Home Novel Cinta SUDAH KETENTUAN NYA
SUDAH KETENTUAN NYA
kay raniyaa
9/10/2017 12:49:41
25,785
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Air mata masih tidak henti mengalir, terlalu berat ujian ini. ‘YaAllah aku tak kuat untuk dugaan Mu ini.’ Melihat inai di tangan membuatkan airmata makin laju mengalir. Ahli keluarganya sudah puas memujuk namun tidak mampu untuk menghilangkan kesedihan yang dialaminya.

Dalam sekelip mata perasaan yang terlalu bahagia bertukar kepada perasaan yang terlalu sedih dan terkilan. ‘kuatkah saya tanpa awak?’. Air matayang setia mengalir di seka perlahan, ingatan kepada tunang tersayang kembali terlayar.

 

“Mak, Nia keluar dulu tau.” Nia Zahra mencium pipi ibu kesayangannya, Puan Hamimah.

“Hati-hati Nia.Jangan balik lewat tau” Puan Hamimah menghantar pandangan hingga anaknya hilang dari pandangan.

Nia Zahra merupakan anak bongsu dari dua orang adik beradik. Ayahnya telah kembali ke rahmatullah sepuluh tahun lalu setelah setahun mereka sekeluarga berpindah ke Klang, Selangor.

Selepas kematian ayahnya, ibunya telah membuka sebuah kedai kek menggunakan duit simpanan yang ditinggalkan arwah ayah. Bakat yang ada itulah digunakan sebagai sumber pendapatan keluarga untuk membesarkan dua orang anaknya.

Nia Zahra tersenyum apabila ternampak kelibat tunang tersayang,Azril. Lelaki yang dikenali hampir 2 tahun yang lalu semasa dia menjalani latihan praktikal di sebuah hospital swasta. Lelaki yang menjawat jawatan sebagai doktor ini adalah seorang lelaki penyayang, dan yang paling penting budiman dan sangat menyayanginya.

“Assalammualaikum awak. Maaf lama awak kena tunggu saya.”Azril tersenyum memandang Nia Zahra.

“Waalaikumussalam.Tak apa la awak, saya tak kisah tunggu awak. Ini kali pertama saya tunggu awak.Selalu kan awak yang tunggu saya.”

Ujar Nia sambil tersengih lagi.

“Ha’ah kan?betul la..kenapa awak awal hari ini?”

Azril pura-pura menyoal tunangnya dengan wajah yang berlagak serius. Nia Zahra sudah menarik muncung.

“Tarik muncung tu nanti baru tau.”

Azril ketawa kecil melihat gelagat tunangnya. Hubungan yang telah mencecah usia 2 tahun akan ditamatkan dengan ikatan perkahwinan dalam masa sebulan sahaja lagi.

“Cepatla minum lepas ini kita nak pergi last fitting baju pengantin. Tak sabarnya nak jadi suami awak.”

Azril bersuara perlahan. Dia terlalu sayangkan gadis pemilik nama Nia Zahra ini. Nia Zahra tidak seperti rakan kenalan perempuannya yang lain, dia tahu menjaga batas pergaulannya diantara lelaki yang bukan muhrim, menutup aurat dan yang paling penting dia ada ciri-ciri seorang isteri yang solehah.

Azril dibesarkan dirumah anak yatim, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke Rusia selama enam tahun. Dia tidak pernah merasa kasih sayang dari sebuah keluarga dalam erti kata sempurna namun setelah mengenali Nia Zahra dia juga turut merasai semua itu.

Puan Hamimah, ibu kepada Nia Zahra sangat menyayanginya,kadang-kadang melebihi anak-anaknya sendiri menyebabkan Nia Zahra cemburu dengan perhatian yang diberikan oleh ibunya kepada Azril.

“Ai cik abang?berangan nampak?”Nia Zahra mencuit bahu Azril yang sedari tadi leka merenung wajahnya.

“Awak…kalau ditakdirkan saya pergi dulu dari awak…saya nak awak jaga diri, jangan sedih-sedih dan yang paling penting awak mesti cari pengganti saya.”

Nia Zahra memandang sayu wajah lelaki kesayangannya. Sejak akhir-akhir ini kata-kata seperti ini sering kali bermain dibibir Azril. Nia Zahra tidak mahu kehilangan Azril. Dia tidak boleh hidup tanpa Azril.

“Awak kan saya dah cakap…saya tak suka awak cakap macam ni.”

Nia Zahra mula melenting. Azril sendiri tidak tahu mengapa dia harus mengeluarkan kata-kata yang sebenarnya pedih untuk diluahkan. Namun dia harus akur bahawa semua makhluk yang hidup dimuka bumi ini pasti akan kembali kepada PenciptaNya.

“Sayang, jodoh dan ajalkan ditangan Allah. Kita hanya merancang tetapi Allah yang tentukan.Sayang…saya tak sabar nak jadi suami awak.”

Azril mengenyitkan matanya kepada Nia Zahra dan dibalas kembalikenyitan itu dengan mengerdipkan kedua belah matanya. Azril ketawa melihat NiaZahra yang tak pandai untuk mengenyitkan mata. Orang kenyit mata sebelah..diakenyit dua-dua belah mata…Mereka akhirnya ketawa dan jalan beriringan menuju kebutik pengantin.

 

Kenangan bersama Azril terlalu indah, Nia Zahra tersenyum bersama tangisannya.Tiada lagi bunyi esak tangis hanya air mata yang semakin lebat mengalir.

“Nia…jangan macam nisayang. Kesian pada arwah.”

Puan Hamimah menyapulembut air mata anaknya. Dia juga sedih melihat keadaan anaknya. Dia tahubetapa sakitnya kehilangan orang yang kita sayang. Malah kesakitan yang dialamianaknya mungkin lebih lagi kerana hari ini sepatutnya menjadi hari yang palingmenggembirakan bukan hari berduka.

“Ibu…Nia sakitibu…terlalu sakit. Baru tadi dia cium dahi Nia..baru tadi dia cakap dia sayangNia. Tapi kenapa dia tinggalkan Nia bu..”

Nia Zahra menghamburkankata-katanya. Dia terlalu lemah. Emosinya sudah tidak stabil. Pagi tadi dia barusah bergelar isteri kepada Azril dan sekarang dia sudah ditinggalkan sendiri.Hati mana yang kuat untuk ujian ini?

“Nia…semua dahditakdirkan Allah. Ini bahagian Nia, jangan sesekali persoalkan kenapa danmengapa atas apa yang terjadi pada diri kita. Yakin dengan ujian Allah sayang.Kalau Nia sayangkan Azril, sedekahkan bacaan yassin untuk dia, doakankesejahteraan dia kat sana. Jangan menangis macam ni lagi.”

Puan Hamimah memeluk erat anaknya. Dia berharap Nia akan bangkitdari semua kesedihan ini. Dan dia akan sentiasa berada disisi anaknya ini.Abang Nia, Nash hanya melihat adegan itu, air matanya turut bergenang. Kalaulah dia boleh gantikan tempat Azril sudah pasti dia akan lakukan. ‘Alongsentiasa ada untuk adik’.

Nia hanya diam membisu, ingatan masih lagi terkenangkan Azril.Biarlah dia begini ketika ini, dia benar-benar rasa kehilangan. Separuh jiwanyatelah dibawa pergi bersama Azril.

“Azril…saya perlukanawak..”

“Ya Allah Nia…Alongtolong angkat Nia ni.”

Nia Zahra rebah dipangkuan ibunya. Kali ini Nash terus mencempungadiknya untuk dibawa ke hospital. Adiknya perlu dirawat segera, dia tak mahukehilangan satu-satunya adik yang dia ada didunia ini. Puan Hamimah yangmemangku Nia turut sama menangis. ‘Ya Allah kau ambil lah kekuatan ku ini danberikanlah kepada anakku. Aku tak sanggup lihat dia begini.’

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kay raniyaa