Home Novel Cinta SUDAH KETENTUAN NYA
SUDAH KETENTUAN NYA
kay raniyaa
9/10/2017 12:49:41
25,770
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4/2

Nazmil tersedar dari jaga dia memerhati keadaan sekelilingnya, tempat itu begitu asing padanya. Dia dapat lihat sepasang pengantin sedang bersanding diatas pelamin di sebuah taman yang begitu indah. Namun kegembiraan pasangan itu tidak lama apabila pengantin lelaki tersebut tiba-tiba rebah ke tanah dan pasangannya terus menangis sambil menggenggam erat tangan lelaki tersebut.

Dia cuba menghampiri pasangan itu namun dihalang oleh adiknya yang tiba-tiba muncul dari belakangnya. Pengantin perempuan itu memandangnya dengan wajah penuh kesedihan dan kekecewaan.

Nazmil ingin sangat memujuk perempuan itu, dia ingin menyapu airmata yang mengalir di pipi perempuan itu. Dia tahu pengantin lelaki itu telah mati, perempuan itu kesedihan dan kecewa kerana lelaki yang dia sayang telah pergi. Nazmil memandang adiknya yang masih memegang erat tangannya, dia mahu adiknya melepaskan tangannya dan tidak menghalang untuk dia memujuk perempuan itu.

Akhirnya tangannya dilepaskan dan adiknya tersenyum padanya. Dia terus melangkah ke arah perempuan itu namun tiba-tiba pasangan pengantin itu hilang dari pandangannya, dia memandang kembali kearah adiknya namun adiknya juga telah hilang.

Nazmil tersentak dari lena yang panjang…dia kembali runsing melihat keadaan dirinya dan juga keadaan sekelilingnya yang sekali lagi amat asing baginya. Kepalanya amat sakit....Ya Allah..kenapa dengan aku?sakitnya…kata-kata yang tidak terluah dari bibir Nazmil yang amat pucat. Tiba-tiba dia terdengar suara ibu dan ayahnya menjerit memanggil doktor. Selepas itu Nazmil sudah tidak sedar apa yang telah berlaku kepadanya.

 

“Tuan Borhan, anak tuan telah sedar namun dia masih belum kuat dan dia masih belum dapat ingat apa yang terjadi kepada dirinya.Encik Nazmil seperti dalam keadaan trauma. Tuan dan puan perlu berikan dia masa dan kata-kata semangat supaya dia cepat pulih dari traumanya.”

“Macam mana dengan kecederaan kakinya?” Tuan Borhan khuatir keadaan anaknya akan bertambah teruk setelah mengetahui keadaan kakinya.

“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, keadaan lumpuh yang Encik Nazmil alami adalah hanya sementara. Ia bergantung kepada Encik Nazmil untuk pulih seperti dulu. Tuan dan Puan harus bersyukur pada Allah kerana kecederaan tulang belakang yang dialami Nazmil tidak serius. Saya hanya bercakap berdasarkan pemeriksaan yang di buat tapi semuanya di tangan Allah. Saya pergi dulu. Terima kasih.” Doktor Zainal terus berlalu meninggalkan Tuan Borhan yang masih termangu berdiri di situ.

Tuan Borhan melangkah masuk ke bilik wad anaknya. Puan Ainul setia disisi Nazmil yang sedang tidur. Tuan Borhan buntu bagaimana caranya dia perlu beritahu Nazmil akan keadaan dirinya yang tidak seperti dulu lagi. Dia mahu Nazmil menerimanya dengan positif supaya dia akan cepat sembuh. Tuan Borhan akhirnya mengambil wudhuk dan menunaikan solat hajat. Dengan cara ini sahaja hatinya akan tenang.

 

“Ma..kenapa kaki Naz tak boleh gerak?” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Nazmil setelah ingatannya pulih. Puan Ainul memandang suaminya dengan pandangan supaya TuanBorhan boleh katakan sesuatu.

“Naz kena banyak berehat. Tak boleh banyak gerak.”

Pujuk Tuan Borhan sambil mengusap rambut anaknya.

“Naz tanya kenapa dengan kaki Naz ni?”

Suara yang perlahan tadi sudah mula meninggi. Nazmil memandang tepat ke wajah ayahnya.

“Keadaan Naz ni hanya sementara. Doktor cakap akan pulih macam dulu. Tapi Naz kena kuat, kuat untuk sihat macam dulu.” Tuan Borhan cuba menenangkan anaknya yang sudah mula naik berang.

“Tipu!Naz dah lumpuhkan?cakap la abah!ma! Naz lumpuh kan?”

Nazmil menjerit dan menangis.

“Naz anak mama..sabar sayang..Naz bukan lumpuh selamanya. Semua ni hanya sementara.Percaya Mama.”

Puan Ainul sudah memeluk erat anaknya itu. Nazmil menangis seperti anak kecil didalam pelukan ibunya. Tuan Borhan sebak melihat keadaan anaknya.Tidak pernah dia melihat Nazmil selemah ini. ‘Berikan anakku ini kekuatan Ya Allah.’

Nazmil akhirnya terlena setelah dipujuk mamanya. Mata terpejam tapi ada sesuatu yang disebut Nazmil. “Nadia…” Puan Ainul dan Tuan Borhan saling berpandangan. Adakah Nazmil terkenangkan kekasihnya Nadia namun dalam masa yang sama mereka juga hairan kerana selama Nazmil terlantar di hospital tak pernah sekali pun Nadia datang melawat.

Padahal sebelum ini jika Nazmil tidak sihat sekadar demam biasa pun,setiap hari dia akan datang melawat Nazmil. Puan Ainul menyenangi gadis yang bernama Nadia itu, dan Nazmil pernah menyuarakan hasratnya mahu menjadikan Nadia sebagai isterinya yang sah dan dia sangat gembira dengan keputusan itu.Mereka sekeluarga juga sudah merancang selepas Nazmil selesai urusan kerjanya di Singapura mereka akan menghantar rombongan meminang ke kampung Nadia di Negeri Sembilan. 

Previous: Bab 4/1
Next: Bab 5/1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kay raniyaa