Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,626
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Meriah banglo milik Dato Ehsan pada malam itu kerana ketiga tiga anaknya berada dirumah.Nampaklah wajah ceria orang tua itu.


"So Iq,ICL macam mana?Best?"Soal Dato Ehsan kepada Camelia yang sedang ralit menghabiskan lauk dipinggannya.Lama tak pekena makanan Malaysia katanya."Okay je pa.Ada kawan best,lecturer pun sporting,handsomeeeee...."Balas Camelia,sengaja meleretkan perkataan 'handsome' itu.


Cakap pasal handsome,tiba tiba dia teringatkan salah seorang lecturernya,Sir Ezra.Si mat salleh muda yang mempunyai raut muka yang kacak tetapi sombong.


Tapi tulah,sombong sombong pun ramai fans dekat kolej tu dulu.


Camelia tidak menafikan ICL atau Imperial College London merupakan antara kolej terbaik di London disebabkan disiplin pelajar yang baik dan kualiti tenaga pengajar yang berpengalaman dalam mendidik.Tak peliklah kalau ICL telah berjaya menghasilkan ramai generasi yang berjaya.


"Ada mamat barat usya tak?"Soal Fazreeq pula."Eh,of course ada.Iq kan cantik,comel,baikkkk."Jawab Camelia sambil tangannya sudah berada dipipi.


"Cantiklah sangat,comot adalah.Angah rasa,siapa yang minat Iq tu mesti ada masalah mata,tu yang sampai jatuh cinta dengan Iq tu."Danish bersuara.Sebagai abang yang paling kacak,dia memang suka menyakat adik perempuannya itu.


Mungkin disebabkan jarak usia yang tidak terlalu jauh,Camelia lebih rapat dengan Danish berbanding dengan Fazreeq.


Lagipun Fazreeq ni dah masuk kategori matang,susahlah si adik adiknya yang sudah persis monyet terlepas kandang untuk bergurau dengan abang sulung mereka.


Almaklumlah,Fazreeq tu dah melangkau alam keremajaan dan kekurangmatangan.


"Eh angah patutnya kena bangga tau ada adik yang jadi kegilaan ramai.Ini tak,dia kutuk pulak.Dasar abang kurang sivik."Rungut Camelia sambil menayangkan muka hodohnya pada Danish.


Dato Ehsan dan Datin Hanina berpandangan lalu menggelengkan kepala.Tau sangat yang anak mereka yang berdua itu kalau berjumpa memang bertekak kalah anjing dengan kucing.


"Ha kalau dah tau Iq tu jadi kegilaan ramai,pandai pandailah jaga diri.Jangan ada yang jadi gila sebab Iq."Fazreeq menasihati adik bongsunya.Tersangkut semua ayat yang ingin dilontarkan kepada Danish apabila mendengar teguran abang sulungnya itu.


Dia sebenarnya tidak suka Camelia menjadi kegilaan ramai kerana itu kadangkala boleh membahayakan keselamatan adiknya.Yelah,selalunya peminat ni boleh jadi obses sampai sanggup buat apa je untuk dapatkan orang yang dipuja.


Die hard fans katanya.


"Nasihat along akan Iq semat didada.Dun wury ma brotha!"Kata Camelia sambil menumbuk perlahan dadanya ala ala brotherhood.Fazreeq sangat senang apabila adiknya menerima nasihatnya.


Dia bersyukur dikurniakan adik yang mendengar nasihat seperti Camelia.


"Iq dah ada plan dah ke nak kerja dekat mana?"Soal Dato Ehsan.Camelia menyentuh dagunya.Otaknya ligat memikir tempat kerja yang sesuai dengan statusnya yang masih bergelar fresh graduate.


"Belum adalah,pa.Iq tak kenal mana mana owner syarikat.Papa dengan angah ada tau mana mana company yang ada kerja kosong tak?Under contact papa ke."Dato ehsan dan Danish memandang satu sama lain.Masing masing saling berfikir.


Dalam adik beradik,hanya Fazreeq sahaja yang tidak menceburi bidang business,sebaliknya dia hanya berminat dalam bidang perubatan.


Memang pada mulanya Dato Ehsan menegahnya dari meneruskan cita citanya menjadi doktor,tapi dah fokusnya dalam bidang perubatan,nak buat macam mana?Siapa je boleh halang?


"Kawan papa macam tak ada nak guna pekerja.Kenalan kamu ada ke,Dani?Cuba kamu tanya diorang."


"Jap eh,taksilap angah lah kan.Bestfriend angah ni dia tengah cari PA baru sebab PA dia boleh pulak lari ikut jantan lepastu tinggalkan kerja macam tu.Habis kabut kawan angah tu.So dia memang perlukan pekerja.Nanti angah try tanya dia,manatau Iq boleh dapat."Mata Camelia sudah menunjukkan cahaya cahaya kegembiraan apabila mendengar kata kata abangnya.


Nasib baiklah angah banyak contact.Senang nak dapat kerja.Selesai makan,Camelia meminta diri untuk naik kebiliknya.


Badan dihempaskan diatas katil.Telefon Huawei P20 yang sedang dicharge dicapai.


1 missed call from your contact Alia.


Nombor telefon Alia ditekan.Dia sempat mendengar ringtone milik Alia iaitu lagu All of me nyanyian penyanyi terkenal,John Legend.

Sekejap sahaja panggilan sudah diangkat.


"Hello?"Camelia memulakan perbualan.


"Ha,hello.Baru tau nak call orang ke?Lainkali tukarlah phone kau tu.Takpayah pakai huawei,pakai je public phone tu.Bla bla bla bla..."Camelia menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga.Malas nak dengar bebelan rakan baiknya itu.


Setelah yakin rakannya itu telah habis membebel,dia kembali melekapkan telefon itu ke telinganya.


"Hoi,kau dengar takk?"


"Ha ye aku dengar."Tipu Camelia.Sorry Lia,aku tipu sunat je ni.Belum haram lagi.Tapi kalau aku selalu buat mesti jadi makruh.


Eh apa aku merepek ni?Okay abaikan.


"Ye ye je kau dengar."Kata Alia dihujung talian.Tau sangat dengan kawannya yang jenis malas nak dengar orang membebel.


"Ada apa kau call aku ni?"Soal Camelia,ingin mengubah topik.


Dia dapat merasakan effect jet lagnya masih bersisa apabila matanya tiba tiba terasa berat.


"Aku nak cakap ni yang kelas kita nak buat reunion lagi tiga bulan.Jangan lupa tau."Terang gadis dihujung talian seperti dikejar roket.Laju nak mampus.


Mungkin kelebihan itulah yang dimiliki oleh insan bernama Alia Syafiqa,si gadis berkaca mata dan bertubuh agak comel.Kalau bercakap mengalahkan roket.


Rasanya disebabkan mulut Alia yang sering bersenam kot,yelah asyik mengunyah je.Kalau dulu,asal cikgu takperasan je ada je jajan ke biskut ke dalam mulut dia.Kalau classmates lain,laci meja diorang akan penuh dengan buku buku sekolah.


Tapi berbeza dengan Alia yang memenuhkan laci mejanya dengan kudap kudapan.Buat 


"Hm okay.Tengoklah aku datang ke tak.Ha dahlah bye aku serius ngantuk ni"Jawab Camelia lalu menamatkan panggilan.Malas nak dengar jawapan dari Alia.


Akhirnya Camelia nyenyak diulit mimpi.Mimpi indah.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey