Home Novel Cinta SUDAH KETENTUAN NYA
SUDAH KETENTUAN NYA
kay raniyaa
9/10/2017 12:49:41
25,785
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Setelah hampir sebulan mendapatkan rawatan di kampung, Nazmil pulang dengan Nazmil yang baru, yang kuat dan yang paling penting Nazmil yang ceria seperti dulu. Kepulangannya disambut meriah oleh mama dan abah. Tuan Borhan sangat berterima kasih kepada Pak Long kerana telah mengembalikan Nazmil yang dulu kepada mereka.

Nazmil sudah boleh berjalan semula walaupun masih terpaksa menggunakan tongkat, dia juga sudah ketawa seperti dulu dan inilah Nazmil yang hilang dulu.

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur pada Mu kerana Engkau telah mengembalikan anakku yang pernah hilang seketika. Jangan biarkan dia hanyut lagi Ya Allah. Puan Ainul sedari tadi mengelap air matanya yang tidak mahu berhenti mengalir.

 

Hari ini Nazmil akan memulakan kembali tugasnya sebagai Chief Operation Officer di syarikat milik ayahnya. Dia mula rindu dengan tugasan-tugasannya. Sudah banyak masa yang telah dibazirkannya.

“Ma..abah...doakan Nazmil akan terus kuat. Mama, abah..maafkan Nazmil atas kekhilafan Nazmil selama ini.” Nazmil mencium pipi mamanya. Sudah lama dia tidak melakukannya.

“Nazmil tak de salah apa-apa pada mama. Kerja elok-elok ye. Hati-hati bawak kereta sayang.”

“Abah bangga dengan Nazmil. Jadikan perkara yang lepas sebagai pengajaran dan pengalaman dalam hidup kita.” Nazmil memeluk erat abahnya. Abah yang tidak pernah jemu untuk melihat anaknya kembali pulih seperti dulu.

“Eh dahlah..kita dah lewat ni nak ke pejabat. Pagi-pagi lagi dah buat drama pulak. Hari ini Nazmil naik dengan abah la. Esok baru bawak kereta sendiri.” Nazmil hanya ketawa dan mengiyakan kata-kata abahnya. Dia juga sebenarnya masih belum berani untuk memandu lagi, mujur abahnya mempelawa dia untuk ke pejabat bersama.

“Malam ini kita makan sama-sama. Mama masak special malam ini.”

Jerit Puan Ainul sebelum kedua-dua lelaki kesayangannya hilang dalam perut kereta. Hari ini adalah hari paling bahagia baginya, walaupun ada terselit kesedihan apabila mengenangkan anak perempuannya yang takkan kembali lagi. Puan Ainul melangkah menuju ke bilik anak perempuannya.

Dia ingin melepaskan kerinduan kepada anak perempuannya, cukup sekadar melihat gambar-gambar anaknya dan membacakan surah yassin didalam bilik anaknya. Hanya dengan cara ini dia dapat melempiaskan rasa rindu pada anaknya Nasha Haizi. ‘Mama rindu adik’.

 

Hari ini adalah hari pertama Nia Zahra membantu ibunya di kedai kek, katanya bosan duduk rumah sebab dah lama sangat bercuti di kampung. Nia Zahra sudah mengusulkan pada ibunya yang dia mahu menyumbangkan satu resepi iaitu cupcake coklat. Pagi-pagi lagi Nia Zahra sudah bertungkus lumus di dapur menyiapkan cupcake coklat pertamanya untuk dijual.

Ibunya sangat gembira melihat perubahan dalam diri Nia Zahra. Tapi Nek Ngah ada pesan padanya, jangan sesekali mengungkit, bercerita atau menyebut nama Arwah Azril langsung dihadapan Nia Zahra kerana mungkin akan membuatkan Nia Zahra teringat kembali pada arwah semasa kemalangan itu terjadi. Begitu mendalam kesan trauma kehilangan Azril kepada Nia Zahra.

“Nia dah siap susun ke?kalau dah siap mari la sini kita cicah pelam dengan betik muda ni. Sedapnya Nia!”Jerit kak yati dari dapur.

Kak yati adalah pekerja ibunya yang paling lama berkhidmat disini.Kak Yati mula bekerja dengan ibunya sejak anak dara lagi sampailah sekarang sedang mengandungkan anak keduanya. Itulah yang sibuk sangat mencicah pelam dengan betik muda bagai. Mengidam katanya tapi yang seorang tu pulak tumpang sekaki. Siapa lagi yang nak menumpang itu kalau bukan Mak Cik Nor yang barusahaja setahun memulakan tugasnya disini membantu ibunya menyediakan tempahan kek perkahwinan.

“Tak nak la Nia. Nia tak boleh makan benda masam, gastrik la kak.” Jawab Nia Zahra sambil melangkah ke arah Kak yati dan Mak Cik Nor yang lebih mesra dipanggil Cik Nor.

“Rugi la macam tu.Nikmatnya dunia…” Geram pulak Nia Zahra mendengar gurauan Cik Nor. Dah macam dia pulak yang mengidam.

“Ai Cik Nor ni siapayang mengidam?over la Cik Nor ni. Dahla Nia ke depan dulu ganti ibu jaga cashier.Kak yati dengan Cik Nor lunch makan ni je ke?” 

Nia Zahra memerhati sahaja Kak yati yang sedang menikmati makanan yang diidamkannya itu. Terliur pulak dia tengok, tapi bila memikirkan kesan dan akibat dia makan benda alah ini baik dia elak. Sekarang memang sedap, tapi malam nanti seksa ya amat.

