Home Novel Cinta SUDAH KETENTUAN NYA
SUDAH KETENTUAN NYA
kay raniyaa
9/10/2017 12:49:41
25,784
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1

Bab 1

Nazmil memandu tenang, sekali sekala bunga ros disebelahnya dicium.Tidak sabar mahu bersua wajah dengan kekasih hatinya setelah seminggu dia berada di Singapura menguruskan anak syarikat yang baru sahaja dibuka disana.

Sepatutnya dia akan pulang esok hari tetapi dia sengaja mahu membuat kejutan untuk kekasihnya, hari ini dia mahu melamar kekasihnya menjadi isterinya yang sah. Sudah 3 tahun mereka menyulam kasih, tibanya hari ini diamahu menjadikan hubungan mereka ini lebih bererti lagi.

Sampai sahaja dihadapan rumah Nadia, Nazmil hairan mengapa ada ramai lelaki yang berkopiah sedang berkumpul.

“Assalammualaikum.Maaf pak cik, saya nak tanya ada apa ye ramai-ramai dekat sini?”

Nazmil menghulurkan tangannya untuk bersalam tanda hormat.

“Encik ni siapa?”

“Kawan saya tinggal dekat sini.” Jawapan Nazmil menimbulkan seribu satu persoalan di fikiran orang yang memenuhi halaman rumah Nadia.

“Kawan encik?Cik Nadia Nazri kawan encik?” Soal salah seorang Pak cik yang memakai kopiah tadi.Nazmil mula risau. ‘Ya Allah semoga tiada apa-apa yang jadi pada Nadia.’ Nazmil sudah mula gelabah. Namun sangkaannya meleset bila tiba-tiba sahaja Nadia berlari meluru ke arahnya.

“Awak..tolong saya awak. Saya tak bersalah! Saya diperangkap awak!”

Nadia menangis seperti orang gila membuatkan Nazmil semakin terpinga-pinga. Tiada lagi tudung yang sentiasa menutupi kepalanya. Keadaan Nadia sekarang sangat mencurigakan Nazmil.

“Hei..kenapa ni?cuba cerita dekat saya apa yang dah jadi ini?”

Nazmil pegang erat bahu Nadia. Nadia tunduk menangis. Bagaimana dia mahu menerangkan apa yang telah terjadi kepada Nazmil?Bolehkah Nazmil mempercayai setiap butir ceritanya?Nadia masih diam seribu bahasa.

“Encik kami semua ni Ahli Jemaah surau taman ini, Cik Nadia ditangkap khalwat dengan seorang lelaki.”

Buk! Nazmil rasakan seperti ada satu tumbukan padu tepat mengenai wajahnya. Wajah Nadia dipandang tajam, benarkah apa yang dia dengar? Kekasihnya ditangkap khalwat?Astaghfirullahal’azim..

“Betul ke apa yangEncik ni cakap Nadia?”

Bahu Nadia digoncang kuat. Nadia tak mampu untuk menatap wajah Nazmil. Dia rasa malu dengan apa yang telah terjadi namun dia perlukan Nazmil untuk mempercayai kata-katanya. Dia bukan perempuan yang tiada maruah diri sehingga sanggup untuk melakukan perbuatan terkutuk ini. 

“Sumpah saya tak tahu macam mana dia boleh ada dalam bilik saya. Tolong Naz percaya saya.”

Nazmil meraup wajahnya. Matanya jatuh pada pakaian yang tersarung dibadan Nadia. Selama ini dia tidak pernah melihat Nadia dalam pakaian begini, Nadia adalah seorang perempuan yang sangat menjaga auratnya. Tapi…

“Siapa jantan tu?”Nazmil sudah menggempal penumbuk, kesabarannya sekarang hanya tinggal senipis kulit bawang.

“Aku Azmi. Takkan kau dah lupa? Lelaki yang telah kau rampas kekasihnya dan sekarang…dia dah jadi milik aku semula..”

Nazmil bengang bila melihat lelaki yang merupakan sepupu Nadia dan juga musuhnya muncul dari dalam rumah. Menambahkan amarahnya lagi bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Ikutkan hati yang sedang marah ini mahu dibunuh saja lelaki yang sedang berdiri dihadapannya ini namun akal yang waras menidakkannya.

Tiga tahun mereka menyulam kasih, akhirnya ini yang dia dapat. Tergamak Nadia buat begini padanya. Apa kurangnya dia jika nak dibandingkan dengan Azmi. Nadia masih lagi menangis,tangannya ditarik dari genggaman lelaki yang bernama Azmi tadi. ‘Ya Allahkenapa semua ini terjadi pada aku.’ Nadia melutut dihadapan Nazmil.

“Saya tak buat semua ini. Tolonglah percaya saya, saya sayang awak. Hei jantan tak guna! Kau cakaplah pada semua orang yang kau perangkap aku! Cakaplah!”

Nadia tiba-tiba berang. Dia bangun dan tangannya terus dilayangkan ke muka Azmi. Sekali kena,masuk kali kedua lelaki yang berkopiah tadi sempat menghalang kalau tidak lebam teruk muka Azmi dikerjakan Nadia.

“Sabar cik.Walauapapun yang cik katakan, keadaan cik dan lelaki tadi sangat mencurigakan.Lelaki dan perempuan tidur dalam satu bilik dan diatas katil yang sama dan cik tanpa sebarang urat..…”

“Cukup!”

Belum sempat lelaki berkopiah itu menghabiskan kata-katanya Nazmil terlebih dahulu memotong. Tak sanggup rasanya dia mendengar apa yang telah terjadi diantara Nadia dan lelaki yang merupakan sepupu Nadia sendiri. Nazmiltahu selama ini Azmi memang ada menaruh hati pada Nadia namun dia tak sangkadalam diam mereka menjalinkan hubungan.

Bunga ros yang dibelinya tadi dilempar ke lantai begitu juga dengan sebentuk cincin. Hatinya hancur. Nazmil terus berlalu dari situ, tak sanggup lagi untuk bertentang mata dengan kekasih yang telah curang padanya. Nadia cubamengejar namun tidak diendahkan Nazmil.

Nadia akhirnya terduduk lesu diatas jalan raya, dia menangis seperti anak kecil.‘Naz..kenapa awak tak percayakan saya.’ Azmi lelaki durjana tadi tersenyum kemenangan. Dia berjaya memiliki Nadia walaupun dengan cara yangmenjijikkan.

‘Kau takkan berjaya untuk memiliki Nadia sebab dia dah menjadi milikaku sekarang!’ Azmi tersenyum kemenangan. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia menjerit kemenangan tapi bila mengenangkan akan kewujudan lelaki-lelaki berkopiah membantutkan niatnya. Azmi mengeluarkan telefon dan menaip sesuatu melalui aplikasi whatsapp kemudian pesanan itu dihantar kepada seseorang.

Nazmil memandu kereta sangat laju, hatinya hancur. Tergamak Nadia buat begini padanya. Tanpa sedar ada airmata yang mengalir dipipi. Dengan pantas airmata diseka, jijik rasanya menangis hanya kerana seorang wanita yang curang seperti Nadia. Apalah malang nasibnya hari ini terpaksa melihat kecurangan kekasih didepan mata sendiri. Stereng kereta dihentak kuat.

Namun nasib malang Nazmil tidak terhenti disitu apabila sampai sahaja di sebuah simpang tiba-tiba sebuah kereta kancil muncul, Nazmil cuba mengelak dan kereta yang dipandu Nazmil terbabas lalu masuk ke laluan yang bertentangan dan merempuh sebuah kereta yang lain. Dumm!! Pandangan Nazmil gelap.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kay raniyaa