Home Novel Cinta IMAMKU ENCIK PILOT
IMAMKU ENCIK PILOT
Pena Putera
4/7/2017 20:14:49
179,898
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1
GAUN pengantin labuh berhiaskan manik-manik yang berkilau disarung ke tubuhku. Aku memandang ke arah cermin di tepi. Kelihatan cantik pula apabila busana itu dikenakan pada tubuhku. Berpusing-pusing aku dengan gaya model memperagakan pakaiannya. Bukan main cantik bajunya. Tapi, cantik lagilah pemakainya.


“Ibu cantik tak?” soalku setelah keluar dari bilik persalinan. Aku memperagakan busana ini kepada ibu. Menanti reaksi ibu. Ibu tidak berkedip matanya memandang aku. Mulalah aku resah. Jangan kata ibu tak berkenan pula. Aku dah berkenan habis ini.


“Ya Allah, cantiknya anak mama! Betul ke ini anak ibu, Qasha Irdina?” Wajah ibu seperti terpegun saja. Memang nama aku Qasha Irdina. Selalunya orang akan panggil aku Qasha. Tujuan aku mengenakan busana pengantin ini tak lain tak bukan mahu berkahwin.


Ya… Aku ada tunang. Kacak sangat! Tak lama lagi kami akan kahwin. Aku cintakan dia dan dia cintakan aku. Kami mencintai antara satu sama lain. Sudah lama kami bercinta. Sejak di universiti lagi. Masa itu aku tahun ketiga, dia pula sudah final year.


Kiranya, aku junior dan dia senior. Kami berkenalan pun secara tidak sengaja. Dia yang mula-mula datang berkenalan. Biasalah… mula-mula itu kami kawan, kemudian jadi kawan baik dan akhirnya sampailah ke tahap ini.


“Saya rasa, gaun ini memang sesuai dengan anak puan. Gaun ini memang direka khas untuk perempuan berhijab dan apabila anak puan mengenakannya, memang sesuai sangat!” Pembantu butik itu memuji. Pandai betul nak ambil hati orang.


Tapi, terasa jugalah bangga. Macam dipuji sebagai seorang Miss Universe pula. Tak apa, aku tahu itu adalah kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi. Senyap-senyap sudah.


“Ibu, ambil sajalah baju ini. Qasha berkenanlah dengan baju ini.” Aku memujuk ibu.


“Bagi ibu pun sama. Nampak cantik sangat. Gorgeous. Dik, kami nak ambil yang inilah.” Ibu memutuskan untuk bersetuju dengan aku. Yeay! Dapat juga baju ini.


Aku masuk semula ke bilik persalinan. Mahu menukar baju.


Telefonku dalam tas tangan di atas sofa mula berdering menyanyikan lagu Dumb Dumb nyanyian Red Velvet. Jangan terkejut kalau aku minat K-Pop pula. Dan jangan kecam minat aku, sebelum tangan ini sampai ke mulut orang pula. Peace no war.


Nama dialah yang tertera di skrin telefon. Aku mula rasa seronok, tapi juga berdebar-debar. Hafiz Hainan, tunang a.k.a bakal suami aku tidak lama lagi. Tak menyempat aku mahu mengangkat panggilan telefonnya.


“Assalamualaikum, awak.” Aku control suara ayu. Biar nampak gaya perempuan Melayu terakhir.


“Waalaikumusalam.” Suaranya penuh sayu dan mendatar.


“Hafiz, kenapa dengan suara awak? Sakit tekak?” Itu saja alasan yang dapat aku teka. Selalunya, suara Hafiz juga sama ayu dengan aku. Bayangkan, suara garau dia itu tiba-tiba jadi suara yang ayu.


“Awak tengah buat apa?” Dia tidak mengendahkan soalan aku dan sebaliknya membalas aku dengan soalan juga.


“Saya tengah cuba baju pengantin kita.”


“Qasha…”


Hmmm?”


“Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak.” Suara Hafiz mula bertukar lebih serius.


“Apa dia?”


“Saya harap awak dapat terima keputusan saya.”


“Keputusan apa? Awak nak buat apa?” Mulalah hati ini jadi tidak sedap.


“Saya nak batalkan perkahwinan ini. Saya nak hubungan kita putus.”


Aku terkedu. Aku pandang skrin telefon semula… Memang betul nombor Hafiz yang telefon. Bukan scammer awang hitam.


“Awak jangan bergurau, Hafiz. Majlis kahwin kita lagi dua minggu saja. Tak kelakar, okay. This is not funny matter.


I’m serious, Qasha. Saya tak boleh teruskan perkahwinan ini. Saya dah fikir masak-masak, dan saya rasa saya tak boleh bahagiakan awak. Awak cuma akan menderita sekiranya awak terus hidup dengan saya.”


Seriously, after been a few years we loved each other? Sekarang ini awak baru terlintas nak cakap macam itu? Awak sedar tak apa yang awak cakap ini?” Aku mula naik berang.


“Sebab saya sedar saya cakap macam ini. Saya sedar, saya bukan kebahagiaan sebenar awak. Awak berhak cari yang lain, lebih baik daripada saya. Saya tahu, awak tak layak untuk dapatkan saya. Saya tak cukup baik untuk awak.”


“Beritahu saya, sebab apa awak batalkan perkahwinan kita?”


“Awak tak perlu tahu sebabnya. Tapi, yang jelas… Saya tak boleh teruskan semua ini.”


Amarahku mula memuncak. Namun, aku cuba bawa bertenang walaupun aku rasa mahu bertendang ketika ini.


Something went wrong, Hafiz. Saya tahu, ada sesuatu yang buatkan awak berubah fikiran. Kita dah bercinta lama. Almost 4 years. Macam itu saja awak nak tinggalkan saya?” Aku cuba memujuk Hafiz untuk memberitahu perkara sebenar.


Nothing wrong, Qasha. Just me… Saya yang nak perpisahan ini berlaku. Saya minta maaf, Qasha. But, I can’t. Saya doakan awak jumpa bahagia awak yang lebih baik nanti.”


Serta-merta panggilan dimatikan. Aku mendengus kasar. Hatiku mula menahan geram. Akhirnya, disebabkan ketidakstabilan emosiku, air mata mula berjuraian keluar. Aku mula menangis dan meraung semahunya.


“Qasha, kenapa ini?” Ibu muncul dan menghampiriku. Aku terus menarik ibu dalam pelukan.


“Ibu… tergamak dia buat macam ini pada Qasha. He is stupid. Dumb!”


Ibu memandang aku dan memegang kedua-dua belah pipiku. Dia mengusap air mata yang mengalir.


“Beritahu ibu, apa yang dah berlaku?”


“Hafiz… dia…” Aku tidak sanggup untuk menghabiskan ayat tersebut. Kekuatanku ketika ini mula hilang. Aku takut… Apakah reaksi yang bakal diberikan oleh ibu dan ayah nanti?


“Qasha, beritahu ibu sekarang. Apa yang dah berlaku?”


“Dia nak perkahwinan ini dibatalkan.”


Astaghfirullahaladzim.” Ibu beristighfar dan kelihatan ibu benar-benar kecewa.


“TENGOK sekarang apa yang dah berlaku? Ayah dah agak memang dia akan buat kamu macam ini. Kamu saja yang butakan hati dan mata kamu untuk pandang semua ini. Ayah dah tahu, memang lelaki macam dia itu lelaki yang tak boleh diharap! Lihatlah apa yang dah jadi sekarang ini. Sebab cinta yang kamu agungkan selama ini, akhirnya makan diri kita semua!” tengking ayah dengan suara paling tinggi.


Aku tak hairan kalau ayah mahu mengutuk Hafiz habis-habisan. Sebab ayah adalah salah seorang yang tidak menyokong percintaan aku dan Hafiz. Malah, ayah menentang. Selama ini pun, ayah cuma bersabar saja. Dia hanya ikutkan saja cinta sok-sok suci aku itu.