“Kami kenyang lagi pagi tadi sarapan nasik lemak. Lunch ini menyicah je la. Nia tak lunch ke?”

“Nia kenyang lagi.Tak pe lah Nia ke depan dulu.” Nia Zahra terus berlalu meninggalkan dua orang manusia yang sedang menikmati ‘makanan tengahari’ mereka.

Sebelum ini Nia Zahra hanya membantu ibunya apabila hujung minggu sahaja itupun jika dia tidak bekerja kerana selalunya pelanggan bertambah ramai bila hujung minggu. Nia Zahra yang bekerja sebagai Eksekutif Sumber Manusia adalah seorang yang sangat komited dengan kerjanya sehinggakan kadang kala hujung minggu juga dia menghabiskan masanya dipejabat menyiapkan tugasan atau menyediakan latihan dan seminar kepada pekerja.

Puan Hamimah selalu bising melihat kesibukan kedua-dua orang anaknya. Bila diusulkan supaya mereka berdua berhenti kerja dan membantunya dikedai kek seribu satu alasan yang diberikan oleh dua orang anaknya itu sehinggakan dia akhirnya penat untuk bising-bising lagi.

Sebelum berkahwin Nia Zahra sudah meletakkan jawatan dan mahu membantu ibunya dikedai sahaja kerana dia mahu memberikan tumpuan yang lebih buat suami dan bakal anak-anak mereka.

Namun siapa tahu perancangan yang diatur itu tidak kesampaian keranaAllah yang berkuasa menentukan semuanya. Oleh yang demikian hari ini Nia Zahra akhirnya memenuhi hasrat ibunya untuk dia bekerja sepenuh masa di kedai kek itu. Nia Zahra tidak bercadang untuk bekerja kembali di syarikat lamanya atau mencari pekerjaan lain. Dia mahu membantu ibunya di kek ini sahaja.

 

Tuan Borhan gembira melihat perubahan besar dalam diri Nazmil, dia yakin Nazmil yang dulu telah kembali. Syukur Ya Allah.

“Nazmil pukul 5 kita balik, abah tak sabar nak makan masakan mama.” Ujar Tuan Borhan kepada Nazmilyang sedang kusyuk meneliti laporan kenaikan gaji untuk pekerja mereka.

“Ok bah..naz ok je. Naz pun rindu sangat dengan masakan mama.” Nazmil tersenyum melihat ayahnya. Tuan Borhan turut membalas senyuman itu dan terus berlalu meninggalkan Nazmil meneruskan kerjanya.

“Encik Nazmil, Cik Nadia ada diluar. Dia ingin berjumpa dengan encik.”

Terdengar suara setiausahanya dicorong telefon. Nazmil tersentak mendengar nama itu. Dia sudah tekad tak mahu lagi mengenangkan kisahnya bersama Nadia dan dia tak mahu berjumpa dengan Nadia lagi.

“Saya tak nak jumpa dengan dia. Dan lagi satu saya nak awak bagitahu pada security guard lepas ini jangan benarkan dia masuk ke pejabat ini lagi.”

“Baik bos.” Namun belum sempat Fiza berkata apa-apa kepada Nadia, dia terlebih dulu merempuh masuk ke bilik Nazmil.

“Saya mintak maaf bos. Saya..”

“Awak boleh keluar fiza.” Fiza akur, pintu bilik Nazmil ditutup perlahan.

“Apa lagi yang kau nak?”

Tegas Nazmil bertanya tanpa memandang langsung wajah perempuan yang dulu pernah dia cintai sepenuh hati. Setelah dia tahu siapa sebenarnya perempuan yang bernama Nadia Zaini ini, rasa cintanya telah mati sama sekali.

I merayu pada you dengar apa yang I nak cakap ini.” Nadia cuba menarik tangan Nazmil namun cepat dielak. Hati Nadia terusik dengan tindakan spontan Nazmil.

“Cukup guna mulut untuk kau explain. Sekarang kau nak ber I ber you pulak..hmm..manusia memang senang berubahkan?”

Nadia tahu saat ini Nazmil sangat membencinya, mungkin jijik untuk Nazmil menatap wajahnya sekarang. Dia tak rasa ini adalah masa yang sesuai untuk dia menerangkan apa yang telah terjadi pada malam kejadian dan selama Nazmil terlantar sakit. Kalau dengan membencinya buatkan Nazmil bahagia dia akur, mungkin ini sudah tertulis dalam hubungan mereka.

I tahu you jijik dengan I. I minta maaf, halalkan makan minum dan kasih sayang yang you pernah berikan.I nak bagitahu yang I akan berkahwin, maafkan I Nazmil.”

Tanpa menunggu lama Nadia terus berlalu keluar meninggalkan Nazmil. Air mata Nadia berhamburan keluar, cinta yang dibina selama ini musnah dalam sekelip mata dek perasaan dendam manusia. Nazmil kaku mendengar ayat akhir yang keluar dari mulut Nadia. ‘I nak bagitahu yang I akan berkahwin.’

Mudahnya Nadia membuang cinta mereka. Benarlah kejadian tempoh hari bukanlah satu perangkap tapi hubungan terlarang yang akhirnya tertangkap. Nazmil merenung keluar jendela, dia dapat melihat susuk tubuh Nadia masuk kedalam perut kereta dan terus memecut laju. Mungkin ini adalah kali terakhir pertemuan mereka dia juga berharap agar dia tidak diketemukan lagi dengan Nadia. 

Previous: Bab 7/2
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kay raniyaa