Home Novel Cinta SUDAH KETENTUAN NYA
SUDAH KETENTUAN NYA
kay raniyaa
9/10/2017 12:49:41
25,781
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4/1

“Sabar Ainul.Istighfar banyak-banyak.”

Tuan Borhan cuba menenangkan isterinya. Dua tahun yang lalu mereka kehilangan anak perempuan dalam kemalangan jalan raya. Kesedihan dan kesakitan kehilangan anak perempuan masih belum hilang, seperti baru semalam kemalangan itu berlaku.

Hari ini mereka menerima khabar anak lelaki pula yang terlibat dalam kemalangan, cedera parah. Hati ibu mana tak galau. Tak sanggup rasanya untuk kehilangan seorang anak lagi. Anak lelaki mereka Nazmil Haidi kini berada diwad Unit Kecemasan Rapi.

Setelah 2 jam pembedahan dijalankan akhirnya selesai, anak mereka Nazmil Haidi telah selamat dan telah melepasi tahap kritikal namun kenyataan dari Doktor Zainal tadi telah meragut kegembiraan mereka suami isteri.

“Alhamdulillah keadaan Encik Nazmil Haidi telah stabil namun saya mintak Tuan dan Puan banyakkan bersabar dan berdoa kerana Encik Nazmil kemungkinan akan berada dalam keadaan koma untuk sementara waktu. Dan yang paling penting ingin saya sampaikan adalah kemungkinan anak Tuan dan Puan akan lumpuh separuh badan. Namun ini semua bergantung pada diri Encik Nazmil jugak. Saya akan buat pemeriksaan selanjutnya apabila Encik Nazmil sedar dari koma nanti. Saya mintak Tuan dan Puan banyakkan berdoa dan berikan kata-kata semangat pada Encik Nazmil.”

Doktor Zainal menepuk perlahan bahu Tuan Borhan seperti memberikannya semangat. Dia perlu kuat untuk anak dan isterinya. Jika dia lemah, anak dan isterinya akan semakin lemah. Puan Ainul sudah menangis di bahu suaminya. Beratnya dugaan Mu ini. Air mata menitis perlahan namun cepat diseka,dia tak mahu isterinya melihat dia menangis.

“Ainul…dah jangan menangis lagi. Kita kena kuat untuk Nazmil sayang. Dia perlukan kita,  jom kita masuk tengok dia” Perlahan Puan ainul mengikut suaminya untuk melihat anak mereka.

Nazmil seperti sedang tidur, wajahnya kelihatan sangat tenang. Kecederaan dikepalanya serius sehingga menyebabkan dia koma dan kemungkinan akan lumpuh separuh badan. Bagaimana nasib anaknya nanti. Bolehkah anaknya terima kecacatan yang dialami. ‘Ya Allah jangan kau biarkan anak ku lupakan Mu, berikan dia kekuatan dan kesabaran Ya Allah’. Tuan Borhan berdoa perlahan untuk kesejahteraan anaknya. Mereka hanya dikurniakan dua orang cahaya mata,sepasang. Kini hanya Nazmil Haidi yang tinggal sebagai penyeri dan nyawa dalam hidup mereka.

“Abang apa salah kita bang?berat ujian ni abang. Kita hilang adik…saya tak sanggup nak hilang Nazmil pulak..”

Air mata dipipi Puan Ainul semakin lebat. Sejak dari saat menerima panggilan telefon mengatakan anaknya terlibat dalam kemalangan air mata ini bagaikan sahabat baiknya. Mata Puan Ainul sudah bengkak. Tersayat hati Tuan Borhan mendengar esakan isterinya.

“Ainul…sabar sayang…adik dan Nazmil tentu sedih tengok awak macam ni. Sudah sampai masa adik pergi mengadap Allah sebab Allah lebih sayang dia dari kita. Sampai sini saja Allah amanahkan kita untuk menjaga dan mendidik adik. Awak jangan lupa sekarang Nazmil sangat-sangat perlukan kita. Kita kena bagi dia semangat untuk terus hidup, jangan biarkan dia menyerah kalah. Sebab kita masih perlukan dia…ye sayang..kita kena kuat untuk anak kita..Nazmil Haidi. Redhakan pemergian adik Nasha Haizi..semoga dia tenang Di sana..”

Tuan Borhan memeluk erat isterinya Puan Ainul. Kata-kata itu juga adalah buat dirinya sendiri. Sebentar tadi dia juga goyah tapi kini tidak lagi kerana orang kesayangannya amat memerlukan dia disisi mereka.

Malam itu mereka suami isteri membaca Yassin untuk ketenangan anak bongsu mereka Nasha Haizi dan kekuatan anak sulong serta diri mereka sendiri untuk terus kuat mengharungi dugaan Allah ini. Puan Ainul lebih tenang sekarang. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang amat memahami dan kuat untuk semua yang sedang berlaku kini. Dia takkan mampu untuk mengharungi semua ini sendiri.

 

Walaupun keadaan anaknya masih koma dihospital Tuan Borhan tetap ke pejabat meneruskan kerja, dia tak mahu berlaku apa-apa terhadap operasi syarikatnya kerana ia akan melibatkan ramai pihak nanti paling dia khuatir adalah tentang nasib pekerjanya nanti. Seperti biasa sebelum memulakan kerja-kerjanya sudah menjadi kebiasaan bagi Tuan Borhan untuk membaca surat khabar dan berita di akhbar pagi ini amat menarik perhatiannya ‘MAUT SELEPAS DIIJAB KABUL’.

Tuan Borhan meraup wajahnya yang kelihatan sedih dan kecewa. ‘YaAllah, kasihan isteri pemuda malang itu’. Tuan Borhan melipat surat khabar itu dan disimpan di dalam laci mejanya. Lantas menekan butang interkom memanggil setiausahanya untuk masuk kebilik.

Setelah selesai mesyurat petang itu Tuan Borhan terus bergegas kehospital untuk melihat perkembangan anaknya. Sampai di hospital dia melihat isterinya baru sahaja selesai membaca surah Yassin.

“Abang..dah lama sampai?abang dah solat?”

Tanya Puan Ainul sambil tersenyum. Dia semakin tenang dalam menerima dugaan ini. Dia yakin Allah pasti menyimpan seribu satu hikmah di sebalik setiap kejadian dan dugaan yang diberikan.

“Baru je..abang dahsolat dekat surau tadi sebelum datang sini. Ainul dah makan?”

Tuan Borhan memegang tangan isterinya. Wajah isteri ditatap penuh kasih sayang. Wajah yang tidak pernah lokek dengan senyuman. Dan dia mahu senyuman itu tidak hilang dari wajah kesayangannya ini.

“Tengah hari tadi dah makan. Ni ada nasi saya belikan untuk abang tadi. Abang makan tau, saya mintak maaf abang sebab dah lama saya tak masak untuk abang. Saya janji lepas Nazmil sedar dari koma saya akan masak special untuk abang.”

Wajah suami yang amat penyabar ditatap lembut. Tuan Borhan menganggukkan kepala dan membalas senyuman isterinya.

“Saya dan anak-anak beruntung dapat isteri dan ibu macam awak.” Puan Ainul tersipu malu dipuji suaminya begitu.

“Saya juga beruntung punya suami macam abang..macam tu jugak anak-anak kita. Tanpa awak sebagai suami disisi saya, saya takkan jadi sekuat dan setenang ni. Awak kekuatan saya.”

Puan Ainul mencium tangan suaminya, Tuan Borhan membalas ciuman itu dengan ciuman didahi isterinya. Dia kembali teringat berita dimuka depan akhbar yang dibacanya pagi tadi. ‘kesian kau anak. Belum sempat kau merasai nikmat rumah tangga kau telah dijemput Illahi..kesian isterimu..semoga isterimu tabah..’ Air matanya di seka perlahan.

Previous: Bab 3
Next: Bab 4/2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kay raniyaa