Home Novel Cinta SUDAH KETENTUAN NYA
SUDAH KETENTUAN NYA
kay raniyaa
9/10/2017 12:49:41
25,799
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7/1

Selama sebulan lebih di rumah Tok Long di beranda ini lah ‘port special’ buat Nazmil. Dari beranda ini dia dapat melihat dan merasai ketenangan dikampung ini. Pemandangan hijau masih belum tercemar, begitu juga dengan bunyi ayam berkokok dipagi hari, bunyi cengkerik di malamhari menenangkan jiwanya. Dia sedang cuba melupakan rasa cintanya pada Nadia.

Jika itu lelaki pilihan Nadia apa yang harus dia buat. Seandainya benar Nadia diperangkap kenapa Nadia langsung tidak datang menjengahnya semasa dia terlantar sakit. Panggilan telefon juga tiada, ternyata tangisan dan rayuan tempoh hari hanyalah sebuah lakonan semata-mata.

Namun jauh disudut hatinya masih sukar untuk percaya gadis sebaik Nadia sanggup lakukan perkara terkutuk itu. Ah, dunia sekarang ini yang kelihatan baik belum tentu baik dan yang kelihatan jahat belum tentu jahat. Sedang dia ralit melayan perasaan, ada satu suara memberi salam.Terus melayang ingatannya tentang Nadia.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Jawab Nazmil sedikit terkejut. Selama sebulan dia di sini inilahkali pertama ada orang datang ke rumah Tok Long nya ini. Perempuan sebaya Tok Long pulak tu. Ni mesti skandal Tok Long ni. Hehehehhe….

“Tok Long ada rumah?”

“Tok Long keluar.Kejap lagi balik la tu.”

“Tak pe lah, ni nenek bagi pada Tok Long dengan…”

“Nazmil” laju sahaja Nazmil memintas.

“Nazmil makan la ni,cucu nenek buat. Tak pelah nenek balik dulu. Nanti cakap dengan Tok Long nenek bagi, ha dia tau la siapa. Nenek balik dulu ye. Assalammualaikum.”

“Terima kasih nek.Waalaikumussalam.”

Nazmil memandang bekas yang diberikan oleh nenek tadi. Rezeki petang-petang macam ni. Perut pulak tengah lapar, memang tepat pada waktunya.

“Wah cupcake coklat.”

Sebiji cupcake terus disuap ke dalam mulut. Nikmatnya…tak pernah dia rasa cupcake coklat sesedap dan segebu ini. Dalam sedar tak sedar hanya tinggal sebiji saja lagi.

“Alamak tinggal satu je? Ala..Tok Long bukan makan sangat benda-benda macam ni.”

Nazmil tersengih nakal. Dia bangun untuk meletakkan bekas cupcake coklat di atas meja makan. Muju rterperasan tinggal satu, kalau tak perasan tadi…kesian Tok Long tak dapat merasa cupcake coklat yang paling sedap ini. Ada sengihan nakal di bibir Nazmil.

“Tentu cucu nenek ni cantik..sebab selalunya orang yang pandai buat kek ni comel..cantik..”

Amboi..jauh sungguh berangan. ‘Kalau ye pun comel, cantik, macam la cucu nenek tu teringin dekat aku ni. Jalan pun bertongkat.’ 

 

 

“Sedap betul kek cawan Nia ni. Kenapa tak jual kat kedai ibu?” Tanya Nek Ngah sambil menikmati cupcake coklat buatan Nia Zahra.

“InsyaAllah balik klang nanti Nia ingat nak tolong ibu dekat kedai kek tu. Nanti boleh lah Nia jual kat kedai ibu.”

“Ha sebut pasal nak balik klang. Nia jadi la nak balik klang lusa ni?”

“Ye nek..dah sebulan lebih tau Nia dekat sini. Rindu pulak dekat ibu, along dan Nia nak melawat kubur arwah.”

Nia tersenyum memandang Nek Ngah. Dah sebulan lebih dia disini,jiwanya sangat tenang. Dia bukan Nia Zahra yang murung lagi. Kalau lah dia boleh terus tinggal disini….

“Ye lah kalau dah macam tu kata Nia. Esok nenek buat bahulu nanti boleh Nia bawak balik klang.”

“Sedap-sedap…nanti Nia tolong tau nek. Sedapnye bahulu panas.”

Nek Ngah bersyukur sangat pada Allah kerana telah memberikan Nia kekuatan untuk bangkit dari kesedihan dan kemurungan.

 

“Assalammualaikum Ngah.” Tok Long ingin memulangkan kembali bekas yang telah dikirimkan cupcake coklat semalam. Dia tidak mahu lama menyimpan bekas Nek Ngah. Kalau tidak dihantar hari ini alamatnya berkurunlah bekas Tupperware ini dirumahnya nanti. Bukan tidak pernah terjadi, malah selalu sebab itulah dia terus memulangkannya hariini walaupun tiada apa-apa sebagai balasan kembali.

“Waalaikumussalam.Kau Long…aku ingat kan siapa tadi.”

Nek Ngah sudah lama mengenali Tok Long yang lebih senang dipanggil Long dikalangan orang kampung. Dah macam nama bekas ketua gangster Jebat..ala Jebat..lakonan Sharnaz Ahmad tu..yang heroin dia Mastura tu..wah jangan tak tahu Nek Ngah tengok tau drama-drama melayu sekarang.

“Aku nak pulangkan bekas kau semalam, tapi bekas kosong lah. Aku tak tahu nak balas apa. Tapi kan sedap la kuih kau buat semalam, aku sempat dapat rasa satu je, habis Nazmil makan. Sedap katanya.” Tok Long ketawa kecil mengenangkan Nazmil hanya meninggalkan sebiji saja cupcake untuknya. Dah la tinggal satu, siap perli lagi.

“Mujur naz cepat sedar kalau tidak, tak merasa la atok kuih buatan kekasih atok.” Ada ke Nek Ngah dikatanya kekasih aku? Hmm..dah tua-tua macam ni kekasih apa nya.

“Bukan aku buat,cucu aku yang duduk klang tu yang buat.”

“Owh..dia dah sembuh ke Ngah? Tak tau pulak aku dia ada dekat sini.” Tok Long melabuhkan punggung diatas pangkin dihadapan rumah Nek Ngah.

“Alhamdulillah nampaknya dah pulih. Dia ada kat atas tu, esok nak balik dah. Ni yang aku nak buat bahulu untuk dia bawak balik klang. Nanti dah siap aku bagi kau jugak.Eh..semalam aku pergi rumah kau ada budak lelaki muda. Siapa Long?”

“Oh itu la Nazmil, cucu saudara aku. Dia pun sakit jugak Ngah. Tapi Alhamdulillah dah pulih.”

“Sakit apa Long?”

“Terlibat dalam kemalangan, lepas tu lumpuh. Tapi bukan lumpuh kekal hanya sementara. Alhamdulillah dah boleh berjalan semula tapi masih bertongkat.”

“Alhamdulillah.”

Nek Ngah teringat akan seraut wajah lelaki yang dikatakan cucu saudara Tok Long itu. Orangnya kacak, cakap juga sopan dan ada kematangan pada rautwajah itu. Macam sesuai pulak dengan Nia Zahra. Nek Ngah tersenyum sendiri.

“Eh Ngah yang kau tersengih ni kenapa pulak?”

“Tak de apa la. Cucu kau tu bila nak balik KL?” Nek Ngah menukar topik. Kang tak pasal pulak TokLong mengata dia dah putus wayar sengih sorang-sorang.

“Esok katanya. Driver datang ambil. Orang kuala lumpur sekarang kan, pembantu rumah ada,tukang kebun ada, driver lagi la kena ada.”

“Alah Long kau tu kalau nak pun boleh. Bukan kau tak mampu nak bayar gaji diaorang tu.” Slumbe rNek Ngah membalas kata-kata Tok Long. Tok Long hanya ketawa.

“Daripada aku ambil pembantu rumah bagai, baik aku kahwin Ngah oi. Dah la melayan kau ni sampai ke malam tak sudah. Aku balik dulu lah ye.”

Tok Long bangun meninggalkan Nek Ngah yang masih tersenyum sendiri.Suka benar Nek Ngah dapat mengena kawan baik arwah suaminya itu. Hubungan yang telah terjalin antara Tok Long dan arwah suaminya seperti hubungan adik beradik. Selepas kematian suami Nek Ngah, Tok Long yang selalu menjenguk dan mengambil berat perihal kesihatan dan kebajikan Nek Ngah selain dari Puan Hamimah ibu Nia Zahra.

Nek Ngah turut sama bangun dari pangkin setelah kelibat Tok Long hilang dari pandangan matanya. Dia baru teringat yang kuih bahulunya sedang dibakar sebentar tadi. Langkah kaki dipercepatkan kerana dia risau kuih bahulunya hangus.

“Nek sedapnya bahulu nek buat ni. Nia nak sebalang besar ni tau nek.” Nia menyuap bahulu yang masih panas itu ke dalam mulut sambil matanya terpejam. Menghayati kesedapan dan kenikmatan makan bahulu panas la kononnya.

“Iye nenek bagi dua balang ni ha.” Nek Ngah tersenyum melihat Nia Zahra begitu asyik makan kuih bahulu. Dari kecil sampai besar sama je cara bila dapat makan bahulu panas.Makan sambil pejam mata dan tersenyum sorang-sorang. Nek Ngah menggelengkan kepala dengan gelagat Nia Zahra yang agak seperti kebudak-budakan di matanya.

“Eh nek yang ini pulak untuk siapa?” soal Nia Zahra apabila melihat Nek Ngah mengisi kuih bahulu ke dalam bekas Tupperware plastik.

“Yang ni untuk kawanNenek, Tok Long. Ingat lagi tak? Yang Nenek bagi cupcake Nia pada dia tempoh hari…ala yang rumah dia yang dekat pondok tunggu bas tepi jalan besar tu.” Terang Nek Ngah sambil memuncungkan mulutnya tapi tangan masih lincah mengisi kuih bahulu ke dalam bekas tadi.

“Owh…hmm..yang Tok Long Nia ingat tapi pasal rumah tu, ingat-ingat lupa la nek.”

Nia Zahra pernah mendengar nama Tok Long, tapi tak pernah dia bersua muka. Mungkin semasa zaman kanak-kanaknya dia pernah kenal Tok Long. Maklumlah bila dah besar ini, kalau pulang ke kampung dia langsung tidak keluar rumah,mana tidaknya pulang ke kampung paling lama pun tiga hari. Mana nak sempat merayau pusing-pusing kampung.

“Esok teksi datang pukul berapa.”

“Pukul 9 macam tunek.”

“Iye lah, esok tinggalla nenek sorang-sorang semula kat sini.”

Sayu suara Nek Ngah. Sudah lebih sebulan Nia Zahra tinggal bersamanya, sudah rapat dia dengan Nia Zahra. Terasa berat untuk dia lepaskanNia Zahra pulang ke Klang.

“Nek..jangan lacakap macam tu. Nenek buat Nia sedih la..nanti Nia janji akan selalu balik sinitau. Nia suka duduk sini, paling best dapat lepak dekat kebun belakang rumah tu…hehehehehehe..”Nia Zahra memegang erat tangan Nek Ngah. Dia sudah menganggap Nek Ngah seperti neneknya sendiri. Nek Ngah tersenyum kepada Nia Zahra.

“Ha’ah ye la…lepak sampai tertidur. Mimpi sampai ke London. Nenek faham Nia memang kena balik Klang, ibu dengan along perlukan Nia. Nenek dah biasa duduk sorang-sorang. Satu je pesan Nenek..jangan tinggal solat Nia sebab solat tiang agama. Tak kukuh,roboh tiang tu habis la kita sebagai seorang islam, hamba Allah. Jaga solat InsyaAllah yang lain juga turut terpelihara…termasuk lah jiwa dan hati kita.”

Nek ngah menepuk lembut tangan Nia Zahra yang memegang erat tangannya. Mereka sama-sama tersenyum akhirnya.

Previous: Bab 6/2
Next: Bab 7/2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kay raniyaa