Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
7,671
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

"Ma,berapa banyak lagi hadiah mama nak beli ni?"Soal Camelia apabila mamanya tak henti henti keluar masuk kedai yang berada di Sunway Pyramid itu.


"Hesy,sabarlah.Tu belum cukup lagi tu."Kata Datin hanina.Matanya ralat memerhati jam tangan berjenama yang elok tersusun didalam bekas kaca itu.


Camelia mengeluh perlahan.Kakinya sudah rasa lenguh.Mana taknya,dah hampir 3 jam dia,mamanya dan Fazreeq bertawaf di shopping mall itu.


"Iq rasa mana cantik?"Datin Hanina menunjukkan seutas jam jenis chrono dan satu lagi jenis field.Camelia menggulingkan matanya keatas.


Itulah dia,setiap kali nak beli mesti suruh dia pilih.Bukannya dia yang nak pakai pun.Baik suruh si Raiq tu yang pilih sendiri.


Dahlah bukan kahwin dengan aku,elak aku pilih jam buruk buruk je.


"Yang ni."Jari telunjuknya dihalakan pada jam Chrono yang berwarna hitam itu."We'll take this."Kata Datin Hanina kepada si pekerja kedai yang setia melayan kerenah mereka.


Tiga keping not 50 ringgit dihulurkan sebelum mereka berjalan keluar dari kedai.


"Dah?"Soal Fazreeq yang menunggu diluar kedai.Malas nak ikut masuk.Tiga beranak itu berjalan beriringan."Jom minum minum,Iq hauslah."Ajak Camelia.


Langkah mereka bertiga ditukar menuju ke old town white coffee."May I take your order?"Soal pelayan lelaki itu.


"Kita order sama jelah ea?"


"Iced Capucinno three."Pelayan itu mencatat order mereka bertiga lalu meninggalkan mereka."Ma,kenapa kita beli banyak sangat hadiah untuk Raiq?"Soal Camelia.


Yelah,masuk jam tadi,dah 7 hadiah mereka beli.Tak gila ke?Selalunya tetamu datang bawakkan hadiah untuk pengantin,sekurang kurangnya 1 hadiah mewakili 1 keluarga.


Ni dah banyak sangat.Macam nak buat hantaran pulak.


"Eh,biarlah.Lagipun family kita kan rapat dengan si Raiq tu.Tak salah kalau kita bagi lebih."Kata Datin Hanina.


Camelia tidak berkata apa selepas itu.Kemudian air yang dipesan mereka tiba.


"Ma,Chadd whatsapp Reeq tadi.Dia mintak family kita pakai warna pink masa dia nikah."Datin Hanina menganggukkan kepalanya."Kenapa siap bertema bagai ni?"Soal camelia tak puas hati.


Fazreeq menunjuk riak bosan.

Haish adik aku ni,ada je complainnya.


Akhirnya soalan Camelia dibiarkan sepi.Ketiga tiga mereka sibuk membuat hal sendiri.


"Yo Camy."Tegur satu suara.Suara yang cukup dikenali oleh Camelia."Eh,Qasy.Buat apa kat sini?"Soal Camelia apabila mengetahui bahawa Qasyri yang menegurnya.


"Tengah cari jodoh guna waze."Camelia tergelak sedikit mendengar lawak hambar yang keluar dari mulut Qasyri.


Kadang kadang kita kenalah jugak gelak bila member buat lawak even hambar.


#SupportMember


Qasyri mengalihkan pandang kearah Fazreeq dan Datin Hanina."Qasy,ni along I and this is my mom."Kata Camelia.Qasyri berjabat tangan dengan Fazreeq namun tidak pada Datin Hanina memandangkan wanita itu seorang yang bertudung.


Serba salah pulak kalau nak salam.


Lagipun,Qasyri juga seorang yang menjaga batas pergaulannya.Walaupun dia jenis yang suka berkawan,tapi dia masih lagi mengehadkan persentuhan antara berlainan jantina.


"So,bro.How are you doing?"Soal Fazreeq kepada Qasyri."Okay je bro.Jalan lancar je."Jawab Qasyri.


Kening Camelia bertaut.

Eh,kenal ke?


"Qasy,you kenal ke along I?"Soal camelia.Rasanya macam ni first time Qasyri berjumpa dengan keluarganya."Ofcourselah I kenal.Kitorang ni sama sama..."


Fazreeq menjegilkan matanya untuk menghalang Qasyri dari meneruskan ayatnya.


"Erm,along you pernah rawat mak I dulu.Tu yang rapat."Bohong Qasyri.

Sorry,Camelia.I terpaksa tipu you.Nanti kang plan kitorang tak jadi.For mama too,I'm sorry.Qasy terpaksa tipu guna nama mama.Harap mama tak tersedak kat sana.


Fazreeq menghela nafas lega.Nasib baik tak terlepas jadi.


"Okaylah,Camy.I cau dulu.Nak cari barang.Mintak diri dulu ea,Reeq,Aunty."Selesai berjabat tangan,Qasyri terus beredar.


I smell something fishy here.Tapi apa?Ah malaslah nak ambik tau.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey