Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,531
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Camelia bersiap awal pagi itu.Selesai solat subuh,dia segera mandi.Excited sebab dia akan diinterview.


Berkat pertolongan abangnya dia terus dapat interview.


Camelia memilih untuk memakai dress separas lutut berwarna pink muda.Rambutnya yang beralun dibiar lepas.


Lipgloss dicalit,tidak mahu kelihatan pucat.Bedak asas juga ditempek.Malas mahu berlebih lebih.


Setelah berpuas hati dengan penampilannya,Camelia menapak turun ke ruang makan.Datin Hanina menyediakan nasi goreng dan roti bakar.


Camelia memilih untuk mengambil roti bakar sebagai alas perut.Bimbang jika mengambil juadah berat akan menyebabkan dia mengantuk.


"Awal bangun?"Tegur Datin Hanina yang muncul dari dapur sambil menatang dulang yang berisi minuman panas."Tak seawal mama lah.."Jawab Camelia sambil tersenyum.Dia mengalihkan pandangannya kearah Danish yang baru turun.


Seperti biasa,abangnya nampak segak apabila memakai baju kemeja.Agaknya memang semua lelaki segak bila memakai baju kemeja kot."Morning mama,Iq."Ucap Danish.


Tempat duduk dihadapan Camelia dipilih.Dia menceduk nasi goreng yang sudah tidak berapa panas kedalam pinggannya."Angah,kawan angah tu baik tak?"Soal Camelia secara tiba tiba.


Bimbang sekiranya rakan abangnya tidak mesra alam.Mahu jenuh dia nak melayan boss yang spesies beku ni.


"Pernah ke Iq nampak angah kawan dengan orang yang takbaik?"Soal Danish lebih kepada memerli adiknya,sengaja mahu menaikkan darah Camelia.


"Angah...orang tanya betul betul ni."


"Hehe,kawan angah tu okay jelah.Kalau Iq takbuat pasal,dia okaylah.Kalau Iq cari nahas,memang masaklah Iq."Kata kata yang keluar dari mulut Danish sedikit sebanyak mengurangkan rasa takut dalam diri Camelia.


Danish melihat jam tangannya.


"Iq,jomlah gerak.Takut nanti lambat pulak."Kata Danish yang sudah berlalu menuju ke dapur untuk meletakkan pinggannya.Camelia menyalam tangan Datin Hanina yang sedang menyiram pokok bunga dihalaman rumah.


"Ma,Iq pergi dulu.Doakan Iq dapat kerja ni."Datin Hanina tersenyum lalu menganggukkan kepalanya."Yelah,mama doakan.Interview tu baik baik.Jangan usya boss tu pulak."Pesan Datin Hanina.


Danish menyalam tangan mamanya lalu berjalan kearah keretanya.Sekejap sahaja,kelibat kereta Danish sudah hilang dari pandangan.


Setelah hampir 15 minit memandu,akhirnya mereka tiba di sebuah syarikat yang berdiri gah ditengah bandar raya.


'Sucrich Holding'


Uniknya nama!


"Iq,angah boleh hantar Iq sampai sini je sebab angah ada meeting.So pergi dekat receptionist,cakap je interview under nama angah."Terang Danish bersungguh.Camelia menganggukkan kepalanya.


"Goodluck,budak tak guna.Baca doa banyak banyak.Mata tu jaga.Jangan tidur.Jangan tunjuk perangai takguna Iq tu depan kawan angah."Danish memberi kata kata semangat bercampur dengan kata ejekan sebelum keretanya meluncur laju meninggalkan Camelia disitu.


Ceitt,tak guna punya abang.Sempat lagi dia men-takguna-kan aku.


Dengan nervousnya Camelia jalan melepasi pintu masuk bangunan itu.Dia berjalan kearah seorang gadis yang dirasakan seusia dengannya yang duduk dibelakang kaunter.


"Yes,miss.What can I help you?"Ramah gadis itu menyoal."Interview under Zareeq Danish."Jawab Camelia,lembut.Gadis muda yang bernama Syifa itu menganggukkan kepalanya.


"Cik boleh naik ke tingkat 30 lepastu cari bilik Encik Raiq."Terang gadis itu.Ucapan terima kasih diberi lalu Camelia menapak kearah lif.Mujurlah didalam lif itu hanya dia seorang.


Tingg!


Menandakan lif yang dinaiki Camelia sudah berada ditingkat 30.Dia melihat ramai pekerja yang sedang melakukan tugas.Ada yang sedang menelefon clien mungkin,ada yang sedang membuat perbincangan dan kerja kerja lain.


Yang pastinya semua orang ditingkat itu sedang sibuk membuat kerja.Sedang Camelia berjalan tiba tiba...


"Aduhhh."Kata seorang lelaki jatuh terduduk.Pinggulnya disapu beberapa kali.Camelia yang juga terjatuh segera berdiri kerana banyak mata mata yang sedang memerhatikan dirinya.


"Encik,encik maaf saya tak sengaja."Kata Camelia.Tangannya dihulur untuk membantu lelaki itu berdiri.Lelaki itu segera berdiri tanpa memerlukan bantuan Camelia.


"Sorry,miss.Saya taknampak cik lalu."Ucap lelaki itu lalu menundukkan kepalanya.


"Eh,tak apa.Bukan salah encik pun.Salah saya jalan tak tengok orang."


"Errr btw nama saya Nafis.Awak?"Soal lelaki itu sambil membetulkan spek matanya yang senget."Camelia."Jawab Camelia ringkas.Dia sempat jugak memerhatikan lelaki itu.Handsome lah jugak,sekali tengok macam Chris Evans.


Nafis menganggukkan kepalanya."Erm ada hal apa awak datang sini?"Soal Nafis lagi.Yelah,bukan kaleng kaleng orang yang boleh jejak sampai tingkat atas ni.Hanya 0.5% pekerja sahaja yang ditempatkan disini.


"Ohh,saya sebenarnya..."


"Hey you!Budak baru kan?Tercegat apa kat luar tu?Masuk office saya S.E.K.A.R.A.N.G."Jerkah satu suara.Tersentak Camelia mendengar jerkahan itu manakala Nafis menunjukkan riak bosan.Bosan dah dia dengan jerkahan yang diterima oleh mereka di company itu.


Gulp!Camelia menelan air liur.Perasaan takut menguasai diri.


Habislah singa dah mengaum!


"Camelia,saya rasa baik awak cepat cepat masuk bilik dia.Dah berapi dah tu mulut dia."Kata Nafis,separuh berbisik.Camelia hanya mengangguk perlahan.


"By the way,welcome to hell girl."Sempat lagi Nafis memberi kata aluan sebelum meninggalkan gadis itu ditengah alam.


Camelia mengambil nafas yang panjang lalu menapak kebilik tuan punya syarikat itu.

Angah,kenapa letak Iq dekat sini?Sengaja nak bunuh Iq ke?


Ya Allah,bantulah hambaMu ini dari serangan naga jadian..


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey