Home Novel Cinta IMAMKU ENCIK PILOT
IMAMKU ENCIK PILOT
Pena Putera
4/7/2017 20:14:49
179,893
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3
AKU nak gelak pun ada. Mulut dari tadi menahan untuk ketawa. Hanya mampu tersengih-sengih melihatnya. Alahai… aku rasa macam nak pecah perut ini kalau simpan ketawa lama-lama.


“Beg LV ini aku baru beli semalam kalau kau nak tahu. Mahal ini. Aku beli dalam beribu juga. Yang ini, kalau nak dapat di Malaysia, memang susah! Luar negara saja yang ada. Kira limited edition jugalah dalam Malaysia ini,” cerita Aunty Sarimah dengan semua orang penuh bangga yang menunjukkan sedikit keriakannya.


Aunty Sarimah ini, isteri Pak Su Zainal aku. Kami nak panggil dia mak su pada mulanya, tetapi dengana angkuhnya dia menolak. Katanya tak standard. Dia suruh kami panggil aunty. Biar ada aura orang berada. Hakikatnya, memang Aunty Sarimah ini anak orang kaya. Cuma, perangainya itu… terlampau ‘miskin’. Tak tahulah aku macam mana Pak Su Zainal boleh jatuh cinta dengan Aunty Sarimah.


“Anak kau tak datang ke, Imah?” tanya Mak Long.


Aunty Sarimah ada tiga orang anak. Anak sulung dia, lelaki dan kini sedang bekerja sebagai surgerist di hospital. Memang hebat! Yang buat tak hebatnya, bila perangai serupa dengan maknya. Ops, silap! Mummy ya...


Anak keduanya, perempuan dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam PhD in Chemistry di  Cambridge. Hebat gila. Inilah yang dibanggakan oleh Aunty Sarimah dari dulu. Sebab dia kata, bukan calang-calang orang boleh masuk ke universiti seperti itu.


Anak ketiga, perempuan juga dan ini paling rapat dengan aku. Jadi, aku ingatlah nama dia. Yang lain, ingat-ingat lupa. Namanya Zulaikha dan dia kini sedang belajar dalam Degree in Mathematic sebab cita-citanya mahu jadi guru matematik. Haaa… yang inilah paling yang tak dibanggakan oleh Aunty Sarimah dan underrate.


Sebabnya, Aunty Sarimah malu dengan cita-cita dengan anak bongsunya. Jadi cikgu? Likewhat? Aku macam nak buka kuliah saja dengan Aunty Sarimah itu. Hina sangat ke jadi seorang cikgu? Pernah sekali Aunty Sarimah kejar Zulaikha satu kawasan perumahan. Bila Pak Su Zainal masuk campur, barulah Aunty Sarimah akur.


“Qasha, dengar tak ibu cakap ini?” Tubuh yang terasa digoncang seseorang membuatkan aku tersedar ada suara menyapa aku. Ibu rupanya.


“Apa dia ibu?”


“Haih, bertuah punya budak. Mengelamun kerjanya. Pergilah naik. Bersiap-siap. Lepas zohor, mereka nak datang hantar rombongan. Berhiaslah apa yang patut, biar nampak berseri depan bakal suami.” Ibu tersenyum, tapi bila sampai perkataan bakal suami, aku tahu senyuman ibu tidak ikhlas.




“CANTIK pun adik Kak Anita. Serupa artis. Rasanya kalah Kim Tae Hee.” Kak Anita, merangkap kakak kandung aku dan geng drama Korea aku, memuji. Aku belek muka di sebalik cermin. Memang cantik. Tapi, muka mekap. Biasalah… Cuba kalau tak mekap, mahu pontianak lari pakai tongkat. Eh?


“Mesti dapat bakal suami macam Rain. Awww… Bestnya,” tokok Kak Anita. Kalau nak tahu, sebab apa aku terpengaruh dengan agenda Korea Selatan ini, semuanya bermula daripada Kak Anita. Dia telah berjaya mempengaruhi aku. Adara aje tak sempat sebab kebal sangat.


“Agak-agaklah. Dia orang mana… Boleh dapat ke stok macam itu dalam Malaysia?”


“Siapa kata tak boleh. Dapat yang kacukan Korea-Malaysia, mana tahu? Jodoh kan rahsia Tuhan.” Kak Anita menjawab sebelum buat touch up terakhir pada wajahku. Maka, siaplah lukisan di wajah dengan pelbagai bahan lukisan.


“Kenapalah kamu tak daftar jadi Miss Universe? Mesti cantik!”


“Boleh aje. Cuma takut masuk nanti, minggu pertama orang dah bagi hadiah dekat Qasha awal-awal. Pasal tak tunggu final pun, dah tahu siapa menang!” Angkat bakul sendiri kejap.


“Menyesal puji lebih-lebih.” Kak Anita buat muka meluat. Aku tergelak.


“Siapa suruh puji? Qasha pantang orang puji. Silap-silap, kembang setaman bunga hidung Qasha ini.” Aku gelak lagi.


“Perangai menurun siapa la ni?” rungut Kak Anita.


“Perangai anak cucu Mek Esah la!” Aku sebut nama nenek belah ibu. Kalau mek dengar, mahu dia tumpang gelak sekali. Seronok tengok muka Kak Anita sudah bengang semacam. Terpanggang ke?


Aku tunggu di dalam bilik. Sambil tunggu bakal ibu mentua masuk ke dalam untuk sarungkan cincin ke jariku. Berdebar-debar aku sepanjang menunggunya. Ini baru rombongan meminang, belum lagi akad nikah. Mahu jatuh jantungku ke lantai.


“Assalamualaikum.” Suara lembut seseorang daripada luar kedengaran apabila pintu terbuka.


Reaksi pertama aku… Terkejut! Ya, shocking square. Kuasa dua aku bagi. Sebab pertama, aku kenal orang itu. Sebab kedua, diakah bakal ibu mentua aku? What the coincidence?


“Waalaikumusalam.” Aku jawab.


Mak Cik Daria menghampiri dan dia duduk di sebelahku. Ibu juga sama. Aku tidak faham? Anak merekakah pilihan ayah? Anak mereka yang mana? Setahu aku, Mak Cik Daria ada empat orang anak. Dua lelaki, dua perempuan. Yang sulung, lelaki. Kedua dan ketiga, perempuan. Si bongsu pula, lelaki.


Wait a minute! Jangan cakap, bakal suami aku… anak sulung mereka itu!


“Tak sangka Qasha akan jadi menantu mak cik juga. Mak cik benar-benar gembira.”


Gembira? Mak Cik Daria gembira bermenantukan aku? Mahu dia tidak gembira… Dari dulu lagi dia memang sukakan aku. Jangan kata dia, anak dia pun sama! Dan, aku pun tidak terkecuali.


Drama pukul berapa pula tengah main ini?


Cincin disarungkan ke jariku. Entah mengapa, aku rasa lain. Aku tidak faham dengan situasi ini. Kenapa takdir menjadi begini? Sungguh, aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan kini.




“ITULAH orang kata… Kalau tak laku, memang tak akan laku. Sampai kena kahwin dengan orang lain. Semata-mata nak tutup malu. Kasihan sungguh!” herdik Aunty Sarimah ketika dia sedang bermain telefonnya. Main cakap aje mak cik ini. Dia tak sedar ke aku ada dekat?


Lupa pula… Aunty Sarimah orang kaya, tapi miskin adabnya.


“Biarlah, Imah. Janji ada orang nak. Daripada jadi anak dara tak laku. Lagi malu!” bidas Mak Tom, geram. Baru Mak Tom, sekali mak long masuk… Terdiam terus mulut Aunty Sarimah. Tunggu masa aje.


“Tak kesahlah. Yang penting, aku tak nak anak-anak aku jadi macam ini.” Aunty Sarimah tidak mahu mengalah. Mahulah dia menang. Kalah itu, tak wujud dalam kamus hidupnya.


“Eloklah kalau macam itu. Jaga anak-anak kau elok. Jangan sampai conteng arang ke muka sendiri pula. Bukan apa, aku takut nanti orang yang mengata dulang, tapi paku terserpih. Jangan macam itu, Imah!” Mak long mencelah.


Itu diaaa… Terdiam terus Aunty Sarimah. Tak ada siapa boleh lawan penangan mak long. Best words war captain in town!


“Tak lama lagi, nak kahwinlah anak saudara Mak Tom ini. Tinggal dua orang sajalah anak kau yang belum kahwin, kan Iza?” Mak Tom tanya. Ibu angguk saja. Tinggal Adara dan Ihsan. Abang Firdaus dan Kak Anita sudah kahwin dan tinggal dengan pasangan masing-masing. Ihsan pula baru 17 tahun. Belajar di MRSM dan akan menghadapi SPM penuh gilang-gemilangnya. Haha.


“Adara itu tak lama dah, Mak Tom. Dah besar panjang pun. Lainlah Ihsan… Kalau yang itu nak kahwin, memang gatallah!” seloroh Kak Anita. Semuanya pecah tawa. Kalau adik aku yang bongsu terus kahwin selepas SPM, memang gatallah.


“Aku dengar, orang yang kau nak kenenkan dengan anak kau itu… kerja pilot. Betul ke?” Mak long buka suara, bertanya kepada ibu dan ayah. Aku terkedu sesaat, sebelum memandang ibu dan ayah.


Sumpah… Aku rasa bersyukur sangat-sangat. Alasannya, cita-cita si dia telah tercapai. Pada masa yang sama, aku rasa lain. Memang sahlah… Dia yang ayah mahu kenenkan dengan aku.


Ibu sekadar mengangguk untuk soalan mak long.


“Dapat menantu pilot la kau selepas ini. Nampaknya, untung si Qasha. Dapat suami bawa kapal terbang. Itulah orang kata, ada hikmah di sebalik sesuatu. Mungkin, yang akan datang lebih baik. Yang kutuk tadi itu, tak dapat apa pun. Penat mulut bercakap,” perli Mak Long dengan cara halus, menuju kepada Aunty Sarimah.


Makin panjang sedepalah muncung Aunty Sarimah.


“Qasha, esok nanti kamu ada lunch dengan bakal suami kamu. Jangan tak pergi. Biar kamu berkenalan dengan dia. Waktu inilah nak rasa date sebelum nikah. Mujur tau ada masa lagi,” ujar ayah tegas.


Lunch dengan dia? Serius la? Jantung aku rasa nak pecah waktu ini.


“Suami kamu itu pilot, jangan lupa ajak dia makan restoran yang mewah nanti. Mewah sampai terlajak. Dapatlah makan stik puas-puas. Boleh kamu cerita stik yang kamu makan itu dua puluh empat jam dekat kami. Ulang-ulang sampai kami bosan,” perli mak long lagi. Sengaja nak sakitkan hati orang itu.


“Kita ini tak kaya macam orang itu, long. Mampu makan chicken chop dekat kedai makan tepi jalan aje.” Mak Tom juga tak ketinggalan bas sama.


“Tak apalah. Nanti, Iza suruh menantu Iza yang kerja pilot itu, belanja kita semua makan chicken chop dekat restoran yang mewah ada penghawa dingin di dalam.” Ibu pun sama tumpang mengusik.


Nasiblah… Banyak-banyak beristighfar, ya Aunty Sarimah.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.