Home Novel Thriller/Aksi Legasi Pejuang 1 - Permulaan segala-galanya
Legasi Pejuang 1 - Permulaan segala-galanya
23/1/2015 11:50:25
11,359
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1 - Rompakan Bank..

Bab 1 : Pemulaan Kehidupan

Kuala Lumpur, 15hb Jun 1990

              Pagi itu Cuaca tidak berapa cerah seakan mendung tapi masih bercahaya. Sinar mentari mencelah di balik awan. Kehidupan di kotaraya Kuala Lumpur senantiasa sibuk dan sesak. Manusia saling saing-menyaingi. Mana yang tidak berdaya akan tewas di pertengahan jalan. Yang berjaya menekan mereka yang gagal. Itulah lumrah kehidupan. Hari ini rentak kehidupan Syed Kairi Syed Fahim sama seperti hari-hari yang lain. Budak ’Dispatch’ yang berkerja menghantar surat. Walaupun baru berkerja 6 bulan di Syarikat Penghantaran cepat. Dia sudah mahir dengan selok belok jalan di Kuala Lumpur.

               Hanya ada 3 surat dan 2 bungkusan lagi yang perlu di hantar. Dia melihat jam di tangannya.

’Isk... awal lagi ni. Baik aku hantar surat-surat dan bungkusan ni cepat. Lepas tu bolehlah aku melepak kat kedai Mamak. Pot biasa aku,’ Destinasi yang di tujui ketika ini ialah Bank Amtrap berhampiran dengan jalan Silang.

Sebaik memakir motosikalnya berhampiran pintu masuk Bank. Kairi terlihat seorang Pengawal keselamatan Bank. Lelaki bangsa Benggali itu sedang duduk di atas kerusi, sambil mengulis-ulis misainya yang melentik. Benggali itu tersenyum ke arah Kairi.

keci,keci mau antar surat ka?” Kairi tersenyum sambil mengoyang-goyangkan bungkusan di tangannya.

                  Sebaik melangkah masuk ke dalam Bank. Dia melihat ada agak ramai juga pelanggan di dalam Bank.

’Semua mereka ni orang yang berduit. Aku ni habuk pun tarak. Kalaulah duit dalam Bank ni aku yang punya. Huh! Memang senang hidup aku ni,’ gumam Khairi sambil tertawa kecil.

Melihat sahaja kelibat Kairi. Molly Tan, Pegawai bank yang sering berurusan dengannya tersenyum. Dia mengangkat tangan sambil melambai ke arah anak muda itu. Kairi tersenyum sambil mengangkat bungkusan yang di pegangnya.

”Awal sampai hari ni Kairi?”

”Tak adalah Cik Molly. Tadi ada hantar surat kat pejabat dekat sana tu. Alang-alang dah dekat sini. Saya hantarlah terus bungkusan ni.”

                  Molly tersenyum mendengar Kairi. Matanya memandang ke arah anak muda yang iras orang Arab itu. Molly Tan segera menyambut bungkusan yang di hulurkan. Dia kemudiannya menyerahkan buku laporan penghantaran pada Kairi.

”Ramai juga orang pagi ni ya.”

Sambil tersenyum Gadis Cina itu berkata ”Biasa lah... awal bulan. Gaji baru masuk. ”

Kairi kemudiannya berbual-bual kosong dengan Molly. Kerana sering menghantar surat ke Bank itu. Hubungan Kairi dan Molly sudah menjadi mesra. Tiba-tiba! terdengar bunyi letupan yang bertalu-talu seperti mercun di dalam bank tersebut. Terkejut semua orang dalam Bank tersebut.

”La.. siapa pulak main mercun dalam bank ni, tak ada kesedaran sivik betul,” kata Kairi pada Cik Molly. Molly turut terkejut dengan bunyi letupan itu.

”Tapikan...kenapa bunyi mercun ni lain macam sahaja ya?”

”Entahlah Cik Molly...” sambil Kairi mengangkat kedua bahunya.

                Beberapa saat kemudian. Seluruh ruangan dalam Bank mula di selubungi asap putih. Asap yang merayap itu kelihatan pekat dan tebal. Serentak itu juga keadaan menjadi kecoh dan kelam- kabut. Kairi merasa matanya menjadi agak pedih bila terkena asap putih tersebut. Asap itu dengan pantas merayap dan menebar ke semua sudut. Kerana tidak tahu dengan asap itu Kairi menutup muka dengan baju jaketnya. Sekoyong-koyong kemudian kedengaran seseorang memberi Arahan. Arahan dalam bahasa asing itu meminta semua orang meniarap. Tetapi semua orang masih tidak bergerak mereka terus berdiri terpaku sama ada tidak faham atau dalam ketakutan melihat beberapa orang lelaki bertopeng memegang Senapang dan ’Machine-gun’.

               Selepas beberapa ketika salah seorang dari Lelaki bertopeng tersebut berjalan ke arah seorang pelanggan lelaki. Dia terus menghentakkan buntut senjatanya tepat pada lutut lelaki itu menyebabkan dia terus jatuh. Pada masa yang sama juga Lelaki bertopeng itu bertempik dengan kuat. Di halakan muncung senjatanya ke arah pelanggan yang lain Semua orang menjadi panik. Masing-masing cuba menyorok dibelakang rakan mereka.

Rakan-rakan Perompak itu tertawa sesama mereka melihat tahanan mereka yang dalam ketakutan itu. Seolah-olah mereka faham maksud lelaki itu. Mereka terus merebahkan diri meniarap sambil tangan di letakkan di belakang kepala.

’Apa yang telah terjadi ni. Siapa mereka ni semua. Nampaknya mereka nak rompak Bank ni. Aduh! kenapa la masa aku ada kat Bank ni jadi macam ni pulak,’ gerutu Kairi dalam hatinya.

               Kairi pun meniarap seperti orang lain. Pada masa yang sama dia terlihat ke arah Pengawal Keselamatan Benggali itu. Lelaki separuh umur itu cuba menarik perlahan-lahan senjata yang di selit di celah pintu bank. Semasa dalam keadaan kelam-kabut tadi dia sempat menyorokkan senapang patahnya di celah pintu. Benggali itu cuba bertindak. Kairi merenung ke arah Lelaki itu. Jantungnya berdegup kencang. Dia tahu Lelaki itu cuba melakukan sesuatu. Tiba-tiba Benggali itu menjeling ke arah Kairi. Dia meletakkan jari telunjuknya ke arah mulutnya. Isyarat supaya Kairi mendiamkan dirinya.

”Isk! apa Bai ni nak buat? Takkan dia nak lawan semua perompak ni seorang diri. Ini kerja gila ni,” getus Kairi.

               Kairi segera mengelengkan kepalanya. Dia tidak setuju dengan apa yang lelaki itu ingin lakukan. Benggali itu tidak menghiraukan kelakuan Kairi. Sebaik sahaja senapang berada di dalam genggamannya. Pengawal keselamatan itu terus mencekah Senapang Patahnya. Dengan nekadnya dia akan menembak ke arah musuhnya. Rasa marah kerana tindakan perompak itu membuatkannya bersemangat sekali. Dia terus mengangkat muncung Senapangnya dan di halakan ke arah Ketua kumpulan itu. Belum sempat dia menekan picu pada Senapangnya itu. Dia terasa sesuatu menujah serbannya dari belakang.

’Apa di belakang kepala aku ni,’ tanya dia pada diri sendiri.

“Hoi! orang tua! jika kau mahu otakmu bersepai sila lakukan.”

               Terkejut Benggali Jaga itu. Dia tak jadi menekan picu senapangnya. Wajahnya terus bertukar menjadi pucat. Nampaknya rancangannya dapat di baca oleh musuhnya. Dia sedar dia telah tersilap langkah. Nyawanya kini hanya di hujung halkum sahaja. Dengan terketar-ketar dia melepaskan senapang patahnya. Dia berpaling perlahan sambil merayu dengan suara ketakutan.

“Sa....saya minta maaf, saya minta maaf...Jangan kasi tembak saya punya kapla, tolonglah.”

Tanpa ada rasa belas kasihan. Perompak itu terus menghentak buntut senapang ke arah kepala Benggali Jaga itu. Pengawal itu rebah sambil meraung kesakitan. Sambil tersenyum sinis Perompak tersebut mencapai Senapang patah pengawal itu. Dia kemudiannya berjalan menuju ke pintu utama. 

             Dengan menggunakan kunci yang di ambil dari Benggali itu dia mengunci pintu tersebut. Dari bahasa pertuturan antara sesama Penjenayah itu Kairi tahu dari mana mereka ini datang.

’Aku rasa mereka ini semua dari tanah Arab. Mereka bertutur dalam bahasa Arab. Tetapi kenapa mereka datang ke sini untuk merompak Bank. Bukankah di Negara Arab sana kaya-kaya...’ semua persoalan ini berlegar di benak Kairi.

            Semua tebusan kemudiannya di arahkan untuk berkumpul di tengah-tengah Bank. Semua orang kelihatan dalam ketakutan dan kekeliruan. Salah seorang dari perompak itu kemudiannya berjalan. Dia berdiri di hadapan semua tahanan. Matanya merayap memandang ke arah setiap tahanannya. Matanya bercahaya garang.

”Siapa di antara kamu Pengurus bank di sini?” tanyanya dengan tiba-tiba.

Semua orang tersentak.

’Aku rasa orang ini mungkin ketua mereka,’ kata Kairi dalam hati.

Ke semua 10 orang anggotanya yang lain bersedia dengan senapang masing-masing. Mereka mengawasi setiap orang.

”Aku tanya sekali lagi! Siapa Pengurus Bank ini!” tengking ketua perompak itu sambil mencegah senapang dalam genggaman tangannya.


Previous: Prolog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.