“Ayah malu nak berhadapan dengan orang ramai. Apa yang ayah nak jawab bila mereka tahu anak ayah tak jadi kahwin? Mana ayah nak letak muka? Malulah ayah macam ini!” Ayah masih marah.


“Abang cubalah bawa bersabar. Mulut orang, kita tak boleh tutup macam mulut tempayan. Sekarang ini, apa yang kita patut fikir adalah tentang Qasha. Cubalah abang kasihan dengan anak kita. Dia baru saja dikejutkan dengan berita macam ini. Bukan salah dia pun semua ini berlaku.”


Terharu aku apabila ibu membela aku. Ibu selalu begitu. Sentiasa di pihak aku ketika aku memerlukan. Ibu terlalu baik. Kenapalah ayah tidak memahami seperti mana ibu memahami situasi aku?


“Itulah awak. Manjakan sangat anak awak itu! Tengok apa yang dah jadi sekarang?” Kata-kata ayah itu buatkan aku terasa sakit di hati. Bila sudah jadi begini, tidak mengaku aku ini anaknya.


“Anak saya seorang saja ke? Anak awak juga. Anak kita. Satu lagi saya nak cakap. Saya tak manjakan anak kita. Qasha ini, perlukan kita. Sebagai penguat semangat dia. Awak itu seorang bapa, jalankanlah tugas awak! Jangan ingat malu awak saja.” Ibu membidas. Itu dia, mulut Hajah Nuriza. Sangat pedih.


“Baik. Saya akan jalankan tugas saya sebagai seorang ayah. Qasha, ayah tak kira… majlis kahwin kamu tetap akan berlangsung. Ayah tak kesah siapa yang akan jadi pengantin kamu. Asalkan kamu kahwin dan tak buat malu nama keluarga. Faham?”


Ternyata, mulut Haji Rosdi lagi pedas.


“Itu tugas abang? Kahwinkan anak kita dengan lelaki yang dia tak kenal? Yang dia tidak cinta? Nampak sangat abang masih nak tutup malu abang. Apa jenis ayah, abang ini?” Ibu mengeluh. Sedari tadi, hanya ibu dan ayah berbalah mulut. Aku mendiamkan diri.


Aku benar-benar tidak selesa dengan situasi ini.


“Cinta itu boleh datang kemudian.”


“Tapi tak boleh dipaksa!” Ibu membalas.


“Yang tak dipaksa pun berkesudahan begini. Awak nak kata apa?”


Burn, baby. Burn!


Semua diam. Aku akui, kata-kata ayah itu sangat makan dalam. Kalau aku tidak dalam kesedihan, pasti saja aku akan bertepuk tangan dan berjabat tangan dengan ayah. Mengagumi kata-kata itu. Ah, cinta yang tidak dipaksa pun berakhir dengan derita! Apa gunanya bercinta bertahun-tahun kalau begini jadinya.


“Qasha, sekarang ini semua keputusan di tangan kamu. Nama baik keluarga bergantung kepada keputusan kamu. Kalau kamu rasa kamu tak mahu jadi anak yang tidak mengenang budi ibu bapa, kamu boleh batalkan saja perkahwinan ini. Tapi, kalau kamu sedar yang ibu dan ayah dah banyak berjasa dalam hidup kamu… Kamu faham, kan?”


Entahlah…


“Sudahlah, Qasha. Jangan dilayan sangat ayah kamu ini. Dia buat semua ini, untuk kepentingan diri dia,” ujar ibu.


“Baiklah. Qasha setuju. Qasha akan teruskan perkahwinan ini, biar pun bukan dengan pilihan hati Qasha. Demi nama baik keluarga kita.”


“Qasha!” Ibu seperti tidak bersetuju. Maafkan, Qasha. Tapi, ini demi kebaikan kita semua juga apa yang Qasha lakukan. Tak mungkin Qasha mahu biarkan semua ini berlaku seperti itu saja.


“Bukankah ini yang ayah nak sangat? Ayah dah dapat apa yang nak, jadi Qasha akan teruskan. Let’s proceed it, even the plan changes.” Aku bangun, mahu beredar ke bilik. Makin lama aku di sini, makin terpanggan aku rasa.


Good decision.”


Sudah tentu ayah akan cakap macam itu. Bukankah ini cadangannya?


Selain itu, aku sudah serik bercinta tapi akhirnya tidak nikah juga. Hanya menyebabkan hati sakit saja. Bertahun-tahun aku bercinta bagai nak rak, akhirnya begini jadinya. Yang tinggal, hanya kenangan untuk dikenang sebelum semuanya aku buang dari memori aku.


Aku mahu merasai bagaimana manisnya cinta selepas nikah itu pula. Sekurang-kurangnya, mungkin lebih manis daripada apa yang aku rasakan kini.


SEMUA barang yang Hafiz berikan kepadaku sebagai hadiah, aku letakkan semuanya dalam satu kotak bersama perasaan amarahku. Baju, beg, novel dan lain-lain… Itu tidak sepatutnya berada di dalam bilik aku ini. Aku angkat kotak itu dan letakkan di dalam bilik stor. Nanti, aku akan hantar semula semua itu bila sudah tiba masanya nanti.


Aku tak kuat ketika ini. Biarlah semua itu tersimpan di dalam stor. Aku ingatkan mahu bakar saja semuanya. Tapi, aku ini berperikemanusiaan lagi. Membakar itu hanya akan menambahkan pencemaran udara saja. Salah satu langkah yang tidak berfaedah.


Ingat, Qasha. Hafiz itu masa lalu kau. Tak perlu kau ingat semula. Pandang ke depan kerana masa akan terus bergerak akan ke depan, bukan ke belakang.


“Qasha…”


Aku menoleh. Ibu sudah terpacak di belakang aku. Hampir saja aku buatkan aku sakit jantung bila disapa seseorang. Manalah tahu, ada yang tak sepatutnya memanggil. Baiklah, cukup sudah mengarut.


“Kenapa, ibu?”


“Ibu nak cakap sesuatu dengan kamu.”


Aku diam. Nampak macam serius saja. Tak akanlah ibu mahu buat lawak pula, kan? Tak kena dengan keadaan pula nanti. Walaupun, sebenarnya aku perlu lawak yang menghiburkan hati ini. Mungkin aku kena layan Maharaja Lawak Mega supaya boleh hilangkan stres. Tengok Sepahtu buat lawak, cia cia cia. Apa maksud cia itu pun aku tak tahu. Chia seed barangkali.


“Qasha ikhlas ke buat semua ini?” Ibu tanya.


“Ikhlas tak ikhlas, family come first. Qasha perlu jaga nama baik keluarga kita.”


“Sampai Qasha kena korbankan kebahagiaan Qasha sendiri?”


“Bahagia apa yang tinggal selepas semua ini, ibu?”


Ibu tidak menjawab. Ibu seperti mengeluh perlahan. Aku hanya mampu menghelan nafas sedalam-dalamnya.


“Qasha dah bersiap sedia dengan semua ini? Qasha sanggup terima orang yang Qasha sendiri tak kenal? Ini perkahwinan, bukan permainan. Kahwin bukan sehari dua, tapi kena pertahankan selamanya.” 


“Dengan orang yang Qasha kenal pun buat macam ini… Tak tahulah Qasha nak kata apa.” Aku mengulang kenyataan itu. Aku akan sentiasa ulang dan ulang. Sampailah aku boleh terima hakikatnya. Hakikat yang aku boleh terima Hafiz tinggalkan aku macam sampah. Silap. Bukan aku yang sampah, tetapi Hafiz itu sampah.


Aku akan pastikan yang dia rugi dan menyesal dengan apa yang dia dah lakukan padaku.


Follow saya di;

FB : Pena Putera

BLOG : karyapenaputera

Wattpad: PenaPutera

Ilham: PenaPutera

Novel+ : PenaPutera

Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.