Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,574
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

Camelia hanya berada di pantri sahaja ketika waktu lunch.Malas nak turun makan.Dia hanya membancuh secawan milo sebagai alas perut.


"Hai."Tegur satu suara garau dibelakang Camelia.


Kepala ditoleh kearah si pemilik suara."You rupanya."Kata Camelia sambil tersenyum.


Nafis memberi senyuman manis.Semanis gula gula sepuluh sen."You tak pergi turun lunch ke?"Soal Nafis.Dia mengambil tempat disebelah Camelia.Camelia hanya menggelengkan kepalanya."Malas."


"Soo,kita berdua je kat sini..."Kata Nafis meleret.Bibirnya mengukir senyum tipis yang jelas menunjukkan niat jahat.


"Camelia,you tau tak I sukakan you sejak you masuk sini?"Soal Raiq.Kakinya sudah berjalan perlahan menuju ke belakang Camelia.


Camelia pula tidak mampu mebuat apa apa.Debaran menguasai diri.Dia dapat menghidu niat tak baik lelaki itu.Tapi dia tak mampu nak buat apa apa.


"Na...Nafis.You nak bbb...buat apa ni?"Soal Camelia terketar ketar apabila Nafis sudah memegang bahunya.


"Shut,baby..."Kata Nafia.Bibirnya sudah menghampiri telinga Camelia."Kalau you berani buat apa apa dekat I,I jerit."Kata Camelia masih dalam keadaan takut.


"Jeritlah,takkan ada orang yang datang,pretty girl."Jawab Nafis dalam nada yang jahat.


Tangannya beralih pada peha Camelia yang masih berlapik.Camelia sudah memejamkan matanya,takut campur jijik apabila disentuh Nafis."Haaa,khalwat!Habislah kau."Jerit Qasyri dari pintu pantri.Nafis memberhentikan perlakuannya.Adu ada je yang kacau.


Camelia terus mencelikkan matanya.Jelas kelihatan Raiq dan tiga rakannya berada dipintu pantri.Masing masing dengan muka yang ketat,kecuali Qasyri dan Fariel yang bermuka selamba.


Tanpa berlengah Camelia terus berlari kearah empat lelaki itu."What the heck you're doing,huh?"Soal Raiq dingin.Tangannya dilipat ke dada.Matanya menikam tepat ke anak mata pekerjanya itu.


Nafis memandang wajah Raiq dengan pandangan yang mempunyai 1001 maksud tersirat.


"Kau nak buat dajjal dekat staff aku?"Raiq sudah berjalan kearah Nafis yang hanya beberapa langkah sahaja darinya.


Nafis hanya diam membisu.


Raiq kini sudah berdiri dibelakang Nafis."Kau memang tempah tiket pergi neraka,bro."Kata Raiq, perlahan.Cukup hanya Nafis mendengarnya.


Nafis pulak,takkanlah nak diam je kan?Dia mengeluarkan pisau lipat yang tersimpan kemas didalam koceknya.


Pisau itu ditikam di peha kanan Raiq."Damn."Tangan Nafis dicapai Raiq lalu dengan menggunakan dua tangannya.Tubuh lelaki itu disepak hingga lelaki itu terbaring mencium lantai.


Raiq mencabut pisau yang tertusuk dipehanya.Darah yang mengalir langsung tidak dihiraukan.


"Grim reaper kau dah sampai tu.Nak aku tempahkan van jenazah tak?"Soal Fariel,dalam nada mengejek sambil menggigit sebiji epal yang diambil dari peti sejuk."Chadd,nak aku tolong tak?"Soal Qasyri sambil cuba menghampiri rakannya.


"No need,aku boleh settle mamat ni.Ki,kau bawak Camy pergi bilik aku.Kunci pintu."Arah Raiq kepada Arzaki.


Akur dengan arahan rakannya itu,Arzaki terus sahaja menarik lengan Camelia untuk mengikutnya ke pejabat Raiq.


Sepanjang ke pejabat Raiq,Camelia dapat mendengar bunyi seperti ada pergaduhan.Dan semakin dia jauh,semakin teruk tubuhnya menggigil.


Ya Allah,aku takut ni.Janganlah ada apa apa jadi kat sana.


"Awak duduk dalam ni dulu.Jangan keluar tau.Saya nak tolong Chadd."Kata Arzaki lalu terus keluar dari pejabat Raiq,meninggalkan Camelia seorang diri.Dia terus memeluk lututnya.Mukanya disembamkan.


Arzaki yang baru tiba hanya melihat Nafis sudah lunyai dibelasah oleh rakan rakannya itu."Lincah gila dah lunyai."Kata Arzaki apabila melihat Nafis sudah terbaring diatas lantai.


"Hm,dahlah.Masa lunch pun dah nak habis ni.Qasy,Ki,korang bawak mamat ni keluar.Hantarlah kat mana mana.Riel,ikut aku.Aku nak tengokkan Camelia."Arah Raiq sebelum berlalu menuju ke biliknya.


Pintu pejabatnya dibuka dan kelihatan Camelia sedang duduk diatas sofa sambil menangis teresak esak.


Raiq lincah mendapatkan gadis itu."Camy,are you okay?"Soal Raiq prihatin.Belakang tubuh gadis itu diusap,untuk meredakan tangis pemilik hatinya itu.


"Kenapa dia buat macam tu kat saya?"Soal Camelia dalam esakannya."Saya ingat dia lelaki baik."Katanya lagi.


Raiq dan Fariel berbalas pandang apabila air mata Camelia semakin berjuraian.Fariel memberi isyarat supaya Raiq memujuk gadis itu.


Adu,nak buat apa ni?


"Shut,shut.Jangan nangis dah.Saya ada ni untuk jaga awak."Pujuk Raiq dengan intonasi yang lembut.Fariel pula hanya menjadi pemerhati.


"Jom,saya hantar awak balik rumah."Kata Raiq lagi.Bahu Camelia dipaut dan dibawa keluar dari pejabatnya.


Camelia akur.Dia berjalan diantara Raiq dan Fariel.Semua mata yang baru tiba dari lunch melihat mereka bertiga sambil berbisik sesama mereka."Bro,bawak dia turun dulu."Arah Raiq,senada.


Fariel menganggukkan kepalanya lalu mengiringi Camelia turun.


"Now now,you guys tak ada kerja ke sampai nak membawang?!Pedihlah mata saya banyak sangat bawang kat sini.Now,do your work or I'll fire all of you!"Tengkingan Raiq membuatkan pekerja di tingkat 30 itu kembali ke tempat masing masing.


Dia kemudian berjalan kearah lif dan menuju ke keretanya.

Fariel meletakkan Camelia ditempat duduk belakang manakala dia duduk disebelah Raiq.


Raiq memandu tanpa suara.Laju keretanya itu kalah orang main racing.




Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey