Home Novel Cinta SUDAH KETENTUAN NYA
SUDAH KETENTUAN NYA
kay raniyaa
9/10/2017 12:49:41
25,783
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5/1

Sudah menginjak enam bulan pemergian Azril, namun keadaan Nia Zahra masih tiada perubahan. Menangis, termenung dan langsung tidak mahu keluar dari bilik. Puan Hamimah menjenguk Nia Zahra dibiliknya. Hatinya sebak melihat Nia Zahra tidur diatas tikar sejadah dan surah yassin didalam pelukannya.

Puan Hamimah menghampiri anaknya, hati ibu mana yang gembira melihat anak yang seperti sudah berputus asa untuk hidup. Setiap hari dia akan berbual dengan Nia Zahra namun hanya air mata yang menjawab setiap pertanyaannya.

“Nia…bangun sayang.”

Puan Hamimah mengejutkan Nia Zahra yang begitu asyik terlena. Wajah pucat anaknya diusap perlahan. Puan Hamimah tidak sedap hati apabila dia merasakan badan Nia Zahra panas dari biasa.

“Nia..kita pergi klinik ye. Nia demam ni..ibu rasa dahi dengan badan Nia panas.”

Puan Hamimah menggoncang lembut bahu anaknya. Namun Nia Zahra masih tidak bereaksi. Puan Hamimah memangku kepala Nia Zahra. Dia yakin Nia Zahra pengsan lagi!

“Macam mana keadaan adik saya doktor?”

Nash bimbang keadaan adiknya. Dia sedang tidur ketika mendengar jeritan ibunya. Hanya ibu dan Nia Zahra yang dia ada didunia ini. Mereka adalah nyawa baginya.

“Encik dan Puan jangan risau. Cik Nia Zahra cuma demam biasa. Tapi, saya dapati emosinya sangat tidak stabil. Saya nasihatkan jangan biarkan dia berseorangan, dia perlukan sokongan moral dari Encik dan Puan. Dia mengalami tekanan perasaan. Tekanan perasaan ini jika tidak rawat dia akan bertambah parah.”

Puan Hamimah menangis hiba di dada anaknya Nash. Kasihan anakku Nia..

“Ibu..kita kena kuat untuk Nia. Kita kena gembirakan Nia. Ibu jangan sedih, Nash sentiasa ada untuk ibu dan Nia.”

Nash memeluk ibunya, dia tahu ibunya turut merasai tekanan yang dialami Nia. Sekarang dialah kekuatan untuk dua wanita yang paling penting dalam hidupnya ini.

“Nia Zahra perlu dipantau untuk malam ini. Kemungkinan esok dia akan dibenarkan pulang. Encik dan Puan boleh melawat Nia Zahra. Saya mintak diri dulu.”

“Terima kasih doktor.” Doktor Azni hanya menganggukkan kepalanya tanda mengucapkan‘sama-sama’. Mereka terus berlalu masuk ke bilik yang menempatkan Nia Zahra.

“Nash, ibu cadang nak bawak Nia balik kampung. Kalau Nia mahu ibu ingat nak biarkan Nia tinggal lama kat kampung.”

Puan Hamimah sangat risau dengan keadaan Nia Zahra. Ini sudah kali kedua Nia Zahra di masukkan ke wad dan kali ketiga dia pengsan tidak sedarkan diri setelah kejadian sedih menimpa mereka sekeluarga. Nia Zahra sudah tidak sekuat dan seceria dulu lagi. Puan Hamimah yakin dia harus berbuat sesuat uuntuk mengembalikan semangat Nia Zahra.

“Nash ikut je bu.Kalau ibu rasa semua ni boleh sembuhkan Nia. Nash boleh ambil cuti 2 hari lagi ibu. Kalau ibu nak esok Nia keluar wad kita terus bawa dia balik kampung.” Nash merenung wajah polos adiknya yang masih tidak sedarkan diri.

“Ye la kalau macamtu. Kesian Nash asyik cuti je.”

“Demi ibu dan Nia berhenti kerja pun Nash sanggup bu.”

Nash memeluk ibunya. Hanya ibu dan Nia yang dia ada didunia ini. Tak sanggup dia melihat orang yang dia sayang sedih dan derita. Dia sanggup buat apa sahaja, berkorban nyawa sekalipun dia sanggup asalkan kedua-dua orang kesayangannya ini bahagia.

Anisah mengambil cuti hari ini setelah mendapat panggilan dari Nashyang mengatakan Nia Zahra dimasukkan ke wad sekali lagi. Anisah tahu terlalu berat dugaan yang perlu di tanggung sahabat baiknya itu.

Namun bersedih dan berduka lara bukanlah jalan penyelesaiannya. Hariini dia akan membuat perhitungan dengan Nia Zahra. Anisah tak sanggup lagi melihat Puan Hamimah ibu Nia Zahra yang sering menangis apabila bercerita tentang keadaan Nia Zahra kepadanya.

 

“Assalammualaikum Nia. Kau dah makan?kalau belum ni aku belikan popia basah feberet kau.”

Anisah tersengih sambil meletakkan plastic polistrine popia basah diatas meja bersebelahan Nia Zahra. Nia Zahra hanya memandang wajah kawannya itu dengan pandangan yang kosong. Senang cerita tiada perasaan. Nia Zahra langsung tidak menjaga makan minumnya selepas suaminya pergi. Wajahnya pucat dan cengkung. Nia Zahra seperti turut sama mati bersama suaminya pada hari kejadian.

“Nia kau tak boleh macam ni. Sampai bila kau nak jadi macam ni?kau seksa jiwa dengan badan kau.Yang paling aku tak boleh terima kau seksa hati ibu kau.”

Anisah memegang erat tangan Nia Zahra. Pandangan matanya tepat merenung mata Nia Zahra yang sudah mula berkaca. Namun Nia Zahra masih membisu.

“Setiap kali aku telefon ibu, mesti ibu akan menangis cerita pasal kau. Aku tahu kau sedih, aku pun sedih Nia. Sebab aku bukan setakat hilang seorang kawan tapi dua orang bila aku tengok keadaan kau macam ini. Kalau kau tak fikir tentang diri kau. Fikir tentang ibu. Arwah juga ibu dah anggap macam anak dia sendiri. Tentu ibu lagi sedih tambah pulak dengan keadaan kau macam ni.”

Pujuk Anisah lagi membuatkan air mata Nia Zahra mengalir keluar. Sedih Anisah melihatnya. Dia tahu Nia Zahra amat kecewa dan sangat rasa kehilangan. Hati siapa yang tak sedih, baru beberapa jam bergelar isteri suami pergi mengadap Illahi. Namun kita yang masih hidup ini perlu meneruskan kehidupan walaupun terasa sakit yang teramat sangat.

“Nia cuba kau tengok diri kau sekarang…sangat tak terurus. Kau ingat arwah gembira dengan keadaan kau sekarang?keadaan kau macam ni lagi menyeksakan dia kat Sana tau tak?”

Suara Anisah sedikit meninggi. Lama Anisah diam memerhati Nia Zahra yang sedang menangis.

“Kalau kau nak terus macam ni, aku balik dulu la Nia. Aku kecewa dengan kau.”

Anisah bangun mahu meninggalkan Nia Zahra. Namun suara Nia Zahra membuatkan dia berhenti dan berpaling.

“Nisah…aku…aku dah tak larat..berat rasanya dugaan ini untuk aku. Aku hilang dia dalam sekelip mata....tak semudah tu untuk aku terus lupakan dia.” Air mata Nia Zahra semakin lebat mengalir.

“Aku bukan suruh kau lupakan Arwah, tapi aku nak kau bangkit dari kesedihan ini. Aku nak kau hidup macam dulu. Bukan menyerah kalah macam sekarang.” Anisah menyapu air mata NiaZahra.

“Menangis la Nia,lepaskan semuanya. Jangan simpan apa-apa lagi.”

Tangan Nia Zahra digenggam kemas memberikan semangat untuknya terus meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Nia Zahra menarik nafasnya dalam-dalam dan meneruskan kata-kata yang sudah lama dipendam, sudah tiba masa dia meluahkan segala-galanya

“Dua tahun kami merancang untuk berkahwin. Aku yakin dia akan jadi pelindung aku selain dari Along, ibu dan kau. Dengan dia aku rasa sangat selamat. Dia seorang lelaki yang penyayang…sangat penyayang” Nia Zahra diam sebentar. Mencari kekuatan untuk meneruskan bicaranya.

“Dia..cinta pertama aku.”

Air mata masih setia mengalir. Tanpa mereka berdua sedari abangnya Nash sedang mendengar semua perbualan mereka.

“Dia sanggup beli rumah di Cameron highland untuk aku...sebab dia tahu aku suka pergi situ..dia tak de siapa-siapa selain aku. Dia selalu cakap, dia hidup sebatang kara dekat dunia ini. Dia cuma ada aku Nisah. Tapi..kenapa sekarang dia tinggalkan aku?Aku hilang dia Nisah. Aku sayang dia..Aku tak tahu macam mana nak teruskan hidup ni. Kenapa dia tak bawak aku sekali Nisah? Aku boleh teman dia dekat Sana,tentu dia sunyi kan Nisah?”

Anisah turut sama mengalirkan air mata. Anisah memeluk erat sahabatnya supaya dia tahu yang dia tidak rasa keseorangan dalam menghadapi ujian Allah ini.

“Tak baik cakap macam tu Nia, kau kena redha dengan semua ni. Besar pahala kalau kau redha dengan ujian Allah untuk kau. Kau kena ingat kau masih ada ibu dan abang yangsangat sayangkan kau. Betapa dia orang sangat sedih tengok keadaan kau macamni. Kau kena kuat Nia..kau tak boleh mengalah macam ni. Aku tahu kalau arwah masih ada dia tentu tak suka tengok kau macam ni.”

Nia Zahra masih belum melepaskan pelukannya. Dia mahu melepaskan semua kesedihannya. Dia tak pernah mintak untuk jadi selemah ini, dia redha dengan ujian Allah ini cuma dia perlukan masa, sokongan dan kekuatan untuk bangun dan berdiri untuk menghadapi semua ini.

Nash diluar bilik mengesat air mata, barulah dia tahu separuh jiwa Nia Zahra turut pergi bersama Azril. Begitu kuat kasih sayang antara mereka berdua, seperti kasih ayah kepada ibu.

Namun ibu mereka kuat setelah kehilangan ayah kerana memiliki dia dan Nia Zahra. ‘Adik masih ada along dan ibu, jangan pernah rasa keseorangan.Selagi Along bernyawa, adik dan ibu akan menjadi keutamaan pada along.’

Jam menunjukkan 9 malam, sudah seharian Anisah berada dihospital menemani sahabat baiknya. Anisah terpaksa pulang meninggalkan Nia Zahra yang sedang nyenyak tidur, dia khuatir ibu dan ayahnya risau jika dia pulang terlalu lewat malam.

“Nisah, terima kasih sebab jadi sahabat yang baik buat adik saya.”

Anisah tersenyum memandang Nash. Sebagai kawan baik hanya ini sajalah yang mampu dia lakukan. Mungkin hari ini hari Nia Zahra esok lusa hari dia pula, siapa tahu kan? Aturan Allah itu cantik, hanya kita sebagai hamba perlu redha dengan hati yang terbuka apa yang sudah ditakdirkan buat kita.

“Tak payah ucap terima kasih. Saya sayang Nia, saya dah anggap dia macam saudara kandung sebab saya ni pun anak tunggal. Dengan Nia la saya tumpang kasih.”

Nash tersenyum mendengar kata-kata yang baru sahaja lahir dari mulut wanita yang telah lama dia senangi, kedengaran ikhlas ditelinganya.Tiada siapa tahu yang selama ini dia menaruh hati pada Anisah, tak tahulah sampai bilarahsia hati ini akan tersimpan rapi didalam dirinya.

Dan yang paling penting wajah Anisah ada sedikit iras wajah Ekin isteri kepada penyanyi Mawi AF. Minat sungguh dia dengan mawi sampai nak cari bini pun nak macam bini orang tu. Gila melampau!

“Hmm..abang Nash saya mintak diri dulu. Insya Allah esok pagi saya datang lagi.”

“Baik…hati-hati drive.”

Anisah tersenyum dan berlalu meninggalkan Nash yang masih memandang pergi sahabat baik adiknya itu. ‘Saya berdoa semoga suatu hari nanti awak akan jadi kakak ipar kepada Nia.’Sempat lagi Nash memasang impian. 

Previous: Bab 4/2
Next: Bab 5/2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kay raniyaa