Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,634
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

7.15 pagi.


Camelia masih bersenam diatas katil.Penat sangat gamaknya.Telefonnya tiba tiba bergetar ketika dia masih diulit mimpi.


Tangan mencapai telefon disisi.Rambutnya yang serabai diselitkan ke belakang telinga.


1 New Message.


Encik Raiq ;Cepat siap,saya dah tunggu kat luar.


Camelia yang masih mamai kembali menutup mata.Seminit,dua minit...


Matanya terbeliak setelah otaknya memproses mesej yang diterima oleh Raiq sebentar tadi.


Dia bangkit dari katilnya lalu terus menuju ke tingkap biliknya.Memang jelas kelihatan Peugeot RCZ hitam milik Raiq yang sudah terparkir di hadapan rumahnya.


Sejak bila dia tukar profession jadi supir aku pulak ni?


Tak banyak fikir,Camelia terus masuk ke bilik mandinya.Dia mengambil masa 15 minit sahaja untuk mandi pada hari itu.First time dia mandi secepat itu.


Pintu almari pakaiannya dibuka.Dia memilih untuk memakai British style black dress V-neck hitamnya yang dibeli di London sewaktu dia belajar dulu.


Lipgloss berwarna lovely pink dicalit dibibir.Beg tangannya diambil lalu langkahnya disusun menuju ke tingkat bawah.


Hanya kelihatan Danish sahaja yang berada di meja makan.Mama dan Papanya masih belum pulang dari luar negara.Jadi bermaksud hanya mereka sahaja diluar rumah.


"Awal turun,orang kat luar tu sampai berjambang tunggu."Sindir Danish.Kopinya disisip sedikit.Camelia memberi jelingan tajam.


"Dia memang ada jambang,kan?So tak adalah lambat sangat Iq turun."Jawab Camelia.Roti bakar yang berada di atas meja dicapai,hanya sekadar alas perut.Yelah,tinggal berdua je,memang taklah nak buat sarapan berat berat.Lagipun siapa je yang nak masak?Danish?Memang taklah dia nak masak.Camelia?Baru start bukak api dah terbakar rumah.


Camelia terus sahaja berjalan menuju ke luar rumah.


Raiq yang bersandar pada but kereta hanya memandang Camelia tanpa reaksi."Jom."Katanya sepatah apabila Camelia sudah berada didepannya.Spec hitamnya disarungkan.


Camelia duduk ditempat sebelah pemandu.Sepanjang perjalanan,tiada perbualan antara dua makhluk itu.


"Kenapa Encik Raiq rajin sangat nak ambik saya?"Soal Camelia,pelik.Yelah,kalau rumahnya berada sekitar Shah Alam ni,dia okay lagi.Ni dekat PJ tu,jauh nun disana.


"Sukatilah.Kereta saya."Jawab Raiq sepatah.Camelia mencebik bibir.Malas betul nak layan spesies yang suka jawab sepatah sepatah ni.


"Bibir tu cebik cebik,mintak kena cium ke?Kalau nak,saya boleh partnerkan bibir awak dengan bibir saya.Biar diorang kenal each other."Perli Raiq sambil memandang Camelia sekilas.Camelia menutup mulutnya.Takut kena cium.


Raiq tersenyum senget.

Comelnya lahai kau ni budak.Bila aku boleh kahwin dengan kau ni?Geram aku tengok kau.


Hampir 20 minit Peugeot itu membelah jalan raya,akhirnya mereka tiba di SUCRICH Holdings.


"Nak pergi mana tu?"Soal Raiq apabila melihat Camelia menuju kearah salah satu lif yang berada di lobi syarikat itu."Nak naik liflah,takkan nak terbang pulak."Jawab Camelia dalam nada menyindir.


Dah nampak kan dia diri depan lif.Itupun mau tanya lagi ka?


"Naiklah,dengan saya."Pelawa Raiq.Lengan Camelia ditarik.Sehingga menyebabkan gadis itu tertarik masuk kedalam lif bersamanya.


"Eh,tapi nikan lif untuk pengarah pengarah syarikat je.Saya ni cuma PA kepada pengarah syarikat."Kata Camelia.


