Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,563
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

"Terima kasih Encik Raiq sebab tumpangkan saya balik."Ucap Camelia.Senyuman manis dihadiahkan."Welcome."Jawab Raiq tanpa memandang kearah Camelia.Wajahnya juga tidak menunjukkan apa apa riak.


"Encik taknak singgah dulu ke?"Soal Camelia.Manatau bossnya itu mahu membersihkan diri.Lagi lagi rumahnya berada di Petaling jaya.Kurang kurang 20 minit wo dari sini.


"Tak apa,saya terus balik.Kirim salam dekat parents awak."Kata Raiq lalu terus memecut keretanya.Camelia hanya menghantar kereta itu dengan pandangan mata sehingga hilang dari pandangan.


Dia berjalan masuk kedalam rumah."Ha,Iq.Angah mana?Bukan Iq balik dengan angah ke?"Soal Dato Ehsan yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu.


"Harini Iq balik dengan boss Iq.Kitorang ada meeting kat luar tadi,tu yang dia hantarkan Iq balik."Jelas Camelia.Dato Ehsan menganggukkan kepalanya.


Camelia terus sahaja menapak ke biliknya.Dia memilih untuk mandi.Baju tidur doraemon separas peha disarung di tubuhnya.Seluar legging tiga suku juga dipakai.


Dia malas nak turun makan dan hanya terperap sahaja didalam bilik.Telefon dicapai.Nombor Raiq didail.


"Hm,hello.Siapa ni?"Soal Raiq dengan suara serak basahnya.

Aku kacau dia tidur ke?


"Encik Raiq,maaf saya kacau Encik tidur.Saya cuma nak inform yang Encik ada dinner date dengan keluarga Dato Hafizul."Terang Camelia.Tiada balasan dari pendengar hujung sana.


"Hello,Encik Raiq?Tidur ke?"Soal Camelia apabila hampir 2 minit tiada sahutan.


"Emm,sorry saya ngantuk sangat.Dinner date eh?Esok awak ikut saya.Nanti saya ambik."


"Ya Allah,dia ni.Orang bagitau jadual dia,dia boleh tidur.Eh chup chup,kenapa saya kena ikut Encik pulak?"Soal Camelia tidak puas hati.

Dia yang ada date,kita pulak kena ikut.


"You're my assistant,right?So,wherever the boss is,the PA must been there."Jawab Raiq selamba.Dia suka sebenarnya berbual dengan Camelia.Nothing to hide.


"Eh,takkanlah boss masuk penjara pun PA kena ikut.Lainlah kalau PA tu bini boss,ha tu chapter lain."Balas Camelia.


"Kalau macam tu,jadilah bini saya,habis cerita."Kata Raiq bersahajaCamelia terdiam.

Eh pakcik ni kenapa?Dia confess aku ke?


"Saya gurau jelah,saya bukannya nak awak pun.You're none of my taste."Jawab Raiq apabila dia menyedari dia sudah terlepas cakap.Dia memang tidak memaksudkan apa apa tentang perkara yang disebutnya tadi.Memang dia tiada perasaan terhadap Camelia.


"Huh,dahlah.Saya malas nak layan otak tak center Encik Raiq ni.Btw,saya tetap taknak ikut Encik Raiq pergi date tu.Bye!"Talian dimatikan sebelum sempat Raiq membalas kata kata Camelia.


Telefon dicharge lalu dia terlelap.


Raiq's POV


"Watthe?Dia letak call macam tu je?Payah dapat PA tak makan saman macam ni."Kata Raiq sendiri sambil memandang dada skrin IPhone X nya.


Perut yang sudah membuat persembahan kugiran dipegang.


Lapar!


Langkah disusun menuju ke dapur.Peti sejuk dibuka untuk melihat bahan apa yang ada untuk dimasak.


Udang,telur masin,butter.


Hm,makan udang butter lah kita malam ni.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey