Home Novel Cinta SUDAH KETENTUAN NYA
SUDAH KETENTUAN NYA
kay raniyaa
9/10/2017 12:49:41
25,771
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Nia Zahra pelik dengan sikap dan kata-kata Azril sejak akhir-akhir ini. Kata-kata nasihat dan kata-kata perpisahan sering diluahkan membuatkan Nia bimbang seandainya kata-kata itu menjadi kenyataan. ‘kuatkah aku untuk kehilangan Azril?’ deringan telefon membuatkan Nia sedikit tersentak. Nama pemanggil di pandang sekilas lalu senyuman terukir dibibir.

“Salam awak..kenapa call ni?kan tadi awak dah call saya..esok kan kita nak jumpa dan..esok hari paling bersejarah untuk kita.” Nia Zahra bersuara riang.

“Awak saya sayang awak..”

Nia Zahra tersenyum. Dia sungguh bahagia mendengar ucapan keramat itu. Dia membetulkan duduknya supaya selesa untuk berbicara dengan Azril. Inai ditangan dan kaki membuatkan pergerakannya terbatas. Angkat call tadi pun dia terpaksa juga guna ibu jari tangan dan menekan pembesar suara supaya dia tidak perlu memegang telefon bimbitnya.

“Nia…jaga diri awak…kita jumpa esok…assalammualaikum.”

Tidak sempat Nia membalas salam talian dihujung sana sudah dimatikan.Semakin hairan Nia dengan sikap aneh Azril. Pintu biliknya diketuk seseorang. Belum sempat Nia Zahra bersuara pintu biliknya sudah dikuak dari luar.

“Ei makcik apasal tak tidur lagi?aku tidur dengan kau tau malam ni. Lepas ni aku dah tak boleh tidur dengan kau lagi.”

Anisah kawan baik Nia Zahra yang sudi menemaninya malam ini dan sudi menjadi pengapit untuk majlis perkahwinan yang akan berlangsung esok hari. Panggilan makcik sudah biasa diantara mereka. Panggilan manja kononnya.

“Aku tak boleh tidurla..kita borak-borak nak…tak payah tidur.”

Nia Zahra susah hati sebenarnya. Dia langsung tidak rasa mengantuk. Anisah hairan mendengar kata-kata sahabatnya, mungkin semua bakal pengantin macam ni kut…malam sebelum nikah susah hati dan tak boleh tidur.

“Ish kau ni Nia kenapa susah hati pulak? Kalau aku senang hati..ye la nak kahwin tentulah senang hati..lain la kalau nak pergi berperang..memang patutlah nak susah hati. Dah lewat ni, kita tidur ye.”

Anisah mengambil tempat disebelah Nia Zahra, matanya sudah mengantuk, ini kalau letak saja kepala atas bantal confirm terus hilang. Namun bila melihat Nia Zahra yang masih lagi termenung membuatkan Anisah bersuara semula.

“Kau tak boleh tak tidur la Nia..esok masa bersanding muka kau sembam mata bengkak dah tak berseri tau tak.” Anisah cuba menenangkan hati kawan baiknya.

“Hmmm…aku betul tak boleh tidur ni…” Nia bersuara perlahan.

“Okey macam ni, kita borak sampai inai kat tangan kau tu kering lepas tu kau boleh basuh tangan kau tu dan aku nak kau buat solat hajat mintak supaya hati kau tenang…boleh macamtu?”

Laju Nia Zahra menganggukkan kepalanya. Anisah memang kawan yang paling memahami dirinya. Mereka berkawan sejak dari Universiti lagi walaupun berlainan tempat bekerja namun hubungan mereka tetap utuh seperti dulu. Bagi Nia Zahra terlalu sukar untuk mencari sahabat seperti Anisah dalam dunia ini,hanya ada satu dalam sejuta.

Selesai solat hajat Nia membaca Surah Yassin selepas itu dia terus terlelap di atas tikar sejadah. Semoga hari esok adalah hari yang paling bermakna bagi dirinya juga Azril.

 

Majlis akad nikah berlangsung dengan lancar dan meriahnya. Dengan sekali lafaz mereka sah sebagai suami isteri. Nia Zahra anggun dengan sut pengantin jubah moden begitu juga Azril yang segak dengan baju melayu berwarna biru lembut sedondon dengan Nia Zahra. Mereka bagaikan pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan.

“Isteriku Nia Zahrasaya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjadi suami awak. Saya sangat sayangkan awak.”

Lembut bibir Azril mencium ubun isterinya. Airmata Azril mengalir perlahan. Begitu juga dengan Nia Zahra. Keadaan itu membuatkan hadirin yang melihat turut sayu. ‘Saya pun sayang sangat awak’ namun kata-kata itu hanya terluah didalam hati sahaja.

Selesai majlis akad nikah Azril dan rakannya perlu kembali ke hotel untuk menukar baju. Manakala Nia Zahra terus pulang ke rumahnya kerana majlis persandingan akan berlangsung di kediamannya.

Sedang Nia Zahra diandam telefon bimbitnya berdering. “Nisah tolong angkat phone aku.”Anisah pantas mengambil telefon bimbit Nia Zahra lalu ditekapkan ke telinganya.

“Ya Allah..” Hanya ayat itu yang terkeluar dari bibir Anisah membuatkan Nia Zahra yang sedang diandam memandang tepat kearah Anisah.

“Nisah…” Jantung Nia Zahra mula berdegup kencang. Dia bagaikan dapat merasakan ada sesuatu yang buruk telah terjadi. Tapi pada siapa? ‘Ya Allah Kau lindungilah insan-insan kesayangan ku.’

“Jom ikut aku.”

Anisah menarik tangan Nia Zahra menuju ke luar rumah. Mujurlah tak ramai lagi jemputan yang datang. Nia Zahra bertambah hairan apabila abangny a sudah berada di dalam kereta.

“Nisah?Along?kenapa ni?jangan buat Nia macam ni.”

Nash terus memecutkan kereta tanpa menjawab pertanyaan adiknya. Anisah hanya memandang Nia Zahra dengan pandangan yang berkaca. Tiada kata yang terluah dari bibir Anisah. ‘Sabarlah kawanku’.

“Kenapa along bawak Nia datang sini?siapa yang kemalangan tu along?”

Nia Zahra mula resah apabila melihat kereta yang dinaiki Azri lsebentar tadi remuk di hadapan sebuah kereta Toyota Camry. Nia Zahra tidak dapat melihat siapa yang didalam kereta itu kerana orang ramai sudah mengerumuni tempat kejadian. Abangnya meminta supaya orang ramai memberi laluan kepada mereka untuk melihat dengan lebih dekat lagi.

“Ya Allah…Azril…awak..” Lemah semangatnya melihat keadaan Azril begitu. Baju nika hyang dipakai Azril sudah bertukar warna. Darah memenuhi wajah dan bajunya. Perlahan Nia Zahra mendekati Azril.

“Azril…tolong jangan tinggal saya…along kenapa tak bawak azril ke hospital..along tolong Nia…tolong selamatkan Azril…Nisah tolong Azril Nisah…”

Remuk hati Nia Zahra melihat suaminya dalam keadaan begini. Darah pekat mengalir dari dahi suaminya. Nia Zahra membuka tudungnya dan diikat dikepala suaminya untuk menghentikan darahnya mengalir.

“Ya Allah jangan kau ambil nyawanya…aku perlukan dia Ya Allah..” Nia Zahra memegang tangan Azril yang sejuk. Dia sangat takut, takut untuk kehilangan Azril.

“A..wak..” Azri lbersuara perlahan. Nia Zahra merapatkan telinganya ke bibir Azril.

“Ja…ga…diri…ja..ga..ibu.…maaf..sa..yang..jangan..se..dih…sa..yang..a..wak..” Terlalu sukar untuk Azril berkata-kata. Nia Zahra sudah teresak-esak begitu juga Anisah. Abangnya menahan sebak.

“Awak..jangan tinggal saya…” Nia Zahra menggeggam erat tangan suaminya.

“Nia..ajar Azril mengucap Nia..” Nash memegang bahu Nia Zahra memberikan semangat padanya. Wajah abangnya dipandang sayu. ‘Nia tak nak hilang dia along.’ Namun bila melihatkan kecederaan yang dialami suaminya, Nia Zahra tahu harapan untuk suaminya selamat terlalu tipis.

“Awak..mengucap…Lailahhaillallah..” Perlahan Azril mengikut kata-kata isterinya. Selepas Azril melafazkan kalimah ‘Lailahhaillallah’ tangannya digenggaman Nia Zahra terus terkulai layu.

“Awak!!!!!!!!” NiaZahra terduduk lemah. Azril sudah tinggalkannya. Kata-kata gurauan akhirnya menjadi kenyataan.

“Sabar Nia. Jangan macam ni..” Anisah menarik tubuh Nia Zahra ke dalam pelukannya. Dia tahu sukar untuk Nia Zahra lalui dan terima semua ini. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

“Dia dah tinggalkan aku Nisah..”

Nia Zahra terus rebah mujurlah dia masih dalam pelukan Anisah jika tidak sudah tentu dia juga akan mengalami kecederaan akibat pengsan dan jatuh atas jalan raya. Nash yang menyaksikan kejadian itu terus merangkul tubuh adiknya dan di bawa masuk ke dalam kereta.

Jenazah Azril telah selamat dikebumikan. Rakannya yang cedera parah telah dibawa ke hospital. Kemalangan ngeri diantara dua buah kereta itu telah mengorbankan satu nyawa dan dua orang cedera parah. Namun menurut saksi yang melihat kejadian itu mengatakan ada sebuah kereta lain yang turut terlibat dalam kemalangan ini namun telah berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dan nombor plat kereta tersebut tidak sempat diambil hanya jenis kereta yang diketahui.

Selepas kejadian itu Nia Zahra hanya termenung dan menangis. Datanglah sesiapa yang ingin memujuknya tidak akan dilayannya. Hanya air mata yangsetia mengalir.

‘kenapa awak tinggalkan saya?kita tak sempat merasa bahagia hidup suami isteri…awak..macammana saya nak hidup tanpa awak…separuh dari nyawa saya turut mati bersama awak..’.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4/1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kay raniyaa