Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,569
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Pejam celik pejam celik,dah sebulan aku kerja dekat SUCRICH Holdings dengan jawatan sebagai PA kepada Encik Raiq.


Selama sebulan ni jugak aku dah masak dengan perangai dia,dah tau apa yang boleh buat mood dia swing.Tapi,ni Camelia Rasyiqah lah.Its all under control.


Tapi dalam beku beku si Encik Raiq ni,ramai jugak fans dia.Baru sebulan,dah berapa ramai perempuan yang datang cakap nak kahwin dengan Raiq.


Yang bertudungnya lain,yang baju serupa pakai baju budak 5 tahunnya lain.Yang pasti semua kerek.


Eh,aku anak dato pun takkerek tau!


Kringg kringg !


Terhenti lamunan Camelia apabila telefon pejabat yang berada dimejanya berbunyi.Gagang diangkat.


"Hello,boleh tak saya nak bercakap dengan Encik Raiq Irsyad atau wakilnya?"Soal si pemanggil dihujung sana.


"Saya PA Encik Raiq.Ada apa apa yang saya boleh bantu?"


"Saya Najwa wakil dari majalah kerjaya nak mintak tarikh confirm untuk photoshoot Encik Raiq dengan majalah kami."Kata wanita yang bernama najwa itu.


Camelia terus membuka buku catatan yang tertulis segala tarikh tarikh appointment bossnya.


"What about this Thursday?"Cadang Camelia."Okay.Before that,nanti pihak kami akan emailkan soalan soalan yang perlu dijawab oleh Encik Raiq untuk dimasukkan kedalam majalah kami."Terang Najwa.


"Baik."Jawab Camelia lalu meletakkan gagang telefon.

Kan dah kata pakcik tu famous.Kalau tak,tak adalah majalah nak interview dia.


Sebab terlalu bosan,Camelia berjalan jalan di department itu.Buat masa sekarang,tiada tender yang terlalu besar untuk mereka siapkan,jadi hanya segelintir pekerja sahaja yang agak sibuk.


Jadi bolehlah Camelia mengacau pekerja pekerja lain.


"Eh,Camy.Jarang nampak u jalan jalan.Kenapa?Boss leopard tak ada ka?"Soal Jin Hai,salah seorang pekerja cina di aras itu.


Jin Hai atau nama sebenarnya Andrew Lim merupakan pekerja cina berusia 27 tahun itu yang terkenal dengan sikap peramahnya amat disukai oleh semua pekerja.


Dia digelar Jin Hai kerana wajahnya amat mirip dengan watak Jin Hai dalam filem Pacific Rim 2.


"Boss leopard ada lah JinHai,tapi saya curi curi keluar."Jawab ku."Ohh,u berani ha curi curi keluar."


"I bosan lorhh.Duduk disitu sorang sorang.Kiri kanan tak ada orang.Manyak sunyi wo."Kata Camelia lagi.Jin Hai sudah ketawa.


"U tak takut ha kalau itu leopard datang marah u?Wa u manyak berani ha."Puji Jin Hai kepada Camelia.


"Haaa i memang..."Belum sempat Camelia membalas pujian Jin Hai tiba tiba dia merasakan ada seseorang berdiri dibelakangnya.

Hurm,macam kenal bau perfume ni.


Jin Hai sudah membuat muka cuak.


Chup chup,ni macam perfume...


"Memang apa,Cik Camelia?"Soal Raiq dalam nada sinis.Perlahan lahan Camelia memalingkan tubuhnya.Mukanya betul betul berada dihadapan dada Raiq yang dilitupi dengan kemejanya.

Maklumlah,Camelia ni pendek orangnya. 


"Err..err"


Ah sudah,penyakit gagap is coming!


"You know where you should go now,right?"Soal Raiq lalu meninggalkan Camelia.Camelia menelan air liur.


Dia memandang kembali kearah Jin Hai.Jin Hai menunjukkan isyarat 'mati'.


Dengan perlahan Camelia berjalan kearah pejabat Raiq.Pintu diketuk.Apabila mendengar sahutan dari arah dalam,Camelia terus masuk dengan hati yang berdebar.


Raiq yang dilihat sedang memeluk tubuh sambil memandang kearahnya dengan muka yang ketat cukup untuk membuat Camelia yang katanya kuat menggigil.


"Awak dah tak ada kerja sangat ke ha sampai awak boleh menggatal macam ulat bulu naik daun dengan Jin Hai tu?"Soal Raiq.Camelia hanya menundukkan kepalanya.Tahu jika dia memandang lelaki itu,tak semena mena akan keluar segala carutan dari hatinya.


"Awak ingat ni office Dato Ehsan ke yang awak boleh berjalan sesuka hati,disturbing the other staff,huh?"


"Answer me,miss Camelia!"


Tersentak Camelia mendengar jerkahan Raiq.Perlu ke nak kaitkan syarikat papanya dengan kesalahan kecil yang dilakukannya?


"Kalau syarikat papa saya,saya rasa saya tak perlu jadi PA kepada boss yang acah,arrogant,suka memandang rendah pada staff staff lain macam Encik Raiq.Lebih baik saya jadi CEO syarikat papa saya.So I can show the others that not all the chief are arrogant like you,Mr Raiq Irsyad!"


Luah Camelia,geram.Raiq terpempan dengan bidasan Camelia.Tak pernah ada staff yang berani tinggi suara padanya.


Tanpa menunggu sebarang reaksi dari lelaki itu,Camelia terus sahaja keluar dari pejabat itu.Kehangatan mula dirasai.


Beg tangan diambil lalu terus keluar dari bangunan itu.


Silaplah nak cari pasal dengan aku.


Dia menahan teksi untuk menghantarnya pulang.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey