini, terbongkar rahsia dia guna-gunakan pak su saya supaya pak su akan tunduk dengan dia. Kononnya, nak tambah sayanglah. Tapi, syirik kut benda macam itu. Bila semua marah, dia ugut nak santau kami semua.”


“Astaghfirullahaladzim. Habis itu, apa jadi seterusnya?”


“Mungkin Allah nak lindungi kami, Aunty Sarimah kena tahan masuk hospital sebab accident masa balik. Tapi, kalau awak ada…”


“Abang. Call me abang please. Or, call me baby?”


Ada masa pula dia nak betulkan sebutan aku? Dan panggil dia baby? Memang tercirit juga aku selepas ini.


“Okey. Abang.”


Continue.”


“Kalau abang tengok keadaan dia, rupa macam bukan orang yang lepas accident. Malah, lagi teruk daripada itu. Saya pun tak tahu nak gambarkan macam mana. Rasa seram, abang tahu tak?” Masa ini pun, bulu roma aku masih tegak berdiri.


“Balasan dia… Dahlah. Tak payahlah nak cakap pasal itu lagi. Awak mesti dah takut sekarang ini? Betul tak?”


Pandai pula dia meneka!


“Ingat. Jangan lupa jemput saya. Saya tunggu.” Daniel mengingatkan lagi.


“Kalau saya tak datang?”


“Saya tetap akan tunggu.”


“Macam mana saya tak datang-datang juga?”


Then, you challenging me to stay for a long time in airport and make a world record.


Aku ketawa perlahan. “Baiklah. Saya akan jemput awak. Nanti saya pakai lawa-lawa, mekap cantik-cantik... Khas untuk awak. Puas hati?”


Memang aku nak buatkah semua itu?




AKU menilik muka di sebalik cermin. Menatap lukisan di wajah yang kulukis dengan pelbagai alatannya. Dalam diam, aku menganggumi hasil kerjaku. Tidak nampak simple, tidak nampak heavy, hanya natural saja kelihatan terselah.


Bila selesai bersolek hampir sejam, aku menilik jam di tangan. Ada masa lagi. Lebih baik aku bertolak sekarang. Pantas tangan mencapai beg tangan lalu menapak turun ke ruang tamu di bawah.


“Nak jemput Daniel, ke?” tanya ibu sewaktu aku melintasinya. Hanya senyuman yang aku lakarkan di bibir. Tangan ibu aku salam dan kucup lembut.


“Hati-hati bawa kereta.”


Haruslah hati-hati. Kalau tidak, tak sempat nak jumpa si dia.


Sepanjang memandu, aku dilanda perasaan bosan yang amat. Lagu-lagu di radio tidak berjaya menarik hati ini untuk terus mendengarnya. Kesudahannya, aku tutup radio. Buat bingit telinga.


Skrettt


Damn!


Kenapa kereta buat hal pula ini? Tiba-tiba tak boleh hidup. Aku pandang jalan di luar tingkap. Mujurlah kereta tak banyak, jadi tak terkesan sangatlah dengan kereta aku yang tiba-tiba berhenti mengejut di tepi jalan ini. Nasib sempat ke tepi jalan. Kalau di tengah jalan? Mahu kena hamun dengan rakyat Malaysia yang bertauliah.


Aku keluar dari kereta dan mula berlagak gaya akak mekanik. Cuba fikir apa masalah kereta aku. Buka enjin depan, terus blur. Banyak sangat enjin sampai tak tahu mana satu masalahnya.


Mengeluh dibuatnya aku sekian kali. Kiri kanan aku toleh. Kepada siapalah aku mahu meminta tolong? Kereta yang lalu-lalang, macam tak berminat pemandunya nak tolong aku. Kalau tolong viral, memang nombor satu masing-masing.


Tiba-tiba, sebuah kereta Honda HR-V memberhentikan keretanya di belakang kereta aku. Yeay! Ada juga insan bermulia hati di Malaysia ini. Bila aku cuba mengenal pasti gerangan orangnya, kelihatan lelaki yang turun dari perut kereta itu.


“Masalah apa ini, cik?” tanyanya dengan gaya macho. Sebab apa macho, sebab dia memang macho! Aku rasa macam pernah nampak muka lelaki ini, tetapi tak muncul-muncul siapa orang itu.


“Kereta saya buat hal pula. Tak boleh nak hidup enjin.” Aku berterus-terang.


“Biar saya tolong.” Dia mula menyisingkan lengan bajunya ke paras siku. Aku pandang mukanya sekali lagi. Rasanya memang aku pernah nampak dia sebelum ini. Aku yakin!


“Kenapa pandang-pandang saya macam itu?” Dia sengih bila perasan aku pandang dia sesuatu. Alah, janganlah dia perasan bukan-bukan. Aku dah ada suami kut.


“Muka saya mengingatkan awak kepada seseorang?” Seperti tahu saja apa yang bermain di fikiranku ketika ini. Lantas aku mengangguk.


“Keep remembering.”


Aku mencebik. Ceh! Kalau aku boleh ingat, tak adalah aku dari tadi pandang semacam saja.


“Patutlah.”


“Apa yang patutlah?”


“Masalah kecil aje. Saya boleh baiki.”


Kemudian, dia kelihatan sibuk membaiki sesuatu. Aku perhati dan tak tahu apa yang dia tengah buat. At least, I in learning process. Proses apa yang dia buat, bukan masalah aku. Kalau dia buat eksperimen asid dan bes, tahulah aku sifat-sifatnya.


“Cuba hidupkan enjin kereta.” Dia mengarah. Dengan kadar segera aku memasuki perut kereta dan mula menghidupkan enjin kereta seperti yang diminta. Ajaibnya, kereta aku hidup semula selepas hidup segan, mati tak mahu.


“Terima kasih sebab dah tolong saya,” ucapku ikhlas dari hati. Bibirnya menguntum senyuman, membalas ucapanku.


“Masih tak ingat siapa saya?”


Aku tilik sekali lagi muka dia. Come on, Qasha. Mesti kau pernah nampak dia di mana-mana sebelum ini. Model majalah kut sebab ada rupa model. Atau… Hah!


“Pelakon? Yazir Marwan?” Aku kenal dia pun sebab mak aku layan drama Melayu waktu maghrib. Jadi, aku tumpang sekakilah. Baru aku teringat.


“Awak bertuah sebab hari ini ada seorang pelakon sudi jadi mekanik untuk kereta awak.”


Bertuah? Ya, memang bertuah. Cuma, kenapa bunyi macam riak sangat bila di kata begitu?


“Awak bertuah tak, cik…”


“Qasha.”


“Cik Qasha. What a beautiful name.”


Dan semestinya pelakon juga pandai berlakon. Tak akanlah ada pelakon yang tak boleh berlakon pula. Aku cuma buat selamba dan tak terkesan di hati sebab aku dah bersuami. Tapi, serius cakap. Kalau aku tak bersuami pun, belum tentu aku akan cair punya.


Pasal… Adalah sebabnya.


“Kenapalah saya baru jumpa awak.”


“Hmmm?” Aku kurang jelas dengan ayatnya. Lantas dia menggeleng, seperti tidak penting saja apa yang dia cakap sebentar tadi. Kemudian, Marwan menilik jam di tangannya.


“Saya minta maaf. Tapi, saya perlu pergi sekarang. Saya ada shooting kejap lagi. Apa-apa pun, macam mana caranya kita boleh jumpa lagi?” Dia memandang aku, meminta jawapan.


Aku angkat kedua-dua bahu. “Kalau ada jodoh, mungkin?”


Marwan senyum. “I like that words.”


Aku cakap sesuatu yang menyenangkan hati dia, ke? Rasanya tak. Atau dia fikir aku mengaku aku peminat nombor satu dia atau die hard fans? Tak juga.


See you soon, Qasha.” Tangannya melambai sebelum Marwan masuk ke dalam keretanya semula. Setelah kereta itu berlalu pergi, aku turut masuk ke dalam keretaku. Mula memandu ke destinasi.




“YAZIR MARWAN? Pelakon lelaki yang namanya tengah mencanak-canak di media sosial itu? Yang sedang menjadi bualan hangat orang ramai itu? Yang selalu muncul di kaca televisyen itu? Kau biar betul, weh.”


Aku gelak kuat. Ilyana kedengaran terkejut di hujung talian. Pasti muka dia kini sudah seperti cencorot. Tak boleh aku bayangkan betapa kelakarnya muka Ilyana ketika ini.


“Kau tak tipu, kan? Marwan yang kau jumpa itu, bukan halusinasi kau?” Ilyana minta pengesahan. Masa ini, aku memang nak pecah perut.


“Daripada aku halusinasi tentang dia, baik aku halusinasi pasal orang lain. Misalnya, Lee Jong Seok. Hah… Barulah tepat dan berbaloi.”


“Tak habis-habis K-Pop. Menyampah aku dengar.”


“Kau ingat, aku suka sangat bila kau ulang nama Jack Sparrow dekat telinga aku dekat seratus kali?” Mengata dulang, paku terserpih. Mengata orang, Ilyana terlebih kuasa sepuluh!


“Haha… Okey. Aku dah faham. Tapi, seriuslah dia yang tolong baiki kereta kau tadi? Weh, kau sempat tangkap gambar dengan dia tak? Kongsilah dengan aku detik-detik manis kau.”


Baru terlintas di fikiran yang aku tak sempat nak bergambar dengan hero Malaya malah tidak terfikir pun. Apa yang aku fikir, nak cepat-cepat jemput Daniel di KLIA. Sebenarnya, aku nak naik teksi aje. Tapi, baik aku naik kereta sebab aku ada plan khas.


“Lupa pula nak bergambar dengan dia.”


What? Seriously, babe? Bukan selalu dapat jumpa. Tiba-tiba, kau buat hal macam ini pula. Nak mencarut, kan… Terasa pula.”


“Penting sangat, ke sampai boleh dianggap kesalahan kalau aku tak bergambar dengan dia? Rileks la.”


“Yalah. Sekurang-kurangnya, bolehlah buat modal nak upload dekat media sosial.”


Macam… apa entah! Boleh pula minah ini fikir sampai ke situ. Aku tak lapar nak makan like pun.


Ketika itu, aku nampak si abang charming aku dah keluar.


“Weh, aku letak la call ini. Suami aku dah sampai.”


“Hmmm… Ingat, tahan sikit.”


“Tahan apa?” Blur.


“Kalau rindu sangat pun, janganlah nak tunjuk sangat mesra itu depan orang ramai.” Kemudian, kedengaran suara Ilyana ketawa. Macam-macam!


“Suka hati akulah. Janji aku ada suami. Kau?”


“Baiklah, Qasha. Jemputlah suami kau itu. Aku mengalah. Assalamualaikum.”


“Waalaikumusalam.”


Tahu pun takut.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.