Home Novel Thriller/Aksi Perhitungan
Bab 3a - Pelajaran Pertama

 Pelajaran Pertama

             Sudah 2 hari Hirzan berada di penjara ini. Kesan pukulan salam perkenalan dari Kapten Edward burn masih berbekas di tubuhnya. Rasa sakit sudah berkurangan. Sehingga saat ini dia tidak tahu apakah yang menyebabkan Kapten itu menyerangnya secara tiba-tiba. Sudah dua hari juga bertungkus lumus membersihkan sel biliknya. Ah Long lelaki tua yang menjadi teman sebiliknya itu agak pendiam dan menakutkan. Dia hanya memerhatikan sahaja apa yang Hirzan lakukan. Sekali sekala dia memberi arahan. Hirzan tidak berani membantah. Ada beberapa kali juga Hirzan cuba berbual dengan lelaki tua itu. Dia berniat untuk berbaik dengan teman satu selnya itu. Tetapi tidak mendapat respon yang baik. Malahan dia di beri amaran yang keras oleh lelaki berbangsa Cina itu. Kata-kata akhir lelaki tua itu semalam menyebabkan Hirzan tidak berani lagi untuk berbual dengan lelaki itu.

“Di sini aku ketua engkau. Jangan hendak menyibuk dengan apa yang aku lakukan. Engkau buat hal engkau. Aku dengan Hal aku. Dulu penghuni sebelum engkau juga bising seperti engkau ini. Aku telah bunuh dia. Jadi jika kau mahu hidup lama. Jangan banyak bertanya dan lakukan apa yang aku suruh. faham itu budak Melayu!” ugut lelaki Tua itu dengan pandangan yang bengis.

Mendengar ugutan lelaki itu. Pucat muka Hirzan. Tambahan pula bila mendengar apa yang terjadi pada lelaki sebelumnya.

“Maafkan saya tuan… saya janji tidak akan campur urusan tuan.”

               Sejak dari saat itu Hirzan tidak berani lagi untuk menegur dan memandang lelaki tua itu. Dia sedar lelaki yang tinggal bersamanya itu bukan main-main dengan apa yang dia katakan. Lebih baik mengikut nasihat lelaki itu sebelum terlambat.

Dalam penjara yang sempit itu rutin harian hidup mereka adalah sama sahaja setiap hari. Setiap 3 jam sekali Pengawal Penjara akan melakukan kiraan. Setiap kali waktu kiraan mereka akan di minta berdiri di hadapan jerigi sel masing-masing. Sampai waktu tengah malam dan awal pagi perlu melakukan rutin itu. Jika ada yang gagal bangun dan berdiri. Sel mereka akan di buka, pukulan dari cota dan rotan akan menghentam tubuh mereka. Tujuan kiraan yang di lakukan setiap 3 jam itu adalah untuk memastikan bahawa tiada banduan yang lari.

             Mereka mahu memastikkan semua banduan berada dalam sel masing-masing. Kerap kali juga Hirzan terdengar besi sel yang kukuh itu di ketuk berulang-ulangkali untuk mengejutkan para banduan yang sedang enak di belai mimpi. Waktu makan tiga kali sehari. Dek kerana waktu makan malam begitu awal dalam 6.30 petang. Kerap kali juga semua penghuni penjara itu kelaparan. Tetapi ada banduan yang hidupnya mewah. Mereka mempunyai wang, jadi mereka boleh mendapatkan apa sahaja barang yang mereka perlukan dengan menyogok Pengawal Penjara. Setiap petang selama 2 jam mereka akan di benarkan berada di padang di luar blok bangunan ini untuk sebarang aktiviti riadah.

              Ketika itu mereka boleh melakukan apa-apa sahaja aktiviti di situ. Hirzan melihat setiap penghuni penjara ini mempunyai minat masing-masing. Ada yang bermain bola keranjang, Bina badan, main terup dan tidak kurang juga yang duduk bersembang. Saat santai selama 2 jam itulah mereka dapat bergaul bersama rakan-rakan mereka yang lain. Selebih masanya adalah terkurung dalam bilik yang sempit itu. Hirzan menghadapi masalah tentang makanan. Kebanyakkan makanan yang di hidangkan semuanya tidak halal. Hirzan tidak mempunyai pilihan. Dia hanya makan buah dan sayur sahaja. Sekali sekala dia dapat makan roti. Lauk yang ada di berikan kepada orang lain. Dengan makanan yang tidak cukup itu berat badannya turun dengan begitu ketara sekali.

Sedang Hirzan duduk di dalam Selnya. Bunyi loceng yang kuat bergema. Menandakan waktu makan tengahhari. Dia kemudiannya bangun mengekori lelaki Tua yang menjadi teman satu selnya itu. Lelaki itu langsung tidak mengambil tahu apa yang Hirzan lakukan. Sedang dia berjalan bahunya di pegang oleh seseorang dari belakang.

“Kau ini teman baru Ah Long ya?”

Hirzan menoleh ke belakang. Dia melihat seorang lelaki bertubuh sasa.

‘Mak ai…besarnya badan orang ni. Aku rasa lebih dari 6 kaki ni.’ getus hirzan dengan jantung berdegup kencang.

“Aku tanya kau ni budak… kau ini budak Asia yang duduk sebilik dengan Ah Long ke!” nada lelaki itu lebih keras. Dia menjadi agak marah kerana pertanyaannya tadi tidak di jawab.

“Ya…Ya..encik!” luah Hirzan dengan wajah yang ketakutan.

Dengan tiba-tiba lelaki yang bertubuh besar itu mencengkam leher Hirzan.

“Kau panggil aku Encik? kau nak mati?” tanya lelaki itu dengan mata merah terjegil ke arahnya.

“Ti…tidak Encik, eh! Tuan…” tergagap Hirzan berkata.

“Panggil aku King! aku raja di dalam tempat ini. Jangan kau nak cari pasal dengan aku.” lelaki yang mengelarkan dirinya King itu menjulang kedua tangannya ke atas,. Hirzan masih dalam ketakutan.

“Petang nanti di padang aku mahu kau datang jumpa aku. Faham tu budak!” King memberi arahan.

Hirzan terus mengangguk bersungguh-sungguh. Saat ini dia takut benar.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.