"Tapi awakkan bakal isteri pengarah syarikat,kira halallah."Jawab Raiq penuh makna.


Camelia mengerutkan dahi apabila mendengar ayat tersirat lelaki itu.Eh,dia nak kahwin dengan aku ke?Ke aku yang salah dengar.


"Saya kat sini tak ada hire patung mannequin untuk jadi perhiasan kat lobi syarikat saya."Sindir Raiq apabila Camelia tidak langsung berganjak dari tempatnya berdiri.


"Mulut tu memang tak boleh ea kalau tak sindir orang?"Jelingan maut dihadiahkan pada Raiq yang tersengeh macam kerang busuk.


"Dah,masuk sini."Kata Raiq.Lengan Camelia ditarik lagi sehingga gadis itu berdiri betul betul disebelahnya.Tapi jangan risau,masih ada halal gap.


Dua manusia itu langsung tidak berbual sepanjang berada didalam lif.


"Err,encik Raiq....Saya nak tanya boleh?"


Raiq mengangkat sebelah keningnya."Kenapa mood Encik Raiq ni selalu berubah?Kejap sweet,baik..kejap dingin,beku.Saya pulak yang rasa takut nak borak dengan Encik Raiq ni."Soal Camelia tersekat sekat.


Raiq senyum pendek."Saya ni multi feeling,awak apa tau?"Jawab Raiq sambil menayangkan muka bersahaja.


"Let's."Kata Raiq sebelum berjalan keluar dari lif dan diikuti oleh Camelia.


"Encik Raiq,tadi ada tiga lelaki datang and masuk dalam office Encik Raiq.Saya dah halang,tapi diorang masuk jugak."Jelas Hanna,si tealady.


Raiq tidak memberi sebarang respon lalu terus sahaja masuk kedalam pejabatnya.Hanna mencebik.Untung aku inform.Cubalah cakap terima kasih ke apa ke.Dasar manusia tak ada sivik.


"Eh,Camy.Hidup lagi kau rupanya,ingatkan tak datang kerja sebab dah bersatu dengan tanah."Sindir Hanna apabila melihat kelibat Camelia yang sudah berada dimeja kerjanya.


"Hehe,aku mc lah,tak adanya nazak sangat sampai mati."Jawab Camelia.


Hanna menganggukkan kepalanya sebelum berjalan ke tempat lain.Tak lain tak bukan nak dating dengan crushnya.


"Jumpa matairlah tu."Kata Camelia sendiri.Bukannya dia tak tau yang Hanna sudah lama meminati seorang pekerja chinese di aras itu.Itupun menurut cerita pekerja pekerja senior disitu.


Camelia baru sahaja nak memulakan kerjanya sebelum telefon pejabatnya berbunyi.


"Camelia,masuk dalam sekejap."Kata Raiq sebelum mematikan talian.


Pintu bilik Raiq diketuk lalu dibuka perlahan.Camelia menapak masuk kedalam bilik itu.


Kelihatan ada 3 orang lelaki sedang bermain kad UNO di satu sudut didalam pejabat itu.


"Camelia,do you forget something?"Soal Raiq tanpa memandang kearah gadis itu.


Mata Raiq masih tertumpu pada kerjanya."Lupa apa hekk?Jap jap,saya nak ingat balik."Kata Camelia.


Jari telunjuknya diletakkan didagu.Cuba memikirkan perkara yang mungkin tidak diingatinya.


Macam tak ada!


"Haish,lembablah awak ni.Awak lupa ke yang awak tak inform saya tentang jadual saya harini?"Raiq sudah memandang kearah Camelia.


Anak matanya tajam menikam anak mata milik Camelia.


Camelia menundukkan kepalanya.

Aduh,mati aku.Mood dia okey ke tak heh?Kalau tak okey,mati double aku.


"Enc..encik Raiq.Sss..sorry saya lupa.Saya..."


"Gotcha!Uno card Uno Games!Aku menang."Kata salah seorang lelaki yang duduk diatas sofa.


"Alah main tipu boleh cerita lahh."Kata seorang lelaki lagi.


"Dasar tak guna!Mana aci siak main tipu.Tak ada,kita repeat game."Kata lagi seorang lelaki pula.


Mulalah pergaduhan antara tiga jejaka itu disitu.Camelia hanya memandang tiga lelaki yang dianggarkan sebaya dengan bossnya dengan pandangan yang pelik.Muka masing masing kalah pelakon luar negara,tapi kalah main uno pun boleh gaduh.


Aneh anehlah manusia dekat sini.


"Guys,main uno pun boleh gaduh ke?"Soal Raiq dingin,tetapi langsung tidak dilayan oleh lelaki lelaki itu.Malah makin besar pulak pergaduhan mereka.


Raiq mengeluh kasar lalu berjalan kearah medan perang bagi manusia tak guna itu.


Aikk,dia nak join gaduh ke?Takkanlah.


Bahagian belakang baju dua lelaki itu ditarik lalu dihempas ke lantai membuatkan mereka terbaring kelesuan.


"Aduh,Chadd.Apa ni hempas hempas?Sakit do.Bapak aku pun tak pernah hempas aku macam ni."Kata lelaki yang memakai sut berwarna biru gelap itu.Dia cuba untuk berdiri.


"Siapa suruh buat bising,siao?!Taknampak ke aku tengah meeting dengan staff aku?"Balas Raiq dingin.Dia kembali duduk ditempatnya setelah ketiga tiga manusia kampret itu terkulat kulat disudut bilik.


"Camelia,apa jadual saya harini?"Soal Raiq.Camelia segera membuka buku catatannya."Harini Encik Raiq ada meeting dengan kawan Encik Raiq."Jawab Camelia,pantas.


"Tu dah settle.Lain?"


"Eh?Sejak bila dah settle?Kan Encik Raiq baru masuk office."Kata Camelia.Takkan meeting 10 minit je.


Raiq tidak menjawab sebaliknya memuncungkan bibir kearah 3 lelaki tadi yang sudah berdiri dibelakang Camelia.


Camelia memalingkan badannya.Ketiga tiga lelaki itu tersenyum manis.


"Hai,saya Fariel."Kata lelaki itu sambil memflipkan rambutnya kebelakang.


"Qasyri."


"Arzaki."


Ketiga tiga lelaki itu memperkenalkan diri masing masing.Terpaku Camelia memandang jejaka jejaka itu sebab semua handsome HAHAHHAHAHA.Tak sia sia aku kerja kat sini.


Camelia membalas senyuman mereka."Jangan senyum lama sangat,eh.Saya seletep mulut awak tu nanti"Raiq memberi amaran.Keras.


"Jealous ke,dude?Chillah,kitorang tak sailang tak awek kau."Perli Fariel sambil mengangkat keningnya."Tak adanya,aku cuma taknak korang ada hubungan dengan staff.Jaga nama syarikat."Jawab Raiq mendatar.


"Kalau jealous bilang jealous,pak!Nanti melepas,pak pak pak lah kau,HAHAHHAHHAHA"Kata Qasyri pula.Dia gelak mendengar kata kata sendiri.Dasar lelaki hambar.


Raiq menggulingkan matanya tanda malas nak layan.


"Encik Raiq,saya diperlukan lagi ke kat sini?Kalau tak,saya nak keluar."Kata Camelia.


Dia tak selesa sebenarnya kerana dia tidak mengenali lelaki lelaki itu.Raiq menganggukkan kepalanya.


"Bye,beautiful.Nanti bagi nombor ea?Papehal roger."Usik Fariel apabila Camelia sudah hampir keluar dari pejabat Raiq.


"Kau jangan nak berani berani ea.Aku gantung kau kang."Kata Raiq apabila pintu pejabatnya sudah tertutup.Nadanya sudah mengeras.Menandakan dia serius.


"Alah kau ni,aku gurau jelah.Takkanlah aku nak ambik girlfriend kau pulak kan."Kata Fariel.


"So,ada apa kau suruh kitorang datang ni?"Soal Arzaki yang baru bersuara.Dia memang jarang nak bersuara.


"Okay,macam ni..."


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey