Home Novel Thriller/Aksi Legasi Pejuang 1 - Permulaan segala-galanya
Legasi Pejuang 1 - Permulaan segala-galanya
23/1/2015 11:50:25
11,299
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2 : Mangsa pertama

Bab 2 : Mangsa

                Masing-masing membisu. Semua tahanan menundukkan kepala. Tiada sesiapa yang mahu bersuara. Geram ketua Perompak itu melihat reaksi semua tahanannya. Dia mengangkat Senapang M16. Di halakan ke arah semua orang yang duduk mencangkung itu.

”Celaka! Berani kau semua tak jawap pertanyaan aku. Nampaknya kau semua ni sudah puas hidup agaknya!” jerit ketua Perompak itu dengan lantang.

Semua orang terkejut dengan jeritan yang kuat itu. Melihat muncung senapang di halakan ke kepala mereka. Ada tahanan yang mula menangis ketakutan. Mereka merasakan masanya sudah sampai. Nyawa mereka akan melayang sebentar lagi. Ada yang tidak percaya yang mereka akan mati seperti ini.

                 Tiba-tiba dengan perlahan-lahan seorang lelaki Cina yang berbadan agak gempal berdiri sambil mengangkat kedua tangannya.

“Jangan cederakan sesiapa...Saya pengurus Bank ini. Tolonglah bebaskan yang lain!”

Ketua Perompak itu mengerling ke arah lelaki Cina itu. Dia tersenyum sinis di balik topengnya. Dengan tiba-tiba dia menampar muka Pengurus Bank itu dengan kuat.

”Berani kau tak jawap pertanyaan aku tadi! Tapi bagus...nampaknya tindakan kau telah berjaya menyelamat beberapa nyawa.”

Pengurus Bank itu langsung tidak melawan. Pipinya kemerahan kerana di tampar. Dia kemudian di heret oleh salah seorang perompak itu.

                  Melihat Pengurus Bank itu di heret. Semua tahanan kelihatan cemas. Ramai kakitangan Bank mula menangis. Mereka fikirkan pasti Pengurus itu akan di bunuh. Kairi memerhatikan sahaja dari jauh.

’Mungkin Pengurus itu di bawa ke bilik kebal kot,’ teka Kairi dalam hati.

Pada masa yang sama juga. Tanpa siapa sedari Malik salah seorang pegawai Bank mengambil kesempatan dari kelekaan Perompak-perompak tersebut. Dia mengeluarkan alatan keluinya. Tanpa ada sesiapapun perasan Malik menghantar maklumat kepada pihak Polis tentang rompakan di Bank itu. Sebaik sahaja menerima maklumat tentang rompakan itu Pihak Polis terus melakukan tindakan segera. Hanya dalam beberapa puluh minit sahaja. Di sekitar Bank itu mulai di penuhi dengan pasukan Polis dan unit Tindakan Khas (UTK). ASP Roslan yang mengetuai pasukan Polis Malaysia menyumpah dalam hati.

’Cis! Celaka. Siapalah yang tak ada kerja yang nak rompak Bank pagi-pagi buta ni. Aku baru nak mula kerja dah kena kacau,’ gerutunya dalam hati.

                    Manakala keadaan di dalam Bank itu menjadi agak tegang. Jimmy Yeoh yang menjadi Pengurus Bank di tolak dengan kasar masuk ke dalam pejabatnya. Dia tidak berani melawan kerana dia tahu apa yang akan berlaku.

”Aku mahu kau buka pintu peti besi ini sekarang!” gesa Ketua Perompak itu.

Jimmy Yeoh membatu. Dia langsung tidak memberi sebarang reaksi. Sekali lagi Ketua Perompak itu menyuruhnya. Pengurus Bank itu hanya mengelengkan kepalanya.

Melihat kedegilan Jimmy Yeoh. Salah seorang dari Perompak itu naik angin. Dengan tiba-tiba dia itu menghayun senjatanya itu. Serangan tersebut tepat kena pada perut Pengurus tersebut. Jimmy Yeoh jatuh ke lantai sambil meraung kesakitan. Dia berguling-guling kerana serangan tersebut.

”Lekas buka pintu itu jika tidak aku tembak!” jerit Ketua Perompak itu tanpa menghiraukan kesakitan yang di alami oleh Lelaki Cina itu.

                    Jimmy sedar tidak guna dia melawan mereka itu. Penjahat itu sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Dalam kesakitan dia memutar tombol yang mengandungi nombor-nombor kunci untuk membuka pintu tersebut. Dalam beberapa minit kemudian pintu itu terbuka. Kesemua perompak itu tersenyum sambil saling berpandangan sesama mereka. Tanpa berlengah lagi salah seorang dari perompak menghentak buntut Senapangnya ke kepala Jimmy Yeoh. Darah merah pekat berhemburan dari luka di kepala lelaki itu. Dia jatuh rebah lalu terus pengsan.

Sebaik sahaja pintu besi itu di buka Perompak berkenaan terus meluru masuk ke dalam Bilik kebal. Mereka amat gembira melihat wang yang tersusun rapi, barang kemas dan jongkong emas.

”Wahhh....tak sia-sia kita memecah masuk Bank ini. Banyak betul khazanahnya. Kita akan sapu semuanya. Biar padan muka dengan kafir laknat itu,” kata Ketua Perompak itu sambil tersenyum pada anak buahnya.

Sebaik sahaja mendapat arahan dari ketua mereka. Beberapa orang perompak itu segera mengeluarkan beberapa karung beg. Dengan pantas mereka mengaut semua wang dan barang berharga dalam bilik kebal itu. Perompak itu berkerja dengan cukup pantas. Dalam hanya beberapa minit sahaja hampir kesemua wang dan barang berharga di dalam bilik kebal itu habis di masukkan ke dalam karung beg.

                  Pada masa yang sama pasukan Polis dan anggota Unit Tindakan Khas sampai di lokasi tersebut. Mereka terus membuat kepungan. Beberapa Perompak yang sedang mengawal tebusan mereka. Terkejut melihat kehadiran pihak Polis.

’Celaka! Macam mana Polis boleh tahu begitu cepat ni,’ gumam salah seorang dari Perompak itu.

Dua orang Perompak segera berlari masuk ke dalam pejabat Bank untuk memaklumkan tentang kehadiran pihak Polis. Malik lelaki yang menghantar pesanan pada pihak Polis itu memerhatikan keadaan yang agak kecoh itu. Dia melihat semua Perompak dalam keadaan kelam-kabut.

’Ini peluang yang baik untuk aku ni,’ Mata Malik meliar.

Dengan pantas dia bangun dan berlari ke arah pintu depan yang tidak di kawal oleh sesiapapun. Dia tersenyum apabila hampir dengan pintu. Hanya beberapa langkah lagi untuk dia mendapat kebebasannya. Di pegangnya palang pintu itu. Tiba-tiba satu letupan bergema. Pada masa yang sama, Malik rebah. Darah memancut dari belakang kepalanya. Dia mengelupur dan kaku di lantai. Serentak itu semua Tebusan di dalam Bank itu menjerit ketakutan. Beberapa orang wanita yang melihat pembunuhan di depan mereka meraung. Tergambar ketakutan yang amat sangat. Suasana di dalam Bank itu menjadi hingar-bingar.

              Ketua Perompak dan anak buahnya yang sedang sibuk memindahkan wang di dalam Bilik Kebal terpaku bila mendengar bunyi letupan itu.

”Eh! Apa yang dah jadi, Rasanya itu bunyi tembakan. Celaka! Adakah orang aku telah tembak seseorang? Kurang ajar! Kenapa mereka tak dengar arahan aku!” jerit ketua Perompak itu dengan nada yang marah.

Dengan pantas dia berlari keluar menuju ke ruang legar Bank. Matanya menyorot ganas memandang ke arah anak buahnya yang masih menghalakan senjatanya ke arah seorang lelaki yang terbaring kaku.

”Hoi!! Apa yang kau buat ni ha?, apa yang kau telah lakukan? Kenapa kau tidak ikut arahan aku?” tengking Ketua Perompak itu pada anak buahnya.

               Dengan tiba-tiba Ketua Perompak itu terus menampar dengan kuat muka anak Buahnya yang melepaskan tembakan itu. Topeng yang di pakai oleh lelaki itu tercampak ke lantai. Semua orang memandang ke arah lelaki itu. Jelas kelihatan yang lelaki itu adalah orang Arab. Nampaknya telahan Kairi itu betul. Ketua Perompak itu cuba menyerang anak buahnya itu lagi. Dia masih belum puas hati. Salah seorang anggotanya yang lain memegang bahu Ketu Perompak itu, Dia kemudiannya membisikkan sesuatu. Ketua Perompak itu tidak jadi memukul anak buahnya. Matanya memandang ke arah lelaki yang memaklumkan bahawa Pihak Polis telah mengepung Bank tersebut.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.