Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,572
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

"Mama,papa.Kitorang gerak dulu."Pamit Danish.Tangan kedua orang tuanya dicium.Camelia juga melakukan perkara yang sama.Beg baju disandang dan diletakkan kedalam but kereta.


"Kamu berdua nanti dekat Batu Pahat tu baik baik.Jangan degil.Opah mintak tolong,terus buat.Jangan banyak bunyi.Jangan jadi biawak dekat sana.Kirim salam dekat opah sekali."Pesan Datin Hanina kepada anak anaknya.Bukan dia tak tahu perangai anak anaknya macam mana kalau dah jejak kampung.Camelia dan Danish menganggukkan kepala mereka.


Acah acah faham.Padahal satu nasihat pun tak lekat dekat otak.Masuk telinga pun tidak.


"Mama dengan papa tu take care dekat UK tu.Agak agak ada halal guy untuk Iq,kautkan sorang.Boleh jadi bakal suami.Kalau boleh nak yang matanya biru biru hijau.Barulah nanti anak kitorang matanya banyak variasi."Gurau Camelia.Fikiran tentang Raiq sudah sedikit pudar dari ingatannya.Taknak bermasam muka terhadap keluarganya hanya disebabkan lelaki itu.


Tak bawak untung pun kalau badmood sebab lelaki tu.Lagi semakkan otaknya adalah.


Dua beradik itu masuk kedalam perut Audi R8 biru milik Danish.Camelia memilih untuk duduk di tempat duduk belakang.Nak feeling feeling ada driver katanya.


"Iq,angah nak singgah satu tempat kejap."Beritahu Danish.


"Okay."Jawab Camelia.Telefon bimbitnya di on kan.Aplikasi Instagram dibuka.Dia memilih untuk stalk penyanyi kegemarannya,Harry Styles.Dia sudah mengetahui kareer ahli one direction itu sejak dari lagu pertama ahli kumpulan itu lagi.


Danish memberhentikan keretanya apabila sudah tiba dirumah rakannya.Camelia langsung tidak mengambil kisah.Masih lagi fokus terhadap telefonnya.Kini dia fokus dengan movie The Darkest Mind yang baru didownload dari telegramnya.


Dia memandang tempat duduk hadapan apabila merasakan ada seseorang masuk kedalam kereta.Dia menggigit bibir,geram.


"Damn."Katanya perlahan apabila melihat Raiq a.k.a lelaki yang tidak mahu di lihatnya buat masa sekarang berada di dalam kereta.Lagi menyampah apabila lelaki itu menunjukkan wajah selamba dihadapannya.


"Kenapa angah takcakap nak jumpa mamat ni?Kalau tak,boleh Iq keluar dulu.Meluatlah tengok dia.Muka serupa ahli tetap penghuni neraka."Kata Camelia tajam menusuk hati Raiq.

Begitu sekali ke tahap dia bencikan aku?Sampai tahap penghuni neraka eakk dia bagi.Setepek do.


Sungguh,sakitnya hatiku.Sungguh kejamnya dirimu yang telah menusukkan cinta didalam hatiku dan kau eh?Tu lagulah bebal.Raiq memaki dirinya sendiri.


"Apa cakap muka kawan angah ni macam ahli neraka.Iq tu dah confirm dah ke jadi bidadari syurga?Cukup dah amalan?Jangan Iq pun jadi bahan bakar api neraka dahlah.And one more thing,takpayah nak meluat sangat okay,sissy.Awak tu boleh jamin ke orang tak meluat tengok muka awak?"Kata kata Danish menyalakan api kegeraman dalam hati Camelia.Semarak api neraka,eh gurau je.Tak adalah marak sangat pun.


Tapi tulah,geram geram pun bukannya boleh luah.Kang tak pasal pasal dia termaki abangnya yang seorang itu.


Danish tersenyum kemenangan apabila melihatkan adiknya yang sudah mati kata kata.Mungkin memang kelebihannya untuk mematahkan ayat orang lain.Lagipula dia sudah terbayang idea yang dia dan Raiq lakarkan semalam.


Dan perancangannya yang pertama telah berjayaPerancangan untuk membawa Raiq pulang kekampung bersama mereka.Sebab kenapa dia memilih untuk menyuruh Raiq meminta maaf dikampung?Sebab kampung suasananya lebih tenang dari di bandar.


Taklah serabut sangat otak orang tu fikirkan setan dekat sebelah dia ni.


"Haish,susahlah macam ni.Baik tak payah ikut."Ujar Camelia.Hoodies arnabnya ditarik hingga menutup bahagian kepalanya.Earpod dipasang dikedua dua telinganya.


Danish dan Raiq berbalas pandangan.Masing masing dengan wajah berpuas hati.

Raiq mengeluarkan telefonnya yang berada didalam poket hoodies hitamnya.Telefon dihalakan betul betul dihadapan Camelia dan...


Click!


Satu gambar Camelia sedang tidur sudah ada didalam gallerynya.Bibirnya mengukir senyum kecil melihat gambar gadis itu sedang tertidur.


"Senyum tu cover cover sikit eh.Abang budak tu hidup lagi sebelah kau ni.Panas pulak hati aku tengok."Kata danish,sekadar mahu mengusik.Bukan dia taktau yang hati rakannya telah tersemai baja cinta yang ditabur oleh adiknya yang tak guna itu.


Sekarang tinggal nak baik baikkan diorang je.And...


Mission one,complete!


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey