Home Novel Cinta SUDAH KETENTUAN NYA
SUDAH KETENTUAN NYA
kay raniyaa
9/10/2017 12:49:41
25,778
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6/2

(edit 10/11/17)

Airmata Puan Ainul menitis perlahan, dahi anak lelakinya dicium sayu. Dia sangat berharap bapa saudara suaminya akan dapat membantu anaknya ini. Dia takkan pernah lupa memohon doa pada Allah supaya diberikan anaknya ini kekuatan dan ketabahan untuk menerima ujian ini. Tuan Borhan memeluk bahu Puan Ainul untuk menenangkannya. Mereka sedang diuji, sebab itu mereka berdua perlu kua tuntuk hadapi semua ini. Kalau mereka lemah Nazmil juga akan semakin lemah.

“Abah balik dulu.”

Hanya itu yang diungkapkan Tuan Borhan kepada anaknya. Dia memeluk anaknya sebagai tanda walau apa pun yang berlaku abah sentiasa ada untuk Nazmil.Dia tahu mama dan abah banyak berkorban untuk lihat dia sembuh seperti dulu.‘Naz janji akan pulang dengan membawa kebahagiaan untuk mama dan abah.’

Kereta yang dipandu Tuan Borhan meluncur perlahan meninggalkanperkarangan rumah Pak Long a.k.a Tok Long. Ada air mata di tubir mata Nazmil. Tok Long hanya memerhati dari beranda rumah. Dia tahu Nazmil sangat memerlukan ubat untuk jiwanya. Jika jiwanya sudah terubat pasti kakinya juga akan pulih dan kembali berjalan seperti dulu. Tok Long mula mengatur strategi untuk pulihkan jiwa Nazmil Haidi.

“Naz, pergi bersihkan diri, ambil wudhuk kita solat maghrib berjemaah.”

Arah Tok Long lembut tapi tegas. Naz yang sedang mengelamun di ataskatil terkejut dengan suara Tok Long. Dia bangun perlahan, walaupun sukar untuk bangun dan mengangkat diri sendiri ke atas kerusi roda dia tetap berusaha untuk melakukannya.

Dulu dia tidak pernah solat, puasa pun kadang puasa kadang tidak tapi semenjak adiknya Nasha Haizi pergi mengadap Illahi dia mula sedar yang bila-bila masa sahaja akan tiba gilirannya pula di jemput menghadap Maha Pencipta. Dia perlu berubah.

Masa itu barulah dia sedar yang maut bukannya datang ketika usia sudah tua tapi pada sesiapa sahaja tidak kira kanak-kanak atau remaja belia. Dan tidak perlu sakit untuk mati. Jika Allah menghendaki sesuatu itu berlaku dan dengan mengatakan Jadi!..maka jadilah ia..

Dan sejak itulah Nazmil mula belajar solat kembali dan bertatih belajar mengaji Al-Quran menggunakan Al-Quran digital. Dia juga melakukan puasa ganti, semoga Allah menerima Qadha solat dan puasanya selama dia lalai ini. Abah dan mama adalah orang yang paling gembira dengan perubahan dirinya. Atas rasa Syukur pada Allah dengan perubahannya dan ingin mencari ketenangan atas pemergian Nasha Haizi abah dan mama pergi mengerjakan Umrah dan bertemu pula dengan Tuan Haji Ismail.

Sejak berjumpa dengan Tuan Haji Ismail, abah dan mama mula merancang untuk membuka sebuah rumah Anak Yatim. Dan akhirnya impian abah dan mama terlaksana jua dengan wujudnya Rumah Anak Yatim Ar-Raudah. Bagi abah dan mama dengan wujudnya rumah anak yatim ini terubat rasa rindu pada anak bongsu mereka Nasha Haizi.

“Berangan apa pulak tu. Cepat..maghrib ni waktu dia singkat sangat.”

Tegur Tok Long lagi. Nazmil baru tersedar yang dia dah terbang jauh sangat. Mujurlah rumah Tok Long tiada tangga dan bilik ini juga mempunyai bilik air maka mudahlah untuk Nazmil bergerak menggunakan kerusi rodanya ke sana sini.

Selesai solat dan berdoa Tok Long memberikan sebuah surah Yassin pada Nazmil. Nazmil hanya memandang buku surah Yassin dengan pandangan hibaKali pertama buku ini dipegang adalah pada hari kematian adiknya. Ketika itu dia langsung tidak boleh membacanya, bukan sebak sampai tak boleh baca tapi dia langsung lupa macam mana untuk membacanya. Sekarang Alhamdulillah dia sudah boleh membacanya walaupun masih lagi merangkak-rangkak untuk membaca kitab Allah yang paling mulia ini.

‘Ya Allah betapa aku lalai selama ini. Berbelas tahun aku alpa. Setelah diuji oleh Mu baru aku sedar, yang aku telah tersasar jauh. Dan sekarang aku diuji lagi dan aku pernah rasa putus asa dengan Engkau, aku pernah mempersoalkan kenapa aku yang sering diuji. Jika dulu aku diuji mungkin atas balasan dosa aku. Tapi bila sekarang aku masih di uji, aku tertanya-tanya apakah taubat aku selama ini tak diterima Ya Allah…dan sekarang baru aku tahu.Kau berikan ujian dan dugaan ini supaya aku lebih dekat dengan Engkau supaya aku sentiasa ingat pada Mu dan supaya aku tahu Kau sentiasa ada untuk hamba Mu ini. Ampunkan aku Ya Allah. Besar sungguh dosa aku pada Mu. Ampunkan aku YaAllah…’

Pagi itu seperti biasa Tok Long menyediakan sarapan pagi untuk dibawabekal ke kebun. Dan pagi ini Tok Long juga menyediakan sarapan untuk Nazmil.Nasi goreng kampung menjadi menu sarapannya pagi ini. Setelah kematian isterisepuluh tahun yang lalu Tok Long hidup sendiri, dia tidak mahu menyusahkananaknya yang sudah mempunyai keluarga sendiri. Bila terkenangkan anaknya, jauh disudut hati Tok Long dia sangat rindu. Rindu untuk menatap wajah dan memeluk anak perempuan tunggalnya itu. Marah seorang ayah dan ibu pada anaknya kerana sayang, kalau tak sayang mereka takkan marah. Mereka akan biarkan saja anak-anak buat salah.

“Kenapa kau jual tanah mak kau tanpa berbincang dengan aku dulu?” Marah Tok Long bila dapat tahu tanah 2 ekar atas nama arwah isterinya telah dijual oleh anaknya.

“Maria terdesak yah,kalau Maria tak jual tanah tu mati Maria nanti.” Maria tahu salah dia, tapi dia terpaksa. Dia telah menggunakan duit syarikat milik keluarga suaminya untuk kepentingan dia sendiri. Sekarang ayah mertuanya sudah tahu dan memberi amaran jika dia tidak membayar semula wang syarikat, dia akan dedahkan semua perangai jahatnya kepada suaminya Azman. Maria takut, dia tak mahu kehilangan suaminya sebab Azman adalah lubuk emasnya.

“Kau jangan nak tipu aku lah Maria. Kau tahu kan itu saja harta yang kita ada, selain tanah dan rumah ni.”

“Ayah jangan nak berkira sangatlah, setakat tanah 2 ekar tu. Nanti Maria belikan ayah 2 kali ganda dari apa yang Maria jual ni. Lagipun ayah kena ingat, bila ayah mati nanti bukan nak bawak semua harta ayah tu. Semua ini akan jadi milik Maria jugak.” Berdesing telinga Tok Long mendengar kata-kata yang baru saja lahir dari mulut anak kesayangannya. Betapa hati tuanya sangat terluka.

“Anak kurang ajar!”Pang! Satu tamparan keras singgah dipipi Maria. Maria kaku. Sepanjang umurnya inilah kali pertama tangan ayahnya singgah ke tubuhnya.

“Ayah ni kenapa?”

“Kau anak kurang ajar, patutnya dari dulu tangan ni singgah dekat mulut kau supaya kau tidak jadi kurang ajar macam hari ini. Kau jangan balik lagi ke rumah ni, aku haramkan kaki kau pijak rumah ni. Keluar!berambus kau dari sini!” Tok Long sangat kecewa, anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh telah bersikap kurang ajar seperti ini.

“Maria pun tak ingin balik sini. Maria tak perlukan ayah lagi dalam hidup Maria.”

Tanpa Tok Long sedar air matanya telah bertakung bila masa-masa saja ia akan tumpah ke pipi. Sedang Tok Long mengenang kisah lama, Nazmil datang menghampiri.

“Atuk…”

“Naz..ha mari makan sekali dengan atuk. Nasik goreng kampung special dan kopi duda.” Pelawa TokLong kepada Nazmil yang baru keluar dari bilik. Nazmil ketawa mendengar TokLong menyebut kopi duda…tak pernah dengar pulak kopi duda..kopi janda ada la..

“Lah kenapa kamu gelak pulak?atuk salah cakap ke?” soal Tok Long pelik melihat Nazmil ketawa lucu. Sudah ada satu perubahan…Nazmil sudah ketawa…perkembangan yang sangat bagus.

“Naz nak rasa kopi duda atuk”

Nazmil menolak kerusi rodanya ke sebelah Tok Long. Lalu cawan yang berisi kopi itu dicapai dan diteguk perlahan.

“Hmm..sedap kopi duda atuk ni.” Nazmil ketawa lagi. Tok Long hanya mempamerkan senyuman kerang busuknya.

“Oh kamu ketawa sebab kopi duda atuk ni la…kopi ni nama duda sebab orang yang bancuh nya duda.Kalau kamu yang bancuh jadi kopi teruna la pulak.”

Nazmil ketawa lagi. Adui macam-macam la Tok Long ni. Pagi-pagi dah buat lawak. Tok Long hanya tersengih. Pada Tok Long tak de la lawak pun. Takpelah dia nak gelak kan. Kang kalau nangis haru pulak aku nak memujuk.

“Atuk nak ke kebun ni. Kamu duduk rumah elok-elok. Kalau bosan tengok tv kalau bosan lagi kamu boleh baca buku yang ada dalam rak kat ruang tamu tu. Petang nanti atuk akan urut kaki kamu tu. Patutnya pagi selepas subuh kena urut tapi tadi atuk tengok kamu tengah mengaji atuk tak nak ganggu. Mulai esok selepas subuh atuk akan urut kaki kamu. Sebab waktu tu elok untuk perjalanan darah kamu. Atuk pergi dulu.Assalammualaikum.”

Panjang lebar Tok Long punya arahan, nazmil hanya menganggukkan kepala sahaja. Dia kagum melihat Tok Long walaupun sudah berumur hampir mencecah 68 tahun tapi Tok Long masih kuat untuk berkebun. Kehilangan isteri yang tersayang tidak pernah menggugat dirinya untuk bersedih selamanya.

Dia harus mencontohi Tok Long yang tidak lemah apabila kehilangan orang yang disayangi dalam hidup malah menjadi lebih kuat untuk melalui hidupyang penuh onak dan duri ini. Walaupun kisah mereka berbeza namun mereka tetap kehilangan orang yang mereka sayang.

 

“Nenek buat apa tu?” tegur Nia Zahra yang dari tadi melihat Nek Ngah seperti sedang menganyam sesuatu. Macam anak patung pun ada. Tak kan la Nek Ngah nak main anak patung pulak kan. Hehehhehehhe…

“Hah mari sini,sengih-sengih tu kenapa?” tanya Nek Ngah sambil tangannya masih laju menganyam benda alah tu.

“Apa benda ni nek?Macam anak patung je?yang besar ni mak bapak dia eh?yang kecik ni pulak anak-anak dia eh?”

Nia Zahra tersengih sambil mengambil satu ‘anak patung kecil itu’. Siap ada sanggul lagi. Kreatif la Nek Ngah ni.

“Apa yang kamu mengarut ni Nia oi…Ni nama dia sarung cempedak. Tahu? Yang besar-besar ni sebab buahnya besar yang kecik-kecik ni pulak sebab buahnya kecik. Itu la banyak sangat main dengan anak patung.”

Adui malunya. Nia tersengih macam kerang busuk. Malu..mujur dengan Nek Ngah ni je. Ni kalau ada along teruk dia kena bahan.

“Pandai la Nenek nganyam benda ni. Ni daun kelapa kan Nek? Ajar Nia boleh?”

Nia Zahra sudah pun melabuhkan punggung diatas pangkin. Dia mengambil satu daun kelapa yang telah dipotong. Nek Ngah hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Nia Zahra yang nampaknya sangat berminat untuk menganyam sarung cempedak.

“Ambik dua daun kelapa, ha lepas tu pusing daun ni macam ni lepastu yang ni pulak….blala…bla..bla…”

Nia Zahra begitu tekun mengikut gerak tangan Nek Ngah. Dan akhirnya….Nek Ngah ketawa sunguh-sunguh melihat hasil tangan Nia Zahra. Nia Zahra menarik mulut muncung 14 apabila hasil tangannya tidak menjadi. Macam mana la Nek Ngah tak gelak besar. Bukan jadi sarung cempedak tapi jadi sarung tangan. Tangan Nia Zahra terbelit dalam sarung ‘cempedak’ la kononnya tu. Jenuh Nia Zahra cuba melepaskan tangannya tapi tak berjaya.

“Bak sini nenek tolong. Nia…Nia…macam-macam la kamu ni. Jom teman Nenek pergi belakang rumah, tengok macam mana nak pakai kan sarung ni.”

Nia Zahra terus membontoti Nek Ngah ke belakang rumahnya. Tanah ½ ekar ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Atuk Ngah dan Nek Ngah. Di kebun ini terdapat pokok Rambutan, manggis, durian dan cempedak. Nek Ngah pernah bercerita yang Atuk Ngah memang berniat untuk menanam pokok buah-buahan ini untuk cucu saudaranya.

Alhamdulillah impian Atuk Ngah tercapai. Setiap kali musim buah Nek Ngah mesti akan telefon bagitahu Ibu suruh balik kampung makan buah-buahan ini.Jika ada rezeki lebih Nek Ngah akan sedekah pada orang-orang kampung. Sebab itulah buah-buahan di kebun Nek Ngah ini sentiasa berbuah. Berkat bersedekah mungkin.

“Rendang-rendang eh pokok cempedak nenek, senang la nak sarung.”

Ujar Nia Zahra sambil matanya memandang Nek Ngah menyarungkan ‘baju’cempedak. Comel. Handphone di tangan di buka. Klik. Nia Zahra mengambil gambar cempedak yang sudah ber’baju’ itu. Senyuman terukir di bibir. Nia Zahra berlalu meninggalkan Nek Ngah yang meneruskan kerja-kerja penyarungannya.

Nia Zahra mengambil tempat di bawah sebatang pokok durian, kebetulan pokok durian itu sangat rendang maka boleh lah dijadikan tempat untuk berteduh dari cuaca yang agak panas ini. Nia Zahra mencabut seliparnya dan melabuhkan punggung diatas selipar itu dan menyandarkan batang tubuhnya pada pokok durian itu. ‘Macam best je duduk bersandar kat pokok ni. Hmm…tenangnya…Nia Zahra yang mulanya hanya berpura-pura memejamkan mata, akhirnya terlelap…mimpi sampai ke London….zzzzzzzzzzzzz…..’

Previous: Bab 6/1
Next: Bab 7/1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kay raniyaa
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham